You are on page 1of 1

APRIKOT VITAMIN B17

TERAPI KANSER SEMULAJADI


Statistik daripada Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO) telah
membuktikan bahawa penyakit kanser
adalah salah satu penyebab utama
kematian di seluruh dunia apabila ia
telah membunuh 7.6 juta orang pada
tahun 2008. Menjelang tahun 2030,
statistik menunjukkan kadar pesakit
kanser akan terus meningkat sehingga
12 juta kes. Menurut data Majlis Kanser
Nasional (MAKNA), di Malaysia sahaja
seramai 45,000 rakyat Malaysia
menghidap penyakit kanser setiap
tahun dengan tiga per empat
daripadanya gagal diselamatkan.

Menurut pakar pemakanan dan
perubatan seluruh dunia, punca kepada
peningkatan bilangan kes kanser ini
dikaitkan dengan faktor pemakanan
yang tidak seimbang. Kebelakangan ini,
majoriti daripada penduduk Malaysia
umumnya mengamalkan diet yang
tidak seimbang apabila hampir 90%
daripada makanan seharian kita
bersifat asid serta mengandungi
pelbagai bahan perisa, pengawet dan
pewarna tiruan atau sintetik yang
merupakan agen penggalak kanser.

Jenis pemakanan sebegini adalah
jauh berbeza daripada yang disarankan
oleh pakar pemakanan seluruh dunia di
mana, tubuh yang sihat hanya
memerlukan 20% makanan berasid dan
80% makanan beralkali. Pengambilan
makanan berasid dalam kuantiti yang
tinggi menyebabkan keadaan tubuh
badan berasid. Ini akan melemahkan
pertahanan atau antibodi serta sistem
imunisasi badan.

Seterusnya, ia boleh mengundang
pelbagai penyakit kronik terutamanya
kanser. Sel kanser adalah sel tidak
normal yang membahagi dan membiak
membentuk ketulan asing di tubuh
badan yang dikenali sebagai tumor.
Rawatan konvensional bukan sahaja
mampu membunuh sel kanser, malah
turut membunuh sel-sel yang normal.
Ini menyebabkan pesakit sering merasa
letih dan kelesuan setiap kali selesai
menjalani rawatan konvensional.

Keunikan Vitamin B17




Vitamin B17 yang juga dikenali sebagai
Amygdalin atau Laetrile merupakan agen
kimoterapi semulajadi yang membantu
untuk merencatkan sel tidak normal di
dalam tubuh manusia. Ia terdiri daripada
gabungan glukosa, benzaldehid dan sianida.
Sianida dan benzaldehid bersifat racun,
namun di dalam Vitamin B17, ia terkunci
rapat dan tidak merbahaya. Struktur ini
hanya boleh diuraikan dengan kehadiran
enzim Beta-glucosidase. Enzim ini hanya
boleh didapati di dalam sel-sel kanser yang
dikenali sebagai Throphoblast.
Sel kanser atau sel tidak normal adalah
satu-satunya sel yang menghasilkan enzim
Beta-glucosidase. Apabila Vitamin B17
berada dalam tubuh badan, ia akan meliputi
sel-sel kanser dan secara semulajadi enzim
ini akan menguraikan Vitamin B17 kepada
elemen Sianida, Benzaldehid dan Glukosa.
Elemen Sianida dan Benzaldehid ini akan
membunuh sel kanser tersebut. Lebihan
Vitamin B17 akan ditukar kepada elemen-
elemen positif oleh enzim Rhodanese yang
terdapat pada sel-sel normal.
Kajian menunjukkan Vitamin B17
mampu meningkatkan keseimbangan pH
dalam tubuh, memperlahankan penyebaran
kanser, mengurangkan kandungan kolestrol
dan membantu merawat penyakit jantung
dan diabetes. Kenyataan ini disokong oleh
kajian yang telah dilakukan oleh pakar
Biokimia, Dr. Ernest T Krebs pada tahun
1950 dimana beliau telah berjaya
mencungkil kehebatan vitamin B17 dalam
rawatan kanser.
Pakar kanser Jerman, Dr. Dean Burk pula
berkata, Di bawah mikroskop kami
memasukkan vitamin B17 ke atas sel kanser
dan kami dapati sel-sel kanser tersebut mati
dengan cepat sekali. Selain itu, beberapa
saintis perubatan yang lain juga turut
memperakuinya. Antaranya, Dr. Michael
Tait, Fountain of Life Clinic, Gold Coast,
Australia yang berkata, Kanser adalah
penyakit metabolik, terdapat bukti kukuh
bahawa berlaku pengurangan Vitamin B17
dalam makanan harian yang menjadi
penyebab utama seseorang mendapat
kanser.
Kajian ke atas puak Hunza di
pergunungan Pakistan mengukuhkan
kenyataan ini apabila didapati pengambilan
biji aprikot di kalangan mereka mampu
melanjutkan usia mereka sehingga 120
tahun tanpa menghidapi sebarang kanser.
Situasi yang sama juga berlaku pada haiwan
liar dimana ia tidak akan dijumpai mati
akibat kanser, tetapi sebaliknya haiwan
yang dipelihara di dalam zoo kemungkinann
besar akan mati akibat kanser walaupun
diberi makanan yang kaya nutrien namun
tidak mengandungi vitamin B17.


