You are on page 1of 12

Penyerapan unsur asing dalam bahasa Melayu

Tidak ada bahasa di dunia ini yang tidak dipengaruhi oleh bahasa asing, baik bahasa Inggeris,
bahasa Arab, bahasa Cina mahupun bahasa Melayu. Sebagai bahasa yang pesat
berkembang, bahasa Melayu banyak menerima pengaruh bahasa asing terutama dalam aspek
kosa kata atau perbendaharaan kata. Pengaruh paling awal yang menyerap masuk dalam
bahasa Melayu ialah pengaruh bahasa Sanskrit. Pengaruh bahasa Sanskrit sungguh berkesan
dan sangat besar sumbangannya terhadap bahasa Melayu secara keseluruhan. Proses
penyerapan unsur asing dalam bahasa Melayu ini ialah satu proses yang mendorong bahasa
penerima meminjam unsur-unsur yang terdapat dalam bahasa-bahasa asing melalui suatu
cara/kaedah yang berperaturan dan sistematik.

Terdapat banyak faktor yang mendorong sesuatu bahasa itu termasuklah bahasa Melayu untuk
mengambil unsur-unsur asing, antaranya ialah :

i. Keperluan dalam dunia baru terutama dalam hal untuk memberi nama-nama baru atau
istilah-istilah baru yang menepati kehendak pengisian masa dan keadaan waktu itu.

ii. Perkembangan dalam urusan perniagaan dan perdagangan.

iii. Faktor psikologi masyarakat peminjam. Masyarakat penutur akan meminjam daripada
bahasa yang dianggap lebih tinggi tarafnya daripada bahasa ibundanya sendiri.

iv. Untuk memantapkan lagi struktur sesuatu bahasa itu. Proses peminjaman sebenarnya boleh
mendatangkan pengukuhan kepada bahasa yang meminjam. Seterusnya bahasa tersebut akan
terus berkembang dan hidup dalam sebarang masa dan keadaan.

Terdapat 5 unsur yang boleh dipinjam daripada sesuatu bahasa luar dan bahasa Melayu telah
meminjam kesemua unsur ini untuk memantapkan lagi strukturnya. Unsur-unsur itu ialah:

i Unsur perkataan (kosa kata/ perbendaharaan kata)
ii. Bentuk huruf dan sistem tulisan
iii. Sistem bunyi (bunyi yang tidak terdapat dalam bahasa Melayu, seperti kh, gh, sy, f dll)
iv. Imbuhan
v. Peribahasa

Namun begitu, kita tidak menerima struktur ayat dalam bahasa asing dalam bahasa Melayu.

Unsur-unsur bahasa asing masuk ke dalam bahasa Melayu melalui pertembungan antara
penutur-penutur bahasa yang berkenaan. Pertembungan antara penutur boleh berlaku dalam
hal-hal seperti di bawah:

i. Melalui proses peperangan dan penjajahan politik
ii. Proses perniagaan dan urusan perdagangan.
iii Melalui hubungan penjiranan dan persahabatan.
iv. Melalui aspek pendidikan dan penyebaran agama.

Penyerapan unsur kosa kata asing dalam bahasa Melayu melalui keempat-empat proses di
atas. Aspek peperangan dan penjajahan politik telah membawa masuk perkataan-perkataan
daripada bahasa Portugis, Belanda dan Inggeris. Manakala aspek perniagaan, urusan berjual-
beli dan pendidikan serta penyebaran agama Islam. Perkataan-perkataan yang dibawa masuk
termasuklah melalui peminjaman daripada bahasa Sanskrit, dan Arab.

Penjiranan dan persahabatan pula telah membawa masuk perkataan-perkataan daripada
bahasa China, Tamil dan dialek Indonesia

JENIS-JENIS PEMINJAMAN

i. Peminjaman tulen
ii. Peminjaman maksud
iii. Peminjaman kacukan
iv. Peminjaman pemerian
v. Peminjaman berpindah
vi. Peminjaman dialek
vii. Peminjaman kuno

KESAN PEMINJAMAN

Peminjaman unsur bahasa asing dalam bahasa Melayu memberi kesan kepada sesuatu
bahasa terutama apabila berlaku penyesuaian dan perubahan terhadap kosa kata bahasa
peminjam. Peminjaman perlu dikawal kerana peminjaman yang berlebih-lebihan akan
mengakibatkan keaslian bahasa peminjam itu sendiri, campur aduk struktur akan berlaku.

