You are on page 1of 14

MQA 101 Tugasan

TUGASAN

SEPTEMBER 2012 SEMESTER



KOD KURSUS : MQA 101
NAMA KURSUS : BAHASA MELAYU & KOMUNIKASI
PROGRAM : SARJANA MUDA PENDIDIKAN




NAMA PELAJAR : YUS MARINA ZURAINIE BT. AB.RAHIM





NO. MATRIK :E30209120352



FASILITATOR : EN ROSELY BIN MUSTAPHA
AKADEMIK

PUSAT : KOLEJ POLY-TECH MARA KOTA BHARU
PEMBELAJARAN


Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan rahmat-Nya, dapat saya
menyiapkan tugasan ini. Keupayaan yang terbatas selaku manusia biasa serta cabaran dan
dugaan yang dihadapi telah dilalui, meskipun memerlukan ketabahan dan kesabaran.
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada tutor saya iaitu En.
Rosly b. Mustapha di atas segala sumbangan ilmu, kepakaran dan tenaga beliau dalam
memberi tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat sehingga saya berjaya menyempurnakan tugasan
ini. HanyaAllah jua yang dapat membalas jasa baik tuan. Terima kasih yang tidak terhingga
juga saya ucapkan kepada semua tutor dan rakan-rakan yang telah menyumbang ilmu yang
tidak ternilai harganya sepanjang semester ini. Penghargaan ini juga buat keluarga tercinta
kerana memahami serta membantu saya di dalam meneruskan cabaran untuk membawa
pulang segulung ijazah. Sesungguhnya segala kesabaran dan penat jerih lelah pastinya ada
hikmah disebaliknya.Terima Kasih.












SOALAN 1
Peranan Bahasa Melayu tidak boleh dipandang ringan oleh warga Malaysia jika mahu
melihat negara kita maju seiring dengan negara lain khususnya dalam memartabatkan
Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di persada antarabangsa.
Bincangkan secara kritis kenyataan tersebut.

