You are on page 1of 2

LATARBELAKANG

Kawasan berbukit mempunyai aset semulajadi yang menarik


pemaju untuk membangunkannya sebagai pusat tumpuan
pelancongan seperti hotel, apartmen, kondominium dan
perumahan berbilang tingkat.

Pembangunan di kawasan berbukit memerlukan beberapa
kriteria perancangan fizikal yang perlu dipatuhi supaya tidak
menjejaskan kestabilan, keseimbangan dan keharmonian
alam semulajadi kawasan tersebut.

Tujuan garis panduan ini adalah untuk membantu pihak
berkuasa negeri dan tempatan dalam menyeragamkan
pemeliharaan topografi semulajadi di kawasan berbukit yang
dibolehkan untuk pembangunan di kawasan yang
memerlukan pemeliharaan.


DEFINISI

Pembangunan ialah sebarang pemajuan tanah yang
melibatkan aktiviti pembinaan infrastruktur dan apa-apa
struktur serta sebarang perbuatan yang berkaitan atau
menganggu keadaan semulajadi tanah.

Topografi ialah bentuk rupabumi tapak, dibentuk oleh tanah
tinggi, curam, sungai, sumber alur sungai, paya, pesisiran
pantai dan lembangan sungai yang mempunyai nilai-nilai
estetika yang tersendiri.

Kawasan Berbukit ialah tanah-tanah tinggi yang
mempunyai kecerunan yang lebih 12 darjah.

Kawasan Tanah Tinggi ialah tanah-tanah yang mempunyai
kedudukan lebih dari 150 meter dari aras laut dan
berkecerunan melebihi 25 darjah.


GARIS PANDUAN

1. Kawasan Berbukit Yang Perlu Dipelihara
Tiada pembangunan yang digalakkan untuk
dilaksanakan di kawasan seperti berikut:
Kawasan berbukit yang telah diisytiharkan sebagai
tanah bukit di bawah Bahagian II, Seksyen 3, Akta
Pemuliharan Tanah 1990 (Akta 385).
Kawasan kecerunan yang mempunyai kepentingan
geologi.
Kawasan kecerunan yang mempunyai nilai sejarah.
Kawasan kecerunan yang dizonkan sebagai
kawasan yang mempunyai sumber-sember mineral
perindustrian.
Kawasan yang dipelihara sebagai tadahan air.
Kawasan kecerunan yang diwartakan sebagai
hutan simpan kekal termasuk kawasan hutan
pengeluaran atau hutan produktif dan hutan
perlindungan.

2. Langkah Kawalan Bagi Kawasan Yang Boleh
Dibangunkan
Topografi (mengikut kontur asal tanah, menyusun
secara bertingkat dengan mengambilkira kecerunan
maksimum dan mempelbagaikan penyusunan
bangunan).
Pembangunan (kepadatan pembangunan
sederhana, tahap peratusan tepubina dihadkan
kepada 25% bagi semua jenis gunatanah dan 30%
untuk sesebuah banglo atau berkembar, nisbah plot
1:1.25 dan ketinggian maksimum ialah 5 tingkat).


KAWALAN PEMELIHARAAN TOPOGRAFI

1. Kawalan Kerja Tanah
Kerja tanah perlu seimbang antara kerja
pemotongan dan penimbusan bagi mengelakkan
hakisan dan mendapan.
Perangkap lumpur perlu dibina dengan tapisan
lubang berbentuk lidah (tounge-shape) dengan
kemudahan pelantar untuk penjagaan yang mudah.
Parit-parit tepi jalan dan parit kekal dibina semasa
peringkat kerja-kerja tanah.
Lereng-lereng bukit disembur dengan jenis rumput
hydroseeding / fibromat bagi mengelakkan hakisan
tanah dan pembentukan alur.

2. Kawasan Bercerun
Kawasan bercerun di antara 5 darjah hingga 15
darjah adalah dianggap sebagai cerun sederhana
dan ia boleh dimajukan dengan melaksanakan
langkah-langkah pengawalan kestabilan cerun.
Kawasan bercerun 15 darjah hingga 25 darjah
boleh dimajukan dengan langkah-langkah
pengawalan runtuhan dilaksanakan.
Kawasan dengan kecerunan melebihi 25 darjah
tidak dibenarkan sebarang pembangunan kerana
dianggap kritikal untuk keselamatan bangunan
dan tapak.

