You are on page 1of 9

G A R I S P A N D U A N S A M B U T A N H K S 2 0 14

1

GARIS PANDUAN SAMBUTAN HKS 2014
(PERINGKAT SEKOLAH)




1. PENGENALAN
Garis panduan Sambutan HKS 2014 ini disediakan sebagai panduan terbaik kepada
pihak pengurusan koperasi sekolah untuk menganjurkan sambutan HKS dengan
lebih mudah dan teratur. Bermula pada tahun 2014, sambutan HKS 2014 telah
dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu :
Bahagian A Sambutan Hari Koperasi Sekolah
Bahagian B Produk Koperasi Sekolah
Bahagian C Persembahan Pengamalan Jatidiri Koperasi


2. PENYERTAAN
Terbuka kepada semua Koperasi Sekolah. ( Koperasi Sekolah yang bukan ahli
ANGKASA hendaklah melampirkan borang permohonan menjadi ahli ANGKASA
bersama sama Borang Sambutan bagi membolehkan menerima bantuan
perbelanjaan yang diberikan oleh ANGKASA)

3. TARIKH DAN TEMA SAMBUTAN
Sambutan akan diadakan pada2Mei hingga 27 Jun 2014.Koperasi sekolah boleh
memilih salah satu hari atau lebih dalam bulan tersebut untuk mengadakan
sambutan.

Tema sambutan HKS 2014 ialahKoperasi Penyumbang Berkesan Kepada
Pembangunan Negara

4. BAHAGIAN A SAMBUTAN HARI KOPERASI SEKOLAH

4.1 AKTIVITI AKTIVITI HKS

Sambutan Hari Koperasi Sekolah hendaklah diadakan dalam tempoh yang telah
ditetapkan. Dua (2) jenis aktiviti hendaklah diadakan di koperasi iaitu
aktiviti wajib dan
aktiviti pilihan

Setiap aktiviti sama ada aktiviti wajib atau pilihan hendaklah dibuat berdasarkan
kreativiti pihak sekolah sendiri dan menepati tema sambutan.

G A R I S P A N D U A N S A M B U T A N H K S 2 0 14
2



4.1.1 Aktiviti Wajib
Bagi aktiviti wajib, pihak koperasi mesti mengadakan perkara-perkara berikut:

a. Perhimpunan Khas
Pihak sekolah hendaklah mengumpul kesemua pelajar dalam satu
perhimpunan khas atau perhimpunan mingguan yang biasa untuk
sambutan HKS;
Pengetua atau Pengerusi Koperasi akan memaklumkan tentang
sambutan HKS serta tujuan diadakan; (Maklumat lanjut tentang HKS
boleh dimuat turun dari laman web ANGKASA; www.angkasa.coop)
Pengetua atau Pengerusi Koperasi hendaklah menerangkan
kepentingan koperasi di sekolah dan perkembangan terkini serta
aktiviti-aktiviti yang dijalankan di koperasi sekolah mereka;
Lagu Semangat Koperasi (lagu rasmi koperasi) dari ANGKASA
hendaklah dimainkan semasa perhimpunan tersebut. (Lagu ini boleh
dimuat turun dari laman web ANGKASA; www.angkasa.coop)
Perutusan daripada YB Menteri Pendidikan Malaysia; YB Menteri
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; dan
Presiden ANGKASA hendaklah dibaca oleh pelajar semasa
perhimpunan. (ANGKASA akan mengedarkan ketiga-tiga perutusan ke
sekolah-sekolah dua minggu sebelum sambutan HKS). Perutusan juga
boleh dimuat turun dari laman web ANGKASA; www.angkasa.coop)

4.1.2 Aktiviti Tambahan Semasa Perhimpunan Khas
Pihak koperasi sekolah juga boleh melaksanakan aktiviti-aktiviti tambahan seperti
berikut semasa majlis perhimpunan diadakan.

Pengiktirafan koperator terbaik koperasi sekolah
Pihak koperasi bolehlah memberi pengiktirafan kepada mana-mana
koperator yang telah menunjukkan kecemerlangan sepanjang
penglibatan mereka dalam koperasi. Antara pengiktirafan yang boleh
diberikan ialah Anggota Lembaga Koperasi Terbaik, JAD Koperasi Terbaik
di kalangan guru dan pelajar, koperator terbanyak berlanggan di kedai
koperasi dan sebagainya. Koperasi sekolah bolehlah menyediakan hadiah-
hadiah untuk tujuan tersebut jika berkemampuan.

