You are on page 1of 3

TEKS UCAPAN KETUA MURID SEMPENA MAJLIS

PERTUKARAN CIKGU ROZALI BIN RAJAB-


'MAJLIS SEIKHLAS HATI, SETULUS BUDI
Assalamualaikum wbt, selamat sejahtera dan salam 1Malaysia.
Yang diraikan, Cikgu Rozali Bin Rajab (Guru kanan mata pelajaran bidang bahasa),
Yang Berusaha, Pengetua SMK Putrajaya Presint 5(1),
Yang dihormati, Guru Penolong Kanan Akademik dan Pentadbiran, Pn Azizah bt Azid,
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Pn Koh Lee Chin,
Guru Penolong Kanan Ko kurikulum, Encik Abdul Hamid Bin bahari,
Guru-guru Kanan Mata Pelajaran,
Kaunselor,
Guru-guru,
Dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian.
Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Allah SWT Yang Maha Berkuasa
kerana dengan limpah kurnianya dapat kita bersama-sama meraikan majlis perpisahan yang sangat
bermakna dan penuh erti pada hari ini.
Warga SMK Putrajaya Presint 5(1) yang Dihormati,
Dalam salah satu tulisan karya agung Johann Paul Friedrich Ritcher iaitu seorang penulis masyhur
dari Jerman ada menyatakan bahawa "man feelings are always purest and most glowing in the hour
of meeting and farewell". Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan , yang pastinya setiap
perpisahan pasti amat menyedihkan.
Hari ini, kami berasa terharu dan sedih kerana bakal kehilangan seorang guru yang amat kami
sayangi dan kasihi. Pada kami, Cikgu Rozali bukan sahaja sebagai seorang guru tetapi ibarat
seorang bapa dalam sebuah keluarga kecil SMK Putrajaya Presint 5(1).
Hadirin yang Dihormati,
Memory is a way of holding onto the things you love, the things you are, the things you never want
to lost. Itulah Cikgu Rozali yang lembut, tenang namun tetap tegas dalam melaksanakan
tanggungjawabnya. Itulah butir-butir kata yang dapat digambarkan mengenai beliau.
Cikgu Rozali bin rajab
Atau lebih mesra dipanggil Dato Rozali dalam kalangan guru sekolah ini..
Dilahirkan di.. pada ..
Beliau merupakan anak ke daripada. adik- beradik.
Beliau mendirikan rumahtangga pada dengan kekasih hati
dan dikurniakan .orang cahaya mata.
Beliau mendapat pendidikan awal di :
1)
2).
3) .
Mempunyai kelulusan:
1) .

2) ..

3) .

Mula menceburkan diri sebagai seorang pendidik di :
1) Pada tahun.. sebagai..

2) Pada tahun.. sebagai..

3) Pada tahun.. sebagai..

4) Pada tahun.. sebagai..

5) Pada tahun.. sebagai..

6) Dan ditempatkan di SMK Putrajaya Presint 5(1) ini sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran
bidang Bahasa pada tahun lepas iaitu 2013.

7) Dan kini akan bertugas di SMK Putrajaya Presint 8(1) sebagai Penolong Kanan Ko kurikulum.
Prinsip hidup beliau ialah.
Beliau bukan sahaja seorang yang penyayang, melakukan tugas dengan hati yang tulus, malah
mementingkan kebajikan pelajar.. Sikap beliau yang mudah dibawa berbincang, 'easy going' dan
kelakar perlu dicontohi dan diteladani oleh kita semua terutama warga SMK Putrajaya Presint 5(1).
Beliau sering bersama pelajar dalam membimbing pasukan badminton dan bahas sekolah. Tindakan
beliau ini membuktikan bahawa beliau seorang yang amat komited dalam memastikan pelajar-pelajar
di SMK Putrajaya Presint 5(1) supaya sentiasa fokus terhadap pembelajaran di dalam kelas mahupun
aktiviti ko kurikulum.
Warga SMK Putrajaya presint 5(1) yang Dikasihi,
Pada kesempatan ini, saya sebagai wakil pelajar SMK Putrajaya presint 5(1) ingin merakamkan
setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Cikgu Rozali bin Rajab yang tidak
pernah mengenal erti jemu dalam mengorbankan waktu demi kami pelajar-pelajar SMK Putrajaya
presint 5(1). Kami berdoa semoga Allah SWT akan melimpahkan rahmat-Nya kepada Cikgu
sekeluarga. Semoga Cikgu akan terus mengekalkan usaha-usaha murni cikgu dalam membentuk
sahsiah diri yang mulia kepada para pelajar di sekolah baharu nanti.
Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Benar kata pepatah Melayu, yang patah
akan tumbuh, yang hilang akan berganti, namun yang hilang tidak akan sama dengan yang berganti.
Walau bagaimanapun, yang hilang akan tetap akan diingati, kekal abadi tersemat di hati.
Saya juga berharap agar hubungan silaturrahim antara Ayahanda Cikgu Rozali dengan anak-anak
didik dan warga SMK PP5(1) akan terus terjalin erat. Sesungguhnya jasa dan budi yang ditabur
tidak dapat dibalas dan tentunya akan dikenang sampai bila-bila.
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga;
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang jua.
Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan;
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.
Buah pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan;
Walau jauh beribu batu,
Hilang di mata, di hati jangan.
Asap api embun berderai,
Patah galah haluan perahu;
Niat hati tak mahu bercerai,
Kehendak Allah siapa tahu.
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi;
Kalau ada umur yang panjang,
In shaa Allah kita akan berjumpa lagi.
Salam kemaafan kami hulurkan,
Semoga kemesraan terus berpanjangan;
Ilmu diberi harap halalkan,
Semoga perjuangan kami mendapat keberkatan.
Sekian, terima kasih.
Wabillahi taufik walhidayah, assalamualaikum wrt wbt.

You might also like