You are on page 1of 21

MENINGKATKAN KEUPAYAAN MURID TAHUN 5

CENDEKIAWAN MENULIS DENGAN KEMAS


MENGGUNAKAN
KAEDAH R&R PENULIS





SITI NORFADHILATUL MARYAM BINTI RAZALI
PISMP BM AMBILAN JANUARI 2011




PENYIELIA : ENCIK MOHD ASRI BIN HARUN

PENGENALAN
Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis
perkataan dan ayat, serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis
penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan
pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat yang gramatis,
tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan
kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk
menghasilkan penulisan bahan ilmu dan imaginatif. (Huraian
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu SK Tahun 5).
Hasil tinjauan yang diperhatikan, pengkaji mendapati empat
daripada 34 murid kelas 5C menghadapi masalah lemah aspek
menulis. Selepas menyemak buku tulis mereka, pengkaji mendapati
tulisan mereka tidak kemas. Sekiranya masalah ini dibiarkan,
penkaji bimbang berkemungkinan besar pencapaian peserta kajian
terjejas. Apabila pencapaian terjejas, ia akan memberi kesan yang
kurang memuaskan terhadap pencapaian keputusan peperiksaan
yang bakal dihadapi oleh peserta kajian pada masa akan datang.
Oleh hal demikian, tindakan harus dibuat bagi mengatasi masalah
ini.


ISU & PERMASALAHAN
Murid tahun 5C tidak dapat menulis dengan kemas.
Teknik menulis dan sikap negatif murid agak lemah dalam
kemahiran menulis.
Kurang memberi kerjasama semasa sesi PdP. malasnya nak tulis...
letih la cikgu menulis ni dia kacau kita dulu cikgu, saya tak
ada pensel
Contoh hasil tulisan murid
Cara memegang pensil
Aktiviti menguji kemahiran motor
halus
Contoh hasil kerja murid
LITERATUR
Siti Hajar Abdul Aziz (1997 ) yang menyatakan bahawa terdapat
sekurang-kurangnya lima faktor yang menyebabkan orang dewasa
tidak mampu menulis. Salah satu faktornya ialah belum mempunyai
kebiasaan atau budaya menulis dalam diri sendiri masih kurang.
Mok Soon Sang (2010) menyatakan guru yang mengajar dalam kelas
adalah orang yang paling sesuai membuat pemerhatian ke atas murid-
murid yang menghadapi masalah pembelajaran. Melalui pemerhatian,
guru boleh mengesan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh
murid-murid. Murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran
dalam kemahiran menulis boleh diperhatikan daripada cara mereka
memegang alat tulis, gaya anggota semasa menulis dan bentuk tulisan.
Secara am, kelemahan-kelemahan penguasaan kemahiran menulis
adalah seperti. bentuk huruf tidak ditulis tepat, huruf-huruf dalam
perkataan ditulis tinggi rendah atau telalu jauh dan perkataan-
perkataan dalam ayat telalu rapat, kecil atau condong Selain itu, jarak
di antara perkataan-perkataan dalam ayat terlalu jauh dan ejaan
perkataan seringkali salah.


LITERATUR
Robert Lado (1980) menyatakan menulis bermaksud memberikan simbol
grafik bagi melambangkan bahasa yang difahami oleh seseorang itu,
supaya orang lain juga boleh membaca simbol grafik ini kalaulah mereka
tahu bahasa itu dan simbol grafiknya. Gambar boleh melambangkan makna
tetapi ianya tidak melambangkan unit-unit ini. Tulisan itu berupa
perlambangan sebahagian unit dari bahasa ungkapan. Inilah beza yang
penting di antara tulisan dan lukisan. Menyalin sebagai suatu latihan. Mereka
yakin, walaupun tanpa bukti dari eksperimen, bahasa suatu cara yang baik
dalam belajar menulis itu ialah dengan menyuruh pelajar banyak menyalin
teks yang telah dibaca oleh pelajar. Suruh pelajar menyalin suatu frasa pada
suatu kali dan kemudian suruhlah dia menyemaknya dengan cara
membandingkan dengan teks asal itu. Ini boleh memberi pelajar itu suatu
model bagi tulisan dan pengukuhan. Masalah yang paling besar dalam hal
ini ialah kebosanan. Pelajar akan cepat merasa letih dan mula mencari dalih
untuk berhenti. Walau bagaimanapun, motif tambahan boleh diberi dengan
memberi rencana ringkas dari teks tersebut dalam bentuk soalan, dan
menunjukkan progres pelajar itu kepadanya.

LITERATUR
Nurul Hazwan Bte Kabol. (2013). Penggunaan Kaedah 3B (Batang Aiskrim,
Buku Garis Empat dan Bimbingan Individu) Dalam Membantu Murid
Pemulihan Menjarakkan Ruang Antara Perkataan Dalam Tulisan. Kerja
Kursusn Penyelidikan II Institut Pendidikan Kampus Dato Razali Ismail.
Rasyiqah Binti Yaacob. (2012). Keberkesanan Penggunaan Kaedah Latih
Tubi Dan Salin Jalin Dalam Meningkatkan Kemahiran Menulis Murid
Pemulihan. Terengganu : Institut Pendidikan Kampus Dato Razali Ismail.
Zalaikha Binti Mohd Ali. (2012). Penggunaan Kombinasi Kaedah Dalam
Memperbaiki Kekemasan Tulisan Murid Tahun Lima. Sarawak : Institut
Pendidikan Kampus Batu Lintang.