Melayu yang mampu menjadi teras perpaduan bangsa Malaysia ialah Bahasa Melayu yang
digunakan secara bersama dan meluas. Bahasa melayu bukan sahaja berfungsi sebagai bahasa
basahan, namun bahasa rasmi dan tidak rasmi.
Bahasa ini bukan sahaja dijadikan bahasa perantaraan di sekolah-sekolah dan universiti tetapi
penggunaannya menjangkau ke peringkat antarabangsa. Buktinya DS Mohd Najib telah
bertutur dalam Bahasa Melayu sepenuhnya di sebuah Universiti di China semasa lawatan
beliau ke sana baru-baru ini.
Ini bererti Bahasa Melayu yang dimaksudkan ialah bahasa Melayu yang standard dan
mengikut struktur bahasa Melayu baku dan mempunyai sistem yang sama untuk semua.
Slanga atau loghat mungkin sesuai untuk orang Melayu di negeri-negeri tertentu, tetapi
apabila bertutur dengan bangsa Melayu dari kawasan atau negeri yang lain dan dengan orang
bukan Melayu, Bahasa Melayu yang standard wajar digunakan. Inilah bahasa yang diajar dan
digunakan di sekolah, dalam buku teks, buku-buku dan majalah serta dalam dokumen rasmi
yang lain.
Selain itu, Bahasa Melayu sebagai alat perpaduan utama mempunyai masa depan yang cerah
kerana Bahasa Melayu bersikap terbuka kepada bahasa lain. Kita sedar sesuatu bahasa yang
terlalu rigid, terpencil dan statik tidak akan mampu mengadaptasikan dirinya dengan
perubahan semasa.
Dunia semakin berkembang, masyakaratnya semakin maju dan berpengetahuan, maka
begitulah juga halnya dengan bahasa Melayu Sejak dahulu Bahasa Melayu dilihat mempunyai
tahap keterbukaan dan toleransi yang begitu tinggi,kepada kemasukan isitilah-istilah baru dan
kata asing.
Dinamika bahasa ini amat diperlukan untuk memastikan Bahasa Melayu tidak terkubur seperti
yang berlaku kepada bahasa Sanskerta.
Sayugia diingat dalam keghairahan kita hendak mempertahankan Bahasa Melayu jangan
sampai bahasa ini menerima nasib yang sama seperti dinossours yang akhirnya pupus kerana
gagal untuk menyesuaikan dirinya dengan perubahan semasa dan persekitaran.
Maka menyedari hakikat itu DBP telah memainkan peranan yang begitu aktif untuk
membentuk dan menyelaraskan istilah-istilah baru dalam pelbagai bidang pengetahuan seperti
sains dan teknologi, undang-undang, pendidikan, perbankan, komputer dan internet.
Kedudukan Bahasa Melayu sebagai teras perpaduan bangsa Malaysia diperkukuhkan apabila
kehadirannya tidak pernah disangsikan oleh kaum-kaum lain.
Sebabnya Bahasa Melayu tidak dianggap sebagai ancaman kepada mana-mana pihak dan
kehadirannya tidak akan menyebabkan bahasa ibunda kaum masing-masing akan menerima
nasib malang.
Rahsia Bahasa Melayu tetap diyakini sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan
hingga kini ialah kerana jaminan yang diberikan dalam perlembagaan Malaysia yang telah
menyebutkan bahawa bahasa-bahasa lain masih boleh digunakan.
1) Asas pembinaan negara dan kebudayaan masyarakat Perkara 152 Perlembagaan
Persekutuan telah memainkan peranan penting menjadikan Bahasa Melayu sebagai asas
pembinaan negara. Sesungguhnya Perkara 152 ini telah mengiktiraf dan mengisytiharkan
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta bahasa rasmi negara. Perkara ini termaktub
dalam Perkara 152 (1). Hal ini disebabkan menjadi satu kepentingan bahawa negara ini
mempunyai masyarakat yang berbilang kaum dan sangat memerlukan satu bahasa sebagai
panduan. Bahasa ini pula boleh difahami oleh setiap kaum. Lagipun peruntukan ini adalah
berdasarkan penduduk asal di Malaysia iaitu orang Melayu yang memonopoli lebih daripada
50 peratus penduduknya. Oleh yang demikian, dengan termaktubnya Perkara 152 mendapati
negara mempunyai asas yang kukuh untuk membina sebuah negara.

2) Lambang jati diriBahasa Melayu mempunyai lambang, iaitu sebagai bahasa kebangsaan,
bahasa rasmi, dan bahasa pemersatu. Hasrat ini terungkap dalam dasar bahasa dengan
merujuk pada Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Melalui perkara ini,
Bahasa Melayu telah dipilih sebagai lambang jati diri warganegara Malaysia. Hal ini sangat
diperlukan kerana setiap negara mempunyai bahasanya sendiri. Contohnya Negara Jepun
dengan hasa Jepunnya, Negara Jerman dengan Bahasa Jermannya dan Negara Perancis
dengan Bahasa Perancisnya. Oleh hal demikian, Bahasa Melayu memainkan peranan sebagai
lambang Negara Malysia di persada dunia. Dengan hal demikian, bahasa Melayu berperanan
sebagai perakuan kejatidirian bangsa Malaysia demi memenuhi maksud kemajuan mengikut
acuan sendiri, seperti yang digariskan dalam Wawasan 2020.
3) Bahasa perpaduan
Bahasa Melayu juga berperanan sebagai bahasa perpaduan. Perpaduan sangatlah penting
dalam masyarakat yang berbilang bangsa. Tanpa perpaduan negara akan kucar-kacir dan
musnahlah sebuah negara beraulat. Di Malaysia ini, terapat tiga kaum utama iaitu kaum
Melayu, Cina dan India. Kaum Melayu merupakan penduduk asal Malaysia dan mempunyai
penduduk yang melebihi lima puluh peratus daripada keseluruhan warganegara di sini. Oleh
sebab itulah bahasa Melayu telah dipilih berdasarkan kaum majoriti penduduk. Bahasa ini
wajib diketahui oleh setiap kaum kerana bahasa ini menjadi bahasa utama dalam konteks
hubungan antara kaum.
Bagi merealisasikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan agen perpaduan
negara, Penyata Razak dijadikan sebagai asas Ordinan Pelajaran 1957. Menurut penyata itu,
bahasa dan pendidikan dapat digunakan sebagai alat untuk meningkatkan persefahaman
perpaduan kebangsaan anatara penduduk yang berbilang kaum.
4) Bahasa pengantar ilmu pengetahuan
Bahsa Melayu memainkan peranan sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan. Perkara ini
terkandung dalam Laporan Razak pada tahun 1957 dan tahun 1961 setelah melaksanakan syor
yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Penyemak Rahman Talib yang seterusnya
menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan ini bertujuan untuk memungkinkan bahasa
Melayu digunakan sepenuhnya sebagai bahasa kebangsaan, bahasa itu diberi tempat sebagai
bahasa pengantar ilmu pengetahuan agar dapat berkembang menjadi bahasa yang moden dan
mampu menjadi asas pembinaan negara bangsa yang maju dan berdaulat.

