You are on page 1of 2

Rasional untuk Lukisan Kanvas

Tajuk untuk lukisan saya ialah bunga dalam musim panas. Oleh itu, lukisan saya
bertemakan flora. Saya telah mendapat ilham saya dari internet dan saya ingin memilih tema ini
untuk menonjolkan pelbagai personaliti bunga dalam musim panas. Oleh itu, lukisan saya
terdapat bingkai yang dibahagikan kepada dua untuk dua personaliti bunga.
Saya telah melakar dahulu di atas kanvas. Di sini, saya telah menekankan unsur bentuk
bunga, dahan dan juga pucuk bunga yang belum mekar. Dengan pastinya, saya mula dengan titik
dan menghasilkan bentuk bunga. Saya telah memilih ruang yang sesuai dan membahagikan
kanvas saya kepada dua bahagian. Unsur warna panas telah digunakan, iaitu warna merah,
jingga dan juga kuning. Selain itu, saya juga menggunakan garisan untuk melukis bingkai untuk
lukisan saya, iaitu garisan menegak dan juga mendatar.
Saya telah menggunakan warna panas seperti warna merah, jingga, kuning dan putih
untuk menghasilkan latar belakangnya. Untuk menonjolkan prinsip keharmonian dalam warna,
saya telah menghasilkan warna sekunder, jingga dengan mencampur warna kuning dan juga
warna merah. Saya telah mewarna secara berlapis-lapis dari merah, jingga, kuning dan putih
untuk bahagian satu, manakala bahagian dua, saya telah menggunakan warna yang didahului
dengan warna putih, kuning, jingga dan merah.
Dalam menghasilkan bunga, saya menggunakan warna yang bertentangan, iatu kuning
dan putih untuk menonjolkannya di latar belakang yang berwarna merah. Oleh itu, di sini, saya
telah menekankan prinsip kontra. Saya telah menggunakan warna merah di atas latar belakang
yang berwarna putih.
Untuk mewarna dahan, saya telah menggunakan warna sekunder, warna hijau. Saya
telah menghasilkan dengan mencampurkan warna biru dan juga kuning dan dengan sedikit
warna hitam. Oleh itu, boleh dirumuskan bahawa saya hanya menggunakan warna merah,
kuning, putih, hitam dan biru.
Saya telah menggunakan berus dan juga warna akrilik. Setelah habis mewarna, saya
telha menggunakan pen marker untuk menghasilkan bingkai untuk lukisan saya.
Saya telah menggunakan masa selama seminggu untuk menyiapkan lukisan ini. Tugasan
yang diberikan ini boleh dikatakan amat mencabar untuk diri saya. Hal ini demikian kerana diri
saya tidak mempunyai asas yang kukuh dan bidang mewarna. Saya telah menghasilkan satu
lukisan kanvas juga di semester yang sebelum ini. Namun, semester ini saya telah diberi tugasan
untuk menyiapkan saiz lukisan kanvas yang dua kali lebih besar berbanding dengan sebelum ini.
Oleh itu, tugasan yang mencabar dan memerlukan masa yang lebih panjang untuk lukisan kali ini.
Pertama sekali, saya telah membuat kajian tentang cara untuk mewarna bunga. Oleh itu,
kajian yang dibuat menjadikan diri saya lebih berpengetahuan tentang cara mewarna ini. Saya
juga telah mendapat nasihat dan juga bantuan daripada kawan saya. Jadi, saya amat berterima
kasih kepadanya kerana telah menghulurkan bantuan kepada saya.
Saya telah belajar cara untuk bermain dengan warna dan mempersembahkan lukisan
saya dengan cara yang menarik. Jadi, sebenarnya, seluruh proses mewarna diri saya ada sedikit
tekanan dan juga gementar. Namun, sebenarnya, proses mewarna amat mneyeronokkan dan
boleh dikatakan amat menarik. Kawan saya banyak memberi nasihat dan juga pandangannnya
kepada saya.
Selepas habis mewarnakan, saya pun membingkaikannya. Sekiranya melihat hasil kerja
saya, saya berasa amat berpuas hati. Hasil kerja ini dapat menyampaikan mesej tentang
perbandingan antara dua lukisan yang digabungkan menjadi satu lukisan. Saya dapat merasai
keyakinan dan juga kemegahan bunga tersebut dengan warna panas yang digunakan. Saya ingin
menyampaikan mesej ketabahan dan juga keteguhan bunga ini dengan menggunakan warna
panas. Para penonton pasti dapat merasai kepanasan dan juga semangat yang membara ini
dengan warna panas yang digunakan ini.
Akhir sekali, saya ingin mengucapakan terima kasih kepada pensyarah saya yang banyak
memberikan tunjuk ajar dan juga pandangan beliau. Ribuan ucapan terima kasih diucapkan
kepada Encik Aznan.
Sekian.

You might also like