Ko Mputer

You might also like

You are on page 1of 19

PEMBANGUNAN PERISIAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP

BERSEPADU UNIT TERAS KOMPONEN ELEKTRONIK


TINGKATAN DUA
MOHD AZIZI BIN MOHD AMIN
Universiti Teknologi Malaysia
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: PEMBANGUNAN PERISIAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN
HIDUP BERSEPADU UNIT TERAS KOMPONEN ELEKTRONIK
TINGKATAN DUA
SESI PENGAJIAN: 2005/2008
Saya MOHD AZIZI BIN MOHD AMIN
( HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di
Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi.
4. ** Sila tandakan ( )
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan
SULIT atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di
dalam akta rahsia rasmi 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah
ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan
dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap: DR. YEO KEE JIAR
NO 725, DESA PERMAI, SERTING TENGAH
72200 BATU KIKIR, NEGERI SEMBILAN
Tarikh: 28 APRIL 2008 Tarikh: 28 APRIL 2008
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada
pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab
dan
tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana
secara penyelidikan,atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan
penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya
ini adalah memadai dari segi skop dan kuantiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup )
Tandatangan :
Nama Penyelia: DR. YEO KEE JIAR
Tarikh : 28 APRIL 2008
i
PEMBANGUNAN PERISIAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP
BERSEPADU UNIT TERAS KOMPONEN ELEKTRONIK
TINGKATAN DUA
MOHD AZIZI BIN MOHD AMIN
Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahkan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahairan Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
2008
ii
PENGAKUAN
Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringksan
yang tiap tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.
Tandatangan : ..........................................................
Nama Penulis : MOHD AZIZI BIN MOHD AMIN
Tarikh : 28 APRIL 2008
iii
DEDIKASI
Segala puji dan syukur kepada Tuhan atas berkat, pimpinan penyertaan
dalam kehidupan seharian sepanjang pengajian di
Universiti Teknologi Malaysia.
Untuk keluarga yang dikasihi terutamanya isteri tersayang Wan Mariam Bt Wan
Idris
Terima kasih kerana sentiasa memberi sokongan dan dorongan
serta pergorbanan yang tidak terhingga
Buat anak-anak yang dikasih dan disayangi
Mohamad Aizat Hilmi,Mohamad Fikri Hakim dan Muhamad Aiman Haziq
yang menanam dan memberi semangat untuk belajar serta menempuh cabaran
untuk terus belajar
Ibubapa dan keluarga serta keluarga mertua
jasa dan pergertian kalian yang mendorong menamatkan pengajian
Sekalung budi yang tak terhingga buat pembimbing PSM,
Dr. Yoe Kee Jiar
Buat rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantudan memberi semangat
semoga Tuhan memberkati kita semua
iv
PENGHARGAAN
Segala puji dan syukur kepada Tuhan di atas limpah dan kurnianya yang
tidak terhingga sehingga dapat membangunkan sebuah perisian di Universiti
Teknologi Malaysia dengan jayanya.
Setinggi tinggi penghargaan serta jutaan terima kasih kepada Dr. Yoe Kee
Jiar selaku pensyarah pembimbing projek sarjana muda yang banyak memberi
bimbingan, tunjuk ajar, khidmat nasihat serta dorongan yang begitu berguna
sepanjang penghasilan perisian ini.
Buat keluarga tercinta terutamanya isteri dan anak-anak tersayang serta
kedua-dua ibubapa yang begitu banyak memberikan sokongan dan dorongan
sepanjang pengajian di Univesiti Teknologi Malaysia ini khususnya
Ucapan terima kasih ini juga ditujukan kepada rakan rakan yang banyak
membantu dalam menghasilkan perisian yang lebih interaktif dan tunjuk ajar dalam
pengumpulan bahan dan maklumat, kepada rakan-rakan serumah yang sentiasa
menggembirakan dan membantu serta rakan rakan seperjuangan kursus SPH-
PKPG yang begitu banyak memberi sumbangan idea dan komen yang baik tentang
perisian yang telah dibangunkan. Kepada mereka yang terlibat secara langsung dan
tidak langsung sumbangan anda dihargai lebih daripada yang anda jangkakan.
