You are on page 1of 2

Rujukan kami : MASTD/Ramadhan1435H( )

Rujukan Tuan :

Tarikh : 15 Jun 2014 bersamaan 17 Syaaban 1435H

Assalamualaikum wbt,
Seluruh Ahli Kariah,
Masjid As Syarif TelokDatok.

Dato/Datin/Tuan/Puan,

PROGRAM RAMADHAN DAN SYAWAL 2014 BERSAMAAN 1435H

Saya dengan sukacita memaklumkan, Masjid As Syarif Telok Datok akan
mengadakan beberapa program sepanjang bulan Ramadhan dan Syawal tahun ini,
seperti tahun-tahun yang lepas.

Program-program yang telah disusun ada seperti berikut :-

i. Gotong-royong membersihkan masjid pada 21 Jun 2014, hari Sabtu.

ii. Majlis tahlil dan doa arwah sepanjang Ramadhan selepas setiap solat
sunat tarawikh. Program ini adalah sebagai usaha kaum keluarga yang
telah ditinggalkan orang-orang yang dikasIhi (para arwah), untuk
memohon kesejahteraan mereka kepada Allah swt di malam Ramadhan
yang penuh berkah.

iii. Berbuka di masjid, di mana para pegawai, ajk dan ahli kariah digalakkan
membawa juadah masing-masing semasa berbuka. Pihak masjid akan
menyediakan sedikit juadah bagi para jemaah yang singgah untuk
menunaikan solat maghrib.

iv. Jamuan moreh selepas solat sunat tarawikh di mana pada tahun ini, ahli
kariah dijadualkan untuk membawa juadah mengikut giliran jalan/lorong.

v. Tadarus di masjid selepas solat sunat tarawikh.

vi. Malam Kasih Eidulfitri 1435H malam 27 Ramadhan. Program ini diadakan
adalah untuk meyampaikan sumbangan saguhati kepada:-
Ahli dan anak kariah yang tergolong kurang berkemampuan bagi
memberikan sedikit kegembiraan semasa menyambut Hari Raya
Eidulfitri nanti.

Para pegawai, ajk, ahli kariah dan mana-mana pihak yang telah
menyumbang kepada program-program masjid.
Ahli tadarus.

vii. Majlis khatam quran malam 27 Ramadhan.

viii. Program qiamullail malam 27 Ramadhan.

Sebagaimana tuan-puan sedia maklum, sumbangan semua pihak adalah
diharapkan bagi melaksanakan dengan jayanya program tersebut. Untuk makluman,
sumbangan boleh dilakukan melalui program tahlil dan doa arwah di mana jumlah
penyertaannya ditetapkan. Bagi lain-lain program, pihak masjid sekadar
mengharapkan keikhlasan daripada tuan-puan untuk menghulurkan sumbangan.

Semoga setiap sumbangan yang dihulurkan dengan penuh keikhlasan akan peroleh
ganjaran yang setimpal daripada Allah SWT.

Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak dan semoga beroleh amal yang soleh
di sisi Allah SWT sepanjang kita melakukan ibadah puasa nanti.

Sekian, didahului ucapan ribuan terima kasih.


BERKHIDMAT KERANA ALLAH


Yang benar,



MOHD ARIF BIN SARING,
Nazir Merangkap Pengerusi,
Program Ramadhan Dan Eidulfitri,
Masjid As Syarif Telok Datok.

You might also like