Pertembungan sesuatu bahasa dengan bahasa yang lain akan mengakibatkan perubahan bunyi
atau fonologi, bentuk kata atau morfologi dan bentuk ayat atau sintaksis. Dalam bahasa
Melayu perubahan fonologi berlaku apabila bahasa Melayu bertembung dengan bahasa Arab
dan Inggeris.

Peminjaman Kosa Kata

1. Terdapat tiga bahasa yang sangat besar pengaruhnya dalam proses peminjaman kosa kata
kepada bahasa Melayu iaitu bahasa Sanskrit, bahasa Arab dan bahasa Inggeris. Walau
bagaimanapun, bahasa-bahasa Cina, Tamil, Siam, Belanda, Portugis, Parsi, Hindustan dan
Jawa ada juga memberi sumbangan dalam bentuk peminjaman kosa kata kepada bahasa
Melayu.

2. Unsur-unsur bahasa Sanskrit dalam bahasa Melayu. Bahasa Sanskrit banyak
memperkayakan bahasa Melayu sejak dari zaman dahulu lagi. Bukan sahaja bahasa Melayu,
tetapi mana-mana bahasa yang mempunyai hubungan dengan India akan sedikit sebanyak
menerima pengaruh bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit masuk ke dalam bahasa Melayu melalui
proses perdagangan iaitu apabila kerajaan-kerajaan Melayu zaman dahulu membuat hubungan
perdagangan dengan India. Pedagang-pedagang India yang datang berdagang dengan Tanah
Melayu menggunakan bahasa Sanskrit. Paling utama ialah golongan pengembang agama
buddha yang datang untuk mengembangkan agama Buddha di rantau Asia Tenggara ini.
Mereka akan menggunakan bahasa Sanskrit.

3. Kajian telah menunjukkan bahawa dalam bahasa Melayu terdapat sebanyak 677 patah
perkataan yang berasal daripada bahasa Sanskrit. Kata-kata itu merangkumi pelbagai bidang
kehidupan seperti bidang agama, falsafah, alam semula jadi, kenegaraan, hubungan
kekerabatan, haiwan dan mergastua, bunga dan tumbuh-tumbuhan, bahagian-bahagian tubuh
badan, penyakit, perdagangan dan perniagaan, barangan dagangan, bahasa, pembelajaran dan
kesusasteraan, angka-angka, tanda masa dan arah, sifat dan keadaan, kata-kata kerja,
keterangan ganti nama, penghubung dan seru, unsur-unsur awalan dan akhiran dan kata
majmuk. Contoh :

a. Agama dan falsafah
Syurga, agama, bidadari, dewa, dewi, budi, dewata, puasa, sakti, sengsara

b. Bunga dan Tumbuh-tumbuhan
Amra, angsana, cempaka, melati, penaga

c. Istilah Abstrak
Asmara, bencana, cinta, cedera, dirgahayu, dusta, gembira, guna, jasa, sentosa, usaha,

d. Hubungan dan kekeluargaan
Bangsa, belia, dara, isteri, suami, janda, saudari, saudara, seteru

d. Alam semula jadi
angkasa/udara, bumi, bayu, gua, tanah, samudera, ombak, suria, cahaya, nyala

e. bahagian tubuh badan
anggota, bahu, badan, kepala, muka, nadi

f. Kenegaraan dan hubungan kekerabatan
desa, kota, pengawal, raja, maharaja, permaisuri, putera, puteri, mulia, menteri

g. penyakit
selesema, demam, kusta,

h. Haiwan dan Margastua
angsa, gajah, ketam, serigala, singa, unta, jelawat

i. perdagangan dan barangan
arak, gangsa, curiga, bahara, kunci, biaya, warna, berat


PENYERAPAN UNSUR BAHASA ARAB DALAM BAHASA MELAYU

Selain daripada bahasa Sanskrit, unsur bahasa Arab juga meresap masuk ke dalam bahasa
Melayu. Antara peranan utama Islam dan bahasa Arab terhadap bahasa Melayu ialah
pengenalan sistem tulisan. Huruf-huruf Arab diperkenalkan dan digunakan sebagai sistem
tulisan menggantikan sistem tulisan Pallawa dan Nagiri.

