You are on page 1of 4

TIPS HADIR TEMUDUGA

pengalaman menghadiri temuduga biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) untuk sambung
PHD.
Tajuk terlalu umum. Perlu spesifik dan fokus kepada satu bidang sahaja. Kecilkan skop kajian -
sedalam mungkin.
Perlu mahir dalam bidang yang hendak dikaji secara mendalam. Contohnya jangan hendak
mengkaji atau membuat model sesuatu program (komputer) tetapi tidak tahu software secara
teknikal (programming).
Proposal mestilah lengkap. Bukan hanya terbatas kepada 1 000 patah kata (5-6 halaman).
Tuliskan sumber rujukan yang banyak. Terangkan kajian tersebut akan menggunakan model,
teori dan konsep apa secara jelas.
Objektif kajian mestilah berada pada peringkatnya. Bukan hanya "mengenal pasti" yang boleh
dikaji oleh pelajar sarjana muda.
Boleh menerangkan faedah kajian tersebut kepada organisasi terutama pada peringkat
kementerian.
Persediaan perlu mantap. Buat kajian terlebih dahulu. Adakan perhubungan dengan pensyarah
terlebih dahulu untuk menjelaskan konsep atau latar belakang kajian tersebut. Hubungan dengan
pensyarah terlebih dahulu perlu dinyatakan sebagai sumber rujukan kajian.
Bawa semua sijil yang ada termasuk buku atau apa sahaja hasil penulisan.
Penampilan perlu juga dijaga. Ini adalah persaingan peringkat tinggi. Bawa kot /blazer untuk
penampilan yang lebih profesional.
Antara soalan yang ditanya :
1. Pembukaan sesi dimulakan dengan anda dikehendaki menerangkan latar belakang diri anda
dan juga pengalaman profesional anda.
2. Objektif, matlamat, kaedah dan lain-lain berkaitan kajian dihuraikan satu persatu. Soalan
secara spontan oleh penemuduga akan diajukan berdasarkan huraian orang yang ditemuduga.
3. Kaitkan kajian dengan pengalaman dan bidang kerja sekarang. Apakah sumbangan yang boleh
diberikan kepada bidang profesional sekarang.
4. Bagaimanakah kajian tersebut akan dijalankan. Huraikan.
Ada juga soalan pengetahuan am tapi terlalu sedikit. 99% soalan adalah fokus kepada kajian
yang hendak dijalankan. Ia bukan hanya satu sesi temuduga biasa tetapi lebih kepada
pembentangan "viva" !.
Soalan dalam BM dan juga BI. Jika tidak tahu tentang soalan yang diajukan, maka dengan jujur
terus saja menjawab "maaf, saya tidak membuat kajian tentang hal itu" dan soalan berikutnya
akan diajukan.
So, cadangan aku... mulalah menulis mulai sekarang ! kumpul sebanyak mungkin data yang
perlu. Pastikan proposal dah cecah 100 helai.... dan bahan sokongan dah 2 fail baru gi jumpa dr
dr tuh ... (yg temuduga ialah lepasan phd) ..selamat maju jaya..
Jika anda lulus tapisan temudaga neh, anda akan diminta menghadiri satu kursus. Selepas itu
barulah anda akan diiktiraf sebagai penerima HLP.
ORG KE2
terdapat satu bahagian dalam temuduga tersebut diminta jawab dalam Bahasa Inggeris.
Panel soal sumbangan aku sepanjang karier dalam Bahasa Melayu. Bila aku nak mula
jawab je dia pun kata " in English". Aku dah set minda jawab Melayu sebab soalan
Melayu. Bila kena sergah macam tu, aku pun amik masa le nak tune. Memang le english
aku OK, tapi aku belum biasa sebut pembentangan kertas kerja
"I've presented paper in Vocational and Technical Seminar at Sofitel Hotel ..
aku mana nak hafal tajuk kertas kerja tu.. tu yang kantol.
Lain kali aku kena latih bercakap tentang sumbangan dan tajuk dalam Bahasa Inggeris.
resume
aku tak print resume, jadi bile dia suruh aku cerita, mana aku nak ingat tahun berapa-
berapa. Merapu je.
Aku akan print satu resume letak kat sebelah aku dan baca bila dia tanya.
Bahan bukti kertas kerja/ nama dalam buku prosiding/ jurnal/ buku
Ni yang aku sakit hati. Memang le aku bentang, tulis buku, tulis dalam jurnal. Dalam
surat tak de kata pun bawak benda-benda tu. Kata bawa proposal dan sijil je. Bila aku
kata aku bentang, dia terus tanya aku "apa proof you bentang? Mana sijil/ kertas kerja/
buku/ jurnal" Ada pegawai India tu kerja kat Putrajaya juga. Dia sempat le balik amik
buku kat pejabat dia dan datang balik. Buku kerja Bahasa Tamil sekolah rendah je. Aku
mana bawak, kat rumah le. Aku tulis buku sekolah menengah lagi.
Aku akan bawa abstrak, buku yang aku tulis, aturcara seminar, sijil-sijil dan jurnal yang
aku tulis dan bentang
Proposal
Aku pun tak tahu le. Aku ni datang temuduga ke VIVA? Dah namanya proposal atau
kertas cadangan. Buat le dalam 13 m/s. Lepas tu suruh aku buat satu Malaysia, tanya ada
berapa kerangka teori yang ada, lepas tu suruh gabung, kenapa tak masukkan itu dan ini,
ringkas sangat dan lain-lain soalan yang tak masuk akal. Kalau dah lengkap, tak le nama
dia proposal itu dissertasi namanya. Lepas tu dah sampai depan pintu waktu mendaftar
baru cakap nak 3 salinan proposal.
Lain kali aku kena semak proposal tu betul-betul tapi aku tak nak print 3 salinan.
Biarkan.
Tesis sarjana tidak boleh diteruskan ke peringkat PHD
Mulanya panel tak tahu proposal tu berdasarkan dissertasi sarjana aku. Aku dah defend
baik. Dia tanya kerangka teori, senang-senang je aku jawab. Tiba-tiba Dr Rahim
(UTM)tanya tajuk tesis sarjana aku, baru panel tahu dan kondem proposal aku. Diaorang
kata tak boleh diteruskan ke PHD.
Tu yang aku geram dengan 'orang' UTM ni. Datang tempat aku kempen aku dan kekawan
buat PHD kat UTM, masuk je, kita orang tolong. Tapi kalau dah masuk, mampus engkau
le. Engkau-engkau, aku-aku. Dia dengan kaum dia sama je, jahat. Tak de maknanya. Aku
nyaris-nyaris tamat tanpa Sarjana, tapi aku bernasib baik kerana dengan pertolongan DR
WIDAD OTHMAN aku dapat menamatkan pengajian. Itupun pada semester ke 10,
tolong apa? Kalau tak hangus belanja belajar aku RM10,000.00. Pakai duit sendiri, bukan
loan.
Panduan Menulis Proposal Hadiah Latihan Persekutuan
LAMPIRAN A (i): "PANDUAN MENULIS RANCANGAN PENGAJIAN UNTUK
PROGRAM IJAZAH TINGGI BAGI PERKHIDMATAN GUNASAMA UNTUK
PERMOHONAN HLP SESI PENGAJIAN 2011"