5) Menjadi bahasa yang cemerlang dalam pembinaan negara bangsa MalaysiaBahasa Melayu
berperanan untuk menjadi bahasa yang cemerlang dalam pembinaan negara bangsa Malaysia.
Bahkan semua bahasa di dunia ini mempunyai hak tersebut. Pengguna bahasa yang mahu
melihat bahasa kebangsaan mereka berfungsi dengn cemerlang selaras dengan perkembangan
bangsanya mestilah berusaha menjadikan bahasanya lebih baik dan dihormati daripada bahasa
yang dipinjam semata-mata untuk menunjukkkan status penutur, dan bukannya untuk
menyerlahkan kegemilangan bangsa penutur itu sendir. Oleh hal demikian, penduduk di
negara bangsa Malaysia ini perlulah dengan penuh keyakinan apabila mengunakan bahasa
Melayu untuk memartabatkan bahasa ini di persada antarabangsa.



6) Menampakkan penggunaannya dalam pelbagai perisian dan kesantunan
Bahasa Melayu juga berfungsi sebagai bahasa kebangsaan yang mencerminkan pengunaannya
dalam pelbagai perisiannya dan kesantunanya. Tingkat ilmu dan tingkat keperisian itu dapat
diukur melalui laras bahasanya manakala nilai estetika keluwesan bahasa ini menjadi
pengukur kesantunannya. Bahasa Melayu memiliki peribai yang istimewa selain terkenal
dengan ciri-ciri ketimuran, seperti lemah lembut, beradab, dan berbudi bahasa. Oleh sebab itu,
bangsa Malaysia harus menggunakan bahasa Melayu yang baku dan yang mempunyai nilai
estetika dan nilai kesantunan.

7) Wahana politik dalam menentukan kualiti penggunaan bahasa negara bangsanyaBahasa
Melayu sebgai bahasa kebangsaan berperanan sebgagai wahana politik dalam menentukan
kualiti penggunaan bahasa negara bangsanya. Bahasa yang dapat membina neara bangsanya
seharusnya dapat juga melahirkan pengguna bahasa yang brkualiti, berkuasa dan
berketerampilan. Maka, lebih banyak kumpulan enutur yang berkuasa dalam penggunaan
bahasa Melayu perlu dipupuk. Mereka ialah yang terdiri daripada ahli politik, ahli korporat,
golongan professional, pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta, pelajar sekolah,
dan ali masyarakat. Kehadiran kumpulan inidapat mengembangkan bahasa itu dengan
terancang, meliputi pelbgai bidang. Contonya, jika ali politik dan ahli profesional mempunyai
daya ungkapan yang tinggi dan bermutu melalui bahasa Melayu, bahsa itu akan dilihat
sebagai berkuasa dalam arenanya.
8) Menggambarkan bangsa yang berkuasa
Bahasa yang berkuasa menggambarkan bangsa yang berkuasa. Ungkapan Bahasa Jiwa
Bangsa menunjukkan bahawa sesuatu bahasa itu dapat maju jika bangsa itu pun maju.
Namun begitu, untuk mengetengahkan bahsa Melayu, bahasa lain tidak perlu ditolak. Dalam
era globalisasi, pengetahuan tantang bahasa lain amat perlu dan tidak merugikan bangsa.
Bangsa itu akan maju dengan mempelajari ilmu pengetahuan daripada bahasa lain, lalu
disebarkan ilmu kepada bangsanya melalui pengetahuan yang sudah dialih ke dalam bahasa
Melayu melalui usaha penerbitan bahan bacaan




