You are on page 1of 44

MORFOLOGI

Puan Norizan Pa adik


Puan Yus Marina Bt. Ab.Rahim
Puan
TAKRIF
Satu bidang ilmu yang mengkaji perkataan
dari segi struktur, bentuk dan pengolongan
kata.
Struktur kata
Terbina daripada unsur-unsur bahasa
yang lebih kecil iaitu morfem dan kata.
Morfem
unit bahasa terkecil yang mempunyai makna atau
fungsi tatabahasa
ber-, ter-, ke-, me-,-nya, -kah, -lah, -pun, -an dll.
Kesemua unsur ini tidak mempunyai makna tetapi
mempunyai fungsi bahasa
bertanya


Kata
unsur yang terkecil juga
laju, buku, minum
mempunyai makna
tidak dapat dikecilkan lagi

BENTUK KATA
Rupa unit tatabahasa sama ada berbentuk
tunggal atau hasil daripada proses
pembentukan kata seperti pengimbuhan,
penggandaan, dan pemajmukan.
PENGIMBUHAN
Kata terbitan
Terdiri daripada kata dasar yang mengalami
proses pengimbuhan
Mempunyai 2 jenis iaitu
Berjalan (ber- + jalan)
Pengetua (pen- + ketua)
PENGGANDAAN
Dihasilkan dengan mengandakan kata
dasar sama ada mengulangi keseluruhan
kata tersebut atau bahagian tertentu.
kanak-kanak dan bertubi-tubi
PEMAJMUKAN
Dihasilkan dengan dua kata dasar
dicantumkan
air mata atau buah hati
PENGGOLONGAN KATA
Komputer?
Minuman?

Kita dapat lihat disini, perkataan-perkataan
ini dapat dikelaskan. Inilah yang
dimaksudkan dengan penggolongan kata.
Apa itu proses
pembentukan kata?
Untuk membentuk kata, terdapat beberapa
proses yang berlaku terhadap kata dasar.
Proses-proses itu ialah pengimbuhan,
penggandaan, dan pemajmukan.
Namun begitu, terdapat juga kata yang
tidak mengalami ketiga-tiga proses ini.
Kata ini dikenali sebagai kata tunggal.

BENTUK KATA TUNGGAL
Perkataan-perkataan yang tidak mengalami proses
pembentukan kata.
Seandainya perkataan ini mengalami proses
pembentukan kata, maka ianya dikenali sebagai kata
terbitan.
Kata tunggal terbahagi kepada dua jenis iaitu
Unit yang bebas dan dapat berdiri sendiri ;
Kamu,
Sudah?,
Ini?
Unit yang tidak dapat berdiri sendiri tetapi memerlukan
sekurang-kurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan
tugas nahunya ;
Di mana?,
Ke Johor,
Dari Terengganu.
Jika dilihat dari segi suku kata, kata tunggal ini boleh
mengandungi satu suku kata atau lebih.

