You are on page 1of 19

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

HBEF2703
KO-KURIKULUM




NAMA : AZIZI SHAHIR B EMBEE
NO MATRIK : 770804075691002
NO KAD PENGENALAN : 770804-07-5691
NO TELEFON : 013-6764483
ALAMAT EMAIL : shahirazizi@yahoo.com
NAMA E-TUTOR : PN. LEE GAY WAH @ LINA LEE ABDULLAH
PUSAT PEMBELAJARAN : SEAMEO RESCAM
PULAU PINANG

JANUARI 2014 SEMESTER


KANDUNGAN

Penghargaan .......................................................................................................................................
Sejarah Permainan Tradisional ........................................................................................................1
Tujuan Permainan Tradisional.....2
Jenis-Jenis Permainan Tradisional
Sepak Raga.3
Batu Seremban4
Mahjong..4
Go.5
Xiang Qi5
Yoyo Cina.6
Kho Kho...6
Chaturanga...7
Congkak8
Kabadi..9
Gasing10
Wau.11
Guli11
Teng Teng12
Cabran Mempopularkan Permainan Tradisional Di Zaman Teknologi.................13
Kesimpulan....14
Rujukan..15











Selamat Sejahtera dan salam Satu Malaysia
Bersyukur Ke hadrat Allah dengan izinNya dapat saya menyempurnakan tugasan bagi
subjek HBEF2703 Ko-Kurikulum ini. Sepanjang menjalankan tugasan ini saya telah
memperoleh pelbagai pengalaman yang amat berharga dan bermakna di dalam kehidupan
saya sebagai seorang pelajar mahupun guru.
Dikesempatan ini , saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak
yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini terutama sekali kepada e-tutor yang dihormati
iaitu Pn. Lee Gay Wah @ Lina Lee Abdullah Beliau telah banyak memberi tunjuk ajar dan
menjawab segala kemusyilan saya did ala ruangan forum. Tunjuk ajar dan bimbingan beliau
amat membantu saya dalam usaha menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan ini.
Banyak telah saya pelajari sewaktu menyempurnakan tugasan ini. Pengalaman
mempelajari tentang permainan tradisional masyarakat Malaysia yang berbilang kaum telah
memberi satu kesedaran yang amat bernilai buat saya. Saya berasa bersyukur dan bertuah
kerana tinggal di bumi Malaysia yang penuh dengan budaya dan adat resam yang amat unik. Ia
juga secara tidak langsung telah memberi kesan yang positif di dalam kehidupan saya.
Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak iaitu Bahagian Pendidikan Guru, Open
Universiti Malaysia, Sekolah Kebangsaan Kebun Sireh, Bukit Mertajam, keluarga dan rakan
rakan yang telah terlibat samaada secara langsung atau tidak langsung.
Sekian, terima kasih








PENGHARGAAN

1



Sejarah Permainan Tradisional.

Masyarakat berbilang kaum di Malaysia mempunyai pelbagai jenis permainan tradisional
yang digarap daripada pelbagai kaum dan keturunan. Kebudayaan ini disatukan menjadi satu
budaya bangsa Malaysia yang unik kerana hampir setiap keturunan mempunyai permainan
tradisionalnya sendiri yang melengkapkan kebudayaan masing-masing. Ini termasuklah amalan
suka bergotong-royong sebelum permainan itu dijalankan dan menjalankan kegiatan ekonomi
kecil kecilan sewaktu acara permainan berlangsung , di mana ikatan itu terus diperkukuh dan
dipererat dengan acara-acara keramaian dan juga hiburan. Lantaran resam yang demikian maka
banyak permainan tradisional terus popular dansentiasa dimainkan suatu ketika dahulu.

Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang
dilalui oleh nenek moyang masyarakat masing-masing. Asas penting yang menjamin
kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek
moyang kita. Malah sejak dari kecil lagi mereka telah dibiasakan dengan keadaan yang
demikian. Ada di antara permainan itu yang sekarangnya sudah tidak lagi dimainkan tetapi
hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih
dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah
congkak, wau, batu seremban/selambut, sepak raga, gasing, kabaddi, mahjong, dan lain-lain.























2


Tujuan Permainan Tradisional dalam Masyarakat.


Bagi permainan tradisional, penekanan terhadap asas pembentukkan diri adalah lebih utama.
Walaupun begitu, pembelajaran asas pembentukkan diri tidak dapat diajar di sekolah kerana
ianya lebih kepada ekspresi diri. Pembelajarannya adalah secara praktikal seperti:

- Memiliki semangat berpasukan (sayangkan keluarga, masyarakat)
- Sedia bertolak-ansur (menghapus perasaan hasad dengki)
- Berfikiran kreatif (mampu berdaya saing)
- Berani membuat keputusan (sifat usahawan berdaya maju)
- Akur kesalahan rakan ( dapat menghapus sifat pedendam)
- Akur kesalahan diri-sendiri (menghakis sikap menuding kesalahan kepada rakan yang
lain)
- Keboleh-upayaan menerima tekanan (sentiasa bersedia menyahut cabaran)
- Memiliki kemahiran berfikir dalam pelbagai keadaan (berupaya membuat pilihan yang
tepat)
- Sedia berkorban demi pasukan (memiliki semangat jati diri)
- Memiliki semangat kerjasama (menghakis perasaan bangga diri)














3

Jenis-jenis permainan tradisional dalam masyarakat berbilang kaum




Sepak Raga
Permainan sepak raga telah sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa itu permainan
ini dimainkan oleh golongan bangsawan.Rakyat Biasa juga menggemari permainan ini. Pada
masa sekarang sepak raga lebih dikenali dengan nama sepak takraw. Ia bukan hanya dimainkan
oleh orang Melayu sahaja tetapi bangsa-bangsa lain, malah telah dikenali di seluruh. Bola sepak
raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa
dua atau tiga lapis.Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola
kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali
atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang
membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan
mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut
ditamatkan.



4


Batu Seremban
Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Sering dimainkan di
waktu lapang.Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak perempuan sama ada secara individu
atau berpasangan. Ianya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau
lebih.Biasanya ia menggunakan guli kaca, biji getah, ketul batu yang kecil atau ketulan-ketulan
objek lai berbentuk bulat. Bilangan yang biasa digunakan sebanyak lima biji. Objek-objek ini
dikenali sebagai buah Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara
sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan
menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepada peringkat lebih
tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.


Mahjong
Mahjong atau mahjung merupakan permainan untuk empat orang yang berasal dari China.
Mahjong membabitkan kemahiran, strategi, dan pengiraan, termasuk juga satu tahap nasib.
Bergantung kepada variasi yang dimainkan, nasib boleh menjadi isu remeh atau faktor utama
kejayaan. Di Asia, mahjong juga popular sebagai perjudian dan sebagai permainan komputer.


5



Go
Go ialah permainan berpapan yang dimainkan oleh dua orang. Go juga dikenali sebagai wiq di
dalam bahasa China. Permainan ini kaya dengan strategi yang kompleks tetapi hanya
mempunyai undang-undang permainan yang mudah. Go hanya menggunakan biji-biji berwarna
hitam dan putih.


Xiang Qi
Xiangqi merupakan sebuah permainan papan cina yang dimainkan oleh dua orang pemain.
Xiangqi berada dalam keluarga yang sama dengan catur. Xiangqi bentuk kini berasal dari China,
oleh itu ianya digelar sebagai Catur Cina. Permainan ini didapati telah mula dimainkan seawal
abad ke-4 selepas Masihi di China. Xiangqi merupakan salah satu permainan papan yang paling
popular di dunia. Ciri-ciri yang unik termasuklah pergerakan unik pao (meriam), peraturan yang
melarang panglima (seperti "raja" dalam catur) daripada bertemu dalam garisan yang sama, serta
"sungai" dan "istana" yang mengehadkan pergerakan sesetengah buah catur.