"Guideline to Writing Research Proposal/Statement of Purpose for Ph.D/Masters
Programme"

1) Panduan menulis cadangan penyelidikan (Ph.D dan mod pengajian -
Penyelidikan Penuh)
Guideline to writing research proposal (Ph.D and mode of study - Full Research)

Pemohon dikehendaki mengemukakan satu kenyataan berkaitan cadangan
penyelidikan (calon PhD dan calon Sarjana secara Penyelidikan Penuh) Kenyataan
haruslah mengandungi elemen berikut:
Applicants are required to submit either a research proposal (Ph.D & Masters by full
research). The statement should comprise the following elements:

Bidang penyelidikan (Sila letakkan di penjuru atas kanan muka depan kertas)
Field of Research
Cadangan Penyelidikan
Research Proposal
Latarbelakang atau kajian perpustakaan ringkas mengenai bidang kajian
Background or a brief literature review on the research topic
Rangka kajian
Theoretical Framework
Objektif Kajian
Objective of study

Jelaskan apakah objektif yang mendorong tajuk ini dikaji
Explain the objective(s) that influence the research
Metodologi kajian
Methodological Research
Jelaskan metod-metod yang akan digunakan dalam membuat kajian seperti
perpustakaan, kerja makmal, kajian luar, dokumentari, persejarahan,
wawancara/soal selidik, penafsiran dan analisis, dan lainnya
Explain the methods used in the research such as library research, lab work, field
work, historical documentary, interview, survey, evaluation and analysis, etc.
Rangka Jadual Kerja
Work schedule
Bibliografi ringkas
Brief Bibliography
Cadangan penyelidikan ini hendaklah tidak kurang daripada 10 muka surat (Ph.D) dan
5 muka surat (Sarjana) ditulis dalam Bahasa Inggeris (pengajian di Luar Negara) dan
Bahasa Malaysia (pengajian di Dalam Negara).
The research proposal should not be less than 10 pages (Ph.D) or 5 pages (Masters),
written in English (Overseas Studies) and Bahasa Malaysia (Local Studies).

2) Panduan menulis cadangan pelan pengajian (mod pengajian - kerja kursus)
Guideline to writing research proposal (mode of study - coursework)

Pemohon dikehendaki mengemukakan satu kenyataan berkaitan dengan pelan
pengajian. Kenyataan haruslah mengandungi elemen-elemen berikut:
Applicants are required to submit a statement of purpose with study plan. The statement
should comprise the following elements:
Bidang kursus (Sila letakkan di penjuru atas kanan muka depan kertas)
Coursework
Tajuk Kerja Kursus
Topic of coursework
Pelan Pengajian
Study Plan
Potensi kepentingan Kerja Kursus kepada Perkhidmatan Awam
Potential Interest of coursework towards Public Service
Cadangan pelan pengajian ini hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya 3
mukasurat serta ditulis dalam Bahasa Inggeris (pengajian di Luar Negara) dan Bahasa
Malaysia (pengajian di Dalam Negara).
The research proposal should not be less than 3 pages, written in English (Overseas
Studies) and Bahasa Malaysia (Local Studies).

You might also like