Salam untuk semua pelawat celiksains.blogspot.com/
Pada post kali ini, Abang One akan menerangkan pula tentang kemahiran membuat hipotesis.
Hipotesis ialah kenyataan umum yang difikirkan benar dan menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa. Walaupun begitu kenyataan berkenaan perlu diuji terlebih dahulu untuk menentukan kebenarannya. Ini bermaksud hipotesis yang dibuat boleh jadi benar atau tidak.
Latihan Dua objek dijatuhkan dari ketinggian yang sama iaitu bola dan kertas.
Langkah penyelesaian: 1-Pelajar mencari faktor yang mempengaruhi objek jatuh (antaranya :bentuk objek, berat objek, saiz objek dan lain-lain) 2-Berdasarkan kefahaman dan pengetahuan lepas, murid mengemukan beberapa penerangan lanjut untuk menghuraikan hubungan antara faktor dan masa objek jatuh. 3-Penerangan lanjut pelajar: A-Objek yang berat jatuh lebih cepat berbanding objek yang ringan B-Semakin larus bentuk objek, semakin laju objek jatuh.
Kesimpulan : Penerangan lanjut yang diberikan di atas ialah hipotesis
Takrif menyiasat iaitu merancang, memanipulasi pembolehubah dan menguji hipotesis untuk membuat keputusan
Mengeksperimen adalah aktiviti yang menggabungkan semua kemahiran proses sains. Anda mengeksperimen dengan merancang penyiasatan, bermula dengan membina hipotesis dan menyatakan pembolehubah yang dimanipulasi, bergerak balas dan malar. Seterusnya anda merekabentuk kaedah mengumpul data, diikuti dengan pelaksanaan mengumpul data, mentafsir maklumat, menerangkan hasil eksperimen dan membuat kesimpulan atau keputusan. Mengeksperimen tidak sama dengan menjalankan eksperimen kerana menjalankan eksperimen bererti anda hanya melaksanakan langkah-langkah penyiasatan yang telah disediakan kepada anda.
Hasil eksperimen disebarkan kepada umum melalui penulisan laporan amali. Maklumat yang perlu ada ialah 1.Penyataan masalah atau soalan kajian yang dikaji 2.Penyataan hipotesis yang diuji 3.Penyataan tentang pembolehubah 4.Penerangan tentang langkah-langkah penyiasatan yang dijalankan 5.Jadual untuk merekod bacaan termasuk bilangan penyiasatan yang dijalankan 6.Graf jika berkaitan 7.Penyataan yang menghubungkait pembolehubah-pembolehubah 8.Perbandingan di antara dapatan eksperimen dan hipotesis untuk mengenalpasti samada hipotesis diterima atau disangkal.
Aktiviti 1.
Dengan menggunakan bahan- bahan yang dipaparkan: 1 gabus,6 keping plastik sebagai kipas roda,1 pisau,1 lidi satay, 2 botol air mineral, salur getah dan corong 1. Bina satu roda air. Berhati-hati semasa menggunakan pisau untuk memotong gabus. 2. Kaji dua faktor yang mempengaruhi kadar pusingan roda air.
3. Nyatakan secara terperinci
semua kemahiran proses sains yang terlibat dalam eksperimen ini.
2. Dengan menggunakan bahan-bahan yang terdapat di rumah (seperti di dalam gambar rajah) seperti tuala, plastik,pembaris panjang, bekas bulu tangkis dan guli, Jalankan eksperimen untuk menentukan rintangan pada permukaan yang berbeza. Nyatakan kemahiran proses yang terdapat dalam eksperimen secara terperinci.
Kemahiran Membina Hipotesis 11. Kemahiran Membina Hipotesis
Takrif membuat generalisasi atau tekaan awal yang boleh diuji berdasarkan beberapa siri pemerhatian dan inferens.
Kemahiran membina hipotesis bergantung kepada kebolehan anda dalam .....
