You are on page 1of 10

Cakap Asal & Cakap Pindah

Pada akhir pengajaran, para pelajar dapat :-



1.mengesan ciri-ciri cakap asal yang perlu ditukar.

2. menukar ayat cakap asal/perbualan kepada
ayat cakap pindah secara lisan dan bertulis
dengan menggunakan ayat yang gramatis .


Mengimbas Kembali
Yang mana satu Cakap Asal & yang mana satu
Cakap Pindah?

1. Saya tidak lapar, kata Ali.

2. Ali memberitahu bahawa dia tidak lapar.
CAKAP ASAL
CAKAP PINDAH
Perkara Contoh dalam
Cakap Asal
Contoh dalam
Cakap Pindah
1. Tukar singkatan kepada
perkataan yang lengkap.
nak
mak
kak
tak
hendak
emak
kakak
tidak
Cakap Asal
Mak, jangan lupa kejutkan pukul 6 petang ya, pesan Shah.

Cakap Pindah
Shah memesan emaknya supaya mengejutkannya pukul 6 petang nanti.
Perkara Contoh dalam
Cakap Asal
Contoh dalam
Cakap Pindah
2. Tukar perkataan yang
menunjukkan tempat, masa,
keadaan, dan sebagainya kepada
perkataan yang sesuai.
begini
demikian ini
sekarang

esok


di sini
di pondok ini
begitu
demikian itu
ketika itu

hari berikutnya/
keesokan hari

di situ
di pondok itu
Cakap Asal
Saya akan ke pasar sekarang, beritahu Ani kepada suaminya.

Cakap Pindah
Ani memberitahu suaminya dia akan ke pasar ketika itu.
Perkara Contoh dalam
Cakap Asal
Contoh dalam
Cakap Pindah
3. Ganti kata seru kepada makna yang
sesuai dengan ayat dalam cakap ajuk.
cis !
amboi !

hore!
eh !
dengan marahnya
dengan perasaan
terkejut / sindiran
dengan gembiranya
dengan nada hairan
Cakap Asal
Cis, berani benar kau meninggikan suara! sahut Raja kepada hambanya.

Cakap Pindah
Raja menyahut dengan marah kepada hambanya yang meninggikan
suara.
Perkara Contoh dalam
Cakap Asal
Contoh dalam
Cakap Pindah
4. Tukar kata ganti nama diri kepada
kata ganti nama yang sesuai dengan
cakap ajuk.
Saya masih
belum makan,
kata Ganesh.
Ganesh berkata
bahawa dia masih
belum makan.
Perkara Contoh dalam
Cakap Asal
Contoh dalam
Cakap Pindah
5. Gunakan kata hubung pancangan
seperti agar dan bahawa dalam cakap
pindah.
Saya tidak
mahu pergi,
kata Azri.
Azri menyatakan
bahawa dia tidak
mahu pergi.
Perkara Contoh dalam Cakap
Asal
Contoh dalam
Cakap Pindah
6. Tukar ayat daripada cakap
asal kepada cakap pindah
mengikut maksud yang sesuai.
Moga-moga anakmu
itu akan pulang, kata
Nora kepada Sazana.

Adakah kamu akan
datang esok? tanya
Encik Bakri kepada
Laila.
Nora berharap agar
anak Sazana akan
pulang.

Encik Bakri bertanya
kepada Laila sama
ada dia akan datang
pada hari
berikutnya.
7. Pastikan juga tanda tanya (?) dan tanda seruan (!) yang
terdapat dalam cakap asal tidak digunakan dalam cakap
pindah.

8. Gunakan perkataan seperti bertanya kepada,
menanyakan, meminta penjelasan, dan sebagainya
semasa menukarkan ayat tanya dalam cakap asal kepada
cakap pindah.

9. Untuk menukarkan ayat penyata dalam cakap asal
kepada cakap pindah, gunakan perkataan seperti
berkata, menjelaskan, menerangkan, memberitahu,
menyatakan pendapat, dan sebagainya.

RUMUSAN
1. Cakap Asal = percakapan asal oleh penutur
2. Cakap Pindah = percakapan ditulis semula
= maksud tidak boleh berubah
= tanda pengikat kata (...)
digugurkan.

YANG PENTING : Maksud tidak boleh berubah!

You might also like