LITERATUR
Mok Soon Sang. (2011). Pedagogi untuk Pengajaran &
Pembelajaran. Puchong : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Robert Lado. (1980). Mengajar Bahasa Suatu Pendekatan Saintifik.
Kuala Lumpur : Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.


OBJEKTIF
Okjektif Umum
Tujuan kajian ini adalah untuk mempertingkatkan kemahiran
menulis murid dengan jelas dan kemas dengan
menggunakan kaedah R&R Penulis

Objektif Khusus
Objektif khusus kajian in dijalankan ialah:
Meningkatkan keupayaan murid untuk menulis dengan
kemas melalui Kaedah R&R Penulis.
Membantu murid menguasai teknik kemahiran menulis
dengan menggunakan Kaedah R&R Penulis.
Menggalakkan proses pembelajaran yang dapat menarik
minat murid menulis dengan kemas dan cantik menggunakan
Kaedah R&R Penulis.

PERSOALAN KAJIAN
Kajian ini dijalankan untuk menjawab
persoalan yang berikut :
1. Adakah penggunaan Kaedah R&R Penulis
membantu murid menguasai kemahiran
menulis dengan baik ?
2. Adakah tahap tulisan murid 5C dapat
ditingkatkan melalui Kaedah R&R Penulis?
(teknik)
3. Bagaimanakah untuk menarik minat murid
5C menulis dengan kemas dan cantik
menggunakan Kaedah R&R Penulis ?


Minggu Langkah Tindakan
1 Langkah 1:
Penilaian Awal Peserta
Kajian
Pengkaji akan menjalankan pemerhatian bagi
menilai kekemasan tulisan. Penilaian awal terhadap
peserta kajian.
Minggu Langkah Tindakan
2 Langkah 2:
Perbincangan mengenai
cadangan aktiviti PdP
Guru mengumpul beberapa aktiviti yang sesuai
untuk kemahiran menulis. Guru juga ada meminta
cadangan daripada murid.
INTERVENSI
Minggu Langkah Tindakan
3 Langkah 3:
Sesi Intervensi
Kaedah R&R Penulis
Pengkaji akan melaksanakan sesi intervensi bersama
peserta kajian.
Sesi 1:
Waktu rehat hari Ahad
Pengkaji akan memperkenalkan satu aktiviti mewarna
bagi melatih peserta kajian berkaitan dengan
kemahiran menulis iaitu melibatkan koordinasi mata
dan tangan. Aktiviti ini hanya mengambil masa tidak
lebih dari 10minit.
Sesi 2:
Waktu rehat hari Isnin
Kesemua peserta kajian akan diperkenalkan dengan
aktiviti menyalin semula simpulan bahasa pada ruang
garisan yang disediakan. Maksud simpulan juga
diberikan atas dasar untuk menambahkan lagi kosa
kata murid.

Minggu Langkah Tindakan
Sesi 3:
Waktu rehat hari Selasa
Aktiviti menulis semakin bertambah tetapi penkaji
yakin bahawa sesi ini tidak membosankan peserta
kajian kerana mereka hanya perlu menyalin lirik lagu
pada ruang yang telah disediakan. Memang tidak
dapat dinafikan ramai murid sekolah meminati muzik
dan nyanyian dan sanggup menyalin lirik lagu yang
terkenal.
Sesi 4:
Waktu rehat hari Rabu
Peserta kajian diberi gambar rangsangan. Kemudian
mereka perlu menulis pendapat mereka berdasarkan
gambar itu.
Minggu Langkah Tindakan
4 Langkah 4:
Kaedah R&R Penulis /
langkah 3 diulang
beberapa kali
(Pengukuhan)
Pengkaji akan melaksanakan sesi intervensi bersama
peserta kajian.

Rumusan Akhir Dapatan
Kajian
Pengkaji akan membuat rumusan akhir terhadap
dapatan kajian yang diperoleh.
PERANCANGAN PELAKSANAAN
TINDAKAN
Berikut adalah jadual pelan tindakan bagi
perancangan pelaksanaan tindakan bagi
kajian ini.

Bil. Aktiviti Tarikh Catatan
1. Mengenal pasti masalah dan pengumpulan
data berdasarkan pemerhatian awal.
3 Februari 2014
2. Menemukan objektif dan persoalan kajian. 2 Mei 2014
3. Merancang tindakan (perbincangan bersama
guru/penyelia)
4 Mei 2014
4. Melaksanakan tindakan-
Ujian Pra
Penilaian Awal Peserta Kajian
Jun 2014
5. Melaksanakan tindakan Jun-Julai 2014
6. Mengumpul data selepas
tindakan
Julai 2014
7. Menganalisis data selepas
tindakan
Julai 2014
8. Membuat refleksi Julai 2014
9. Menulis laporan penyelidikan
tindakan
Julai-September 2014
10. Pembentangan hasil dapatan
kajian
Oktober 2014
KELEBIHAN
Menggabungkan beberapa kaedah daripada
kajian-kajian lepas.
Aktiviti yang dicadangkan bermula dari
langkah mudah kepada sukar.
Ada aktiviti berkaitan unsur seni muzik dan
seni visual.
Masa yang digunakan adalah pada waktu
rehat jadi ia tidak mengganggu masa PdP
murid.

You might also like