Edaran Tanda Peringatan HKS
Satu tanda peringatan HKS berbentuk buku nota kecil, lencana, stiker atau
lain-lain bentuk cenderahati bolehlah disediakan oleh pihak koperasi
untuk mereka yang terlibat dengan sambutan atau untuk anggota-
anggota di koperasi sekolah mereka sebagai tanda memperingati HKS.
G A R I S P A N D U A N S A M B U T A N H K S 2 0 14
3

Aktiviti-aktiviti tambahan dalam perhimpunan khas akan diambilkira semasa
penilaian dibuat oleh Jawatankuasa Penilai.


4.1.3 Aktiviti Pilihan
Bagi aktiviti pilihan, tiga kategori aktiviti telah ditetapkan iaitu;
Pendidikan;
Ekonomi / Keusahawanan
Sosial dan budaya

Pihak koperasi sekolah hendaklah menjalankan sekurang-kurangnya satu
daripada aktiviti-aktiviti pilihan tersebut. Pemberian markah juga akan berdasar
kepada kuantiti aktiviti yang dijalankan. Jika koperasi sekolah menjalankan lebih
daripada satu aktiviti, tambahan markah akan diberikan. Kesemua aktiviti yang
dijalankan hendaklah mengikut kreativiti dan inovasi pihak sekolah dan sebagai
Badan Penilai, ANGKASA tidak akan terlibat secara langsung dalam aktiviti-aktiviti
yang dijalankan.

Koperasi sekolah digalakkan untuk melibatkan seberapa banyak agensi samada
agensi kerajaan, swasta atau badan-badan NGO sebagai salah satu usaha
mewujudkan aktiviti interaksi koperasi sekolah dengan masyarakat. Di antara
contoh-contoh aktiviti adalah seperti berikut;

a. Aktiviti Pendidikan
Contoh Aktiviti :
Ceramah Koperasi;
Seminar Koperasi;
Bengkel koperasi;
Kuiz koperasi dan
Lain-lain berdasarkan kreativiti koperasi.

b. Aktiviti Ekonomi / Keusahawanan
Contoh Aktiviti :
Karnival Koperasi
Jualan barangan terpakai atau barangan kitar semula;
Bazar Koperasi;
Car-Boot Sale;
Car Wash, dan
Lain-lain berdasarkan kreativiti koperasi.

c.Aktiviti Sosial dan Budaya
Contoh Aktiviti :
G A R I S P A N D U A N S A M B U T A N H K S 2 0 14
4
Menjalankan projek komuniti dengan PIBG atau masyarakat setempat
seperti membantu mereka yang kesusahan kerana bencana alam dan
sebagainya;
Bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah, menyediakan
pondok bacaan dan tempat duduk, dan
Lain-lain berdasarkan kreativiti koperasi.
4.1.4 BANTUAN PERBELANJAAN
Koperasi Sekolah yang melaksanakan Bahagian A akan mendapat
sumbangan bantuan perbelanjaan sebanyak RM1,000.00. (Rujuk lampiran
panduan penyediaan laporan)

5. BAHAGIAN B PRODUK KOPERASI

Koperasi Sekolah perlu menghasilkan produk produk / perkhidmatan koperasi yang
berdaya maju dan memberi keuntungan kepada koperasi. Contoh produk :
Produk pengguna book cover, beg, aksesori, alat tulis,phone cover
Perkhidmatan dobi, pengurusan acara, sewaan, penginapan dan lain lain.
Pertanian Penanaman tebu, fertigasi, kelapa sawit, cendawan dan lain lain.
Perikanan Ikan, udang dan lain lain.
Pelancongan Koperasi Sekolah Hos, Tamu & Projek Lawatan
Lain lain

Barangan dan produk koperasi hendaklah dihasilkan sendiri oleh pihak
koperasi sekolah dan bukan dihasilkan oleh pihak lain.

5.1 BANTUAN PERBELANJAAN
Koperasi Sekolah yang melaksanakan Bahagian B akan mendapat sumbangan
bantuan perbelanjaan sebanyak RM500.00. (Rujuk lampiran panduan penyediaan
laporan)

6. BAHAGIAN C PERSEMBAHAN PENGAMALAN JATIDIRI KOPERASI

Persembahan Pengamalan Jatidiri koperasi diadakan bertujuan supaya
pelajar-pelajar dapat menghayati definisi, falsafah, prinsip dan nilai
koperasi.Dengan ini, pelajar lebih memahami dan dapat melibatkan diri dengan
koperasi secara langsung.

