You are on page 1of 16

Isi kandungan

Penghargaan
CUTI
Perintah-perintah am yang berikut ini telah dikeluarkan di bawah kuasa Duli Yang Maha

Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mengikut fasal (2) Perkara 132

dalam Perlembagaan.

1.TAFSIRAN

Dalam bab ini :

i. “cuti” bermakna sebarang tempoh seseorang pegawai itu dibenarkan

meninggalkan tugasnya dan peninggalan tugas itu tidak dikira sebagai

putus perkhidmatan atau sebagai berhenti kerja;

ii. “cuti rehat” bermakna cuti bergaji penuh yang diberi kerana

perkhidmatan yang melayakkan dalam sesuatu tahun, dari bulan

Januari hingga Disember ;

iii. “cuti sakit” bermakna cuti bergaji penuh yang diberi kerana sebab-

sebab perubatan dan dengan pengemukaan Sijil Sakit dari seorang

pegawai perubatan kerajaan atau lain-lain doktor yang diterima,dan

diberi bagi sakit atau kecederaan yang ada harapan untuk sembuh ;

iv. “Ketua Jabatan” bermakna Ketua Setiausaha kepada Kementerian,

Ketua Jabatan, Ketua sesuatu Perkhidmatan, mengikut mana yang

berkenaan ;

v. “kuasa tertentu” bermakna Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, atau

Setiausaha Kerajaan Negeri,mana yang berkenaan ;


vi. “Pegawai Bersama Negeri” bermakna pegawai yang kena berkhidmat

dengan Kerajaan Negeri dan juga jabatan-jabatan Persekutuan dan

dalam Negeri yang berkenaan ;

vii. “Pegawai dalam Perjawatan Persekutuan” bermakna seorang pegawai

yang kena berkhidmat dengan kedua-dua Kerajaan Persekutuan dan

sebarang Kerajaan Negeri ;

viii. “Pegawai Persekutuan” bermakna pegawai yang dilantik ke dalam

mana-mana perkhidmatan Persekutuan ;

ix. “Perkhidmatan yang melayakkan” bermakna perkhidmatan yang diambil

kira bagi mengira kelayakan mendapat cuti seseorang pegawai dan

terdiri dari masa-masa bertugas,cuti rehat dan cuti sakit (dan bagi guru-

guru termasuk cuti sekolah bergaji penuh) tetapi tidak termasuk cuti

separuh gaji, cuti tanpa gaji, cuti haji, cuti sakit tibi, kusta dan barah dan

cuti belajar ;

x. “sanak saudara” bermakna adik-beradik,ibu bapa dan lain-lain saudara

mara yang rapat kepada pegawai ;

xi. “Sijil Sakit” bermakna sijil akuan sakit yang dikeluarkan oleh seorang

pegawai perubatan Kerajaan atau oleh sebuah lembaga Perubatan

(Perinath-perintah Am, Bab F) atau oleh seorang ahli Panel Doktor yang

diluluskan oleh Kerajaan ;


2. ( a ) dasar cuti rehat

adalah menjadi tujuan Kerajaan bahawa cuti rehat diambil pada tiap-tiap

Tahun oleh pegawai-pegawai untuk tujuan kecekapan dan juga untuk

kepentingan pegawai-pegawai itu sendiri. Ketua Jabatan hendaklah

menyediakan,seberapa yang boleh,jadual giliran bercuti bagi kakitangan di

bawah jagaannya.

( b ) Kebenaran Ketua Jabatan bercuti di luar Malaysia

seseorang pegawai yang hendak menggunakan semua atau sebahagian

daripada cuti rehatnya di luar Malaysia hendaklah terlebih dahulu mendapatkan

kebenaran daripada Ketua Jabatannya atau dari Kuasa Tertentu jika ia

seorang Ketua Jabatan.


I. KELAS PEGAWAI DAN KUASA MELULUS CUTI

3. ( a ) kelas pegawai

Untuk menentukan kelayakan-kelayakan bercuti pegawai-pegawai,

mereka adalah dibahagikan seperti berikut :

Kelas A - pegawai-pegawai yang lain daripada pegawai-pegawai

yang disebutkan dalam kelas B.

Kelas B – pegawai-pegawai dalam Perkhidmatan—perkhidmatan

Yang berikut :

i. Pegawai-pegawai dalam Perkhidmatan Pendidikan

yang menjalankan tugas-tugas di sekolah-sekolah

seperti yang ditafsirkan dalam Perintah Am 48 ; dan

ii. Pegawai-pegawai Penjara seperti yang ditafsirkan

dalam Perintah Am 58.

( b ) pegawai kontrak

Pegawai-pegawai dalam kontrak akan berkelayakan mendapat cuti

mengikut syarat-syarat dalam kontrak mereka. Hanya di mana tidak

dinyatakan tentang perbekalan cuti dalam kontrak mereka, pegawai-

pegawai kontrak boleh diberi cuti atas kadar yang sama dengan

pegawai-pegawai yang setaraf mengikut Kelas yang berkenaan.