Sekian dan Terima Kasih.
v
ABSTRAK
Penggunaan komputer dalam pendidikan ialah satu strategi yang bertujuan
untuk membangunkan masyarakat berteknologi tinggi sejajar dengan Wawasan
2020. Konsep pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer telah diterima
baik pada masa sekarang, namum bilangan perisian kursus dalam Bahasa Melayu
adalah kurang berbanding dengan Bahasa Inggeris. Maka satu usaha untuk
membangunkan perisian kursusnya dalam Bahasa Melayu perlu dilakukan yang
meliputi semua mata pelajaran. Bagi mencapai matlamat itu, golongan pendidik
sendiri perlu terlibat dalam proses pembangunan perisian berdasarkan kreativiti dan
penghayatan mereka. Berkat usaha, satu perisian pengajaran dan pembelajaran
bertajuk Komponen Elektronik: Nama, Simbol Dan Fungsi telah dibangunkan.
Perisian ini adalah untuk pelajar-pelajar tingkatan dua yang mengambil mata
pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu. Perisian ini merangkumi objektif, tutorial,
latihan dan kuiz serta klip video bagi tujuan mengukuhkan pemahaman pelajar
tentang subjek yang dipelajari. Perisian Authorware 7.0 telah digunakan dalam
pembangunan perisian ini dan disokong dengan penggunaan perisian lain seperti
adob photoshop, macromedia SWISHmax, Sony Sound Forge 8 dan Ulead
VideoStudio 10.
vi
ABSTRACT
The use of computer in education is a forward looking strategy with the
purpose of building a society of high technology in line with Vision 2020. The
concept of teaching and learning with computer aid is now well accepted, yet the
number of software and courseware in Bahasa Melayu are less compared to English.
More effort to develop software and courseware in Bahasa Melayu should be
emphasized and it must encompass all subjects of learning. Inevitably, teachers
themselves must be involved in developing the software based on their own
creativity and teaching experience. As a result of this effort, a software on teaching
aid called Komponen Elektronik: Nama, Simbol dan Fungsi has been developed.
This programmer is for form two students who are learning Integrated Living
Skills as a subject. The target of objectives, tutorial, exercises and quiz with
relevant video clips are included to enhance the students understanding of the
subject. Authorware 7.0 is use with the help of adobe photoshop, macromedia
SWISHmax, Sony Sound Forge 8 and Ulead VideoStudio 10 software.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
1 PENDAHULUAN
1.1. Pengenalan 1
1.2. Latar Belakang Masalah 2
1.3. Penyataan Masalah 4
1.4. Objektif Projek 6
1.5. Rasional Projek 7
1.6. Kepentingan Projek 8
1.7. Skop Projek 9
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Zaman teknologi yang pesat sejak kebelakangan ini khususnya dalam bidang
teknologi yang berasakan elektronik digital telah membawa kita jauh ke suatu era
baru. Pada alaf yang disebut era maklumat ini, situasi kehidupan manusia begitu
banyak bergantung pada pemprosesan maklumat sebagai sumber maklumat dalam
kehidupan. Ini membawa maksud teknologi maklumat dan komunikasi atau
Information Communication Technologies (ICT) telah mendatangkan perubahan
kepada masyarakat kini secara keseluruhannya. Pihak kerajaan amat peka terhadap
kehadiran teknologi ini, maka tercetuslah idea oleh pemimpin negara untuk
memaksimumkan penggunaan ICT dalam aplikasi perdana Koridor Raya
Multimedia (MSC). Segmen pendidikan juga tidak terlepas daripada menerima
bahang kemajuan yang dicapai hasil daripada teknologi maklumat dan komunikasi
ini yang menyaksikan pelaksanaan sekolah bestari. Salah satu penekanan utama
sekolah bestari ialah penggunaan multimedia dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Kementerian Pelajaran telah membuat beberapa perubahan dalam sistem
pendidikan dengan memberi tumpuan kepada pendidikan sains dan teknologi sesuai
dengan perkembangan dan keperluan semasa. Ini disebabkan pelajar di era baru
sentiasa didedahkan kepada teknologi yang serba canggih. Memandangkan mereka
sering didedahkan kepada teknologi komunikasi dan komputer di persekitaran
2
mereka, pelajar lebih cenderung menggunakan alat dan bahan terkini dalam proses
pembelajaran mereka.