Satu suku kata boleh terdiri daripada

1. KV yu , ya
2. VK am
3. KVK roh , bah
4. KKVK stor , khas
5. KVKK teks , bank
6. KKKV skru
7. KKKVK skrip , spring


p/s : K konsonan
V vokal

KATA TUNGGAL DUA SUKU KATA
1. V + KV aku, ubi, api
2. V + VK air, aur, ais
3. V + KVK ubat, emas, alur
4. VK + KV undi, impi, erti
5. VK + KVK ambil, empat
6. KV + V doa, tua
7. KV + VK jauh, kuih
8. KV + KV jala, buku
9. KV + KVK kapal, telur
10. KVK + KV lampu, janji
11. KVK + KVK jemput, sandar
KATA TUNGGAL TIGA SUKU KATA
1. KV + V + KV - cuaca, biola
2. KV + V + KVK - biawak, ziarah
3. V + KV + V - usia, idea
4. KV + KV + V - semua, boria
5. KVK + KV + V - tempua, mentua
6. KV + KV + VK - keruan, ketiak
7. KVK + KV + VK - berlian, tempias
8. V + KV + KV - utara, irama
9. V + KV + KVK - ijazah, akidah
10. VK + KV + KV - antara, isteri
11. KV + KV + KV - teruna, delima
12. KVK + KV + KV - menteri, misteri
13. VK + KV + VK - ilmiah
14. V + KV +VK - elaun, akaun
15. KV + KV + KVK - selaput, riwayat
16. KVK + KV + KVK - martabat, tempayan
17. KV + KVK + KV - belanja, keranda
18. KVK + KVK + KV - sempurna
19. KV + KVK + KVK - pelantar, kelompok
KATA TUNGGAL EMPAT SUKU KATA DAN
LEBIH
1. KV + KV + VK + KV - keluarga, biduanda
2. KV + KVK + KV + KV - sederhana, belantara
3. KVK + KV + KV + KV - manjakani, bendahari
4. KVK + KV + V + KV - sentiasa
5. KV + KV + KV + KV - bidadari, sanubari
6. KV + KV + KV + KVK -muzakarah, perajurit


7. KVK + KV + KV + KVK - sentimeter
8. KVK + KVK + KV + KV - dispensari
9. KV + KV + V + KVK - nasional
10. V + KV + KVK + KV + KV - universiti
11. KVK + KV + KV + KV + KVK - cenderawasih, kosmopolitan
12. KV + KV + KV + KV + KV + KV - maharajalela

AKRONIM
Selain itu, akronim juga tergolong dalam
kata tunggal.
Akronim kata singkatan yang terbentuk
dengan menggabungkan huruf awal kata
atau gabungan kombinasi huruf awal dan
suku kata dari satu rangkai kata, dan
ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang
wajar ( tatabahasa dewan, 1996)
Cara
pembentukan
akronim
Gabungan beberapa huruf awal
rangkai kata
Lazimnya terdiri daripada nama khas
Ditulis dengan huruf besar sepenuhnya
ABIM Angkatan Belia Islam Malaysia
IKIM Institut Kefahaman Islam
Malaysia
ADUN Ahli Dewan Undangan Negeri
Gabungan suku kata dengan huruf
awal atau gabungan suku kata dan
suku kata
Huruf pertamanya ditulis dengan huruf
besar
Mara - Majlis Amanah Rakyat
Perkim - Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia
Bernama - Berita Nasional Malaysia
Perkeso - Pertubuhan Keselamatan Sosial

Gabungan suku kata dan suku kata
Ditulis dengan huruf kecil

tabika taman bimbingan kanak-kanak
pawagam panggung wayang gambar
kugiran kumpulan gitar rancak
cerpen cerita pendek
SINTAKSIS

Proses pembentukan ayat
Proses pembentukan Frasa Nama
FN
DEFINISI FRASA NAMA
Binaan yang boleh terdiri daripada satu
perkataan atau beberapa perkataan yang
boleh berfungsi sebagai satu konstituen
dalam binaan ayat.
Binaan ayat dasar dalam bahasa melayu
terdiri daripada konstituen utama iaitu subjek
dan predikat.
Unsur-unsur yang membentuk
binaan ayat dasar
FN + FN = Bandar Kelang bandar diraja
FN + FK = orang itu memanggil saya
FN + FA = Kucing itu sangat manja
FN + FS = Ayah ke Kuala Lumpur

* FN-Frasa Nama, FK-Frasa Kerja, FA-
Frasa Adjektif, FS-Frasa Sendi Nama.
Binaan Frasa Nama (bahagian
subjek)
Kebiasaannya, FN terbentuk daripada satu
perkataan sahaja atau lebih.
Terdapat dua jenis hubungan dalam bentuk FN
yang mempunyai lebih perkataan.
Jenis pertama- satu perkataan merupakan inti
bagi seluruh FN, sementara perkataan yang lain
penerangnya.
Jenis kedua- terdiri daripada dua inti di dalam
ayat tersebut.