SOALAN 2
Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggubal satu dasar baru iaitu
Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris
(MBMMBI) bagi memastikan anak-anak didik di sekolah terus menguasai Bahasa
Melayu dan dalam masa yang sama meningkatkan lagi penguasaan Bahasa Inggeris.
Bincangkan secara kritis dan cadangkan tindakan-tindakan supaya dasar tersebut
berjaya dilaksanakan di sekolah-sekolah.
Dasar MBMMBI ialah dasar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk memastikan
penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di semua sekolah kebangsaan dan
sekolah menengah serta memastikan murid boleh menguasai bahasa Malaysia dan bahasa
Inggeris dengan fasih dan betul.
Dasar MBMMBI menetapkan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa p&p sains dan
matematik di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah, bahasa Cina di sekolah jenis
kebangsaan Cina dan bahasa Tamil di sekolah jenis kebangsaan Tamil.

Dasar MBMMBI dilaksanakan di sekolah melalui pendekatan mengembalikan peranan bahasa
Malaysia sebagai bahasa p&p sains dan matematik, meningkatkan penguasaan bahasa
Malaysia dan bahasa Inggeris melalui pelaksanaan tambahan waktu p&p, transformasi
kurikulum, peningkatan kapasiti guru dan sumber manusia, penyediaan bahan dan peralatan
serta mengintegrasi Teknologi Maklumat dan lKomunikasi (TMK) dalam p&p.
Kajian yang dijalankan oleh pelbagai pihak mendapati PPSMI tidak dapat dilaksanakan
seperti yang dihasratkan. Hasil kajian juga mendapati murid sukar memahami mata pelajaran
matematik dan sains dalam bahasa Inggeris. Murid mengambil masa yang lama untuk
memahami konsep matematik dan sains kerana mereka tidak faham bahasa Inggeris. Hal ini
memaksa guru-guru untuk mengajar dalam bahasa Malaysia supaya murid dapat memahami
kedua-dua mata pelajaran tersebut. Masalah seperti ini bukan sahaja dialami oleh sekolah-
sekolah di luar bandar, tetapi juga di bandar. Oleh yang demikian, sekiranya PPSMI
diteruskan, sebahagian besar murid di negara kita tidak akan dapat menguasai ilmu matematik
dan sains dengan baik dan mereka akan terus ketinggalan. Kajian KPM juga menunjukkan
bahawa kebanyakan sekolah telah melaksanakan p&p sains dan matematik dalam bahasa
Malaysia.
Dasar MBMMBI dilaksanakan secara berperingkat-peringkat (soft landing) mulai tahun 2010.
Dalam proses peralihan ini, p&p sains dan matematik boleh menggunakan bahasa Inggeris
dan/atau bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah, bahasa Inggeris
dan/atau bahasa Cina di sekolah jenis kebangsaan cina, bahasa Inggeris dan/atau bahasa Tamil
di sekolah jenis kebangsaan Tamil. Ini bertujuan membantu guru dan murid menyesuaikan
diri dengan perubahan dasar berkenaan. Soft landing membolehkan murid sekolah rendah dan
sekolah menengah yang telah mengikuti p&p sains dan matematik dalam BI pada atau
sebelum tahun 2010 meneruskan penggunaan BI sehingga tamat Tingkatan Lima berdasarkan
kesediaan guru dan murid di sekolah. Dengan pendekatan soft landing ini, p&p matematik
dan sains di sekolah rendah akan dilaksanakan dalam bahasa Malaysia sepenuhnya pada tahun
2016. Manakala di sekolah menengah, penggunaan bahasa Malaysia sepenuhnya bagi kedua-
dua mata pelajaran ini adalah pada tahun 2021.
KPM telah merancang dan melaksanakan pelbagai program di bawah dasar MBMMBI untuk
melatih guru Bahasa Inggeris dalam perkhidmatan untuk meningkatkan profesionalisme guru
dan juga melengkapkan guru dengan kemahiran selaras dengan pembangunan pendidikan
nasional. ELTC telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program serta kursus
berikut:
a. Training of Trainers for English Language Lecturers in Institutes of Teacher
Education (ELITE-ToT) untuk Pensyarah IPG
b. Certificate in the Practice of English Language Teaching (C-PELT) untuk guru
bukan opsyen bahasa Inggeris
c. Reinforcing English Language Teaching for Non-Option English Language
Teachers (RELTNOTe) untuk guru bukan opsyen bahasa Inggeris yang tidak
mengikuti C-PELT
d. Oral Proficiency in English for Secondary Schools (OPS-ENGLISH) untuk
meningkatkan kemahiran bertutur dan berkomunikasi dalam kalangan pelajar
Tingkatan 1 di sekolah-sekolah Band 3 5