Sistem tulisan Arab pada mulanya diserapkan ke dalam bahasa Melayu untuk menghasilkan
buku-buku agama dalam bahasa Melayu, terutama mengenai ibadat. Persoalan awal yang
ditulis ialah seperti mengucap dua kalimah syahadah, solat, berpuasa, membayar zakat. Pada
ketika ini, bahasa Melayu menggantikan bahasa Jawa sebagai bahasa yang penting di
Kepulauan Melayu.

Apabila Islam dianuti oleh golongan kerabat istana dan rakyat Melaka, peminjaman kata-kata
Arab mula meresap masuk ke dalam bahasa melayu. Semasa Melaka di bawah tampuk
pemerintahan Sultan Muzafar Syah (1446-1459), Islam diletakkan sebagai asas
pemerintahannya. Kesannya, pengaruh bahasa Arab menular masuk bukan sahaja dalam
aspek-aspek keagamaaan, tetapi juga meliputi aspek pentadbiran dan kelimuan.

Melaka menjadi pusat perdagangan di Kepulauan Melayu. Bahasa Melayu pula memainkan
peranan utama sebagai bahasa penyebaran ajaran-ajaran Islam. Sistem tulisan yang
diperkenalkan ialah tulisan Jawi.

Sistem tulisan Jawi pada awalnya menggunakan 30 huruf-huruf Arab, iaiatu daripada
alif sehingga ya. Untuk menampung keperluan lidah Melayu, 5 huruf lagi diperkenalkan hasil
penyesuaian daripada bahasa Parsi, iaitu huruf ca, nga, pa, ga, dan nya.

Wilayah-wilayah atau pulau yang penduduknya beragama Islam telah menggunakan bahasa
Melayu sebagai bahasa keagamaan. Dengan ini, bahasa Melayu semakin luas penggunaannya
yang sebelum ini hanya digunakan dalam perdagangan dan kebudayaan sahaja.

Agama Islam juga memperkenalkan ilmu pengetahuan baharu dengan sejumlah khazanah
yang besar dan kaya, yang bersangkut paut dengan perkara yang kompleks seperti agama,
ilmu, fikiran, adat-adat Islam, dan sebagainya.

Antara perkataan Arab yang meresap masuk ke dalam bahasa Melayu ialah;

a. Berkenaan agama
Islam, iman, syarat, rukun, sah, anbia, nabi, wali, tauhid, syariat, malaikat, syariah, baligh,
rukuk, ajal, haji, kiblat, fitrah, syaitan, masjid, al-Quran dsb.

b. berkenaan ilmu
ilmu, nahu, surat, jahil, maktab, kitab,
sejarah, riwayat, hisab, tafsir, tasawuf, kamus, fikir, hafaz, loghat, tarikh, tawarikh, darab, ali
m, kertas, huruf, baki dsb.

c. Berkenaan fikiran dan Perasaan
Akal, faham, syak, yakin, nafsu, khusus, yakin, khas, ikhlas, ijtihad, nasib, nasihat, aib, hajat,
hawa, ilham, musibah dsb

d.Berkenaan hukuman dan peraturan
Hukum, hakim, adil, zalim, tertib, wilayah, wakil, wali,
kadi, makam, sultan, wakaf, wazir, mansuh, uzur, daftar dsb

e. Adat dan pergaulan manusia
kaum, umat, awam, nikah, muhrim, tahniah, layak, syukur, lazat, martabat, watan, mastautin,
lazim, maruah, rezeki, darjat, batin, fitnah

f. Benda-benda, kejadian dan perbuatan
Haiwan, insan, wajah, sifat, wujud, nahas, maut, roh,
kubur, jubah, kubah, dunia, alam, akhirat, rezeki, jati, ijazah, kuat, jenazah, musafir, darurat,
sihat, fitnah, berkat dsb.


