You are on page 1of 20

BAB : 5

AIR DAN LARUTAN


Komposisi Air
Air terbentuk daripada 2 unsur:
Hidrogen
Oksigen
Satu molekul air mengandungi 2 atom hidrogen
dan 1 atom oksigen.
Formula : H2O
Elektrolisis : teknik meguraikan air dengan
menggunakan tenaga elektrik.
2 jenis elektrod :
Anod : elektrod positif
Katod : elektrod negatif
Semasa elektrolisis arus akan mengalir dari anod
ke katod.
Unsur- unsur dibebaskan dalam bentuk gas pada
elektrod.
Oksigen dibebaskan di anod
Hidrogen dibebaskan di katod
Penyejatan Air
Penyejatan : satu proses di mana cecair bertukar
kepada wap air pada sebarang suhu di bawah takat
didih cecair tersebut.
Air akan mudah tersejat apabila:
Kelembapan adalah rendah
Suhu persekitaran semakin meningkat
Luas permukaan yang besar
Terdapat gerakan udara
Membandingkan penyejatan dan
pendidihan
Persamaan
Penyejatan Pendidihan
cecair bertukar kepada gas ( wap air atau stim)
Tenaga haba diserap oleh molekul air
Tenaga haba di dalammolekul ditukar kepada tenaga
kinetik.
Perbezaan penyejatan dan
pendidihan
Penyejatan Pendidihan
Berlaku di permukaan
cecair sahaja
Berlaku pada keseluruhan
cecair
Berlaku pada semua suhu
di bawah takat didih cecair
Berlaku pada takat didih
cecair
Proses yang perlahan Proses yang cepat
Aplikasi penyejatan air dalam
kehidupan seharian
Pengeringan rambut
Pengeringan ikan dan udang
Mengeringkan pakaian
Menyejukkan badan dengan menyejatkan peluh
Mengeringkan bahan makanan
Penyediaan garam biasa dari laut
Larutan dan ketelarutan
Zat terlarut
Zat terlarut ialah bahan yang boleh larut dalam sesuatu
cecair.
Pelarut
Cecair yang melarutkan bahan.
Contoh: Air adalah pelarut kerana ia boleh melarutkan suatu
bahan (gula)
Larutan
Campuran yang terhasil apabila suatu zat melarut di dalam
suatu pelarut.
Contoh:
Larutan cair, pekat dan tepu
Terdapat 3 jenis larutan yang boleh disediakan iaitu
larutan cair, pekat dan tepu.
Setiap larutan tersebut berbeza dari segi kuantiti zat
terlarut yang larut dalamisi padu pelarut yang sama.
Contohnya, dalamisipadu pelarut yang sama:
Larutan cair mengandungi sedikit zat terlarut dilarutkan di
dalamnya.
Larutan pekat mengandungi banyak zat terlarut dilarutkan
di dalamnya.
Larutan tepu mengandungi jumlah zat terlarut maksimun
di dalamnya pada suhu tertentu.
Larutan dan ampaian
Campuran cecair boleh dikelaskan kepada larutan
dan ampaian bergantung kepada jenis zat terlarut
dan pelarutnya.
Larutan :
Larutan terhasil apabila sesuatu bahan larut dalam
pelarut.
Zarah-zarah di dalamlarutan itu tersebar rata dan tidak
dapat diperhatikan dengan mata kasar.
Larutan sentiasa homogen atau sekata dari segi warna
dan rupa.
Larutan boleh berwarna ataupun tidak berwarna.
Ampaian
Terhasil apabila bahan terampai di dalamcecair dan
tidak larut di dalamnya.
Zarah-zarah di dalamampaian tidak tersebar dengan
sekata.
Ampaian kelihatan keruh dan legap.
Zarah-zarah kekal terampai apabila dikacau.
Ampaian memantulkan cahaya.
Ketelarutan
Kuantiti maksimun zat terlarut yang boleh larut
dalam kuantiti pelarut yang ditetapkan pada suatu
suhu tertentu untuk menghasilkan larutan tepu.
Unit SI untuk ketelarutan ialah kg/m3
Ketelarutan = jisim zat terlarut (g)
isipadu pelarut (100 ml)
Faktor yang mempengaruhi
kadar keterlarutan
Saiz zarah yang terlarut
Kadar pengacauan
Isipadu pelarut
Suhu pelarut
Peranan asid dan alkali
Asid dan alkali hanya menunjukkan sifatnye dengan
kehadiran air.
Sifat sifat asid
Rasa masam
Mengakis
Menukarkan kertas litmus biru kepada merah
Mempunyai nilai pH yang kurang daripada 7
Bertindak balas dengan karbonat untuk membebaskan
karbon dioksida dan membentuk garam dan air.
Bertindak balas dengan logamreaktif untuk membebaskan
hidrogen dan membentuk garam
Sifat sifat alkali
Rasa yang pahit
Rasa licin sepertisabun apabila disentuh dengan jari
Mengakis
Menukarkan warna kertas litmus merah kepada biru
Mempunyai nilai pH yang lebih daripada 7
Bertindak balas dengan garamammonium untuk
membebaskan gas ammonia.
Nilai pH
Nilai pH suatu bahan menunjukkan sama ada
bahan itu berasid, neutral atau alkali.
Keadaan berasid = 0 kurang daripada 7
Keadaan neutral = 7
Keadaan beralkali = lebih daripada 7 - 14
Penggunaan asid dan alkali
dalam kehidupan harian
Asid Penggunaan
Asid formik Membekukan lateks (susu getah)
Asid asetik (cuka) Mengawet makanan seperti jeruk
Digunakan dalammakanan
Asid sulfurik Diisi dalambateri kereta
Digunakan untuk membuat detergen
dan baja
Asid tartarik Digunakan untuk membuat
minuman ringan
Alkali Penggunaan
Natrium hidroksida Digunakan untuk membuat sabun
Kapur barus (kalsium
hidroksida)
Meneutralkan tanah berasid
Digunakan untuk membuat simen
Ammonia hidroksida Mencegah pembekuan lateks
Digunakan untuk membuat baja
Peneutralan
Adalah tindak balas yang berlaku antara asid
dengan alkali untuk menghasilkan garam dan air.
Persamaan perkataan mewakili tindak balas
peneutralann:
Garamyang terhasil daripada proses peneutralan
bergantung pada jenis asid dan alkali yang
digunakan.
Asid + alkali garam+ air
Aplikasi proses peneutralan
dalam kehidupan harian
Bakteria dalammulut menukarkan makanan bergula
kepada asid yang bertindak pada gigi menyebabkan
kerosakan gigi. Ubat gigi mengandungi alkali lemah
yang meneutralkan asid dalammulut.
Asid lemah seperti cuka digunakan untuk
meneutralkan sengatan tebuan yang bersifat alkali.
Pesakit gastrik meminumsusu magnesia yang
bersifat alkali untuk mengurangkan keasidan perut.

You might also like