Pihak Koperasi Sekolah hendaklah mengadakan persembahan yang berkaitan
dengan pengamalan jatidiri koperasi.Contoh persembahan adalah seperti sketsa,
forum, dikir barat,choral speakingdan lain-lain.Tema persembahan hendaklah
berkisar kepada tema sambutan Hari Koperasi Sekolah dan mengikut kreativiti
masing-masing. Persembahan hendaklah dibuat secara berkumpulan dan durasi
setiap persembahan ialah 20 minit. Persembahan hendaklah dipertontonkan
kepada warga sekolah dan setiap persembahan mestilah dinyatakan temanya.
G A R I S P A N D U A N S A M B U T A N H K S 2 0 14
5

6.1 BANTUAN PERBELANJAAN

Koperasi Sekolah yang melaksanakan Bahagian C akan mendapat sumbangan
bantuan perbelanjaan sebanyak RM500.00.

7. BORANG PENGESAHAN SAMBUTAN DAN LAPORAN SAMBUTAN

Bagi tujuan penyelarasan dan penilaian, pihak koperasi sekolah hendaklah
menghantar:

o Borang Pengesahan Sambutan (BPS01 HKS/14 ; warna merah jambu)
Borang pengesahan sambutan ini hendaklah dihantar ke ANGKASA sebulan
sebelum tarikh sambutan. Pihak koperasi hendaklah menyatakan tarikh
sambutan HKS yang akan diadakan dan aktiviti-aktiviti yang akan
dilaksanakan.

o Borang Laporan Sambutan (BLS02 HKS/14 ; warna biru)
Bagi tujuan penilaian dan pembayaran sumbangan, Borang Laporan
Sambutan ini hendaklah diisi dengan lengkap dan dihantar ke ANGKASA dua
minggu selepas majlis sambutan HKS. Laporan yang lengkap hendaklah
disertakan dengan gambar-gambar sekitar hari sambutan dan bukti
sambutan. Sila Rujuk Panduan Penyediaan Laporan. Koperasi sekolah perlu
membuat sekurang-kurangnya satu salinan laporan untuk simpanan koperasi
sekolah.

Kedua-dua borang ini bolehlah dimuat turun dari laman web ANGKASA;
www.angkasa.coop.



8. PROSES BAYARAN BANTUAN PERBELANJAAN

Bantuan perbelanjaan ini hanya akan disalurkan kepada koperasi sekolah setelah
pihak ANGKASA menerima Borang Laporan Sambutan (BLS02 HKS/14) dan laporan
lengkap bergambar mengenai sambutan yang telah diadakan.

Proses bayaran sumbangan hanya akan dilaksanakan setelah selesai sesi penilaian
diadakan. ANGKASA berhak untuk tidak memberikan bantuan perbelanjaan sekiranya
pihak koperasi sekolah tidak mematuhi garis panduan yang ditetapkan seperti
berikut :

o Tidak menghantar Borang Laporan Sambutan (BLS02 HKS/14) atau
G A R I S P A N D U A N S A M B U T A N H K S 2 0 14
6
o Hanya menghantar Borang Laporan Sambutan (BLS02 HKS/14) dan tidak
disertakan bersama laporan lengkap bergambar aktiviti HKS 2014.







9.PENILAIAN AKTIVITI

Penilaian akan dibuat berdasarkan kepada aktiviti di Bahagian A, Bahagian B dan
Bahagian C. Aktiviti akan dinilai mengikut kualiti persembahan, bilangan aktiviti yang
dijalankan, penglibatan pelbagai pihak seperti koperasi dewasa, PIBG, masyarakat
setempat dan lain-lain lagi yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Penilai. Maksimum
lima (5) koperasi sekolah atau lima (5) peratus dari jumlah penyertaan koperasi
sekolahakan dipilih sebagai terbaik dari segi penganjuran setiap negeri dan hadiah
akan diberikan oleh ANGKASA Pusat.

Jawatankuasa Penilai adalah terdiri daripada:
ANGKASA;
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM),
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
MARA
Maktab Koperasi Malaysia

Bagi koperasi sekolah yang telah memenangi hadiah utama selama dua (2) tahun
berturut-turut, tidak akan dinilai sambutan mereka bagi tahun yang ketiga. Penilaian
akan dibuat semula pada tahun berikutnya.

Keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Penilai adalah muktamad.

