You are on page 1of 20

ECG 222 Pertumbuhan & Perkembangan Kanak-Kanak

1















KOD KURSUS


ECG 222



TAJUK KURSUS



PERTUMBU8HAN DAN PERKEMBANGAN
KANAK-KANAK

PROGRAM

SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR


NO. MATRIK


NAMA FASILITATOR
AKADEMIK


PUSAT PEMBELAJARAN


ECG 222 Pertumbuhan & Perkembangan Kanak-Kanak

2














Bil

Isi Kandungan

Muka surat


1

Pengenalan


3- 4

2

Teori perkembangan kognitif.

5 - 6


3

Aplikasi prinsip-prinsip Piaget dalam bilik darjah.


7 - 8

4

Kesimpulan



9

5

Bahagian B

11-19


6

Kesimpulan

20


7

Rujukan


21
ECG 222 Pertumbuhan & Perkembangan Kanak-Kanak

3


Bahagian A :
Tulis satu esei ringkas bertajuk:
Pengetahuan Tentang Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak Penting bagi Seorang Guru
Sekolah Rendah: Bincangkan.

1.0 Perkembangan Kognitif Kanak- kanak
Perkataan perkembangan kognitif kanak-kanak diberikan pelbagai tafsiran oleh banyak
pihak. Antaranya, perkembangan yang melibatkan otak atau berkaitan dengan matematik.

1.1 Konsep Kognitif
Terdapat banyak definisi kognitif. Kognitif didefinisikan sebagai proses mental untuk
mentafsir, mempelajari dan memahami sesuatu: proses pembelajaran termasuklah pengamatan
yang berlaku dalam otak manusia. Kognitif juga boleh didefinisikan sebagai perkara yang
berkaitan dengan minda dan bagaimana ia bekerja (Charlesworth 2004).

1.2 Pengertian Perkembangan Kognitif
Perkembangan kognitif ialah perkembangan yang dialami oleh akal dari aspek pemikiran dan ia
dapat dilihat melalui perubahan dalam tingkah laku dan percakapan. Ia berkaitan dengan
keupayaan seseorang individu menerima maklumat dari persekitaran, menyimpan dan bagaimana
ia diingat semula apabila diperlukan untuk menyelesaikan masalah. Perkembangan kognitif
merupakan aras pengetahuan dan keupayaan kanak-kanak menggunakan pengetahuan tersebut
bagi memahami dunia di sekitar mereka. Terdapat pelbagai teori dan penjelasan mengenai
bagaimana kanak-kanak memperoleh, memproses dan menggunakan pengetahuan ini dalam
aktiviti mereka Hetherington & Parke (1986). Antara ahli-ahli psikologi yang dikaitkan dengan
perkembangan kognitif ialah Jean Piaget dan Lev Vygotsky.





ECG 222 Pertumbuhan & Perkembangan Kanak-Kanak

4

Manakala menurut Haliza bt Hamzah (2008) pula perkembangan kognitif memberi penekanan
terhadap pembinaan pemikiran kanak-kanak. Ia berpusat daripada perubahan pemikiran kanak-
kanak yang berlaku daripada satu peringkat perkembangan kepada yang seterusnya.dengan
tingkah laku refleks (menangis, menghisap dan menggapai), untuk berinteraksi dan menafsir
persekitaran. Beliau merujuk kepada kebolehan asas untuk menyusun dan memproses maklumat
ini sebagai struktur kognitif (skema).

























ECG 222 Pertumbuhan & Perkembangan Kanak-Kanak

5

2.0 Teori pengajaran kognitif

Jean Piaget mengasaskan teori pengajaran kognitif.Bidang perkembangan kognitif ini mengkaji
bagaimana kemahiran mental dibina dan berubah mengikut kematangan fisiologi dan
pengalaman seorang kanak-kanak sejak kecil lagi. Teori kognitif ialah pembelajaran bergantung
kepada bagaimana seseorang memikir dan mengamati sesuatu, maklumat diproses dalam minda,
dan pengalaman disusun dan dibezakan dalam pemikiran dan persepsi. Antara tokoh-tokoh teori
kognitif ialah Wertheimer & Kohler - Teori Kognitif-Gestalt, perkembangan makna, celik akal;
Piaget - Teori perkembangan kognitif, pembelajaran aktif; Bruner - Pemikiran induktif,
pembelajaran penemuan; Ausubel - pemikiran deduktif, advance organisers, pembelajaran
bermakna, peta konsep; dan Gagne - jenis pembelajaran, pembelajaran Mastery analisis tugasan