6


Yoyo Cina
Yo-yo cina ialah permainan dari China yang mempunyai dua cakera yang sama saiz yang
dihubungkan oleh gandar yang panjang. Yo-yo cina akan sentiasa berpusing pada tali yang diikat
pada dua batang kayu kecil. Pemain akan memegang hujung kedua-dua kayu dan mengimbangi
yo-yo daripada jatuh. Permainan ini dikenal pasti telah wujud sejak Dinasti Ming sekitar tahun
1386 hingga tahun 1644 selepas Masihi. Yo-yo cina tradisional dibuat daripada buluh, dimana
ianya mudah patah dan tidak sesuai untuk aksi-aksi lasak. Sesetangah yo-yo cina dimasukkan
alat yang menghasilkan bunyi apabila dipusingkan dengan laju. Bunyi ini membolehkan
pemainnya mengimbangi kelajuan yo-yo.


Kho Kho
'Kho-kho' merupakan satu permainan tradisional yang popular di kalangan kaum India.
Permainan yang berasal dari Maharashtra ini pada mulanya dimainkan menggunakan kereta
kuda. Kebanyakan ahli sejarah India mengatakan bahawa Kho-Kho merupakan hasil
pengubahsuaian daripada satu permainan 'Lari dan kejar' di mana seorang pemain akan berlari
dan mengejar serta menyentuh pemain lain. Permainan kho-kho ini memerlukan kecergasan

7

fizikal pemain serta pergerakan yang fleksibel untuk megelak peserta-peserta lain. Bagi
permainan kho-kho, setiap kumpulan boleh mempunyai 12 pemain.Namun, hanya 9 daripadanya
akan bermain bagi satu perlawanan. Terdapat 2 giliran dalam permainan kho-kho ini. Setiap
giliran diperuntukkan selama 7 minit untuk acara lari dan kejar. Bagi kumpulan pengejar
(chaser), 8 pemain akan berada di tengah setiap 8 kotak yang terdapat di padang permainan.
Setiap 8 peserta ini akan duduk dalam kedudukan yang bertentangan secara berselang-selang.
Manakala, pemain yang kesembilan akan bertindak sebagai pengejar. Sasaran bagi setiap
pengejar ialah menyentuh pemain lawan dengan menggunakan tapak tangan. Pemain lawan akan
tersingkir apabila pengejar menyentuhnya dengan tapak tangan tanpa melakukan "foul", pemain
lawan telah melebihi had garisan dengan sendirinya ataupun lambat sampai ke had garisan.
Pengejar boleh menukar giliran mengejar dengan menyentuh ahli pasukannya yang lain sambil
berkata "Kho Kho". Pemain yang disentuh kemudiannya akan menjadi pengejar dan begitulah
seterusnya. Bagi setiap 2 giliran terdapat 5 minit masa rehat diberikan. Bagi permainan 'Kho-
Kho' ini, keluasan petak padang yang diperlukan ialah 27mX15m.



Chaturanga
Asal-usul catur modern semula dikenal dengan nama Charuranga, yang berkembang di India
pada abad ke-6. Sejak awal permainan ini sudah memperkenalkan dua pihak yang bermain,
perbedaan buah catur dengan kekuataan yang berbeda, dan kemenangan tergantung pada buah
terakhir, atau dalam catur modern ditandai dengan tumbangnya sang raja. Dalam catur kuno,
papan catur memiliki 100 kotak atau malah lebih. Pada awal abad 19, sebuah pendapat
disampaikan Kapten Hiram Cox dan Duncan Forbes bahwa dulu catur dimainkan 4 orang
sekaligus, termasuk empat pemain dalam chaturanga.
Dalam terminologi sanskrit, "Chaturanga" berarti "memiliki empat bagian" dan dalam puisi epos
kepahlawanan kata itu juga berarti "tentara." Nama itu sendiri bersumber dari sebuah formasi