1. membuat pemerhatian yang tepat dan menerangkannya secara terperinci atau merekodkan pemerhatian dalam bentuk gambar rajah, jadual dan graf. 2. mentafsir inferens dan data secara tepat 3. mengenalpasti pola, ciri-ciri sepunya dan 'trend' dalam maklumat 4. membuat penerangan tentang pemerhatian , inferens dan data 5. memberi sebab yang munasabah terhadap setiap hipotesis 6. merancang dan menjalankan eksperimen untuk setiap hipotesis 7. membanding dan membeza data yang menyokong dan tidak menyokong sesuatu hipotesis 8. menyemak hipotesis dengan dapatan ujikaji 9. membezakan inferens daripada hipotesis
Bila dan mengapa perlu membina hipotesis? 1.Hipotesis dibina sebelum penyiasatan atau eksperimen. 2.Hipotesis membimbing pelajar dalam menentukan data yang akan dikumpul dalam eksperimen. 3.Hipotesis yang boleh diuji membantu pelajar merancang eksperimen, iaitu dalam merancang prosedur eksperimen, alat komunikasi yang akan digunakan dan cara bagaimana menganalisis data. 4.Kemahiran berfikir secara kritis diterap semasa menentukan perkaitan antara pembolehubah. 5.Hipotesis menjadi panduan semasa langkah membuat kesimpulan logikal di akhir eksperimen
Bagaimana membina hipotesis? Kenal pasti pembolehubah yang dimanipulasi, pembolehubah bergerak balas dan pembolehubah malar Tulis satu penyataan spesifik yang menghubungkait antara pembolehubah yang dimanipulasi dan pembolehubah bergerak balas. Perlu nyatakan bagaimana pembolehubah yang pertama mempengaruhi pembolehubah kedua.
Contoh hipotesis yang dibina berdasarkan pemerhatian
Anda pernah memerhati bahawa gula pasir larut lebih cepat di dalam air panas berbanding air sejuk. Daripada pemerhatian tersebut anda mungkin membina hipotesis,
"Semua bahan yang larut dalam air akan melarut lebih cepat di dalam air panas berbanding air sejuk"
Hipotesis yang dibina berdasarkan pemerhatian perlu diuji berkali-kali dengan menggunakan pelbagai bahan untuk menetusahkan hipotesis tersebut. Bahan yang diketahui larut dalam air dimasukkan dalam bekas berisi air panas dan bekas berisi air sejuk. Masa untuk melarut dicatat. Jika masa untuk melarut dalam air panas sama dengan atau lebih lama daripada masa melarut di dalam air sejuk, maka hipotesis tidak disokong oleh dapatan eksperimen. Hipotesis perlu diubahsuai atau diganti baru seperti,
"Kebanyakan bahan yang larut dalam air akan melarut lebih cepat di dalam air panas berbanding air sejuk"
Contoh hipotesis yang dibina berdasarkan inferens
Sebatang paku dililit dengan dawai bergelung yang dipasang pada bekalan elektrik. Apabila arus mengalir di dalam dawai bergelung, paku itu dapat menarik klip kertas. Jika bilangan lilitan ditambah bilangan kertas klip yang melekat pada paku turut bertambah. Inferens yang mungkin anda buat ialah apabila bilangan lilitan gegelung bertambah, lebih banyak klip kertas yang ditarik oleh paku kerana kekuatan medan elektromagnet paku juga bertambah. Hipotesis yang dapat dibina berdasarkan inferens ialah, "Semakin banyak lilitan gegelung semakin kuat medan elektromagnet terhasil pada paku."
Seterusnya hipotesis ini diuji untuk mendapatkan data yang akan menyokong atau menyangkal hipotesis tersebut.
Bagaimana menilai hipotesis anda?
Bandingkan hasil eksperimen dengan hipotesis yang dibina.Jika dapatan eksperimen menyokong hipotesis, maka hipotesis itu boleh diterima. Jika sebaliknya hipotesis tersebut perlu diubahsuai atau diganti dengan yang baru.
Kemahiran Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa 8. Kemahiran Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa Takrif Menghuraikan perubahan parameter dengan masa. Contoh parameter seperti lokasi,arah, bentuk, saiz, isipadu, berat dan jisim.
contoh Amin meletakkan ais ke dalam bekas dan suhu ais diukur setiap 5 minit. Amin merekodkan Pemerhatian di dalam jadual 1.
Jadual 1
Huraikan hubungan antara suhu dengan masa. Buat kesimpulan berdasarkan keputusan.