Banjir kilat berlaku disebabkan oleh ketidakseimbangan kitaran
hidrologi di kawasan bandar. Bincangkan.
Banjir kilat merupakan satu fenomena yang kerap berlaku di kawasan bandar. Di Malaysia, risiko dan terdedahnya manusia kepada bahaya banjir kilat, khasnya kawasan bandar-bandar besar yang mempunyai taburan penduduk yang padat serta kadar binaan yang tinggi, telah meningkat dengan signifikannya dalam tahun-tahun kebelakangan ini. Hal ini terbukti oleh kejadian-kejadian banjir kilat yang serius di sekitar bandar utama seperti Kuala Lumpur, eorgetown, !poh, Kota Bharu dan lain-lain. "enomena ini berpun#a daripada ketidakseimbangan kitaran hidologi di kawasan bandar. $ntara faktor yang menyumbang kepada fenomena tersebut ialah% Faktor berlakunya banjir kilat a) Proses pembandaran &roses pembandaran menyebabkan banyak kawasan yang dipermodenkan. Kawasan-kawasan tanah rendah telah ditebus guna dengan mengambil tanah dari kawasan bukit. $da juga anak-anak sungai yang ditimbus untuk dijadikan tapak bangunan. $kti'iti-akti'iti seperti ini merupakan faktor penyebab berlakunya banjir. (ika dahulu anak-anak sungai dan lembah dijadikan kawasan aliran air, kini kawasan tersebut telah ditimbus dengan tanah. $pabila hujan turun, air akan mengalir dari kawasan bukit ke kawasan yang rendah dan kemudian bertakung. Lama-kelamaan air akan bertambah dan banjir kilat akan berlaku. )elain itu, pembangunan yang dilaksanakan tanpa kawalan menyebabkan pemaju-pemaju tidak memikirkan aliran air yang perlu diwujudkan pada skala yang besar. *atijahnya, apabila hujan turun tanpa henti dalam masa dua atau tiga jam telah mengakibatkan banjir kilat. +ontohnya pada tahun ,-./, bandar 0awang telah mengalami banjir kilat. Keadaan ini berlaku kerana kegiatan pembangunan menaik taraf jalan raya di kawasan tersebut sedang giat dilaksanakan. Dalam masa yang sama, parit-parit atau longkang tidak dititik beratkan, bahkan parit dan longkang yang sedia ada pun sudah tertimbus. Kesannya, banjir kilat telah menjejaskan akti'iti harian masyarakat di 0awang. )ebenarnya, dalam melaksanakan pembangunan, pihak pemaju perlu memastikan kerja-kerja pemeliharaan alam sekitar sentiasa dititikberatkan. &emaju-pemaju juga seharusnya untuk menanam pokok- pokok bagi memastikan kelangsungan sistem hidrologi berkekalan atau menyediakan kawasan taman yang dipenuhi pokok-pokok bagi tujuan menjalankan akti'iti hidrologi. $pabila melaksanakan pembangunan, pemaju diingatkan supaya menyediakan sistem perparitan yang dapat menampung jumlah aliran air apabila hujan turun. )elain itu, sikap manusia yang suka membuang sisa-sisa domestik seperti sampah-sarap dan sisa-sisa industri ke dalam sungai boleh menyebabkan sungai menjadi #etek dan pengaliran air tersekat. $pabila hujan lebat turun, sungai yang telah menjadi #etek akibat hakisan semula jadi atau pen#emaran tidak dapat menampung atau mengalirkan air hujan yang banyak. $khirnya air sungai akan melimpah ke tebing dan dengan ini banjir akan berlaku. b) Penerokaan Hutan yang Tidak Terkawal Hutan dan tanah memang berperanan sebagai agen menyerap air hujan yang semulajadi. $pabila air hujan turun dari langit, fungsi penyerapan hutan 1tumbuh-tumbuhan2 dan tanah akan memanjangkan masa air hujan itu untuk mengalir ke sistem saliran, iaitu sungai dan parit. 3ambahan pula, kebanyakan air hujan telah diserap dan tinggal sebahagian ke#il sahaja air hujan yang masuk ke dalam sistem saliran. 4leh itu, sistem saliran yang sedia ada berkemampuan untuk menakung air sebegitu isipadunya. *amun, pembukaan tanah hutan dilakukan untuk projek pembangunan, permukaan semulajadi telah ditukarkan kepada permukaan yang tidak telap air seperti simen, tar, konkrit dan sebagainya. &ermukaan tidak telap air ini menghalang penyusupan air ke dalam tanih. Keadaan ini menyebabkan larian air berlaku di permukaan dan berlakulah peningkatan air se#ara mendadak semasa hujan lebat menggalakkkan kejadian banjir kilat. c) Sistem perparitan tidak cekap )istem perparitan tidak #ekap seperti perparitan yang bersai5 ke#il, jumlah sedikit, tersumbat dengan sampah-sarap tidak dapat menampung isipadu air semasa hujan lebat. !sipadu air hujan yang banyak akan melimpah keluar daripada parit dan longkang dan menyababkan kejadian banjir kilat. d) ekurangan !itupan Tumbuh-Tumbuhan Di kawasan bandar kurang kawasan hijau. Keadaan ini menyebabkan fungsi pokok dalam proses #egatan silara tidak berlaku dan air hujan yang turun menjadi larian air permukaan menggalakkan kejadian banjir kilat.