4. Kuasa melulus Kuasa Tertentu ( 5 )

Di mana dalam bab ini ada disebutkan Kuasa Tertentu sebagai kuasa yang

boleh meluluskan cuti, maka Kuasa Tertentu itu adalah seperti dalam

ruangan dua yang berikut. Bagi setengah-setengah pegawai; Kuasa


Tertentu akan dikehendaki juga menimbangkan pandangan sebuah kuasa

melulus cuti yang lain seperti yang dinyatakan di ruangan dua.

5. ( a ) Kuasa melulus : Ketua Jabatan ( 6 )

Di mana cuti-cuti boleh diluluskan oleh Ketua Jabatan, maka Ketua Jabatan

yang dimaksudkan adalah sebagai berikut :

1. pegawai memohon cuti

Pegawai-pegawai Persekutuan dan semua pegawai-pegawai yang

ditanggung di bawah Anggaran Persekutuan.

Ketua Jabatan

Ketua Jabatan Persekutuan atau Ketua Jabatan Persekutuan bagi

sesuatu wilayah atau Negeri bagi pegawai-pegawai di bawah kuasa

mereka.

2. pegawai memohon cuti

Pegawai-pegawai dalam Perjawatan Persekutuan atau Pegawai

Bersama Negeri yang ditanggung di bawah Anggaran Negeri.

Ketua Jabatan

Ketua Jabatan Negeri

( b ) ketua pejabat dsb,. Boleh beri cuti ( 6 )

Bagi maksud ( a ) ( 1 ) dan ( 2 ) di atas, istilah “Ketua Jabatan” akan

termasuk juga seorang Ketua Pejabat tempatan,yayasan atau cawangan

kecil yang telah diberi kuasa oleh Ketua Jabatannya untuk meluluskan cuti

bagi sebarang Kumpulan Pegawai di stesennya.

( c ) Ketua jabatan memohon cuti ( 6 )


Apabila pegawai yang memohon cuti ialah seorang Ketua Jabatan

sendiri,maka kuasa yang boleh meluluskan cutinya hendaklah Ketua

Perkhidmatannya. Seseorang ketua Perkhidmatan hendaklah memohon

cutinya dari Ketua Setiausaha Negara.

BAHAGIAN SATU
KELAS A

II. CUTI YANG DIBERI KERANA PERKHIDMATAN

6. Jenis cuti kerana perkhidmatan

Seseorang pegawai boleh diberi cuti-cuti yang berikut kerana perkhidmatan yang

melayakkan :

i. Cuti rehat

ii. Cuti separuh gaji

iii. Cuti tanpa gaji

I. CUTI REHAT

1. cuti rehat (2)

Cuti rehat bagi sesuatu tahun boleh diambil bila-bila masa sahaja dalam tahun itu.

Kuasa yang boleh meluluskan cuti rehat ialah Ketua Jabatan, melainkan dalam hal-

hal pengumpulan cuti rehat luar biasa yang akan diluluskan oleh Kuasa Tertentu.

2. (a) kadar cuti rehat

Kadar baru Cuti Rehat tahunan bagi pegawai Perkhidmatan Awam ( kecuali

Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia dan Pasukan Polis Diraja Malaysia ) yang

dilantik mulai 1 September 2005.

(b) Naik tanggagaji/lebih 10 tahun khidmat ( 3). – dibatalkan

(c) Mingguan tidak masuk kira ( 2 )

Hari kelepasan mingguan dan hari cuti am tidak akan diambil kira sebagai

cuti rehat bila jatuh dakam satu tempoh yang seseorang pegawai itu esedang

bercuti rehat.

3. ( a ) cuti rehat tiada genap setahun perkhidmatan ( 4 )


Apabila dalam sesuatu tahun itu, perkhidmatan yang melayakkan tidak genap

satu tahun (umpamanya pegawai itu masuk berkhidmat atau berhenti kerja di

tengah tahun atau dia mengambil cuti yang tidak melayakkan mendapat cuti rehat

seperti cuti tanpa gaji atau separuh gaji), maka cuti rehat yang pegawai itu

berkelayakan ialah sebanyak cuti bagi tempoh perkhidmatan yang melayakkan itu

sahaja, dikira ke setengah hari yang berhampiran.

( b ) pegawai akan berhenti kerja

Seseorang pegawai yang akan meninggalkan perkhidmatan Kerajaan tidak

akan berkelayakan mengambil cuti rehat yang lebih daripada kadar bagi

perkhidmatan yang melayakkan sebelum tarikh ia akan meninggalkan

perkhidmatan Kerajaan itu.

4. pegawai akan bersara

seseorang pegawai yang akan bersara boleh dibenarkan mengambil semua

cuti rehat yang ia berkelayakan sebelum ia bersara supaya cuti rehat itu

tamat di hari akhir perkhidmatannya. Cuti rehatboleh diambil hendaklah

tidak melebihi jumlah cuti rehat yang boleh dikumpulkannya bagi tempoh

perkhidmatan selama masa 24 bulan sebelum tarikh persaraannya, dikira

belakang dari akhir perkhidmatannya itu.