Pendidikan komputer dalam kurikulum melibatkan tiga peranan penting iaitu
pembelajaran tentang komputer itu sendiri, penggunaan komputer dalam memproses
maklumat dan penggunaan komputer untuk membantu proses pengajaran dan
pembelajaran. Oleh itu satu aplikasi yang disebut pengajaran dan pembelajaran
Berbantukan Komputer (PPBK) adalah merupakan satu cabang daripada penggunaan
komputer untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran.
Secara keseluruhannya, hasil daripada perkembangan teknologi maklumat
dan komunikasi telah mencetuskan penggunaan multimedia yang berplatformkan
komputer dalam bidang pendidikan. Dengan sokongan pihak kerajaan dan
Kementerian Pelajaran khasnya, maka multimedia sudah tidah boleh dinafikan lagi
kewujudan dan kepentingannya dalam sistem pendidikan negara. Setiap individu
perlu mengambil peranan atau paling kurang menjadi penggunaannya. Ditambah
dengan masyarakat sekarang yang menuju ke arah celik komputer, maka penggunaan
komputer dalam pendidikan adalah merupakan langkah awal ke arah mewujudkan
masyarakat berteknologi selaras dengan hasrat Wawasan 2020.
1.2 Latar Belakang Masalah
Berlandaskan Falsafah pendidikan negara menyatakan bahawa suatu usaha
yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada tuhan. Salah satu usaha untuk mengembangkan potensi individu dari segi
intelek ialah penggunaan teknologi pendidikan.
Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) merujuk
kepada penggunaan komputer yang membantu proses pengajaran dan pembelajaran
3
menjadi lebih menyeronokkan. Pendidikan adalah bidang yang sentiasa mengalami
perubahan, sesuai dengan perkembangan yang berlaku terhadap persekitaran kerana
apa sahaja perubahan yang berlaku akan memberi kesan terhadap pendidikan
terutama aspek kurikulum (Shahril dan Habib, 1999). Inilah cabaran baru yang perlu
ditangani oleh golongan pendidik itu sendiri dalam usaha untuk menjadikan peranan
pendidik lebih bermakna.
Namun, perkembangan teknologi ini tidak diikuti bersungguh-sungguh oleh
golongan pendidik. Perkara ini dilihat dari aspek kurangnya pengetahuan para
pendidik dalam penghasilan perisian-perisian pengajaran dan pembelajaran
berbantukan komputer (PPBK). Oleh sebab itu pembangunan perisian dan penilaian
perisian pendidikan masih diserahkan sepenuhnya kepada pihak swasta atau peniaga
yang tidak mempunyai pengetahuan yang luas dalam dalam aspek pengajaran dan
pembelajaran. Lataran itu, kebanyakkan perisian pendidikan yang berada di pasaran
sekarang ini tidak menepati kehendak kurikulum seperti yang digariskan oleh
Kementerian Pelajaran.
Bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup keperluan untuk mencari internetif
bahan bantu mengajar terutama penggunakan komputer amat berkurangan.
Sekiranya kaedah pembelajaran menggunakan perisian PPBK dapat dibangunkan
akan membantu proses pengajaran dan pembalajaran kerana dapat membari
pengatahuan awal kepada pelajar yang mempelajari matapelajaran ini sebelum
melibatkan kerja amali dan pelbagai projek. Satu sebab lagi dimana perlunya
alternatif lain dalam pembelajaran yang memerlukan kerja amali ialah kekurangan
sumber.
Hakikatmya pembekalan sumber pembelajaran tambahan seperti perisian
PPBK sukar dilaksanakan kerana kemampuan guru Satu aspek kemampuan
pengajaran guru dapat dilihat dari sudut pengetahuan dan kemahiran yang mendalam
pada satu-satu bidang.