8

pertempuran dalam epos Mahabrata yang terkenal di India. Chaturanga adalah sebuah simulasi
permainan perang guna memperlihatkan kekuatan strategi militer India saat itu. Ashtpada, kotak
8 x 8 di sebuah papan merupakan tempat bermain Charuranga. Papan lain yang dikenal di India
adalah Dasapada 10 x 10 dan Saturankam 9 x 9. Ilmuwan Arab Abu al-Hasan 'Al al-Mas'd
memberi rincian tentang penggunaan catur yakni sebagai sebuah alat strategi militer, matematik,
perjudian dan terkadang dihubungkan dengan ramalan nasib di India dan tempat lainnya. Catatan
Mas'd juga menunjukkan Ivory di India merupakan daerah produsen alat permainan catur
untuk pertama kali, menyebarkan serta memperkenalkan permainan ini dari Persia ke India
semasa Kerajaan Nushirwan. Kemudian terjadi evolusi pada permainan chaturanga yang dikenal
dengan nama Shatranj (chatrang), yakni sebuah permainan dua orang pemain yang kekalahan
dan kemenangan ditentukan melalui pembersihan terhadap semua bidak lawan (kecuali raja) atau
melalui penaklukan terhadap raja lawan. Posisi pion dan kuda tidak berubah, tapi bidak lain
mengalami perubahan bentuk.



Congkak
Congkak merupakan sejenis permainan tradisional Melayu. Permainan ini telah wujud sejak
zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, tetapi tidak pasti asalnya, samada pengaruh luar telah
datang bersama pedagang atau sememangnya telah dicipta oleh orang Melayu ketika itu.
Permainan congkak dipercayai berasal daripada dunia Afrika atau Arab, bergantung kepada teori
mana yang anda percayai. Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali purba yang
dibiayai oleh Persatuan National Geographic menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai
dua liang selari bertarikh semenjak 5000 hingga 7000 SM di masa kini Jordan. Dalam
permainan tradisional ini, alatan yang digunakan adalah papan congkak dan buah congkak.
Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak, lubang-lubangnya dibuat di atas tanah. Sementara
biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan sebagainya.
Setiap papan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja. Papan congkak
mengandungi 14 lubang yang dipanggil "kampung". Terdapat dua lubang besar di setiap hujung

9

papan congkak. Lubang ini dipanggil "rumah". Panjang papan congkak tujuh lubang biasanya
sekitar 80 cm dan lebanya 18 cm. Papan congkak lazimnya dibuat dari kayu hutan seperti
merbau, keruing, balau dan sebagainya. Terdapat juga papan congkak yang dibuat dari kayu
rambutan, nangka dan sebagainya, mengikut kemampuan si tukang pembuat congkak.
Cara-cara bermain permainan ini ialah dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan
congkak dan kedua-dua pemain akan mula dengan serentak. Mereka akan memasukkan buah
satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah
dan kampung lawan. Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan
dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya
buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang
setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung
tersebut. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya
buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan
mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir
jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan
boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati. Setelah tamat pusingan pertama, setiap
pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup
buah, ia dianggap terbakar. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang
kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.