Perubahan kognitif dikaitkan dengan perubahan yang berkualiti terhadap pemikiran seperti
peningkatan ilmu pengetahuan dan keupayaan.Ramai ahli psikologi kognitif bersetuju bahawa
perubahan yang berlaku dalam diri pelajar disebabkan interaksi pelajar dengan persekitaran
hidup dan situasi pembelajaran yang dialami . Sebagai contoh, apabila kita berhadapan dengan
sesuatu yang baharu, kita akan cuba menyelaraskan dengan apa yang telah kita lalui berdasarkan
pengalaman lampau atau idea sedia ada kita. Untuk berusaha kearah ini, kita mungkin menerima
idea baru dan membuang idea lama atau membung idea baru kerana merasakan ia tidak relevan
kepada kita. Maknanya, dalam apa situasi sekali pun kita sebenarnya sedang membina
kefahaman tentang idea baru dan membina pengetahuan berasaskan pengalaman yang telah kita
hadapi atau idea sedia ada kita.

Pengaruh persekitaran dan pembelajaran bermula seawal di peringkat bayi lagi. Walaupun
kanak-kanak dipengaruhi oleh persekitaran hidup adalah penting untuk memberi perhatian
bahawa kanak-kanak mempengaruhi persekitaran dalam konteks hubungan dan interaksi dengan
ahli- ahli keluarga dan rakan-rakan. Dengan adanya hubungan ini, mereka berjaya mewujudkan
peluang-peluang melalui pengaruh daripada persekitaran. Kanak-kanak menggunakan peluang-
peluang pembelajaran yang sedia ada di persekitaran hidup mereka untuk meningkatkan
kemahiran, pengalaman dan pembelajaran melalui hasil interaksinya. Keadaan hidup dan cara
kanak-kanak menerima asuhan dan didikan sejak di peringkar bayi lagi dapat membantu mereka
ECG 222 Pertumbuhan & Perkembangan Kanak-Kanak

6

dalam menentukan jenis pengalaman yang membantu memberi kesan terhadap pembelajaran.
Ahli-ahli psikologi kognitif seperti Bruner dan Piaget menumpukan kajian kepada pelbagai jenis
pengajaran dalam proses penyelesaian masalah dan celik akal mengikut pelbagai peringkat umur
dan kebolehan pelajar. Teori-teori pengajaran mereka adalah bertumpu kepada cara
pembelajaran seperti pemikiran celik akal, kaedah penyelesaian masalah, penemuan dan
pengkategorian. Menurut teori ini, manusia memiliki struktur kognitif, dan semasa proses
pembelajaran, otak akan menyusun segala maklumat di dalam ingatan.

Kaedah pengajaran kognitif membolehkan pelajar untuk menguasai kemahiran berfikir seperti
membanding dan membeza, membuat generalisasi, membuat keputusan, membuat ramalan,
mencipta metafora, menerangkan sebab dan menyelesaikan masalah (Meister & Rosenshine
1992).



















ECG 222 Pertumbuhan & Perkembangan Kanak-Kanak

7

3.0 APLIKASI PRINSIP-PRINSIP PIAGET DALAM BILIK DARJAH
Di antara cara-cara utama guru-guru dapat mengaplikasikan teori Piaget dalam bilik darjah ialah:
a) Susun Atur Kurikulum
Isi pelajaran mesti disusun oleh guru secara berperingkat iaitu dari urutan dari mudah ke sukar
dan dari konkrit ke abstrak. Sukatan mata pelajaran sekolah rendah di Malaysia masa kini diatur
dari peringkat pra sekolah hingga tahun enam berdasarkan peringkat-peringkat dalam Teori
Piaget. Contohnya, mata pelajaran matematik, murid-murid belajar operasi matematik daripada
nombor satu digit kepada dua digit dan seterusnya kepada tiga digit.Topik-topik dalam mata
pelajaran juga disusun dari tajuk konkrit ke abstrak. Contoh waktu dan jam, jarak dan jisim yang
diajar dalan tahun dua. Selepas belajar konsep-konsep matematik asas, baharu murid-murid
diperkenalkan pula kepada konsep penyelesaian masalah .