10.MARKAH BONUS
Pihak penilai akan memberikan markah bonus kepada koperasi sekolah yang
mengadakan perkara berikut :
Mengikuti Program Peruncitan ANGKASA
Menjadi Ahli KOPSYA
Mengikuti Program Pelancongan Koperasi Sekolah (samada Hos atau Tamu)
Mendapat keuntungan daripada perniagaan koperasi bagi setengah tahun 2014

11. LAWATAN WAKIL KEMENTERIAN, JABATAN DAN AGENSI
Wakil Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Suruhanjaya
Koperasi Malaysia, Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan dan Jawatankuasa Perhubungan
G A R I S P A N D U A N S A M B U T A N H K S 2 0 14
7
ANGKASA Negeri akan membuat lawatan ke koperasi-koperasi sekolah yang
mengadakan sambutan.

Lawatan yang diadakan adalah bertujuan untuk meraikan sambutan yang
dilaksanakan oleh pihak koperasi sekolah dan ianya bukan bertujuan untuk
membuat penilaian ke atas sambutan HKS yang diadakan. Jawatankuasa Tadbir
Kebangsaan dan Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri akan mengisi borang
laporan lawatan yang telah disediakan untuk diserahkan kepada ANGKASA Pusat.


12. PERTANYAAN
Sebarang bentuk pertanyaan yang berkaitan dengan sambutan HKS bolehlah
diutarakan kepada Unit Institusi Pendidikan di talian 03-78846510 / 03-78846497 /
03-78008176. No. faks : 03-78846423 / 03-78061506

13.PIHAK YANG TERLIBAT DENGAN HKS 2014
Koperasi sekolah bolehlah melibatkan masyarakat luar dalam sambutan HKS bagi
mewar warkan kewujudan koperasi di sekolah dan aktiviti aktiviti yang dijalankan.
Antara pihak pihak yang boleh dilibatkan adalah :
Koperasi Sekolah berdekatan
Koperasi Dewasa
Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG)
Masyarakat setempat
Kementerian Pendidikan Malaysia
Jabatan Pendidikan Negeri
Suruhanjaya Koperasi Malaysia
Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri
Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Dan lain - lain

14.PANDUAN PENYEDIAAN LAPORAN

Penyediaan laporan hendaklah mengikut format Borang Laporan Sambutan
(BLS02-HKS/14).

Penyediaan laporan hendaklah tidak melebihi 50 muka surat (termasuk gambar).

Empat gambar terhad untuk satu aktiviti sahaja.

Satu muka surat bersaiz A4 terhad untuk empat gambar sahaja (1 aktiviti).

Koperasi sekolah perlu melampirkan salinan buku / penyata akaun bank beserta
nombor akaun bagi memudahkan pembayaran sumbangan ANGKASA.

G A R I S P A N D U A N S A M B U T A N H K S 2 0 14
8
Setiap gambar perlu dinyatakan secara ringkas:
a. Apakah aktiviti yang dilaksanakan;
b. Tarikh, masa dan lokasi aktiviti dilaksanakan, dan
c. Penglibatan atau penyertaan, seperti pelajar, guru, kakitangan sekolah,
masyarakat luar atau agensi luar.
d. Nama perasmi majlis atau sambutan, penceramah dan lain-lain berkaitan
hendaklah dinyatakan dalam caption gambar tersebut.

Nyatakan secara jelas agensi kerajaan, NGO atau pihak swasta yang terlibat bagi
setiap aktiviti yang dilaksanakan.

Lampirkan aturcara program sambutan HKS 2014.

Lampirkan senarai Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Pelaksana HKS 2014.

Lampirkan ringkasan penyata kewangan sambutan HKS 2014
(untung/rugi)
Lampirkan penyata kewangan kedai koperasi dalam tempoh 6 bulan (Januari
Jun 2014).

TIDAK PERLU melampirkan risalah, pamplet atau bahan bahan bercetak
daripada agensi luar. Sebagai contoh risalah pencegahan jenayah, derma darah,
promosi, peraturan, syarat-syarat dan sebagainya.

TIDAK PERLU dilampirkan bahan-bahan atau maklumat yang telah diberikan
oleh ANGKASA kepada koperasi sekolah seperti;

a. Garis Panduan Sambutan HKS
b. Lirik Lagu Semangat Koperasi

TIDAK PERLU menghantar album bergambar sebagai laporan.



Jika terdapat sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi:

ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD
WISMA UNGKU A. AZIZ,
JALAN SS 6/3, KELANA JAYA,
47301 PETALING JAYA,
SELANGOR D.E
(U/P: Unit Institusi Pendidikan, Bahagian 4P)

No. Telefon: 03-78846510 / 03-78008176
No. Faks: 03-78846423 / 03-78061506
G A R I S P A N D U A N S A M B U T A N H K S 2 0 14
9
www.angkasa.coop

Penolong Pengurus Bahagian 4P (Pembangunan) : 03-78008108
Ketua Unit Institusi Pendidikan : 03-78846497

You might also like