Kabadi
Kabadi ialah sebuah permainan yg dibentuk dalam permainan tradisional India. Permainan ini
sangat terkenal di Selatan Asia dan tersebar dengan meluas di Tenggara Asia, Jepun, dan Iran. Ia
adalah permainan bangsa Bangladesh dan juga meluas di Tamil Nadu, Andura Pradesh, Punjab
dan Maharasutran di India. Kabadi juga dimainkan oleh tentera British untuk tujuan hiburan,
menjaga kemantapan badan dan juga untuk mengumpan tentera askar dan komuniti Asia British.
Dalam satu permainan, 2 pasukan dibentuk yang mana terdiri daripada tujuh pemain.
Gelanggang yang digunakan adalah 12.5m x 10m (separuh daripada gelanggang bola keranjang).
Setiap pasukan mengandungi pemain simpanan seramai 5 orang. Permainan ini dilangsungkan
selama 20 minit, dengan 5 minit setengah untuk rehat semasa pertukaran gelanggang. Satu
pasukan akan menghantar penyerang kepada pasukan pihak lawan, yang mana bertujuan untuk

10

menyentuh salah seorang daripada pemain pihak lawan sebelum patah balik kepada pasukannya.
Pemain yang telkah disentuh akan terkeluar dan meninggalkan padang. Sementara itu, pihak
pertahanan membentuk sebuah rantai seperti berpegangan tangan antara satu sama lain. Jika
rantai itu terputus, salah seorang pemain pertahanan akan meninggalkan padang. Sasaran
pertahanan adalah untuk menghentikan penyerang balik ke pasukannya sebelum berhenti
berehat. Jika penyerang berhenti sebelum sampai ke destinasi, penyerang itu akan meninggalkan
padang. Pemain juga boleh melepasi sempadan garisan atau bahagian bdn mencecah tanah di
luar garisan, kecuali semasa bergelut dengan pasukan pihak lawan. Setiap pemain yang terkeluar,
pihak lawan akan mendapat mata. Pasukan yang skor dua mata bonus, yang dipanggil lona,
manakala semua pihak lawan akan tersingkir. Pada akhir perlawanan, pasukan yang mengumpul
mata tertinggi akan menang. Permainan adalah berdasarkan kesesuaian umur dan berat.
Permainan ini terdiri daripada satu pengadil, dua pembantu pengadil, satu penjaring dan dua
pembantu penjaring.



Gasing
Gasing popular di Pantai Timur Semenanjung Malaysia terutama di Kelantan. Terdapat pelbagai
jenis gasing di Malaysia seperti gasing jantung, gasing piring atau leper, gasing kelamar, gasing
telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku benang dan gasing pinang.
Kanak-kanak lebih gemar dengan gasing Melayu dan Cina, kerana saiz yang kecil dan mudah
dipermainkan.


11


Wau
Permainan wau ini juga dikenali dengan layang-layang.Permainan wau amat digemari oleh
penduduk-penduduk kampung. Permainan ini dimainkan sejak kurun ke 15. Wau masih digemari
dan dimainkan di kawasan-kawasan seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan
Perlis. Wau dicipta dalam pelbagai bentuk dan mempunyai nama tersendiri seperti wau burung,
wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan,
wau sewah dan wau barat. Begitupun wau bulan sangat digemari oleh orang Melayu. Reka corak
biasanya bermotifkan awan larat akan menghiasi kebanyakan wau yang dihasilkan dan
diwarnakan dengan pelbagai warna. Selain dijadikan bahan permainan, wau juga menjadi
hasil kraftangan dan hiasan dinding.


Guli
Guli adalah sejenis bola kecil yang biasanya diperbuat dari kaca, tanah liat atau akik. Ia
biasanya di mainkan oleh kanak-kanak. Guli juga boleh digunakan dalam sesetengah permainan
lain, contohnya congkak. Ramai juga yang mengumpul guli, sama ada untuk nostalgia atau
warna estetiknya.

12

Permainan guli biasanya melibatkan lontaran guli dengan tepat mengenai sasarannya. Ia biasanya
dimainkan oleh kanak-kanak lelaki berumur antara tujuh dan dua belas tahun. Jumlah pemain
tidak melebihi lima orang. Kawasan tanah rata dan lapang adalah gelanggang yang sesuai untuk
tempa bermain guli. Biji guli yang digunakan untuk permainan ini adalah jenis guli
yang diperbuat daripada batu kapur, berwarna putih dan sebesar ibu jari kaki.