b) Bahan Sokongan Dan Alat Bantu Pengajaran Dan Pembelajaran
Kanak-kanak di kelas permulaan seperti tadika perlu didedahkan kepada bahan-bahan bantu
mengajar yang terdiri daripada objek-objek besar yang senang dilihat dan dimanipulasikan oleh
guru. Kesannya adalah untuk menarik perhatian pelajar mengikuti subjek mata pelajaran
tersebut.Terdapat pelbagai jenis alat bantu mengajar yang diperlukan oleh guru untuk mengajar
kanak-kanak seiring dengan perkembangan kognitif mereka. Bahan-bahan maujud amat berkesan
bagi meningkatkan penaakulan kanak-kanak di sekolah rendah.Contohnya permainan seperti
aktiviti berbentuk projektif, imaginatif yang menggunakan alat permainan yang berwarna-warni.

c) Contoh-contoh Konkrit
Murid-murid peringkat sekolah rendah masih belum bersedia menyelesaikan masalah-masalah
secara abstrak atau pembelajaran yang dilaksanakan dalam bentuk hipotesis.Oleh itu, guru-guru
perlu mengamalkan beberapa contoh dan perbandingan untuk memudahkan pemahaman murid-
murid terhadap mata pelajaran tersebut.





ECG 222 Pertumbuhan & Perkembangan Kanak-Kanak

8

d) Isi Pelajaran
Isi pelajaran yang disediakan oleh guru-guru perlulah selaras dan seimbang dengan peringkat
kognitif murid-murid. Setiap isi tajuk perlu disusun, diteliti dan dipertingkatkan mengikut aras
kesukarannya. Guru-guru juga perlu menyampaikan tajuk pengajaran yang berada dekat dan
berkaitan dengan pengalaman dan pengetahuan lepas murid-murid. Dan seterusnya
mengaplikasikannya kepada murid-murid tersebut dengan menyediakan peluang untuk
mereka merasainya

e) Mata Pelajaran Yang Pelbagai
Murid-murid mesti didedahkan kepada rangsangan-ransangan kreatif seperti seni visual dan
tayangan video kerana ia dapat mensimulasikan perkembangan kognitif kanak-kanak. Aktiviti
dirancang dan dirangkaikan dengan perkembangan kognitif mereka. Sebagai contoh, muzik dan
tarian.

f) Suasana Sosial
Murid-murid mendapat pengetahuan dan mengembangkan skema kognitif suasana sosial yang
riang dan harmonis. Guru-guru harus memastikan suasana bilik darjah sesuai dan sentiasa
kondusif untuk pembelajaran kanak-kanak di sekolah.Guru-guru perlu menggalak suasana
persekitaran bilik darjah agar menjadi hidup dengan menukar tema bilik darjah setiap minggu.
Sama ada dari idea guru atau idea murid-murid sendiri











ECG 222 Pertumbuhan & Perkembangan Kanak-Kanak

9

4. Kesimpulan

Secara umumnya, teori pembelajaran kognitif merupakan satu teori yang sangat penting
dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid. Teori pembelajaran kognitif
menekankan proses kognitif bagi menghasilkan perubahan tingkah laku dalam pembelajaran.
Selain itu, ia juga satu cara pembelajaran yang menggunakan pengalaman sedia ada untuk
memikirkan cara penyelesaian masalah yang dihadapi. Teori pembelajaran kognitif ini sangat
menitikberatkan bahawa pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada pada murid-murid untuk
proses pembelajaran.