4
Selain itu, kemampuan seseorang pelajar juga adalah berbeza. Lantaran
itu, kepelbagaian sumber pembelajaran atau kaedah memperoleh ilmu wajar
dipertingkatkan supaya setiap pelajar yang berbeza keupayaan masing-masing dapat
menyesuaikan dengan corak penerimaan ilmu setanding dengan kemampuan diri.
Gilbert Highet (1981) menyatakan bahawa: Dari gurunya Socrates, Plato
mempelajari bahawa tidak ada cara yang sesuai untuk mengajar seseorang melainkan
dengan menggunakan alasan yang boleh mententeramkan mereka.
Salah satu alat bantu mengajar yang boleh digunakan ialah dengan
menggunakan komputer. Hal idemikian kerana gabungan teks, gambar, bunyi dan
animasi akan dapat menjelaskan lagi penerangan yang disampaikan oleh guru.
Selain memberi faedah kepada pelajar, Penggunaan Multimedia ini memudahkan
persediaan guru dalam menyampaikan isi kandungan, objektif dan matlamat
pengajian dan topik-topik tertentu kepada pelajar.
Walaupun PPBK telah mendapat perhatian, namun untuk membangunkan
sesuatu pakej perisian untuk tujuan tersebut bukanlah suatu perkara yang mudah.
Pembangunan pakej perisian memerlukan induvidu atau sekumpulan pembangunan
perisian meluangkan masa yang banyak, berminat, mempunyai daya kreativiti,
inovatif dan berkebolehan untuk menggunakan komputer serta mempunyai
pengetahuan mengenai bahasa pengaturcaraan, seperti C++, PASCAL, Visual Basic,
Authorware, Director dan sebagainya. Sesuatu perisian mestilah berkonsepkan
multimedia dan juga pedagogi iaitu prinsip-prinsip dan kaedah pengajaran. Selain itu
sesuatu perisian yang dibina mestilah dapat menarik minat dan tidak membosankan
pengguna.
1.3 Penyataan Masalah
Bagi memantapkan sistem pendidikan negara, Kementerian Pelajaran telah
memperkenalkan beberapa perubahan seperti merombak semula kurikulum,
memperkenalkan teknik pengajaran dan pembelajaran yang inovatif, aktiviti
5
berpusatkan pelajar dan penggunaan alat bantu mengajar seperti video, slaid dan
carta serta pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK), namun,
setiap teknik pengajaran dan pembelajaran tersebut hendaklah bersesuaian dengan
keperluan pelajar serta dapat membuahkan hasil yang diharapkan dalam jangka masa
yang munasabah.
Bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu unit teras tingkatan dua
yang bertajuk nama, fungsi dan simbol komponen elektronik merupakan satu mata
pelajaran yang memberi pengetahuan asas kepada teori bidang elektronik yang
merangkumi aspek komponen elektronik daripada segi simbol, fungsi, pengukuran
dan pengujian pada litar sebenar. Teori yang telah dipelajari akan disokong dengan
aktiviti amali sebagai lanjutan kepada pelajar. Namum demikian, setiap kali kelas
amali dijalankan guru terpaksa mengajar teori kembali. Oleh itu, Perlunya sumber
pembelajaran tambahan seperti perisian PPBK dalam membantu pengajaran dan
pembelajaran.
Selain itu, kekurangan perisian-perisian pengajaran dan pembelajaran
berbantukan komputer (PPBK) perlu diatasi dengan segera. Kekurangan perisian
PPBK pada masa sekarang boleh dikaitkan dengan sikap segolongan pendidik yang
tidak mahu melibatkan diri dalam pembinaan perisian PPBK. Sekirannya terdapat
perisian-perisian PPBK dalam pasaran, jumlahnya agak terhad dan kebanyakannya
dalam bahasa Inggeris, sudah tentu mereka mempunyai kesukaran untuk memahami
kandungan sesuatu perisian walaupun mereka mempunyai minat yang tinggi untuk
menggunakan perisian PPBK. Oleh yang demikian, pembinaan perisian PPBK oleh
golongan pendidik itu sendiri adalah perlu dengan penggunaan bahasa kebangsaan
dan disesuaikan dengan kemampuan pelajar.