Teng Teng
Permainan Teng-Teng, atau juga dikenali sebagai Ketinting ialah permainan yang selalunya
dimain oleh kanak-kanak perempuan. Ini kerana, teng-teng tidak begitu lasak walaupun ia
menggunakan tenaga yang banyak. Teng-teng juga tidak memerlukan daerah yang besar.
Teng-teng dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak dimana ada dua hingga empat orang
didalam sebuah gelanggang. Ini kerana, tiada peraturan yang tetap untuk jumlah orang di dalam
satu gelanggang. Tetapi, jika terdapat empat pemain didalam satu gelanggang, ia akan
memdatangkan kesukaran untuk setiap pemain untuk berteng-teng.
Gelanggang teng-teng ialah lukisan petak-petak di atas tanah. Terdapat sembilan petak-petak di
dalam satu gelanggan. Selain gelanggan, pemain juga perlu gundu. Gundu ialah satu objek yang
menandakan kedudukan mereka di petak-petak gelanggang.



13

Cabaran Mempopularkan Permainan Tradisional Di Zaman Teknologi.
Di zaman serba moden dan kepesatan perkembangan teknologi , permainan tradisional semakin
dilupakan oleh generasi sekarang, perlu satu usaha yang terancang perlu bagi mempopularkan
kembali permainan tradisional ini , salah satu pendekatan yang berkesan adalah melalui aktiviti
kokurikulum di sekolah. Pihak sekolah perlu mengadakan kegiatan kokurikulum yang berkaitan
dengan permainan tradisional. Di sekolah perlu diwujudkan Kelab Permainan Tradisional. Usaha
ini bertujuan untuk memperkenalkan permainan tradisional kepada pelajar-pelajar. Antara
aktiviti yang boleh dijalankan ialah pertandingan congkak, sepak raga, gasing dan sebagainya. .
Jelaslah bahawa usaha ini dapat membantu dalam mempopularkan permainan tradisional.

Peranan ibu bapa juga penting untuk mempopularkan permainan tradisional kepada anak-
anak . Ibu bapa perlu memperkenalkan permainan tradisional kepada anak-anak sejak daripada
kecil lagi. Ibu bapa juga perlu meluangkan masa bersama dengan anak-anak dengan bermain
permainan tradisional seperti bermain congkak pada waktu lapang. Ibu bapa juga digalakkan
membelikan permainan tradisional seperti gasing, congkak dan layang-layang serta meluangkan
masa bermain dan menerangkan kepada . Jelaslah bahawa peranan ibu bapa sangat penting
dalam mempopularkan permainan tradisional kepada anak-anak.

Usaha seterusnya ialah peranan masyarakat. Sokongan dalam masyarakat dengan
menubuhkan persatuan atau kelab permainan tradisional di tempat tinggal mereka boleh menarik
minat generasi muda mengenali permainan tradisional. Mereka boleh bermain pada masa lapang.
Mereka juga boleh mengadakan pertandingan di peringkat kampung atau antara kampung.
Sebagai contoh permainan gasing, layang-layang dan sepak raga. Pertandingan ini dapat
memperkenalkan dan menonjolkan bakat seseorang dalam permainan tradisional. Oleh itu,
peranan masyarakat perlu digerakkan dalam usaha mempopularkan permainan tradisional.

Setiap individu juga berperanan dalam usaha mempopularkan permainan tradisional.
Mereka hendaklah menanam sikap suka dan ingin tahu tentang permainan tradisional. Dengan
memahami dan mengambil bahagian dalam pertandingan permainan tradisional setiap individu
dapat mengawal diri mereka daripada terlalu leka dengan permainan moden seperti permainan
elektronik. Penyertaan pelajar dalam pertandingan yang diadakan oleh pihak sekolah dan
masyarakat dapat membantu pelajar mencintai dan meminati permainan tradisional. Oleh yang
demikian, peranan seseorang individu itu sendiri amat penting dalam mempopularkan permainan
tradisional.

