You are on page 1of 4

SEJARAH ( KERTAS 3 ) ( SKEMA JAWAPAN SETENGAH TAHUN 2014 )

BAB 2 : NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA



1a) Berikan maksud gerakan nasionalisme . ( 3 Markah )
Gerakan nasionalisme membawa maksud usaha masyarakat tempatan menentang apa juga bentuk
tekanan atau penjajahan terhadap mereka oleh kuasa luar. Penentangan mereka adalah atas
dorongan untuk membebaskan negara mereka daripada belenggu penjajahan.
Gerakan nasionalisme di Malaysia menentang British telah dilakukan oleh pemimpin dan rakyat
tempatan sejak abad ke-19.
b) Berikan nama tokoh-tokoh yang terlibat dalam penentangan British . ( 2 Markah )
F1. Penghulu Dol Said
F2. Dato Maharaja Lela
F3. Rentap
F4. Mat Salleh
2) Nyatakan sebab-sebab penentangan terhadap British oleh masyarakat tempatan. (6 Markah)
Sebab-sebab penentangan terhadap British oleh masyarakat tempatan ialah dasar penaklukan British
terhadap Negeri-Negeri Melayu bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan politiknya. Dengan ini,
penguatkuasaan politiknya menjadi luas dan kawasan itu akan terikat dengan perintah dan peraturannya.
Selain itu, British mengeksploitasi terhadap ekonomi tempatan bagi kepentingan mereka. British menguasai
ekonomi tempatan melalui perjanjian dengan pembesar. Pelaksanaan pentadbiran Barat terhadap
masyarakat tempatan iaitu British telah memaksakan sistem pentadbiran Barat kepada penduduk tempatan
telah ditentang oleh pemimpin tempatan. British juga telah memperkenalkan sistem cukai , undang-undang
dan peraturan-peraturan tanah untuk mendapatkan hasil yang maksimum.
3) Nyatakan faktor-faktor pemangkin nasionalisme. ( 15 Markah )
Pertamanya, pengenalan sistem politik Barat melalui Perjanjian Pangkor 1874 telah memusnahkan
sistem politik tradisional tempatan. British telah meletakkan seorang residen yang mengambil alih pentadbiran
negeri daripada pembesar tempatan. Selain itu, Perkembangan sistem pendidikan Inggeris dan sekolah
vernakular Melayu telah melahirkan golongan intelek Melayu yang mampu berfikir tentang kemajuan
bangsanya. Tambahan pula, Dasar British dalam mentadbir Tanah Melayu telah menggalakkan sesiapa sahaja
datang untuk berlabur, berdagang, bekerja dan menetap di Tanah Melayu . Pendudukan Jepun juga menjadi
pemangkin terhadap gerakan nasionalisme di Tanah Melayu. Jepun telah membawa konsep Kesemakmuran
Asia telah menekankan kebebasan negara-negara Asia untuk menentukan kemajuan masing-masing.
Penguasaan Parti Komunis Malaya (PKM) selama 14 hari telah membangkitkan semangat menentang
penjajahan dan memulakan penyebaran ideology komunis. Selain itu, kemunculan mesin cetak telah memberi
kesan kepada penyebaran ilmu pengetahuan dan mendorong penentangan terhadap British. Gerakan Pan-
Islamisme sedunia merupakan merupakan gerakan intelektual Islam seluruh dunia untuk membangkitkan
pemahaman yang lebih progresif terhadap Islam untuk menentang penjajahan Barat ke atas negara-negara
lain. Kesedaran Politik Sedunia terutamanya perkembangan nasionalisme di Indonesia memberi kesan ke atas
Tanah Melayu kerana Indonesia amat rapat dengan Tanah Melayu dari segi geografi dan budaya.
4) Peranan Akhbar, Majalah dan Novel ( 30 Markah)
Peranan akhbar ialah untuk menyedarkan bangsa Melayu, memajukan bangsa Melayu serta meminta orang
Melayu untuk bersatu padu dan mengkritik dasar British yang menindas orang Melayu. Isu sosial yang
dipaparkan oleh akhbar-akhbar di Tanah Melayu seperti Warta Malaya, Lembaga Malaya, Majlis, Utusan
Melayu , Warta Negara dan Fajar Sarawak ialah memajukan pendidikan tinggi Melayu, memajukan pendidikan
untuk anak perempuan serta mengalakkan orang-orang Melayu menabung untuk pendidikan anak. Isu
Ekonomi yang dipaparkan oleh akhbar-akhbar tersebut ialah menggalakkan syarikat kerjasama, menyeru orang
Melayu supaya berjimat-cermat, dan meminta British agar mengurangkan kemasukan golongan imigran.
Seterusnya, Isu politik yang dipaparkan oleh akhbar-akhbar tersebut ialah mengkritik British kerana
mengurangkan kuasa raja-raja Melayu , Menolak pilih kasih British dalam pentadbiran serta menyeru orang
Melayu untuk menubuhkan pertubuhan kebangsaan. Peranan Majalah ialah memajukan bangsa melalui
rencana dan puisi yang disiarkan. Majalah-majalah ini menyentuh isu kemajuan bangsa dalam pendidikan,
ekonomi, bahasa, sastera, orang asing dan politik anti penjajahan. Antara majalah yang terkenal ialah Majalah
Guru karya Dato Muda Linggi , Pengasuh karya Dato Nik Mohamad, dan Bulan Melayu karya Zainon Ismail. Isu
utama di dalam Majalah Guru ialah pendidikan anak-anak Melayu, perpaduan dalam kalangan guru dan
semangat cinta akan negara dan menentang penjajahan. Selain itu , Isu Utama Dalam Majalah Pengasuh ialah
menggalakkan pendidikan orang Melayu, memperluas ilmu dalam semua bidang serta pentafsiran Islam yang
progresif. Isu Utama di dalam Majalah Bulan Melayu ialah perpaduan dalam kalangan guru perempuan Melayu
Johor, menggalakkan wanita untuk mendapat pendidikan dan mendorong wanita menjaga kesopanan nilai-
nilai Islam dan Timur. Novel berperanan membawa mesej-mesej yang jelas tentang semangat kebangsaan
yang patut dimiliki oleh generasi muda Melayu pada masa itu dan membela maruah bangsa. Wanita juga
digalakkan mempunyai sikap positif untuk memajukan diri bagi membentuk dan membangunkan bangsa.
Novel-novel yang terkenal ialah Keris Melaka karya Ahmad Bakhtiar, Anak Mat Lela Gila karya Ishak Haji
Muhammad, Putera Gunung Tahan karya Ishak Haji Muhammad serta Melor Kuala Lumpur karya Harun
Aminurrashid. Tema semangat kebangsaan dalam novel Keris Melaka ialah semangat perjuangan menentang
penjajah Barat seperti Portugis dan menghargai sumbangan tokoh-tokoh Kesultanan Melayu Melaka seperti
Hang Tuah. Tema semangat kebangsaan dalam Anak Mat Lela Gila ialah menghargai warisan bangsa sendiri
dan mencintai tanah air. Selain itu, tema semangat kebangsaan Putera Gunung Tahan ialah berasa bangga
dengan kebolehan sendiri dan semangat wira pemuda tempatan dalam menjaga maruah bangsa. Akhirnya,
Tema kebangsaan dalam novel Melor Kuala Lumpur ialah Emansipasi atau kebebasan wanita dalam
menentukan hala tuju kehidupannya serta wanita yang mementingkan pendidikan moden untuk kebaikan
dirinya.