BPG juga mengendalikan program latihan dan peningkatan profesionalisme guru bagi mata
pelajaran BM dan BI:

Latihan untuk bahasa Malaysia:
i. Kursus Pendek Kelolaan Institusi (KPKI)
ii. KDP 4 Minggu
iii. Kursus Kolaboratif Dengan Dewan Bahasa Dan Pustaka

Latihan untuk bahasa Inggeris:
i. Kursus Pemantapan Profisiensi Guru Bukan Opsyen bahasa Inggeris
ii. Kursus Peningkatan Pedagogi Guru Opsyen bahasa Inggeris
iii. Latihan Guru Kontrak bahasa Inggeris


Institut Pendidikan Guru
a. IPG akan memantau prestasi / penglibatan guru-guru baru ini selama 6 bulan selepas tamat
pengajian dan di tempatkan disekolah.
b. Teacher Study untuk guru-guru bagi memastikan prestasi mereka di sekolah.
c. Lengkapkan guru pra perkhidmatan dengan kemahiran pedagogi yang sesuai dengan pelbagai
kebolehan dan gaya pembelajaran murid.
d. Bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ada komponen Amalan Professional,
Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dan Praktikum.

Bagi PBS, pelajar akan mengikuti setiap semester pengajian.
Praktikum 3 kali praktikum :
a. Semester 5 4 minggu
b. Semester 6 8 minggu
c. Semester 7 12 minggu

Semester 8 pelajar akan menjalani internship di mana kajian permasalahan dalam
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kajian ini dapat membantu pelajar ini di sekolah
sebagai guru permulaan.

Pedagogy Standards for English Language Teaching (PSELT) telah dibangunkan sebagai
satu inisiatif ELTC untuk membantu guru-guru bahasa Inggeris mengenalpasti keperluan
latihan professional mereka serta memberi petunjuk untuk pembangunan profesionalisme
secara berterusan. Selain itu, ianya juga boleh dijadikan panduan dalam merancang, mereka
bentuk dan mengurus program pembangunan profesionalisme untuk guru-guru bahasa
Inggeris.