PENYERAPAN MASUK UNSUR BAHASA-BAHASA EROPAH DALAM BAHASA
MELAYU

PENYERAPAN MASUK KOSA KATA BAHASA INGGREIS
Kedatangan kuasa-kuasa Barat tidaklah memberi kesan semerta kepada bahasa Melayu.
Pengenalan bahasa melayu kepada para pedagang Eropah merupakan langkah pertama ke arah
pengenalan mereka dengan bangsa Melayu. Campur tangan Inggeris di negeri-negeri Melayu
banyak membawa kesan kepada kedudukan bahasa Melayu. Bahasa Inggeris dijadikan bahasa
rasmi, bahasa pentadbiran, dan bahasa pengantar bidang pendidikan. Orang yang dapat
menguasai bahasa Inggeris akan mendapat keutamaan.

Keperluan terhadap ilmu dan desakan zaman yang berubah, menyebabkan banyak perkataan
bahasa Inggeris menyerap masuk ke dalam bahasa Melayu. Pinjaman perkataan daripada
bahasa Eropah terutamanya bahasa Inggeris terus berlaku. Ini kerana bahasa Melayu
memerlukan istilah sejajar dengan perkembangan semasa, terutamanya dalam bidang sains
dan teknologi. Antara perkataan awal yang meresap masuk ke dalam bahasa Melayu ialah ;
saman, notis, berek, pensel, gelas, setem, hotel, tiub, basikal, lesen, bil, lokap, kompas, biskut,
setokin, drebar, mesin, telefon, biro dan banyak lagi.

KATA PINJAMAN DARIPADA BAHASA PORTUGIS

Perkataan-perkataan daripada bahasa Portugis yang menyerap masuk ke dalam bahasa
Melayu ialah
baldi, bangku, meja, bomba, bendera, kemeja, garpu, kebaya, paderi, tuala, dadu, mentega, k
eju, pita,
lampu, palsu, beranda, wizurai, gereja, merinyu, lelong, sepatu, almari, nanas, tembakau, tan
gki, pita dsb

KATA PINJAMAN DARIPADA BAHASA BELANDA
Perkataan-perkataan pinjaman daripada bahasa Belanda, antaranya ialah:
engsel, duit, pos, persen, polisi, sekolah, senapang, laci, pelekat, persen, rokok, kantor, kamar
, peleser, permisi, dansa, super dsb

KATA PINJAMAN DARIPADA BAHASA TAMIL, HINFUSTAN, PARSI dan CINA

Selain bahasa-bahasa Eropah, bahasa Melayu juga menerima unsur-unsur bahasa lain seperti
Tamil, Hindustan, Parsi, dan Cina.

Perkataan pinjaman daripada bahasa Tamil : ayah, sebagai, cuma, macam, pinggan, bagai,
bagaimana, kalap, segala, cuci, kedai, modal, tirai, cuma, percuma, nelayan, koko dan
banyak lagi

Perkataan pinjaman daripada bahasa Hindustan : acar, cuti, kunci, budiman, kapas, palka,
cukai, kari, roti, curi, kelasi, topi dsb.

Perkataan pinjaman daripada bahasa Parsi : agar, bakhtiar, banjir, bazar, badam, cap, kolah,
nakhoda, syabas, taj, andai, pasar, daftar, firman, khurma, lasykar, syah, saudagar, jam,
bandar, temasya, nisan, takhta, pelampung, dsb.

Perkataan pinjaman daripada bahasa Cina : tauke, tong, tauhu,loteng, laici, kuli, pungki, cap,
maajun, cawan, taugeh, cat, sampan, kongsi, ping pong, taufan, mi, bihun, kue tiaw, pau,
kueh dan banyak lagi.


PEMINJAMAN IMBUHAN ASING DALAM BAHASA MELAYU

1. Secara umumnya, unsur-unsur imbuhan asing dalam bahasa Melayu terbahagi kepada tiga
kumpulan, iaitu mengikut bahasa asal imbuhan-imbuhan tersebut.

i. imbuhan Sanskrit - maha-, tuna-, tata-, pra-, swa-, panca-, eka-, dwi-, tri-, -wan, -man, -
wati, -nita

ii. imbuhan Arab-Parsi: -bi-, -i, -wi, -iah, -in, -at, -ah

iii. imbuhan Yunani-Latin-Inggeris : pro-, anti-, mono-, poli-, auto-, supra-, -isme, ik, -si, -al,
-is



