Seperti mana yang telah dijelaskan, dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup
Bersepadu, setiap teori yang dipelajari akan disokong dengan kegiatan amali sebagai
asas lanjutan. Namun demikian, masalah kekurangan masa telah menimbulkan
masalah untuk guru menunjukkan beberapa cara dan kaedah yang lebih
memberangsangkan. Selain itu, keseragaman cara penyampaian teori juga
menimbulkan masalah kepada guru dan pelajar, manakala keupayaan pelajar untuk
6
memahami konsep yang sukar dalam beberapa bahagian dalam mata pelajaran ini
memerlukan pengulangan dan kepelbagaian contoh dan ini memerlukan penggunaan
masa yang lebih.
Oleh yang demikian, penggunaan PPBK dapat mengurangkan masalah
pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu
dari segi masalah pengulangan dan penggunaan lebih masa serta kekurangan ruang
bengkel. Pengkaji ingin memfokuskan aspek penghasilan perisian untuk
mempelbagaikan kaedah pengajaran di samping menambah koleksi perisian
pendidikan di mana perisian multimedia boleh dibangunkan dengan grafik yang
menarik berserta video yang boleh menambahkan lagi kefahaman dan minat pelajar.
Sejajar dengan itu, pengkaji ingin menghasilkan satu perisian pengajaran dan
pembelajaran berbantukan komputer multimedia interaktif, untuk mata pelajaran
Kemahiran Hidup Bersepadu.
1.4 Objektif Projek
Objektif utama projek ini adalah untuk menghasilkan satu perisian
Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) bertajuk nama, fungsi
dan simbol komponen elektronik bagi topik elektronik mata pelajaran Kemahiran
Hidup bersepadu unit teras tingkatan dua seperti mana yang terkandung dalam
sukatan pelajaran. Melalui perisian ini kelak akan dapat menyelaesaikan masalah
pengajaran dan pembelajaran dalam aspek komponen elektronik dari segi fungsi dan
simbol dalam binaan litar elektronik dan susun atur komponen sebelum menjalankan
kerja amali sebenar dan memperolehi pemahaman konsep yang betul.
Objektif kajian ini seperti berikut :
i. Membangunkan perisian multimedia yang interaktif dan sesuai dengan
kehendak sukatan mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu tingkatan
7
dua dalam bentuk cakera padat bagi tajuk nama, fungsi dan simbol
komponen elektronik dengan menggunakan Bahasa Malaysia.
ii. Mengetahui keberkesanan perisian PPBK melalui pengujian perisian
terhadap pelajar.
iii. Memberikan pendedahan kepada pelajar tentang penggunaan komputer
dalam pendidikan dan memudahkan pelajar memahami bahan pengajaran
dan pembelajaran melalui pembangunan perisian PPBK.
1.5 Rasional Projek
Projek yang dilaksanakan adalah mengenai mereka bentuk perisian
multimedia bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup bersepadu unit teras tingkatan
dua di bawah tajuk nama , fungsi dan simbol komponen elektronik.
Rasional pembinaan perisian PPBK ini adalah bertujuan untuk:
(a) Memenuhi tuntutan semasa supaya menyesuaikan penggunaan teknologi
multimedia dalam bidang pendidikan.
(b) Menambahkan bilangan perisian yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar khasnya perisian-perisian bercorak PPBK.
(c) Menggabungkan unsur-unsur teks, grafik, audio, video, animasi dan pelbagai
kesan (effect) dalam satu perisian yang dapat digunakan oleh pelajar untuk
meningkatkan tahap penguasaan dan pemahaman mereka dalam
pembelajaran.
(d) Mewujudkan konsep pembelajaran kendiri di mana dengan penggunaan
perisian PPBK ini, pelajar akan dapat mengikuti kemampuan diri.
8
(e) Memudahkan pemahaman pelajar berkenaan topik yang diutarakan iaitu
sesuatu konsep yang abstrak dapat diterangkan secara lebih jelas dengan
bantuan penggunaan unsur-unsur multimedia.