Di pihak media massa juga perlu menghebahkan kelebihan permainan tradisional kepada
masyarakat. Hebahan boleh dilakukan melalui surat khabar, televisyen, majalah dan internet.
Contohnya, TV3 melalui program Jom Hebohnya boleh mengadakan pertandingan permainan
tradisional seperti permainan gasing, congkak dan sebagainya. Sesungguhnya, hebahan melalui
media massa sangat penting dan berkesan dalam memperkenalkan permainan tradisional.

14


Bagi pihak kerajaan pula , kementerian yang terlibat juga perlu memainkan peranan.
Pihak kerajaan sepatutnya menganjurkan pesta permainan tradisional pada setiap tahun secara
besar-besaran di peringkat nasional. Setiap negeri mestilah mengambil bahagian untuk
memeriahkan pesta tersebut. Contohnya, Festival Layang-layang di Pasir Gudang, Johor bukan
sahaja disertai oleh rakyat tempatan malahan masyarakat antarabangsa. Secara tegasnya, pihak
kerajaan haruslah memainkan peranan dan memastikan permainan tradisional diminati oleh
rakyat.


Kesimpulan
Kemajuan dan kepesatan teknologi telah menyebabkan semakin pudar dan hilangnya warisan
riadah yang dulunya sangat diraikan dalam masyarakat. Tanpa kita sedari sebenarnya permainan
tradisional yang kita warisi sejak dulu lagi semakin lama semakin dilupakan , hilang bersama
dengan peredaran zaman dan kepesatan teknologi. Apa yang menyedihkan ada dikalangan anak
muda sekarang langsung tidak mengenali permainan-permainan tradisional ini seperti congkak,
layang-layang, gasing, wau dan sebagainya. Banyak faedah yang boleh diperolehi dari
permainan tradisional , ia bukan sahaja dapat mengeratkan silaturahim dalam masyarakat, malah
ia juga dapat menyihatkan badan dan minda dan apa yang penting sekali ia dapat memelihara
warisan budaya zaman berzaman dalam masyarakat kita. Selain itu, Negara juga berpeluang
mempromosikan permainan tersebut sebagai salah satu aktiviti yang perlu diperkenalkan kepada
pelancong-pelancong yang datang ke Malaysia. Ia juga akan menjadikan Malaysia sebagai
sebuah negara yang unik dan menarik. Malangnya generasi sekarang kurang dalam memikirkan
tentang perkara tersebut mereka hanya inginkan keseronokan dan mengikuti segala perubahan
teknologi terkini sehingga terlupa akan warisan yang semakin hilang . Oleh itu, kita sebagai
rakyat Malaysia yang bertanggungjawab perlu mengikuti dan meneruskan permainan tradisional
ini dan mempertahankan warisan nenek moyang kita. Kesimpulannya, terdapat banyak usaha
untuk mempopularkan permainan tradisional ini tetapi hakikatnya belum ada usaha yang betul
bersungguh-sungguh untuk memartabatkan warisan ini , oleh yang demikian semua pihak harus
memainkan peranan penting dalam mempopularkan permainan tradisional ini. Hal ini perlu
menjadi agenda penting agar permainan ini tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas.







15

Rujukan

1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Kategori:Permainan_tradisional_Malaysia
2. http://pendidikansivikk3.wordpress.com/2012/05/14/permainan-tradisional-
kaum-kaum-di-malaysia-17/
3. http://permainantradisionalmalaysia.blogspot.com/
4. http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/395-
artikel/6670-permainan-tradisional-dan-aktiviti-masa-
5. http://www.heritage.gov.my/index.php/warisan-tidak-ketara/adat-a-
budaya/permainan-tradisi
6. http://www.johordt.gov.my/pelancongan/page/permainan_tradisional


















16

You might also like