5. Akhbar dan majalah masih relevan sebagai bahan penyebar maklumat. Berikan alasan anda (10 Markah)
Boleh dibaca oleh semua masyarakat
Sangat berpengaruh
Mudah didapati
Murah
Mendapat sambutan masyarakat
Mengandungi info terkini
Boleh dipercayai
Menarik
Mudah dibawa ke mana-mana
Terdapat di dalam banyak bahasa
Boleh dibaca di mana-mana jua.
6. Tokoh-tokoh tempatan berani melibatkan diri menentang penjajah British. Buktikan kebenaran pernyataan
tersebut ( 10 Markah )
Penghulu Dol Said mengingkari arahan British supaya Naning menghantar satu per sepuluh ufti
kepada negeri Melaka.
Penghulu Dol Said mendapat bantuan ketenteraan daripada Yam Tuan Ali dari Rembau, Syed Shaban ,
Penghulu Remai dan Rechat , Dato Kelana Sungai Ujong serta Penghulu Gemencheh telah berjaya
mengalahkan 150 orang tentera British pimpinan Kapten Wyllie yang berusaha untuk menawan
Taboh yang terletak dalam daerah Naning
Linggir, iaitu pemimpin kaum Iban di Saribas menentang penaklukan James Brooke pada tahun 1849
dengan menyerang kapal Nemesis dekat Batang Lupar.
Rentap menentang James Brooke pada tahun 1953 kerana bertindak menghapuskan orang Iban di
Sungai Skrang yang dianggap sebagai lanun.
Rentap menyerang pasukan James Brooke di Kubu Nanga Skrang bagi menghalang kezaliman James
Brooke di daerah tersebut.
Penentangan orang Melayu di bawah pimpinan Syarif Masahor dan Datu Patinggi Abdul Gapur
berlaku kerana mereka menolak penguasaan James Brooke di wilayah mereka kerana mereka
kehilangan kuasa memungut cukai dan pengaruh terhadap orang tempatan.
Syarif Masahor menyerang kubu yang dibina oleh James Brooke di Kanowit.
Mat Salleh dan pengikutnya telah melakukan serangan mengejut terhadap kubu SBUB di Pulau Gaya.
Dato Maharaja Lela di Perak telah menentang penguasaan british yang didalangi oleh J.W.W Birch
kerana dia tidak menghormati sistem social tempatan dan tidak tahu berbahasa Melayu.
Di Pahang, Dato Bahaman juga menentang dan menolak pelaksanaan undang-undang British yang
bertentangan dengan adat resam dan sistem politik tempatan seperti sistem kehakiman ,
pemungutan hasil tanah dan sebagainya.
Dato Bahaman juga menentang pembinaan Balai Polis di Lubuk Terua, kawasan pengaruhnya.
Di Kelantan, Tok Janggut membantah sistem Penasihat British yang diperkenalkan pada tahun 1910 di
Pasir Puteh di mana British telah memaksa penduduk tempatan menerima pakai sistem cukai yang
diperkenalkannya.
Pada tahun 1915, Tok Janggut ,Engku Besar Jeram, Tuan Ahmad, Penghulu Adam, Haji Said, Che Ishak
serta rakyat tempatan menyerang Pasir Puteh dan berjaya mendudukinya.
7. Cabaran dan langkah dalam mengekalkan keamanan Malaysia ( 10 Markah )
Cabaran
Rakyat tidak mematuhi undang-undang
Tidak mempunyai semangat kekitaan
Tidak mempunyai semangat perpaduan antara kaum
Tidak menyokong dasar-dasar kerajaan
Sikap sesetengah individu yang mempunyai sifat perkauman