Dengan adanya teori pembelajaran kognitif ini ia secara langsung memberikan implikasi-
implikasi kepada proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak atau pun murid-murid.
Implikasi teori pembelajaran kognitif yang pertama kepada proses pembelajaran murid-murid
ialah merangsang ingatan kanak-kanak semula. Dalam pembelajaran kognitif ia lebih kepada
menggunakan pengalaman yang sedia bagi membantu dalam proses pembelajaran. Oleh yang
demikian, pembelajaran kognitif dapat merangsang ingatan kanak-kanak semula. Contohnya,
ketika kanak-kanak tersebut berada di alam persekolahan mereka akan melalui pembelajaran
yang memerlukan pengalaman atau pun pengetahuan yang sedia ada. Seperti kemahiran 4M iaitu
membaca, menulis, mengira dan menaakul. Dengan pengetahuan yang ada ketika di prasekolah
dahulu, tentu situasi ini tidak akan menyukarkan bagi kanak-kanak tersebut. Selain itu, implikasi
teori pembelajaran kognitif yang seterusnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid-
murid ialah membantu murid-murid mengingat semula. Oleh kerana pembelajaran kognitif ini
menekankan kepada perubahan-perubahan yang berlaku dalam cara manusia berfikir dari
peringkat bayi sehingga ia dewasa. Jean Piaget memandang kanak-kanak sebagai pelajar yang
aktif yang berkelakuan seperti saintis muda dan akan memperkembangkan teori mereka masing-
masing. Dalam bilik darjah, murid-murid akan belajar sesuatu mengikut tahap atau pun tingkat
umur mereka.




ECG 222 Pertumbuhan & Perkembangan Kanak-Kanak

10


Selain itu, ia juga bergantung kepada bagaimana kanak-kanak tersebut
memperolehi pengetahuan mereka. Contohnya, kanak-kanak tadika memperolehi pengetahuan
melalui persepsi mereka sendiri berkaitan dengan dunia. Dengan itu, apabila kanak-
kanaktersebut melalui zaman persekolahan ia akan membantu murid-murid semula tentang
apa yang mereka telah pelajari selama ini terutama sekali pengetahuan yang mereka miliki ketika
di prasekolah. Di samping itu, implikasi pembelajaran kognitif yang lain ialah isi-isi pelajaran
hendaklah disusun mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak. Mengikut pendapat Jean
Piaget dalam teori pembelajaran kognitif, beliau telah mengelaskan kepada empat tahap
perkembangan kognitif Piaget iaitu sensori motor( sejak lahir hingga 2 tahun), praoperasi( 2
hingga 7 tahun), operasi konkrit( 7 hingga 11 tahun) dan operasi formal( 11tahun hingga remaja).

Oleh yang demikian, isi pelajaran yang di sampaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
mestilah mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak. Hal ini demikian kerana, pengetahuan
dan kebolehan kanak-kanak berbeza mengikut umur atau pun tahap masing-masing. Di sini, guru
haruslah menyampaikan dan menyusun isi-isi pelajaran mengikut peringkat perkembangan
kanak-kanak. Contohnya, di prasekolah ia lebih kepada bermain sambil belajar serta cenderung
kepada pengetahuan asas tentang kemahiran 4M, dengan itu guru hendaklah mengajar murid-
murid tersebut mengikut peringkat perkembangan mereka dan bukannya mengajar mereka
dengan menggunakan sukatan pelajaran sekolah rendah.











ECG 222 Pertumbuhan & Perkembangan Kanak-Kanak

11

Bahagian B : Pemikiran Kanak-Kanak Pra-operasi dan Konkrit
Pengenalan
1. Profil peribadi subjek 1 :















Nama :Mariani Bt Abdullah Nama Bapa: Abdullah Sam
Tarikh lahir :8 Februari 200 8 Pekerjaan bapa : Pos Laju
Umur : 6 tahun Kelulusan : SPM
Kelas : Pra 1 Matahari Pekerjaan ibu :Surirumah
Agama : Islam Kelulusan : SPM
Bangsa : Melanau
Bil dalam keluarga : 4









ECG 222 Pertumbuhan & Perkembangan Kanak-Kanak

12

Profil peribadi subjek 2 :
















Nama : Adrian Malim Nama bapa : Mathew Marcus
Tarikh lahir : 17 Januari 2007 Pekerjaan bapa : Pembantu Perubatan
Umur : 7 tahun Kelulusan : Diploma
Kelas : 1 Gardenia Nama Ibu :Elisia Dawi
Pekerjaan ibu : Jururawat
Agama : Kristian Kelulusan : Diploma
Bangsa : Iban
Bil dalam keluarga : 4









ECG 222 Pertumbuhan & Perkembangan Kanak-Kanak

13

2. Model Tugasan 1 : Konservasi Jisim
Bahan:
Gunakan DUA ketul plastisin dan membentuknya supaya kedua-dua ketul itu mempunyai saiz
(kuantiti) yang sama . (Lihat Rajah 1).