5. membawa ke hadapan cuti yang tidak diambil

seseorang pegawai yang tidak dapat mengambil cuti rehat oleh kerana

kepentingan perkhidmatan, boleh dibenarkan mengumpul baki cuti rehatnya

yang ia berkelayakan dalam tempoh 2 tahun perkhidmatan, ke tahun ketiga.


Cuti tahun pertama yang tidak dihabiskan dalam tahun ketiga akan luput

pada akhir tahun ketiga itu.

6. ( a ) Pengumpulan luar biasa cuti rehat.

Kuasa Tertentu boleh membenarkan pegawaai-pegawai mengumpul cuti

rehat tidak melebihi jumlah cuti rehat yang boleh didapatinya bagi tiga tahun

berturut-turut untuk tujuan perjalanan ke seberang laut yang diluluskan.

Jumlah cuti yang boleh diluluskan tidak melebihi jumlah cuti yang diperlukan

bagi tujuan perjalanan tersebut.

( b ) bila pengumpulan semula

Pengumpulan luar biasa cuti rehat ini boleh dimulakan dengan

mengambilkira cuti rehat yang pegawai itu berkelyakan pada tarikh ia

membuat permohonan tersebut tetapi cuti-cuti rehat yang telah luput

dahulunya tidaklah boleh diambil kira lagi.

( c ) Cuti luput bila tidak diambil

Cuti rehat yang telah dikumpulkan ini tidak boleh diambil sehingga

menjelang tahun akhir pengumpulan cuti tersebut dan akan luput jika

tidak diambil sebelum akhir tahun itu juga.

II. CUTI SEPARUH GAJI

1. ( a ) Cuti separuh gaji atas sebab kesihatan sahaja


Kuasa Tertentu boleh meluluskan cuti separuh gajikepada pegawai-pegawai

atas hal-hal yang berikut sahaja :

i. dibatalkan mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9/91 (SSB)

ii. sebab-sebab kesihatan sanak saudara yang rapat kepada pegawai

itu.

( b ) Kadar cuti

Kadar cuti separuh gaji yang boleh diluluskan ialah senayak 30 hari bagi tiap-

tiap genap 30 tahun perkhidmatan yang melayakkan tetapi tidak boleh melebihi

180 hari.

( c ) bersalin tiada separuh gaji

Cuti separuh gaji tidak boleh diberi kepada pegawai-pegawai wanita atas

sebab-sebab bersalin.

( d ) walau apapun perbekalan (a) di atas seseorang Ketua Jabatan boleh

meluluskan cuti separu gaji tidak melebihi 14 hari dalam satu-satu tahun atas

sebab-sebab seperti di (a) (ii).

III. CUTI TANPA GAJI

1. ( a ) Ketua Jabatan meluluskan cuti tanpa gaji


Ketua Jabatan boleh meluluskan cuti tanpa gaji kepada pegawainya atas

sebab-sebab persendirian yang mustahak. Jumlah cuti yang boleh diluluskan

ialah sebanyak 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan tetapi tidak

melebihi 360 hari.

i. syarat minimum iaitu berkhidmat sekurang-kurangnya 6 bulan

perkhidmatan.

ii. baki cuti tanpa gaji yang belum diambilboleh digunakan selagi

tidak mencapai had maksimum berasaskan perkhidmatan yang

melayakkan.

( b ) urusan sendiri di dalam Malaysia

Diluluskan apabila pegawai itu telah berkhidmat tidak kurang daripada

6 bulan dan telah mengambil semua cuti rehat yang ia berkelayakan.

( c ) urusan sendiri di luar Malaysia

Cuti pegawai itu boleh diluluskan jika ia mempunyai perkhidmatan terus-

menerus tidak kurang daripada enam bulan dan dia telah mengambil semua

cuti rehat yang berkelayakan. Cuti itu tidak boleh diambil sekali lagi sehingga

selepas empat tahun cuti yang pertama itu dan layak untuk mengambil baki cuti

tanpa gaji selagi tidak mencapai had maksimum.

2. Tiada gaji bagi tempoh tidak hadir bekerja tanpa cuti

jika seseorang pegawai tidak hadir bekerja bagi sesuatu tempoh tanpa sesuatu

sebab munasabah yang pada pendapat Ketua Jabatan adalah satu sebab

yang munasabah, maka pegawai itu tidaklah berhak mendapat apa-apa gaji

atau lain-lain emolument bagi tempoh tidak hadir bekerja itu.


III. CUTI-CUTI ATAS SEBAB PERUBATAN
 CUTI SAKIT

 CUTI SAKIT LANJUTAN

 CUTI PEMULIHAN DAN CUTI KERANTINA

 CUTI BERSALIN

 CUTI KECEDERAAN

 CUTI TIBI, KUSTA & BARAH

1. CUTI SAKIT

You might also like