Sumber Vitamin B17
Tahukah anda bahawa Vitamin
B17 boleh didapati pada hampir 1,200
jenis tumbuh-tubuhan dan buah-
buahan. Hasil kajian telah
merekodkan bahawa teras biji aprikot
mengandungi kepekatan Vitamin B17
yang tertinggi.





Kenyataan ini juga turut disokong
oleh Profesor Madya Dr. Syed Zainal
Husin Wafa, pakar perubatan
berpengalaman dan bekas Ketua
Jabatan Anatomi di Fakulti Perubatan
UKM yang juga penaung produk
berjenama Farmas Health. Beliau juga
mengatakan Vitamin B17 dapat
membantu mencegah dan merawat
penyakit kanser.
Walaubagaimanapun, beliau tidak
menggalakkan pengambilan biji
aprikot yang mentah kerana dikuatiri
terdedah kepada bakteria, kulat dan
radikal bebas sewaktu proses
penyimpanan dan penghantaran. Ini
amat merbahaya kepada kesihatan
manusia dan boleh menyebabkan
keracunan serta kesan sampingan
yang negatif terhadap tubuh badan.


SEL KANSER

KANSER USUS
Prof. Madya Dr. Syed Zainal
Husin Wafa juga menggalakkan
pengambilan biji aprikot yang telah
diproses dan dikapsulkan daripada
100% biji aprikot terpilih mengikut
piawaian teknologi farmaseutikal
yang tinggi melalui penyelidikan
klinikal dan telah mendapat
kelulusan dari Biro Farmaseutikal
Kebangsaan serta telah didaftarkan
oleh Pihak Berkuasa Kawalan
Dadah. Ini amat penting bagi
memastikan kandungan Vitamin
B17 masih kekal dan tidak rosak
serta bakteria, kulat dan sebarang
radikal bebas dapat disingkirkan
dan selamat dimakan.











Sementara itu, Pakar Kesihatan
Awam yang juga Presiden Kelab
Prostar Malaysia, Dr. Ismail Lasa
berkata, Aprikot kaya dengan
vitamin B17 yang dapat membantu
meningkatkan kecergasan
seseorang sekaligus mengurangkan
kebergantungan terhadap ubat-
ubatan yang lain.

Keberkesanan Vitamin B17
turut dirasai oleh Khairun Nisa, 36
tahun, yang merupakan pesakit
kanser payudara. Beliau telah
mengamalkan kapsul biji aprikot
sebagai langkah alternatif bagi
membantu rawatan penyakit yang
dihadapinya. Ternyata ia
memberikan perubahan positif.

Katanya, selepas beberapa
bulan mengamalkan pemakanan
kapsul biji aprikot yang kaya
dengan Vitamin B17, benjolan pada
payudaranya semakin menyusut
dan menghilang.

Prof. Madya Dr.
Syed Zainal Husin
Wafa
Dr. Ismail
Lasa
Untuk keterangan lanjut sila
hubungi TK Farmas Solution &
Industries di talian:
03-89273332 / 03-89273330
faksimili: 03-89273331
dan pegawai untuk dihubungi,
Ibrahim : 019-2449008, Syakira:
010-4324523, Fazilah : 019-
2083523, Akmal: 013-3555563
dan Rozita: 013-3338933

Rencana ini disediakan & ditaja oleh: TK FARMAS SOLUTION & INDUSTRIES.

You might also like