You are on page 1of 8

Manual Pengguna

Pengisian markah Kriteria Kecemerlangan di dalam Sistem ePangkat





Masuk ke laman sesawang http://apps2.moe.gov.my/epangkat/login.php


Sila log masuk menggunakan akaun peribadi Guru Besar / Pengetua / Ketua
Bahagian dengan mematuhi tatacara keselamatan akaun. Urusan pengisian
markah atau pengesahan perakuan tidak boleh dilakukan menggunakan akaun
lain.



Anda akan dibawa ke paparan utama akaun anda.

Sila pilih Modul Guru Besar / Pengetua / Ketua Bahagian
















Klik Senarai Iklan Time-Based.
















Klik carian iklan tahun semasa tahun semasa dan Pilihan Belum Ditutup. Klik butang Cari















Sila perhatikan bahawa setiap iklan Time-Based mempunyai:
1. Tarikh Mula. Tarikh Mula adalah tarikh iklan dibuka bagi urusan kenaikan
pangkat secara Time-Based
2. Tarikh Tutup KJ. Tarikh Tutup KJ adalah tarikh terakhir Ketua Jabatan
(Pengetua / Guru Besar / Ketua Bahagian) boleh membuat perakuan bagi
pegawai bawahan beliau bagi urusan kenaikan pangkat Time-Based bagi
sesuatu fasa. Kegagalan Ketua Jabatan berbuat demikian boleh menjejaskan
urusan kenaikan pangkat pegawai bawahan beliau.




























1 2
Seterusnya, pilih mana-mana iklan yang berkenaan. Sekiranya terdapat pegawai
di bawah Ketua Jabatan yang berada di bawah urusan kenaikan pangkat yang
memenuhi syarat, nama beliau akan dipaparkan seperti di bawah.














Sebagai contoh, iklan di bawah tidak memaparkan sebarang nama pegawai-
pegawai yang layak kerana berdasarkan semakan sistem, tiada pegawai yang
sepatutnya diperakukan bagi urusan kenaikan pangkat dari Gred DGA34 ke Gred
DGA38 di sekolah berkenaan.


Langkah seterusnya, klik pada Kemaskini












Tindakan yang perlu diambil:
1. Pilih sama ada perakuan pegawai kenaikan pangkat secara TBBK disahkan
atau tidak
2. Masukkan ulasan berhubung perakuan kenaikan pangkat beliau. Sila ambil
maklum bahawa ulasan wajib diisi
3. Klik butang HANTAR
4. Klik butang KEMBALI sekiranya ingin membatalkan proses. Sila ambil
perhatian bahawa sebarang maklumat yang telah dimasukkan tidak akan
disimpan di dalam sistem













1

1


2

3

4
Seterusnya, markah Penilaian Tahap Kecemerlangan (KC) boleh disi di ruangan
seperti di bawah. Setelah markah dimasukkan, klik butang KEMASKINI bagi
menyimpan maklumat berkenaan di dalam sistem.














Tindakan bagi pengisian markah KC bagi pegawai berkenaan telah tamat.
Sekiranya terdapat lebih daripada seseorang pegawai, proses yang sama boleh
diulang bagi memasukkan markah bagi pegawai-pegawai tersebut.
Maklumat-maklumat yang dikemaskini akan dihantar untuk tindakan oleh Ketua
Jabatan di peringkat Jabatan Pelajaran Negeri atau Bahagian secara automatik
setelah iklan tamat.

1

You might also like