3. Kawalan Aliran Sungai
Aliran sungai dan anak sungai semulajadi
hendaklah dikekalkan dan dipelihara.
Sungai hendaklah dijadikan sebagai tumpuan
utama dalam perancangan pembangunan baru.
Rizab sungai hendaklah dijadikan sebagai
jaluran hijau (penampan) untuk mengawal
pencemaran hakisan permukaan, pencerobohan
setinggan dan sebagainya.

4. Kawalan Takungan Air Seperti Tasik Dan Kolam
Selebar 20 meter zon penampan hijau
diwujudkan antara kawasan takungan / tasik
dengan kawasan pembangunan.
Menentukan kegunaan dan tujuan utama
takungan air tersebut misalnya untuk bekalan air,
saliran, janakuasa, penebat banjir dan rekreasi.

5. Susunan Bangunan dan Jalan Raya
Teknik Satu (Extra masonry Bagi tanah
kecerunan kurang dari 5 darjah, kawasan binaan
bangunan boleh dibina sama rata dengan
kedudukan tanah).
Teknik Dua (Split Level hendaklah digunakan
dengan melaksanakan perubahan setengah
tingkat ke atas binaan asal).
Teknik Tiga (Cut and fill Cerun dipotong dan
ditimbus bagi membentuk aras tapak bagi
mengekalkan tingkat bawah bangunan selari
dengan ketinggian cerun semulajadi).
Teknik Empat (Cascade Pengekalan cerun
yang agak curam, memerlukan adaptasi
bangunan bagi mengelakkan cerun berkenaan
terlibat dengan kerja pemotongan.)
Teknik Lima (Amended Section Aras tapak
bangunan berada di bawah paras jalan.)
Teknik Enam (House on posts Bangunan
hendaklah dibina di atas platform.)





Untuk keterangan selanjutnya, sila rujuk:
Garis Panduan Pemeliharaan Topografi Semulajadi Dalam
Perancangan Dan Pembangunan Fizikal Mengikut Akta
Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172)
(Piawaian Perancangan J PBD 15/97)
B a h a g i a n P e n y e l i d i k a n d a n P e m b a n g u n a n
j a l a n c e n d e r a s a r i , 5 0 6 4 6 k u a l a l u m p u r
T e l : 0 3 - 2 6 9 8 9 2 1 1 f a k s : 0 3 - 2 6 9 3 3 9 6 4
k e m e n t e r i a n p e r u m a h a n & k e r a j a a n t e m p a t a n
6. Landskap dan
Penanaman Pokok
Permukaan tanah
yang terdedah
ditanam dengan
rumput atau tanaman
penutup bumi yang
bersesuaian agar
dapat mengelakkan hakisan berlaku.

7. Kawasan Semulajadi yang Bernilai Saintifik dan
Bersejarah
Kawasan yang unik atau mempunyai kecantikan
semulajadi seperti air terjun, kolam dan tasik
semulajadi hendaklah dikekalkan.
Kawasan yang mempunyai nilai saintifik atau
sejarah perlulah dipelihara.

8. Kawalan Pembalakan di Kawasan Hutan
Setiap projek pembalakan / pembangunan yang
hendak dijalankan di kawasan tadahan air
hendaklah dibuat dalam jarak 10 15 km supaya
tidak menjejaskan proses penakungan air.
Aktiviti perhutanan dan pembalakan yang
melibatkan kesan ke atas alam sekitar perlu
menjalani Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA).