Inti unsur yang diberi penumpuan makna
dan mewakili frasa itu dari segi makna.
Penerang unsur yang menerangkan inti
Contohnya;
Bapa budak itu.
Bapa merupakan inti
budak itu adalah penerang yang
menerangkan Bapa



inti+penerang ( jenis pertama )
Frasa Nama Subjek
predikat
Inti Penerang
1. Askar Melayu Diraja berbaris di padang
2. Guru sekolah agama itu guru saya
3. Berlagak Ke sana ke mari Menjadi tabiatnya
inti+inti (jenis kedua)
Frasa Nama Subjek
predikat
Inti inti
1. Kerusi meja untuk pelajar sahaja
2. Ibu bapa tidak perlu datang
3. Pemuda pemudi boleh ikut serta
Binaan frasa nama : Inti+Penerang
Hubungan inti+penerang terbahagi
kepada dua iaitu
(i) Inti + penerang nama
(ii) Inti + penerang bukan nama
Inti + penerang nama
PN keturunan - orang Melayu
PN jenis - kelapa sawit
PN penyambut - gunting kain
PN kegunaan - batu pengasah
PN kelamin - lembu betina
PN tempat - penduduk bandar
PN arah - wilayah selatan
PN anggota badan - jam tangan
PN tenaga penggerak - kipas elektrik
PN hal atau perkara - hari perayaan
PN milik - rumah saya
PN nama khas - Hospital Kuching
PN panggilan atau gelaran - sang Kancil

Inti + penerang bukan nama
P penentu hadapan - lima orang askar
P penentu belakang - orang itu
P kata kerja - mesin jahit
P kata adjektif - anak muda
P kata adverba - hari lusa
P frasa sendi nama - surat dari kampung
P bilangan ordinal - tempat pertama
Binaan frasa nama : Inti + Inti
Binaan frasa nama ini tidak seperti
sebelumnya, mempunyai penerang.
Namun begitu, terdapat dua golongan
frasa nama jenis ini
(i) Inti + Inti dengan maksud sama erti
(ii) Inti + Inti dengan maksud lawan erti
Inti + Inti dengan maksud sama erti
Makna yang sama seolah-olah diulang

Frasa nama
Inti Inti
Tubuh Badan
Rakan Taulan
Wang Ringgit
Ribut Taufan
Hutan Rimba
pinggan mangkuk
Inti + inti dengan maksud lawan erti
Perkataan yang digabungkan dengan membawa makna
yang berlainan

Frasa Nama
Inti Inti
Kerusi Meja
Lelaki Perempuan
Abang Adik
Ibu Bapa
Saudara Saudari
Teruna Dara
Susunan Unsur Frasa Nama
1. Hukum D-M
2. Kekecualian hukum D-M
Kekecualian dalam kata nama khas dan
jawatan
Kata nama bilangan
Kata panggilan dan gelaran

HUKUM D-M
D diterangkan
M menerangkan
Frasa Nama dibina BERDASARKAN
hukum D-M yang bermaksud yang
diterangkan HARUSLAH berada di
hadapan yang menerangkan..

Contoh penjelasan hukum D-M
(D) Diterangkan (M) Menerangkan
Orang Lelaki
Kawan Baru
Guru Sains
Kelapa Sawit
Kekecualian hukum D-M
Kata Nama Khas dan Jawatan
Perdana Menteri
Pembantu Penyelidik
Ketua Hakim
Ibu Pejabat
Kekecualian nama bilangan
Kata bilangan berfungsi sebagai penerang dalam
frasa nama.
Dua ekor kucing
Sebilangan kecil pelajar
Sekumpulan pelancong
Kekecualian dalam kata panggilan
Unsur ini perlu hadir di depan kata nama
Tun Abdul Razak
Profesor Sutan Alisjahbana
Tunku Kudin

SEKIAN
TERIMA KASIH

DOLORESA
LESLEY D. EDANG
MAWAR


www.dbp.com.my
RUJUKAN
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA
KAMUS DEWAN EDISI TERBAHARU
SINTAKSIS, Prof. Emeritus Dr. Abdullah
Hassan
Morfologi, Prof. Emeritus Dr. Abdullah
Hassan
Binaan dan fungsi perkataan dalam
Bahasa Melayu, Hashim b. Musa

You might also like