(f) Sumber pembelajaran alternatif untuk memperkukuhkan apa yang dipelajari
oleh pelajar di sekolah.
1.6 Kepentingan Projek
Projek perisian pembelajaran berbantukan komputer ini mempunyai pelbagai
kepentingan kepada semua pihak sama ada pelajar, guru, pihak sekolah dan
Kementerian Pelajaran. Dengan penggunaan perisian berbentuk multimedia akan
menjadikan aktiviti pembelajaran yang lebih menarik dan menyeronokkan.
Seterusnya, penggunaan komputer atau teknologi yang setara dengannya adalah
merupakan sesuatu yang diperlukan oleh pelajar pada masa sekarang ini.
Perisian ini berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran bagi mata
pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu tingkatan dua unit teras di bawah tajuk
Nama, Fungsi dan Simbol Komponen Elektronik. Perisian ini dapat membantu
pelajar untuk mempelajari isi kandungan pelajaran secara sendiri mengikut
kemampuan masing-masing dengan lebih mudah dan menarik minat pelajar.
Perisian ini juga dapat memberi pengalaman dan menjelaskan konsep pembelajaran
melalui paparan grafik dan video yang menarik. Pembelajaran sebegini boleh
diulang sekerap yang dikehendaki mengikut kehendak pengguna dan boleh dikawal
mengikut keperluan.
Kaedah pengajaran dan pembelajaran melalui PPBK dapat membantu guru
untuk memperjelaskan fakta tanpa berubah-ubah makna dan ayat yang digunakan
berbanding penyampaian yang digunakan oleh guru yang sering berubah mengikut
kemahiran dan pengalaman masing-masing. Secara tidak langsung membantu guru
untuk merancang aktiviti pembelajaran mengikut jadual dan isi pelajaran mengikut
sukatan.
9
Perisian PPBK yang berbentuk multimedia dapat membantu pihak sekolah
dalam menyediakan pelbagai bahan rujukan di pusat sumber sebagai kemudahan
kepada pelajar dan guru untuk proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Dengan ini, pihak sekolah dapat membantu meningkatkan pencapaian pelajar dan
membantu guru mendapatkan pelbagai sumber bahan bantu mengajar.
Perisian ini juga dapat membantu pihak Kementerian Pelajaran dalam
membuat beberapa perubahan di dalam sistem pendidikan dengan memberi tumpuan
kepada pendidikan berteknologi yang sesuai dengan perkembangan dan keperluan
semasa. Ini disebabkan pelajar di era baru sentiasa didedahkan kepada teknologi
yang serba canggih. Penggunaan perisian PPBK adalah untuk membantu proses
pengajaran dan pembelajaran. Dengan kewujudan konsep PPBK ini telah membawa
kepada peranan pengajaran yang melampaui bilik darjah biasa dan meningkatkan
kualiti pengajaran ke arah akses kendiri, terarah pelajar dan mengikut kadar
pembelajaran individu. Seterusnya dapat mencetuskan penggunaan multimedia yang
berplatformkan komputer dalam bidang pendidikan. Maka penggunaan komputer
dalam pendidikan adalah merupakan langkah awal ke arah mewujudkan masyarakat
berteknologi selaras dengan hasrat Wawasan 2020.
1.7 Skop Projek
Pembangunan perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer
(PPBK) ini direka bentuk khusus untuk pengajaran dan pembelajaran bagi mata
pelajaran Kemahiran Hidup bersepadu Tingkatan dua unit teras di bawah tajuk
Nama, Fungsi dan Simbol Komponen Elektronik. Isi kandungan yang digunakan
adalah berdasarkan sukatan pelajaran yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran.
Sumber rujukan utama dalam penyediaan perisian ini adalah mengikut kandungan
buku teks Kemahiran Hidup Bersepadu tingkatan dua serta dimasukkan beberapa
maklumat tambahan yang disesuaikan dengan perubahan semasa bertujuan sebagai
bahan rujukan tambahan.

You might also like