You are on page 1of 4

PERLEMBAGAAN PERSATUAN ERT

1. Nama dan Alamat



1.1 Nama Persatuan: Persatuan Ekonomi Rumah Tangga (ERT)
1.2 Alamat: Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjung Malim
Perak Darul Ridzuan,
Perak.

2. Matlamat

2.1 Melahirkan masyarakat yang bijak dalam pengurusan makanan, kemahiran jahitan dan
pengurusan tempat kediaman.
2.2 Membantu masyarakat dalam membina institusi kekeluargaan yang positif.

3. Objektif

3.1 Menambah pengetahuan ahli persatuan tentang ilmu rumah tangga iaitu pemakanan,
jahitan dan pengurusan kediaman.
3.2 Memberi pendedahan tentang peranan mahasiswa dan mahasiswi dalam
mengukuhkan institusi keluarga, masyarakat seterusnya membangunkan negara dalam
bidang sosial, ekonomi dan politik berteraskan kehendak agama.
4. Keahlian

4.1 Keahlian secara automatik kepada pelajar yang mendaftar kursus Pengurusan
Kokurikulum Kumpulan D ( Kumpulan 2) sesi 2013/2014.

5. Penasihat

5.1 Penasihat adalah merupakan seorang pelajar dari semester 8.




6. Ahli Jawatankuasa

6.1 Ahli Jawatankuasa tertinggi dilantik semasa Mesyuarat Agong.
6.2 Ahli yang hadir Mesyuarat Agong sahaja yang layak dicalonkan. Ahli yang tidak hadir
atas sebab yang munasabah juga boleh dicalonkan.
6.3 Pemilihan Ahli Jawatankuasa tertinggi adalah secara undian.
6.4 Ahli Jawatankuasa tidak dibenarkan meletakkan jawatan sepanjang persatuan ini
masih berjalan kecuali atas sebab munasabah.
6.5 Ahli Jawatankuasa tertinggi hendaklah terdiri daripada:
I. Pengerusi
II. Naib Pengerusi
III. Setiausaha
IV. Naib Setiausaha
V. Bendahari
VI. Naib Bendahari

7. Tugas Dan Tanggungjawab Ahli Jawatankuasa

7.1 Pengerusi
I. Mempengerusikan mesyuarat yang diadakan.
II. Melakukan sebarang keputusan dalam melibatkan hal- hal berkaitan persatuan.
III. Membincangkan semua aktiviti bersama- sama Ahli Jawatankuasa dan Penasihat
Persatuan.
IV. Memastikan semua aktiviti yang dirancang dapat dijalankan dengan baik.
V. Menjalankan tugas- tugas lain yang diarahkan oleh Penasihat dari semasa ke
semasa.
7.2 Naib Pengerusi
I. Membantu pengerusi dalam mentadbir, mengurus dan menjalankan aktiviti
persatuan.
II. Mempengerusikan mesyuarat jika pengerusi tidak dapat hadir.
III. Menjalankan tugas- tugas lain yang diarahkan oleh Penasihat dari semasa ke
semasa.
7.3 Setiausaha
I. Mencatat minit mesyuarat.
II. Menyediakan laporan semester untuk diselia oleh Penasihat.
III. Menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan surat-menyurat.
IV. Menyimpan segala dokumen yang berkaitan dengan persatuan.
V. Menjalankan tugas- tugas lain yang diarahkan oleh Penasihat dari semasa ke
semasa.
7.4 Naib Setiausaha
I. Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugasannya.
II. Menjalankan tugas Setiausaha sewaktu ketiadaan Setiausaha.
III. Menjalankan tugas- tugas lain yang diarahkan oleh Penasihat.


7.5 Bendahari
I. Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan.
II. Membuat dan menyimpan kira- kira berkenaan semua perkara kewangan dan
bertanggungjawab di atas kesahihannya.
III. Memberi laporan berkaitan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam
mesyuarat Ahli Jawatankuasa.
IV. Menjalankan tugas- tugas lain yang diarahkan oleh penasihat dari semasa ke
semasa.
7.6 Naib Bendahari
I. Membantu Bendahari menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya.
II. Menjalankan tugas bendahari sekiranya Bendahari tidak hadir.
III. Membantu Bendahari dalam hal- hal kutipan yuran ahli persatuan.

7.7 Ahli Jawatankuasa
I. Melaksanakan semua tugas yang diarahkan oleh penasihat dan ahli
jawatankuasa tertinggi.
II. Menjalankan tugas- tugas di bawah bidang tugas masing- masing.
III. Membantu menjalankan tugas dalam segala aktiviti yang dianjurkan dalam
persatuan.

8. Kewangan

8.1 Sumber kewangan adalah melalui wang yang diperuntukkan oleh pihak Pusat
Kokurikulum, UPSI.
8.2 Ahli persatuan diwajibkan membayar yuran keahlian sebanyak RM 5.
8.3 Perbelanjaan dan pengeluaran hendaklah ditandatangani oleh Pengerusi dan
Penasihat persatuan.
8.4 Bayaran- bayaran tambahan untuk perkara tertentu boleh dikenakan kepada ahli- ahli
persatuan dengan persetujuan Ahli Jawatankuasa Tertinggi.

9. Kehadiran/ Penyertaan
9.1 Ahli persatuan mestilah melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dianjurkan oleh
persatuan.
9.2 Ahli yang kurang aktif akan dilaporkan kepada Penasihat sama ada untuk digugurkan
keahliannya atau dikenakan tindakan disiplin.

10. Aktiviti
10.1 Aktiviti yang dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau
mesyuarat ahli jawatankuasa dan sentiasa fleksibel jika berlaku perubahan
mendadak.
10.2 Sebarang perubahan aktiviti akan dimaklumkan segera kepada Penasihat untuk
diteliti dan sebagai rujukan utama persatuan.




11. Peraturan- peraturan

11.1 Ahli persatuan diwajibkan menghadiri setiap mesyuarat yang diadakan.
11.2 Ahli persatuan juga hendaklah melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti
yang dijalankan.
11.3 Ahli persatuan mestilah peka dan sentiasa mengikuti aktiviti yang dijalankan.
11.4 Ahli persatuan haruslah memberi kerjasama yang baik dengan ahli persatuan yang
lain.

12. Tindakan Disiplin
12.1 Ahli yang melanggar peraturan akan diberi amaran.
12.2 Jika kesalahan yang sama masih dilakukan, keahlian akan digugurkan.

13. Pindaan Perlembagaan

13.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.
13.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat dengan persetujuan 3/5 ahli.
13.3 Perlembagaan yang telah dipinda hendaklah dipamerkan dan disahkan oleh
penasihat.

14. Pembubaran Persatuan
14.1 Persatuan ini boleh dibubarkan dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga per
lima (3/5) daripada jumlah ahli persatuan yang menghadiri mesyuarat khas bagi
tujuan tersebut.
14.2 Persatuan ini boleh dibubarkan atas dasar kekurangan ahli iaitu seramai 20 orang
atau kurang daripada jumlah tersebut.





___________________ ______________________ ____________________
DALETHA THINAGARAN ZULHILMI QUSYAIRI BIN AZMAN NOOR ATMA BINTI NASIMAN
Setiausaha Pengerusi Naib Pengerusi

You might also like