You are on page 1of 3

Laporan Jawatankuasa Hadiah Karnival Permainan Tradisional 2014

SEBELUM
Pelajar PISMP Semester 5 2014 yang mengambil elektif Pendidikan Jasmani
perlu menganjurkan karnival permainan tradisional. Oleh itu, satu Jawatankuasa Induk
yang diwakili oleh setiap opsyen telah ditubuhkan. Sebelum berlangsungnya karnival
tersebut, beberapa mesyuarat telah dilaksanakan bagi mengetahui bidang tugas setiap
jawatankuasa.

Demi memastikan aktiviti karnival ini berjalan secara menyeluruh dan teratur,
Jawatankuasa Hadiah telah ditubuhkan. Jawatankuasa ini terdiri daripada:

Jawatankuasa Hadiah (Kelas) : Nurul Jannah Binti Ngapdi
Ahli Jawatankuasa Hadiah : Seorang wakil daripada setiap opsyen
iaitu seramai 9 orang.
Bagi menjayakan karnival yang telah dijalankan, hadiah-hadiah telah disediakan
kepada setiap opsyen yang menyertainya mengikut perbincangan yang telah
dipersetujui oleh Jawatankuasa Induk. Terdapat 2 kategori yang dipertandingkan iaitu
hadiah bagi pertandingan permainan tradisional dan hadiah bagi keceriaan. Hadiah
yang disediakan adalah dalam bentuk hamper seperti berikut:

Kategori Pertandingan Pemenang Nilai Hadiah (RM)
Permainan Tempat Pertama
Tempat Kedua
Tempat Ketiga
Tempat Keempat
Tempat Kelima
Tempat Keenam
Tempat Ketujuh
RM 30
RM 30
RM 30
RM 20
RM 20
RM 20
RM 20
Tempat Kelapan
Tempat Kesembilan
RM 20
RM 20

Kategori Pertandingan Pemenang Nilai Hadiah (RM)
Keceriaan Tempat Pertama
Tempat Kedua
Tempat Ketiga
RM 30
RM 20
RM 15
Jumlah RM 275

Jawatankuasa hadiah juga perlu menyediakan cenderamata bagi setiap
pensyarah pembimbing iaitu seramai 9 orang.

SEMASA
Pada 9 Februari 2014, satu Karnival Permainan Tradisional telah diadakan di
sekitar kawasan gimnasium IPG kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat Johor. Karnival
tersebut telah berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 1 tengahari. Seramai 201 orang
guru pelatih daripada 9 opsyen telah terlibat.
Acara kemuncak iaitu majlis penutupan rasmi dan penyampaian hadiah telah
berlangsung dengan jayanya. 3 orang ahli Jawatankuasa Hadiah telah ditugaskan
untuk menguruskan hadiah yang perlu disampaikan kepada para pemenang. Johan
bagi kategori pertandingan Permainan Tradisional ialah daripada Opsyen Matematik 2
manakala johan bagi pertandingan Keceriaan ialah daripada Opsyen Pendidikan Seni
Visual. Sesi bergambar bersama pensyarah pembimbing juga telah berlangsung.




SELEPAS
Semua opsyen berpuas hati dengan hadiah yang diterima. Para pensyarah juga
memberikan respon yang positif terhadap karnival permainan tradisional kali ini.

Disediakan oleh,
Jannah
(NURUL JANNAH BINTII NGAPDI)
Jawatankuasa Hadiah,
Karnival Permainan Tradisional 2014.

You might also like