You are on page 1of 3

PERSATUAN SENAMROBIK (WAJ 3113)

REFLEKSI PANNUPERIYAA A/P RAJAGOPAL G 6.6


Pada 9hb Oktober 2013, Persatuan Senamrobik telah mengadakan
Pertandingan Senamrobik Terbuka IPG Kampus Ilmu Khas. Sebanyak lima
kumpulan telah menyertai pertandingan senamrobik ini dengan syarat sekumpulan
terdiri daripada lim hingga enam orang peserta. Setiap kumpulan telah membayar
RM 15.00 sebagai pendaftaran. setiap kumpulan telah mematuhi peraturan-
peraturan dalam pertandingan tersebut. Pertandingan ini bermula pada pukul 8.00
pagi sehingga 12.30 petang. Pertandingan ini adalah salah satu tugasan kerja
kursus pendek iaitu Pengurusan dan Pentadbiran Jasmani dan Sukan.
Pertandingan ini berlangsung di Dewan Dato Razali, Kampus Ilmu Khas.
Pertandingan ini dirasmikan oleh Ketua Jabatan Unit GERKO iaitu En Mohd Dahlan
bin Abdul Kadir.
Sebelum mengelolakan pertandingan kami telah mengadakan satu minit
mesyuarat bersama dengan ahli kumpulan untuk melantik ahli jawatankuasa induk
di Bilik Tarian bagi aktiviti ini. Dengan jayanya kami telah melantik Muhammad
Hafizuddin Bin Hanizafuddin sebagai pengerusi bagi pertandingan ini. Seterusnya
pengerusi telah melantik ahli jawatankuasa lain bagi pertandingan senamrobik ini
dan menetapkan ahli jawantankuasa. Selepas itu, kami telah membuat keputusan
untuk menjalankan pertandingan senamrobik terbuka antara guru pelatih Kampus
Ilmu Khas.
Antara kekuatan semasa kami mengadakan pertandinga senamrobik adalah
sebelum mengadakan pertandingan ini, ajk publisiti telah sebarkan maklumat
tentang pertandingan di seluruh kampus dan telah memaparkan banner di depan
pintu masuk Kampus Ilmu Khas dan di tempat tertentu. Mereka juga telah
menyebarkan di laman web Suara Komuniti kampus. Saya juga telah membantu
mereka untuk menyebarkan maklumat di lamam web Persatuan Kebudayaan India,
Kampus Ilmu Khas. Kami juga dapat menjalankan pertandingan senam robik seperti
yang dirancang walaupun tempoh masa yang terdekat dan juga dapat
melaksanakan pertandingan pada masa yang ditetapkan. Selain itu, kami juga dapat
menyediakan semua peralatan yang diperlukan pada hari pertandingan tersebut.
Sebelum memulakan pertandingan itu, kami telah memberi taklimat kepada semua
peserta supaya mereka dapat memberi kerjasama dan dapat menjayakan
PERSATUAN SENAMROBIK (WAJ 3113)

pertandingan senam robik. Di samping itu, setelah kami menganjurkan pertandingan
banyak kumpulan telah mendaftar untuk menyertai pertandingan senamrobik.
Antara masalah yang saya telah hadapi semasa pertandingan adalah
disebabkan saya telah dilantik sebagai ahli jawatankuasa dokumentasi saya
terpaksa meminjam kamera dari rakan sekelas saya. Kekangan yang paling besar
saya hadapi ialah saya tidak beberapa cekap dari segi penggunaan kamera DSLR.
Kamera ini perlulah digunakan mengikut kesesuaian cahaya dan situasi. Oleh sebab
itu, saya terpaksa meminta bantuan daripada rakan saya. Bagi mengatasi masalah
ini, saya sebagai seorang guru perlu memiliki sebuah kamera DSLR ataupun
kamera digital. Bukan sekadar bagi ini sahaja, walaupun saya tidak memilik kamera
saya perlu mengambil inisiatif untuk belajar untuk menggunakan kamera DSLR.
Kamera DSLR memerlukan kemahiran cekap untuk mengambil gambar dalam
beberapa situasi dan juga mengambil gambar pada pencahayaan yang sesuai.
Masalah yang kedua adalah disebabkan dua orang ahli jawatankuasa
dokumentasi telah menyertai pertandingan saya terpaksa menjalankan tugas sendiri
dan meminta kawan-kawan saya untuk merakan video. Pada masa yang sama
kedua-dua ahli jawatankuasa saya tidak menyediakan video kamera ataupun
kamera. Saya hanya mengambil gambar-gambar sepanjang pertandingan tersebut.
Rakan-rakan saya terpaksa menggunakan telefon bimbit yang canggih untuk
meraka video-video persembahan kelima-lima kumpulan tersebut. Cadangan bagi
mengelakkan masalah seperti ini ketau kumplan perlulah berbincang dengan ahli
jawatankuasa untuk menyediakan kamera ataupun mencari penyelesaian yang lain
sekiranya mereka terlibat dalam pertandingan. Cadangan yang kedua pula mereka
perlu menyediakan kamera dan meminta bantuan kepada rakan-rakan yang lain
untuk merakam video ataupun mengambil gambar. Saya juga berasa kecewa
kerana mereka berbuat demikian pada hari pertandingan. Sekiranya mereka
memberitahu saya kemungkinan saya mengambil inisiatif untuk mencari kamera dan
video kamera.
Kekangan yang paling besar sepanjang aktiviti adalah kumpulan-kumpulan
yang telah tarik diri dari pertandingan tersebut. Hal ini berlaku kerana kumpulan lain
tidak ada masa untuk membuat latihan. Mereka tidak dapat meluangkan sama untuk
latihan kerana tugasa-tugasan kerja kursus yang perlu dihantar pada minggu itu. Ini
PERSATUAN SENAMROBIK (WAJ 3113)

menjadi satu halangan kepada mereka daripada menyertai pertandingan
senamrobik. Pada pendapat saya, sesuatu pertandingan perlulah di jalankan pada
masa yang lapang dan bebas daripada sebarang aktiviti dalam kampus supaya
peserta-peserta dapat menyertai. Aktiviti seperti memerlukan masa untuk melatih diri
sendiri. Bagi saya, kami juga perlu memberi tempoh masa yang lama bagi peserta
untuk mengambil masa untuk membuat latihan.
Pada hari petandingan pula, Dewan Dato Razali hanya ada beberapa
penonton sahaja. Selebihnya adalah para peserta dan ahli penganjur. Masa yang
kami menjalankan pertandingan itu tidak sesuai. Hal ini kerana kebanyakan guru
pelatih telah sibuk untuk menyiapkan tugasannya dan kami juga tidak ada masa
yang lain untuk menjalankan pertandingan kerana setiap hujung minggu kumpulan
kami menjalankan aktiviti-aktiviti yang lain. Sebelum menjalankan sesuatu aktiviti
perlulah merancang dan mengambil tempoh masa yang lama supaya aktiviti itu
berjalan dengan lancar. Masa juga sangat penting bagi mengelolakan sesuatu
aktiviti. Disebabkan kekangan masa kami terpaksa melaui beberapa masalah.
Kesimpulannya, saya berasa bangga walaupun kami telah melalui beberapa
cabaran tetapi kami berjaya juga menjalankan pertandingan senamrobik. Saya
berbangga dengan ahli kumpulan yang bekerja keras untuk menjayakan aktiviti ini.
Di sini saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa
yang menjalankan tugasannya.

You might also like