Di samping itu, instrumen PSELT yang berunsur self-evaluative juga telah dibina dan akan
dapat diakses secara atas talian oleh guru bahasa Inggeris untuk mengenalpasti keperluan
latihan profesional serta memohon untuk mengikuti kursus yaELTC melaksanakan Certificate
in the Practice of English Language Teaching (C-PELT) untuk guru bukan opsyen bahasa
Inggeris yang mengajar matapelajaran Bahasa Inggeris di sekolah rendah di seluruh Malaysia.
Kursus ini merupakan kursus tambah opsyen.
BPG melaksanakan 2 jenis program bagi tujuan tersebut:
i. Program Intervensi Tambah Opsyen guru-guru Sains dan Matematik sekolah menengah yang
telah berkhidmat antara 1 5 tahun
ii. Program Latihan Guru Kontrak bahasa Inggeris guru-guru bahasa Inggeris yang telah
bersara dari seluruh negarang diperlukan untuk pembangunan profesionalisme secara
berterusan. Pada tahun 2008 KPM telah bersetuju untuk mengambil penutur jati bahasa
Inggeris sebagai pakar atau mentor kepada guru dan pensyarah Bahasa Inggeris di sekolah
rendah dan institusi pendidikan guru di negara ini. Keputusan dibuat untuk melaksanakan
Program Penutur Jati Bahasa Inggeris mulai 2011 hingga 2013.

Petunjuk Prestasi Utama Program Penutur Jati adalah untuk meningkatkan kapasiti guru
bahasa Inggeris di 1800 buah sekolah rendah dan pensyarah di lima Institut Pendidikan Guru
(IPG) yang telah dikenal pasti sebagai Pusat Kecemerlangan Bahasa Inggeris (PKBI, iaitu:
a. IPG Kampus Batu Lintang, Kuching, Sarawak
b. IPG Kampus Gaya, Kota Kinabalu, Sabah
c. IPG Kampus Dato Razali Iamail, Kuala Terengganu, Terengganu
d. IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur, dan
e. English Language Teaching Centre, Kuala Lumpur
Peranan Training Fellows (TF) yang ditempatkan di setiap PKBI adalah untuk menjadi
mentor dan coach kepada pensyarah Bahasa Inggeris dengan tujuan membantu dalam
pembangunan profesionalisme pensyarah tersebut. Selain itu, TF juga bekerjasama dengan
pensyarah dalam membangunkan program latihan. Tugas yang dilaksanakan oleh TF adalah
sejajar dan selaras dengan keperluan dan kehendak institusi.

Mentor yang terlibat di sekolah rendah adalah untuk membantu guru bahasa Inggeris dalam
aspek seperti berikut:
a. Perancangan dan pelaksanaan program peningkatan profesionalisme guru Bahasa Inggeris;
b. Pengendalian program/kursus/ bengkel/ latihan dalam kluster dan zon
c. Kerjasama dengan pakar dari luar negara yang lain dalam kluster dan zon
d. Perkhidmatan pakar dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti ko-kurikulum
e. Bantuan dalam aktiviti sokongan pengajaran dan pembelajaran
f. Pelaksanaan aktiviti penyelidikan yang sesuai
g. Kerjasama dengan pihak KPM dalam pengendalian penilaian program
h. Pembentukan pasukan jurulatih yang berpotensi di dalam kalangan guru sekolah
English Language Teaching Centre (ELTC) telah menyediakan bahan bagi meningkatkan
profesionalisme serta memperkukuh penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan guru:
a. Pedagogy Standards for English Language Teaching (PSELT)
Untuk pembangunan profesionalisme guru bahasa Inggeris, ELTC telah menerbitkan buku
Pedagogy Standards for English Language Teaching yang membolehkan guru bahasa Inggeris
mengenalpasti keperluan latihan profesional mereka.

b. Oral Proficiency in English for Secondary Schools (OPS-ENGLISH)
Buku Panduan Guru OPS-English yang membolehkan guru melaksanakan P & P untuk pelajar
Tingkatan 1 tahun 2012 dalam kemahiran bertutur dan berkomunikasi dengan lebih berkesan.
CD Audio-Video (Teachers CD) yang membolehkan guru melaksanakan pengajaran
kemahiran bertutur dan berkomunikasi dengan lebih efektif.
OPS-ENGLISH Students Handbook untuk pelajar.