Usaha memartabatkan Bahasa Melayu perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan
memerlukan tindakan berani pelbagai pihak termasuk dalam kalangan ahli politik, agensi-
agensi kerajaan dan njuga orang-orang Melayu sendiri.
Golongan menengah Melayu misalnya mempunyai peranan yang besar dalam memastikan
Bahasa Melayu benar-benar dimartabatkan pada kedudukan yang sewajarnya, kata Dato
Haji A. Aziz Deraman, mantan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka ketika bertemu
pemberita.
Tambahnya, tidak ada siapa pun yang menolak tentang kepentingan bahasa-bahasa lain
termasuk Bahasa Inggeris, namun Bahasa Melayu perlulah diletakkan pada kedudukannya
selaras dengan Perlembagaan negara serta sebagai satu jati diri bangsa Malaysia.
Beliau mengakui bahawa usaha lebih serius semakin ketara dilakukan dalam memartabatkan
Bahasa Malaysia malah kita berbangga melihat Perdana Menteri sendiri menggunakan Bahasa
Melayu dalam sidang-sidang Media yang diadakan di mana sahaja, terutamanya ketika berada
di luar negara kecuiali untuk hal-hal yang bersangkutan dengan dasar antarabangsa, namun
diharapkan juga Bahasa Melayu dapat digunakan sepenuhnya dalam semua mesyuarat dan
acara rasmi negara seperti mana yang termaktub dalam akta yang ada.
Malangnya, yang menjadi halangan kepada usaha ini ialah tindakan orang-orang Melayu
sendiri yang tidak melihat kepada kepentingan Bahasa Melayu sebagai jati diri dan
kedudukannya dalam Perlembagaan negara untuk mendaulatkannya dan memastikan
kelangsungannya untuk negara dan generasi akan datang, kata Dr. Fatimah Busu, seorang
penulis dan sasterawan dalam pembentangan kertas kerjanya.
Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tidak harus diragui lagi sejak Laporan Jawatankuasa
Pelajaran Razak 1956 dan Laporan Jawatankuasa Penyemakan Pelajaran Rahman Talib 1960
dan kemudiannya Akta Pelajaran 1961 kerana kemampuannya telah lama terpamer dan usaha
gigih telah dibuat yang malangnya oleh hal-hal tertentu menyebabkan ia agak terhenti
seketika dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kata Profesor Baharuddin Salleh dari USM.
Bahasa ini mampu bersaing dan berdaya maju dalam mencapai statusnya sebagai bahasa
ilmu melalui gabungan kerjasama semua pihak, tambahnya lagi.
Dalam kertas kerja bertajuk Bahasa Melayu sebagai Bahasa Komunikasi, Profesor Madya Dr.
Abdul Muati @ Zamri Ahmad dari Universiti Putra Malaysia (UPM) menekankan betapa
Bahasa Melayu kini diajar dan dipelajari di pelbagai institusi pengajian tinggi di dunia
termasuk Australia, Perancis, Belanda, German dan Amerika Syarikat.
Ini menunjukkan betapa Bahasa Melayu sememangnya mempunyai kedudukan dan
kepentingan kepada dunia tetapi sayangnya tidak sedemikian kedudukannya dalam kalangan
rakyat negara ini dalam memartabatkannya sebagai bahasa ilmu dan bahasa perpaduan," kata
Abdul Muati.
Hal ini adalah sebahagian dari perbincangan hangat dan mendalam oleh pakar-pakar dan
mereka yang cintakan bahasa Melayu melalui Persidangan Kebangsaan Bahasa Melayu
Setelah 55 Tahun Merdeka anjuran Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan USM,
Dewan Bahasa dan Pustaka dan Persatuan Pendidik Bahasa Melayu Malaysia dengan
kerjasama Jawatankuasa Perlaksanaan Dasar Bahasa USM pada 27 dan 28 November 2012 di
sini.
Kira-kira 200 orang peserta mengambil bahagian dalam persidangan ini.
Terdapat juga harapan yang disuarakan dalam Persidangan ini agar satu hari pemimpin negara
akan menggunakan Bahasa Melayu ketika berucap di Persidangan Bangsa-bangsa Bersatu.
Bahasa Melayu perlu diperkukuhkan di peringkat dunia dengan menghidupkan semula
Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu yang pernah ditubuhkan melalui Dewan Bahasa dan
Pustaka pada tahun 1997, kata salah seorang panel dalam forum yang diadakan.
Cadangan juga dibuat agar Universiti Sains Malaysia (USM) dapat membawa resolusi yang
dihasilkan melalui persidangan ini kepada Jawatankuasa Naib-naib Canselor IPTA dan
menerajui usaha mengadakan Persidangan Bahasa Melayu Dunia sebagai kesinambungan dari
persidangan ini.
Sementara itu, Naib Canselor USM, Profesor Dato Omar Osman yang merasmikan
Persidangan ini menggesa agar usaha-usaha dan hala tuju yang jelas dalam memastikan usaha
mendaulatkan Bahasa Melayu dilaksanakan dengan berkesan dapat dibuat agar dilakukan
secara lebih berstrategi, berfokus dan realistik.
Kita perlu berhenti dari menyalahkan orang lain kerana ia tidak mampu mengubah apa-apa,
sebaliknya bekerja keras untuk terus meletakkannya di persada dunia, tambah Omar.
Dalam kertas kerjanya, Bahasa Melayu dalam Bidang Pentadbiran dan Pendidikan: Sebuah
Refleksi Berasaskan Sejarah dan Puisi, Profesor Dato Md. Salleh Yaapar, Pengerusi
Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka yang juga Pengarah Penerbit USM meminta
agar perhatian dan keprihatinan pelbagai pihak terhadap kedudukan Bahasa Melayu di negara
ini perlu dibuat secara berterusan dan benar-benar diterjemahkan pula kepada tindakan dan
azam politik yang nyata.
Hanya dengan tindakan, kuasa dan azam politik baharulah segala halangan dapat dibuang
dan Bahasa Melayu boleh dikembalikan semula sebagai bahasa ilmu, bahasa pentadbiran serta
bahasa kesatuan, kata Md. Salleh.
Turut membentangkan kertas kerja pada Persidangan ini ialah Profesor Emeritus Dato Nik
Safiah Haji Abdul Karim dengan kertas kerjanya Motivasi dan hala Tuju Bahasa Melayu,
Profesor Emeritus Abdullah Hassan dengan kertas kerjanya Bahasa Melayu sebagai bahasa
Komunikasi, Profesor Dr. Teo Kok Seong yang membincangkan tentang Bahasa Melayu
sebagai Bahasa Perpaduan dan Jati Diri, Profesor Baharudin Salleh dengan kertas kerjanya
Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu dan Dr. Fatimah Busu dengan kertas kerjanya Dilema
dan hala Tuju Bahasa Melayu Setelah 55 Tahun Merdeka.
Pada akhir persidangan, resolusi telah dibentangkan Profesor Madya Dr. Hashim Othman,
Presiden Persatuan Pendidik Bahasa Melayu Malaysia yang menyeru agar semua wakil
rakyat, pegawai kerajaan dan ahli akademik hendaklah memiliki jati diri berteraskan bahasa
Melayu dan memperlihatkannya dengan jelas melalui penggunaan bahasa ini dalam semua
urusan rasmi harian dalam usaha untuk menjayakan resolusi yang dipersetujui.
Menurutnya lagi, media elektronik khususnya stesen televisyen kerajaan dan swasta
hendaklah menjadi model penggunaan bahasa Melayu tinggi kerana pengaruhnya yang kuat
terhadap penguasaan dan penggunaan bahasa kanak-kanak dan remaja.
Tambahnya lagi, bagi menjayakan resolusi ini juga akhbar perdana bahasa Melayu perlu
berperanan lebih agresif, sistematik dan berada di barisan hadapan dalam perjuangan
memartabatkan dan memperkasa bahasa Melayu.
Malah kata Hashim, Persidangan ini juga dengan jelas menyatakan bahawa tanggungjawab
memartabatkan dan memperkasa bahasa Melayu perlu dipikul oleh setiap warganegara
Malaysia.
Menurut Hashim lagi, usaha ini dengan hasrat untuk memantapkan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (2013-2025) dan memperkasakan kedudukan dan peranan bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan jati diri Malaysia.
Antara lain, resolusi Persidangan ini menegaskan:
SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN
1. Mempertahankan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar untuk semua mata
pelajaran di sekolah rendah dan menengah, dan menolak sebarang tuntutan untuk kembali
kepada dasar PPSMI.
2. Tidak melayan tuntutan untuk menghidupkan semula sekolah aliran Inggeris di bawah
Kementerian Pelajaran Malaysia.
3. Mengambil tindakan segera untuk menjadikan pembelajaran bahasa Melayu pada peringkat
prasekolah, sekolah rendah dan menengah sebagai pengalaman yang menarik, berkesan dan
memikat dengan menggunakan pelbagai bahan kreatif dan inovatif.
4. Menyediakan latihan dalam perkhidmatan kepada semua guru untuk membolehkan mereka
mencapai tahap penguasaan bahasa Melayu yang tinggi.
5. Menyusun strategi bagi merealisasikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan
rakyat di Malaysia.
6. Memperjelas dan memperincikan perancangan dan pelaksanaan dasar MBM dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia untuk membantu pentadbir dan guru melaksanakannya
dengan berkesan di sekolah.
PEMERKASAAN DAN PEMARTABATAN BAHASA MELAYU
BAHASA PERPADUAN DAN JATI DIRI
1. KPM hendaklah mencari kaedah terbaik untuk memperkenalkan semula sekolah wawasan
dengan tujuan membolehkan berlakunya interaksi murid pelbagai etnik untuk memupuk
perpaduan kebangsaan.
2. Pengetahuan dan kebolehan berkomukasi dalam bahasa Melayu hendaklah dijadikan hak
asasi setiap murid berdasarkan prinsip di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
3. KPM hendaklah bertegas melaksanakan kurikulum bahasa Melayu standard mulai Tahun 4
peringkat sekolah kebangsaan, SJK (C) dan SJK (T) untuk meningkatkan tahap penguasaan
bahasa Melayu murid.
MOTIVASI DAN HALA TUJU
1. Pembinaan motivasi untuk mempelajari dan menguasai bahasa Melayu mestilah dipupuk
sejak tahap awal pendidikan melalui pembinaan persekitaran yang menarik, berkesan dan
memikat dengan pelbagai bahan yang inovatif dan kreatif.
2. Hala tuju bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bahasa perpaduan, dan lambang jati diri
Malaysia yang wajib difahami, dihayati dan diusahakan pencapaiannya oleh setiap pentadbir,
pemimpin, pendidik dan ibu bapa.
BAHASA ILMU
1. Fokus pembelajaran bahasa Melayu di sekolah hendaklah mempunyai keseimbangan antara
aspek akademik dengan penggunaannya dalam kegiatan pembelajaran di bilik darjah dengan
sokongan Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPBS).
2. Mengaktifkan semula jawatankuasa istilah setiap bidang ilmu pada peringkat kebangsaan
bagi menyokong peranan dan keupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
3. Memperkayakan kepustakaan bahan yang kreatif dan inovatif dalam pelbagai bentuk
dengan tujuan menyokong pembinaan/minat dalam bidang sains dan teknologi
4. Setiap IPT perlu agresif melaksanakan pembangunan kapasiti kepakaran dalam pelbagai
bidang, khususnya sains dan teknologi melalui wahana bahasa Melayu untuk menjadi rujukan
institusi pendidikan lain dan sektor swasta dengan galakan dan sokongan pihak pengurusan.
BAHASA KOMUNIKASI (DUNIA KORPORAT)
1. Meningkatkan kemampuan dan nilai bekerja melalui kemahiran bahasa Melayu.
2. Memperbanyakkan kursus komunikasi berkesan seperti penulisan laporan, pengucapan
awam, surat-menyurat, minit mesyuarat dalam bahasa Melayu.
3. IPTA mengadakan kursus-kursus komunikasi berkesan dengan melibatkan pihak swasta
untuk memudahkan pihak pengurusan berkomunikasi dengan berkesan dengan pihak
bawahan.
BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ASING
IPT hendaklah mempunyai perancangan jangka pendek dan jangka panjang untuk membantu
atau bekerjasama mengembangkan pembelajaran bahasa Melayu di pusat-pusat pembelajaran
bahasa Melayu di luar negara.
BAHASA PENTADBIRAN
1. Pegawai-pegawai kerajaan mesti mempunyai jati diri berteraskan bahasa Melayu untuk
mengendalikan semua urusan rasmi harian.
2. DBP sebagai badan penasihat dan pemantau mesti dirujuk oleh Pihak Berkuasa Tempatan
atau swasta dalam hal-hal berkaitan citra kebangsaan Malaysia.
3. Jawatankuasa perancangan dan pemantauan penggunaan bahasa Melayu peringkat
kebangsaan perlu diwakili oleh wakil semua bidang atau sektor.