Soalan 1 :
a) Perhatikan bentuk tanah liat ini (Rajah 1)
Pada pendapat kamu, adakah kedua-duanya sama banyak ?

Jawapan :
Jawapan subjek 1 : Sama banyak
Jawapan subjek 2 : Sama banyak sebab sama besar .

b) Perhatikan bentuk tanah liat ini (Rajah 2)
Pada pendapat kamu, tanah liat yang manakah lebih banyak. Tanah liat yang bentuk bulat
atau bentuk yang memanjang ?
Jawapan subjek 1 : Bentuk ular panjang .
Jawapan subjek 2 : Dua-dua bentuk sama banyak .




















ECG 222 Pertumbuhan & Perkembangan Kanak-Kanak

14

3. Model Tugasan 2 : Konservasi Cecair
Bahan:
Anda memerlukan 2 gelas yang sama saiz dan bentuk dan 1 gelas yang bercorong panjang.

Soalan 1 :
i. Perhatikan bekas yang berisi air ini. Adakah sama banyak airnya ?
Jawapan subjek 1 : Ya, sama banyak .
Jawapan subjek 2 : Ya, sama banyak .
ii. Guru menambah air. Perhatikan bekas (a) yang berisi air ini .
Pada pendapat kamu, adakah kedua-dua bekas ini mempunyai jumlah air yang sama
banyak ?
Jawapan subjek 1 : Tidak sama banyak .
Jawapan subjek 2 : Ya, masih sama banyak.

Soalan 2 :
i. Perhatikan bekas (b) yang berisi air ini.
(a) Adakah kedua-dua bekas ini masih mempunyai jumlah air yang masih sama
banyak atau satu bekas lagi mempunyai lebih banyak airnya ?
Jawapan subjek 1: Tidak sama banyak.
Jawapan subjek 2: Sama banyak .
(b) Bekas manakah yang mempunyai jumlah air yang paling banyak ?
Jawapan subjek 1: Bekas C .
Jawapan subjek 2: Air dalam bekas sama banyak .

Soalan 3 :
(a) Nyatakan pendapat kamu mengapa kamu katakan bekas yang bercorong panjang
mempunyai lebih banyak air .
Jawapan subjek 1 : Sebab bekas ini tinggi dari bekas A .
Jawapan subjek 2 : Semua bekas mengandungi sama banyak air sebab air dalam
bekas A dituang dalam beka

ECG 222 Pertumbuhan & Perkembangan Kanak-Kanak

15


4 Pemikiran Kanak-Kanak Praoperasi dan Konkrit.
Visual kaji selidik Konservasi Jisim dan Konservasi Cecair.

i. Subjek 1 dan bahan konservasi Jisim dan Cecair










ECG 222 Pertumbuhan & Perkembangan Kanak-Kanak

16



ii. Subjek 2 dan bahan konservasi Jisim dan Cecair








ECG 222 Pertumbuhan & Perkembangan Kanak-Kanak

17

c) Interpretasi
Jean Piaget merupakan seorang ahli bidang biologi yang terkenal dengan teori pembelajaran
kognitif. Beliau dilahirkan di Neuchatel Switzerland. Beliau merupakan anak kepada
pasangan Piaget dan Rebecca Jackson . Zaman kanak-kanak beliau, ,beliau merupakan
seorang pelajar yang cerdas dan aktif. Setelah tamai pengajian di sekolah menengah beliau
meneruskan pengajiannya ke Universiti Neuchatel. Beliau menyandang gelaran ahli biologi
setelah mendapat ijazah kedoktoran di usia 21 tahun. Jean Piaget mula cenderung dan
meminati bidang psikologi apabila beliau dilantik menjadi pengarah makmal Psikologi di
Universiti Jeneva. Selepas itu baru beliau menerima pelantikkan sebagai Ketua Society for
Psychologist . Beliau terkenal dengan teori perkembangan kognitif . Melalui kajian beliau
mendapati perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berubah mengikut peringkat
perubahan umur mereka .
Beliau telah mengutarakan empat peringkat perkembangan intelek .
i. Perkembangan semasa bayi ( Peringkat Deria Motor )
ii. Perkembangan semasa awal kanak-kanak (Peringkat Pra Operasi)
iii. Perkembangan semasa pertengahan dan akhir kanak-kanak (Peringkat
Operasi Konkrit)
iv. Perkembangan semasa remaja (Peringkat Operasi Formal)