Bahagian Teknologi Pendidikan telah menyediakan dan membekalkan bahan digital
pengajaran dan pembelajaran ke semua sekolah. Bahan tersebut merupakan bahan perisian
kursus pendidikan khusus bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Bahan
digital ini berbentuk CD Stand-alone yang dapat dijalankan di semua komputer. Bahan
diterapkan dengan unsur didik hibur di samping menitikberatkan kemahiran berbahasa

Makmal bahasa merupakan salah satu inisiatif ICT yang menjadi agenda utama dalam
pelaksanaan dasar MBMMBI. Infrastruktur makmal bahasa akan dilengkapi dengan alat
pandang dengar, perisian kawalan murid dan perisian interaktif Bahasa Malaysia dan Bahasa
Inggeris yang lebih menitikberatkan dalam penguasaan Pentaksiran di sekolah akan
dilaksanakan dalam dua bentuk iaitu;
Pentaksiran Formatif iaitu pentaksiran pada peringkat pembentukan dengan tujuan
untuk memperbaiki dan meningkatkan pembelajaran (pentaksiran pembelajaran atau
assessment for learning)
Pentaksiran Sumatif iaitu pentaksiran pada peringkat merumuskan dengan tujuan
untuk mengetahui sejauh mana murid telah belajar dan menguasai apa yang dipelajari
(pentaksiran tentang pembelajaran atau assessment of learning)
Pentaksiran formatif memberi tumpuan bukan semata-mata kepada membuat ujian,
memeriksa, merekod skor murid dan membuat analisis kepada skor malahan yang lebih
penting ialah melihat perkembangan pembelajaran murid dan aktiviti memberi maklumbalas
kepada sesiapa sahaja yang memerlukan terutama murid sendiri. Oleh itu, pelaporan bertulis
tidak perlu dibuat secara berkala sebaliknya, guru mestilah mampu memberinya secara
bertulis atau verbal apabila dikehendaki pada bila-bila masa oleh mana-mana pihak
berkepentingan seperti ibu bapa, guru besar atau nazir.

Pentaksiran sumatif dilaksanakan dengan guru membuat pertimbangan tentang tahap
penguasaan murid dalam pembelajaran menggunakan pelbagai maklumat (kuantitatif dan
kualitatif) yang diperoleh melalui pelbagai aktiviti pentaksiran. Maklumat tersebut perlu
dinilai dan dilaporkan oleh guru untuk digunakan pula oleh guru lain yang akan meneruskan
pengajaran murid di semester atau tahun berikutnya. Sekali lagi guru tidak perlu
membandingkan murid dengan murid yang lain sama ada secara kuantitatif atau
kualitatif.berbahasa.
Selaras dengan soft-landing MBMMBI, soalan peperiksaan awam bagi mata pelajaran Sains
dan Matematik di peringkat UPSR, PMR dan SPM akan dibuat dalam dwibahasa sehingga
tahun 2020. Selepas daripada tahun 2020 semua soalan bagi kedua mata pelajaran tersebut
akan dibuat dalam Bahasa Malaysia. Ini adalah selaras dengan hasrat MBMMBI

Di bawah Dasar MBMMBI, KPM sedang melaksanakan pelbagai inisiatif baru yang lebih
efektif untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid. Antara
inisiatif tersebut ialah penambahan masa p&p bahasa Inggeris, penambahbaikan kurikulum
bahasa Inggeris di bawah pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR),
penyediaan guru, pengambilan penutur jati bagi meningkatkan kapasiti pensyarah dan guru
Bahasa Inggeris, penyediaan bahan sokongan yang berkualiti seperti bahan bacaan tambahan
dan bahan digital bagi menyokong pelaksanaan p&p di bilik darjah. Oleh itu, pelaksanaan
Dasar MBMMBI diharapkan dapat meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam
kalangan murid bagi membantu mereka meneruskan pengajian di peringkat prauniverisiti
mahupun universiti.
















BIBLIOGRAFI
Sumber : Kerja Kursus Sosiolinguistik, Dr. Awang Sariyan, 2006.
Posted by KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

You might also like