FaLang translation system by Faboba
Bahasa melayu merupakan bahasa rasmi negara kita Malaysia. Hal ini memang tidak dapat dinafikan
lagi kerana ia telah termaktub dalam undang-undang dan perlembagaan Malaysia. Walaupun begitu,
penggunaan bahasa-bahasa yang lain amat dialu-alukan terutamanya bahasa inggeris. Penggunaan
bahasa inggeris juga penting bagi kita untuk menjalankan urusan merentasi dunia. Faktor urusan luar
negara ini meyebabkan kebanyakan masyarakat kita di malaysia menjadikan bahasa inggeris sebagai
bahasa utama mereka. Perkara ini secara tidak langsung meletakkan penggunaan bahasa melayu di
menjadi bahasa yang kedua di mata masyarakat. Perkara ini boleh dianggap satu masalah yang boleh
mengoyahkan akar pembentukkan budaya bahasa melayu sebagai bahasa rasmi negara kita. Oleh itu,
kita harus bersikap prihatin dengan mengambil langkah untuk mengembalikan kemegahan serta
tanggapan positif masyarakat malaysia terhadap bahasa melayu supaya ia kembali menjadi bualan
dan budaya berbahasa dari satu generasi ke satu generasi.
Sikap dan tanggapan terhadap bahasa melayu perlu diubah. Pihak kerajaan haruslah lebih tegas
dengan penggunaan bahasa melayu ini kerana ia terdapat dalam perlembagaan negara kita.
wujudkan program-program serta undang-undang yang sesuai dalam mengukuhkan lagi bahasa
melayu ini. Jangan dipandang enteng dan di ambil mudah kerana hal ini mampu merosakkan nama
baik negara serta kemegahan negara kita. dalam hal ini, semua pihak perlu memainkan peranan
dalam menghasilkan satu buku ilmiah yang menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa
pengantarnya. Dengan itu, masyarakat akan tertarik dengan pengkongsian ilmu yang diberikan.