Perkembangan semasa awal kanak-kanak (Peringkat Pra Operasi)

Perkembangan kognitif di peringkat awal anak-anak dinamakan tahap pra
operasional (preoperational stage),yang berlangsung dari usia 2 hingga 7 tahun. Dalam tahap pra
operasi pemikiran di peringkat ini masih kacau dan tidak diorganisasi secara baik. Pemikiran pra
operasi adalah terlalu awal dari kemampuan untuk merekonstruksi pada tahap pemikiran apa
yang telah ditetapkan dalam tingkah laku. Pemikiran pra operasional juga mencakupi transisi
dari penggunaan simbol-simbol primitif kepada yang lebih maju.
Menurut Piaget di peringkat ini, kanak-kanak menggunakan simbol untuk mewakili
objek-objek yang dilihat di sekelilingnya. Kanak-kanak mula bertutur tetapi pertuturannya
bersifat egosentrik, iaitu dia bercakap sendiri. Mereka juga tidak berminat untuk berinteraksi dan
berkomunikasi dengan orang lain. Topik perbualan lebih berkisar dan berfokus tentang dirinya.
ECG 222 Pertumbuhan & Perkembangan Kanak-Kanak

18

Kanak-kanak belum memperoleh konsep pengekalan. Sifat pengekalan lebih merujuk kepada
bilangan atau jumlah sesuatu elemen tetap walaupun susunan atau penglihatannya telah ditukar
( dengan syarat bahan asal itu tidak ditambah atau dikurangkan) . Contohnya, apabila dua gelas
yang diisi air (isi padu yang sama) dituangkan ke dalam dua bekas yang berlainan; sebuah yang
lebih tinggi dan sempit dan sebuah lagi bekas yang lebar dan pendek. Apabila disoal bekas
manakah yang mengandungi lebih banyak air, kanak-kanak pada peringkat ini akan mengatakan
bekas yang tinggi dan sempit itu. Konsep transformasi juga belum diperoleh di peringkat ini.
Contohnya,apabila sebatang kayu diletakkan tegak dan kemudiannya diletakkan secara
mendatar,kanak-kanak tidak dapat menggambarkan corak dan pola perubahan yang berlaku itu.
Lagipun, perhatian kanak-kanak dipusatkan kepada aspek-aspek yang tertentu sahaja.
Piaget juga mengatakan bahawa proses perkembangan kognitif kanak-kanak menjadi lebih
sempurna menerusi tiga kebolehan asas yang berlaku iaitu :
Perkembangan kebolehan mental kanak-kanak untuk melakukan tingkah laku yang ketara
seperti kebolehan mengira.
Melalui latihan yang diberi secara berulang-ulang, rangkaian tingkah laku yang
dikukuhkan dan digeneralisasikan sehingga menjadi skema tingkah laku yang stabil .
Hal-hal umum yang betul-betul difahami oleh individu bagi mewujudkan sesuatu
pengukuhan tingkah laku.

Perkembangan semasa pertengahan dan akhir kanak-kanak (Peringkat Operasi Konkrit)

Pemikiran anak-anak pada masa ini disebut pemikiran operasi konkrit (concrete operational
thought).Peringkat Operasi Konkrit ini bermula apabila anak-anak itu mencapai umur 7 hingga
11 tahun. Pada peringkat ini,kanak-kanak hanya dapat menyelesaikan satu-satu masalah yang
melibatkan peristiwa atau objek yang konkrit (perkara yang boleh dilihat atau disentuh) . Walau
bagaimanapun, keupayaan untuk memanipulasikan konsep dan idea pada tahap ni adalah terhad
serta bergantung pada objek yang boleh dilihat atau disentuh sahaja. Contohnya, kanak-kanak
pada tahap ini tidak mampu untuk berfikir tentang konsep-konsep yang abstrak seperti
demokrasi, keadilan dan seumpamanya. Tetapi pada tahap ini mereka mula menerima pendapat
orang lain serta berupaya memberi perhatian kepada semua aspek. Kanak-kanak juga dapat
memperoleh konsep ruang, kelajuan dan masa.
ECG 222 Pertumbuhan & Perkembangan Kanak-Kanak