9. Kawasan Pesisiran Pantai
Pembangunan perlu dielakkan di kawasan-
kawasan berisiko tinggi seperti kawasan hakisan,
kawasan berbukit dan kawasan curam serta
kawasan berlumpur di pesisiran pantai;
Bagi kawasan berbatu dan cliff, aktiviti yang
dibenarkan hanyalah untuk kediaman dan
pelancongan; dan
Kediaman dan pelancongan yang dibenarkan di
atas air, ialah melalui kawalan jarak di atas
bangunan ke bangunan dan dibina di atas tiang
(on stilt) dan kawalan kumbahan yang sempurna.

j a b a t a n
perancangan bandar dan desa
semenanjung malaysia
Siri : 016
PEMELIHARAAN
TOPOGRAFI
SEMULAJADI
DALAM
PERANCANGAN
DAN
PEMBANGUNAN
FIZIKAL
MENGIKUT AKTA
PERANCANGAN
BANDAR DAN DESA
1976 (AKTA 172)
Jun 2005
Bil T A J U K G A R I S P A N D U A N D A N P I A W A I A N
001 Piawaian Perancangan dan Pembangunan Fizikal Pulau-Pulau
002
Piawaian Perancangan Penyediaan Kemudahan Asas dan Fizikal Berkaitan
Program Rakan Muda
003 Piawaian Perancangan Guidelines & Geometric On Road Network System
004 Piawaian Perancangan dan Pembangunan Taman Atas Bumbung
005 Garis Panduan Kolam Takungan Sebagai Sebahagian Tanah Lapang
006 Piawaian Perancangan dan Pembangunan Padang Golf
007
Piawaian Perancangan dan Garis Panduan Perancangan Pembangunan di
Kawasan Pesisiran Pantai
008
Piawaian Perancangan dan Garis Panduan Perancangan Tempat Ibadat
Islam
009 Garis Panduan Perancangan Tapak Pencawang Elektrik
010 Garis Panduan Perancangan Tapak Pelupusan Sisa Toksid dan Sisa Pepejal
011 Garis Panduan Perancangan Tapak Incinerator
012 Piawaian Perancangan Kawasan Perdagangan
013 Piawaian Perancangan Kawasan Perindustrian
014 Garis Panduan Perancangan Perumahan Pekerja Kilang
015 Garis Panduan Perancangan dan Pembangunan Taman Tema (Theme Park)
016
Garis Panduan Perancangan Pemeliharaan Topografi Semulajadi Dalam
Perancangan dan Pembangunan Fizikal Mengikut Akta Perancangan Bandar
dan Desa 1976 (Akta 172)
017 Garis Panduan Perancangan Tanah Perkuburan Islam dan Bukan Islam
018 Garis Panduan Perancangan Kemudahan Masyarakat
019 Garis Panduan Perancangan Laluan Kemudahan Utiliti (Service Protocol)
020 Piawaian Perancangan Tanah Lapang dan Rekreasi
021 Garis Panduan Perancangan Kemudahan Pembetungan
022 Piawaian Perancangan Perumahan Berbilang Tingkat
023
Garis Panduan Perancangan dan Piawaian Perancangan Kemudahan
Golongan Kurang Upaya
024 Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Kawasan Tasik
025
Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Taman Industri Teknologi Tinggi
dan Rumah Pekerja
026 Garis Panduan Perancangan dan Pembangunan Sejagat (Edisi 2)
027 Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Tempat Letak Kereta
028 Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Kawasan Pantai, (Bah II)
029
Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Tanah Lapang dan Rekreasi,
(Bah II)
030 Garis Panduan Perancangan Pembangunan Caf Terbuka
031
Garis Panduan Perancangan Kawasan Rizab Sungai Sebagai Sebahagian
Tanah Lapang Awam
032
Garis Panduan Perancangan Pembangunan Taman Awam dan Rekreasi
Bertema
033
Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Perumahan Satu Tingkat dan Dua
Tingkat
034
Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Perumahan Kos Sederhana
Rumah Pangsa
035
Garis Panduan Perancangan Susun Atur Yang Optima Bagi Kawasan
Perumahan
036
Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Reka Bentuk Imej Bandar
Malaysia
037 Garis Panduan Hypermarket
038 Garis Panduan Perancangan Pembangunan Tempat Letak Kereta Bertingkat

Untuk keterangan lanjut sila hubungi :
Bahagi an Penyel i di kan dan Pembangunan
JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA
SEMENANJUNG MALAYSIA
(Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan)
Jalan Cenderasari
50646 Kuala Lumpur
Tel: 603-2698 9211 Fax: 603-2693 3964
www.townplan.gov.my

You might also like