Isu pergaduhan antara kaum
Tidak menghormati agama orang lain
Tidak mengekalkan konsep 1 Malaysia
Berpegang teguh kepada agama mereka sendiri
Langkah
Rakyat harus mematuhi undang undang
Harus mempunyai semangat kekitaan
Harus mempunyai semangat perpaduan antara kaum
Harus berkerjasama antara kaum
Menjalin tali silaturahim antara kaum
Mengekalkan dan mengamalkan konsep 1 Malaysia
Menghormati agama lain
Menyokong dasar-dasar kerajaan
Menghormati kebebasan beragama
8. Nilai-nilai murni (5Markah)
Rasional
Cinta akan negara
Sanggup berkorban untuk negara
Semangat Patriotik
Taat setia kepada raja dan negara
Bertanggungjawab
Saling membantu dan bekerjasama
9) 5 Markah
a) pengetahuan yang diperolehi (1markah)
jelas kelihatan bahawa sikap berdisiplin dan gigih berusaha untuk mempertahankan maruah bangsa oleh
masyarakat menentang penjajah dan peristiwa pahit yang dialami oleh mereka.
b) Iktibar kepada diri , bangsa dan negara .
Diri berani mempertahankan kedaulatan negara
Bangsa perpaduan antara masyarakat negara
Negara menjaga kedaulatan negara

c) Harapan rakyat haruslah bersatupadu menjaga kedaulatan dan keamanan negara .

You might also like