You are on page 1of 16

Pengaruh Kedatangan Islam terhadap

Politik
Islam mula bertapak pada abad ke-13 dan
abad ke-14.
Pengaruh Islam mantap pada pemerintahan
Kesultanan Melayu Melaka.
Agama Islam menjadi teras kepada politik,
pemerintahan dan perundangan.
Penterjemahan buku undang-undang Islam
daripada bahasa Arab-Parsi ke bahasa
Melayu.
PENGARUH ISLAM TERHADAP PENTADBIRAN
Memperkenalkan konsep Islam istilah sultan,
penitisan nasab keturunan, peranan golongan ulama,
konsep daulat.
Istilah Sultan sebelum Islam, ikut Hindu-Buddha,
iaitu konsep dewa raja (jelmaan Tuhan) selepas
Islam, tiada persamaan raja dengan Tuhan.
Kekuasaan raja adalah amanah Allah. Gelaran Sultan
berunsur Islam seperti Khalifatul Mukminin.
Peranan Golongan Ulama
Sebelum Islam pentadbiran dibantu oleh sami
Hindu-Buddha. Sami membaca ciri atau kata-kata
hikmat dalam upacara pertabalan.
Selepas Islam peranan ulama penting. Ulama
memberikan nasihat dan pandangan dalam urusan
pemerintahan dan pentadbiran. Nama ulama dalam
sejarah ialah Maulana Makhdum Sayid Abdul Aziz,
Maulana Abu Bakar, Maulana Sadar Jahan, Maulana
Jalaludin, Kadi Yusuf.
Konsep Daulat
Sebelum Islam raja dikatakan mempunyai shakti (ciri-ciri
kedewaan). Ciri-ciri ini diperoleh melalui amalan samadhi
(pertapaan dan pemujaan senjata).
Selepas Islam istilah berunsur Islam, iaitu daulat (asalnya
daulah) yang bermaksud kerajaan. Istilah tradisi daulat
bermaksud kesempurnaan, kebolehan istimewa, kuasa politik
yang mutlak dan kewibawaan seseorang sultan. Kedaulatan
Islam dikaitkan dengan keimanan, ketakwaan, keluhuran budi
dan rohani, dan penghayatan tentang tanggungjawab sebagai
pemimpin yang diamanahkan oleh Allah.
Pengaruh Islam terhadap Perundangan
Sebelum Islam undang-undang berasaskan
Hindu-Buddha yang disesuaikan dengan adat
resam tempatan.
Selepas Islam hukum Islam menjadi asas
perundangan masyarakat Melayu.
Dua Jenis Perundangan dalam Masyarakat
Melayu Tradisional
Undang-undang Tidak Bertulis
Undang-undang Bertulis
Undang-undang Tidak Bertulis
Dikenali sebagai adat (berasal daripada Arab
bermaksud kebiasaan).
Adat diamalkan turun-temurun hingga
menjadi hukum (hukum adat)
Adat tidak pernah ditulis, hanya dihafal
Dua jenis adat: Perpatih
Temenggung
Hukum Adat
Mesti dipatuhi.
Contohnya, apabila menghadap sultan, keris
mesti di hadapan. Jika di belakang, kerisnya
dirampas dan dia tidak dibenarkan
menghadap sultan.
Undang-undang Bertulis
Sebelum Islam jenis hukuman berdasarkan kelas seseorang.
Selepas Islam undang-undang berasaskan hukum Islam.
Contoh:
Hukum Kanun Melaka
Undang-undang Laut Melaka
Undang-undang Pahang
Undang-undang Kedah
Undang-undang Perak
Undang-undang Johor
Undang-undang ini menjadikan kehidupan masyarakat lebih
teratur. Hukuman ditentukan dengan jelas.
PENGARUH KEDATANGAN ISLAM TERHADAP
SOSIOBUDAYA
Perubahan dari segi
pendidikan
kesenian
bahasa dan persuratan
adat resam
nilai hidup
Dua Jenis Pendidikan dalam Masyarakat Melayu
Pendidikan tidak formal
Pendidikan formal

Pendidikan tidak formal diperoleh daripada
ibu bapa, keluarga dan komuniti.
Pendidikan Tidak Formal
Pendidikan tidak formal diperoleh daripada
a) Pemerhatian dan latihan (ibu bapa, keluarga dan
komuniti).
Bidang - pertanian, perikanan,
pertukangan, kraf tangan.
- pantang larang dan adat
istiadat
- agama
b) Cerita lisan (mengandungi pengajaran)
c) Pengucapan seperti pantun, peribahasa, teka-teki.

Pendidikan Formal
Sebelum Islam pendidikan berasaskan tradisi
Hindu-Buddha, dimonopoli oleh golongan
istana dan pembesar.
Selepas Islam semua lapisan masyarakat
mendapat pendidikan. Penekanan diberikan
tentang keagamaan. Institusi pendidikan ialah
istana, masjid, surau, rumah tok guru,
madrasah, pondok.
Bahasa dan Kesusasteraan
Kehadiran pendakwah Islam, terutamanya dari Gujerat
* membawa ajaran Islam
* menyebarkan unsur kebudayaan Arab- Parsi, iaitu
bahasa dan kesusasteraan (tulisan jawi, kosa kata,
sastera lisan dan sastera bertulis)

Sebelum Islam tulisan Pallava, Kawi, Sunda kuno, Batak dan Rencong.

Tulisan jawi menjadi tulisan rasmi dalam pentadbiran kerajaan Islam di
Asia Tenggara.


PENGARUH KEDATANGAN ISLAM TERHADAP
EKONOMI
Ekonomi berbentuk komersial telah bermula
sebelum kemunculan kerajaan Melaka.
Selepas kedatangan Islam aktiviti ekonomi
dipengaruhi oleh sistem ekonomi Islam zakat dan
pengharaman riba
Zaman Melaka penggunaan mata wang dan sistem
cukai.

You might also like