19


Kesimpulan
Menurut persepsi dan pandangan Piaget, belajar yang sebenarnya bukanlah sesuatu yang
diturunkan oleh guru, melainkan sesuatu yang berasal dari dalam diri anak itu sendiri. Belajar
merupakan sebuah proses penyelidikan dan penemuan spontan. Merujuk kepada proses belajar,
Piaget membangun teorinya berdasarkan pada konsep Skema iaitu, stuktur mental atau kognitif
yang menyebabkan seseorang secara intelektual beradaptasi dan mengoordinasikan lingkungan
sekitarnya. Skema pada prinsipnya tidak statik melainkan selalu mengalami perkembangan
sejalan dengan perkembangan kognitif manusia. Berdasarkan asumsi itulah, Piaget berpendapat
bahwa belajar merupakan proses menyesuaikan pengetahuan baru ke dalam struktur kognitif
yang telah dipunyai seseorang. Bagi Piaget, proses belajar berlangsung dalam tiga tahap iaitu:
asimilasi, akomodasi dan equilibrasi. Kompleks pengetahuan dan struktur kognitif tidak dengan
sendirinya menyebabkan terjadinya asimiliasi secara sistematik . Dalam hal tertentu asimilasi
mungkin saja tidak terjadi karena informasi baru yang diperoleh tidak bersesuaian dengan stuktur
kognitif yang sudah ada. Dalam konteks seperti ini struktur kongitif perlu disesuaikan dengan
pengetahuan baru yang diterima. Proses semacam ini disebut akomodasi. Penekanan Piaget
tentang betapa pentingnya fungsi kognitif dalam belajar didasarkan pada tahap perkembangan
kognitif manusia.











ECG 222 Pertumbuhan & Perkembangan Kanak-Kanak

20

Rujukan
http://www.academia.edu/1473663/instruksi_P_and_P_bdsrkn_teori_kognitif_Piaget#
http://www.ipislam.edu.my/uploaded/ModulPGSR/PRA3105.pdf
http://upsi-kpt4033-s.wikispaces.com/Teori+pengajaran+kognitif
https://www.google.com/search?newwindow=1&espv=210&es_sm=93&q=+Perkemban
gan+Kognitif+Kanak-
Kanak+Penting+bagi+Seorang+Guru+Sekolah+Rendah%E2%80%9D%3A&oq=+Perke
mbangan+Kognitif+Kanak-
Kanak+Penting+bagi+Seorang+Guru+Sekolah+Rendah%E2%80%9D%3A&gs_l=serp.1
2...116313.116313.0.119034.1.1.0.0.0.0.122.122.0j1.1.0....0...1c.1.31.serp..1.0.0.FdcWhIl
5wRk
http://www.academia.edu/1473663/instruksi_P_and_P_bdsrkn_teori_kognitif_Piaget
http://www.pelitabrunei.gov.bn/rencana/item/3136-showcase-prasekolah-tingkat-
kemahiran-kanak-kanak
http://www.slideshare.net/zamzuriajin/kajian-perkembangan-kanak
http://edukasi.kompasiana.com/2011/03/12/teori-perkembangan-kognitif-jean-piaget-dan-
implementasinya-dalam-pendidikan-346946.html 01 Maret 2013 9:04:06
http://www.psikologizone.com/favicon.ico/Teori Kognitif Psikologi Perkembangan Jean
Piaget/01 Maret 2013
http://atariuz.blogspot.com/2013/03/teori-perkembangan-kognitif-piaget.html
http://www.slideshare.net/HasanasihaIxora/perkembangan-kanakkanak-implikasi-teori-
piaget-dalam-pengajaran-pembelajaran

You might also like