You are on page 1of 3

Nama Pengarang: Monique Lajoubert,PhD

Penyelidik
Centre national de la Recherche scientifique(CNRS),
EHESS, 54 Bd.Raspail.Bur732
75006 Paris
Sumber Asal: Euvres malaies modernes inspirees de traditions anciennes(depuis les annees
1940.Archipel 73,Paris)
Nama Jurnal: Jurnal Terjemah Alam & Tamadun Melayu
Muka Surat: 113-143
Volume/NomborTerbitan: Volume 1 Jilid 2

ULASAN KANDUNGAN ARTIKEL
1.0 OBJEKTIF ARTIKEL
Kajian ini adalah berkenaan unsur-unsur karya sastera melayu lama dari abad ke-17 yang
digunakan dalam karya sastera melayu moden iaitu pada abad ke-20.Artikel ini juga
dibataskan kepada dua teks Melayu lama dari abad ke 17,iaitu Sejarah Melayu dan
Hikayat Hang Tuah.Hal ini kerana karya-karya tersebut sangat kerap digunakan sebagai
rujukan untuk menghasilkan karya-karya melayu moden pada hari ini khususnya dari
aspek seni teater.








2.0 PERKARA-PERKARA BAHARU DAN MENARIK
Artikel ini di tumpukan kepada dua teks lama karya melayu iaitu Sejarah Melayu dan
Hikayat Han Tuah.Sejarah Melayu banyak menceritakan tentang asal usul Sultan Melayu
yang yang dikatakan berasal daripada keturunan Iskandar Zulkarnain.Hikayat Hang Tuah
pula menceritakan tentang asal usul kerajaan Melaka dan dan memusatkan perhatian
karya ini kepada Hang Tuah.Turut diceritakan hikayat Hang Tuah bersama empat
saudaranya yang lain yang banyak mencipta kejayaan bersama-sama.

Karya sastera sejarah yang diterbitkan sebelum kemerdekaan banyak berilhamkan
SM dan HHT.Karya-karya tersebut juga dikaitkan dengan gerakan nasionalisme Melayu
yang muncul pada awal abad ke 20.Orang Melayu mulai sedar akan kedudukan ekonomi
mereka yang lebih rendah daripa orang cina dan india.Setelah Inggeris mendapat
kembali kuasa mereka,Malayan Union diwujudkan dan menambah kerisauan
masyarakat Melayu apabila status kewarganegaraan sangat mudah diperolehi oleh
orang cina dan india dan kuasa raja-raja mereka hanya terhad kepada hal-hal agama dan
istiadat sahaja.Hal ini membuatkan orang melayu bersatu dan membantah tindakan
Malayan Union.Malayan Union akhirnya dibubarkan dan digantikan dengan Persekutuan
Tanah Melayu.Dengan ini ,status kewarganegaraan menjadi susah untuk didapatkan.

Untuk memperoleh kemerdekaan,syarat yang diajukan oleh Inggeris ialah
keharmonian etnik.Hal ini dicapai dengan wujudnya parti politik seperti Parti
Perikatan.Setelah menang besar pada pilihan raya,akhirnya beberapa tahun selepas
itu,merdeka diisytiharkan oleh Tunku Abdul Rahman pada 31 Ogos 1957.








Shaharom Hussain adalah merupakan salah seorang pengarang terpenting dengan
karyanya mendapat ilham dari SM.Tujuan karyanya adalah untuk menaikkan semangat
orang Melayu untuk merampas kembali tanah mereka dari tangan Inggeris.Beliau turut
menekankan betapa pentingnya perpaduan dalam menuju ke arah kemerdekaan.Karya
karya beliau dinukilkan secara buku seperti novel dan lain.Banyak kisah antara
darinya,adalah untuk menyeru kaum perempuan terlibat sama dalam pergerakan politik
semasa zaman darurat.Beliau mengambil ilham Tun Fatimah dari SM,dan
menggambarkan beliau sebagi seorang wirawati Melayu.Bukan sahaja dibukukan malah
karya-karya beliau turut dipentaskan.

Berlainan pula dengan Abdul Samad Ahmad,novelnya banyak berunsurkan dari
HHT.Beliau juga turut menceritakan tentang cerita orang-orang tua iaitu,Singapura
Dilanggar Todak.Peristiwa ini berpunca kerana balasan Allah terhadap Raja Singapura
yang menjatuhkan hukuman mati kepada Tuan Jana Khatib yang datang ke sana untuk
menyebarkan agama Islam.HHT juga dijadikan tumpuan pengarang ini kerana beliau
seolah taksub dengan sejarah wira melayu seorang ini.

Selepas kemerdekaan negara,pengarang masih mengambil ilham dari SM dan
HHT,kerana mereka mahu mempelajarinya.Hal ini kerana,mereka turut berpendapat
dengan mempelajarinya,ia dapat dijadikan pengajaran agar mereka tidak mengulangi
kesalahan-kesalahan lalu.


3.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya,karya- karya moden banyak yang berjalan seiring dengan gerakan
Kebangsaan Melayu.Usaha pengarang mengambil contoh wira dan wirawati terdahulu
untuk menaikkan semangat rakyat dalam menentang penjajah perlulah
dicontohi.Selepas kemerdekaan,pengarang mengubah corak penulisan mereka dari
aspek penuntutan hak kemerdekaan kepada mempertahankan kemerdekaan negara .

You might also like