Dalam konteks pembangunan negara moden masa kini, isu kedudukan Bahasa Melayu amat
meruncingkan. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kebangsaan semakin dipinggirkan oleh rakyat
Malaysia sendiri. Kita semakin mengagung-agungkan Bahasa Inggeris yang merupakan bahasa global.
Sememangnya kita wajar menguasai Bahasa Inggeris kerana ia diperlukan untuk menghubungi dunia
luar, malah kebanyakan sumber rujukan dalam konteks pendidikan banyak didapati di dalam Bahasa
Inggeris. Namun, Bahasa Melayu haruslah dimartabatkan seperti kata pepatah Bahasa Jiwa Bangsa.
bahasa melayu perlu dijaga kepentingannya sebagai bahasa kebangssaan serta tidak dilupakan juga
kepentingan bahasa inggeris sebagai bahasa antarabangsa pada masa kini. Banyak isu-isu berkaitan
bahasa melayu yang ternyata mencabar kredibiliti bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Sebagai contohnya, masyarakat pada masa kini lebih mementingkan bahasa inggeris daripada bahasa
melayu, hal ini menyebabkan pembelajaran bahasa melayu semakin tercabar. Pada pendapat saya,
hal ini berlaku disebabkan oleh sikap individu-individu tertentu yang lebih mementingkan bahasa
inggeris daripada bahasa melayu. Walhal, bahasa melayu juga mempunyai keistimewaannya
tersendiri. Bahkan pernah menjadi bahasa pengantar atau lingua franca pada zaman kesultanan
melayu melayu. Kita sebagai rakyat Malaysia sepatutnya mengangumi dan mengutamakan bahasa
melayu daripada bahasa-bahasa lain.

You might also like