You are on page 1of 3

Teks Pidato

1Malaysia
Menyusur detik Malaysia merdeka
Darah dan air mata adalah harga
Mampukah kita mensyukurinya
Atau tergadai oleh rakusnya manusia?

Bingkisan barakah buat Peneraju acara, saf kehakiman intelektual berkarisma, sidang
hadirin warga dewan berwibawa.

Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh dan salam satu Malaysia.

Berdirinya saya di sini adalah untuk menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk
1 Malaysia,Negara Sejahtera.

1 Malaysia bermaksud rakyat Malaysia tidak kira bangsa, warna kulit, rupa paras, tua atau
muda, kaya atau miskin saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati
satu visi untuk membina satu Negara Bangsa iaitu Bangsa Malaysia

Hadirin sekalian,

Cetusan idea pertama. 1 Malaysia pencetus inspirasi penggerak visi.

Konsep 1Malaysia adalah satu gagasan yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib Tun
Razak pada 2 April 2009. Intipati gagasan ini merupakan idea satu bangsa tanpa mengira
kepelbagaian etnik, dan kebudayaan. Semua pihak mestilah bersama-sama menjayakannya.

Gagasan 1 Malaysia ini merupakan kesinambungan daripada kepimpinan terdahulu dalam
membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju menuju wawasan 2020.
Ia diibaratkan serampang dua mata selain memajukan negara, rakyat Malaysia juga turut
cemerlang, gemilang dan terbilang.

Hadirin sekalian,

Cetusan idea kedua. 1 Malaysia wadah kesejahteraan.
Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Aspirasi konsep Satu
Malaysia adalah untuk memperkukuhkan perpaduan kaum sebagaimana kehendak prinsip
Rukun Negara. Perkara yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan
hormat menghormati dan sikap saling mempercayai. Rakyat perlu memahami dan
mengamalkan bahawa segala tindakan perlulah mengutamakan kepentingan negara.


1 Malaysia adalah pemangkin kepada kewujudan negara bangsa. Keupayaan membina negara
bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.
Justeru, akan mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian di kalangan rakyat pelbagai kaum.


Hadirin sekalian,

Cetusan idea ketiga. 1 Malaysia wahana keterbilangan negara.

Tak tumbuh tak melata, tak sunggh maka tak kata. Malaysia merupakan sebuah negara
yang maju dan telah mencapai kejayaan luar biasa dalam pelbagai bidang. Bidang yang
dikecapi termasuklah perusahaan automobil, pembinaan bangunan pencakar langit,
aeroangkasa, pengangkutan dan perhubungan, serta bidang sukan.
Kejayaan yang dicapai selama ini telah mengharumkan nama Malaysia di persada
antarabangsa. Kejayaan Malaysia dapat menyuntik semangat anak watan untuk meneroka
bidang-bidang yang baru. Secara tidak langsung, Malaysia mampu berusaha untuk mencapai
kejayaan mengikut acuan sendiri menjelang tahun 2020. Namun kejayaan ini tidak bulat
datang bergolek dan tidak pipih datang melayang. Dengan perpaduanlah kita mampu
merealisasikan semua impian menjadi kenyataan melalui satu gagasan iaitu 1 Malaysia.
Hadirin sekalian,
Tuntasnya, sudah terang lagi bersuluh 1 Malaysia yang
menjadi pemangkin kepada kejayaan Malaysia dapat direalisasikan dengan berpaksikan
keutamaan rakyat seperti yang terpamer melalui slogan YAB Dato Sri Najib Tun Razak iaitu
Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan. Satu Malaysia Negara Sejahtera.oleh
kita untuk kita.
Sekian, saya mohon permisi.

You might also like