You are on page 1of 19

UNIT 3

CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN

Ciri utama usahawan merupakan set
tingkah laku yang menyumbang ke atas
kejayaan seseorang usahawan berjaya.
Individu yang cenderung untuk
menceburkan diri dalam bidang
keusahawanan perlu memahami profil
usahawan berjaya, menghayati dan
mengamalkan ciri utama usahawan
berjaya
CIRI-CIRI UTAMA USAHAWAN
KREATIF
INOVATIF
BIJAK MENGAMBIL PELUANG
BERWAWASAN ATAU BERPANDANGAN
JAUH
MEMILIKI DORONGAN DALAMAN
TIDAK MUDAH PUTUS ASA
BERANI MENGAMBIL RISIKO
Unit 3 Ciri-Ciri Keusahawanan
1. KREATIF
Bermaksud : mempunyai kebolehan
mencipta, menghasilkan dan
mengembangkan sesuatu produk atau
idea baru dan asli.
Contoh :
* berkemampuan mencipta kereta
yang boleh terbang bila diperlukan.
* penciptaan mesin Automatic Teller
Machine (ATM).

2. INOVATIF
Bermaksud: kebolehan untuk melakukan
pembaharuan atau pengubahsuaian
untuk mempertingkatkan atau
memperbaiki mutu sesuatu produk

Kehendak manusia yang sentiasa
berubah merupakan penggerak kepada
inovasi

Inovasi yang dilakukan akan
mengandungi elemen kreativiti di
dalamnya.
Unit 3 Ciri-Ciri Keusahawanan
Sambungan.
Contoh: ketidakselesaan membawa
pelbagai jenis kad seperti lesen, kad
pengenalan, kad ATM dan lain-lain dapat
diatasi dengan mencipta satu kad serba
guna iaitu kad pintar

Matlamat inovasi ialah untuk melakukan
sesuatu dengan efisyen dan berkesan
Unit 3 Ciri-Ciri Keusahawanan
3. BIJAK MENGAMBIL PELUANG
Peluang bermaksud kesempatan yang datang atau
dicari untuk direbut dan dimanfaatkan oleh
seseorang bagi mendapatkan hasil atau pulangan
yang menguntungkan

Contoh: pembangunan kawasan perumahan baru
akan mewujudkan pelbagai peluang perniagaan
seperti peruncitan, pengangkutan dan komunikasi.

Oleh itu usahawan perlu bijak merebut peluang dan
menjalankan perniagaan yang dapat memenuhi
keperluan dan kehendak penduduk
Unit 3 Ciri-Ciri Keusahawanan
4. BERWAWASAN
Wawasan ialah matlamat jangka panjang

Wawasan memberi hala tuju yang menjadi panduan
kepada seorang usahawan

Wawasan yang diimpikan perlu diisi dengan usaha
yang gigih dan realistik

Contoh: Tan Sri Azman Hashim mempunyai
wawasan untuk mewujudkan satu rangkaian bank
sendiri
Unit 3 Ciri-Ciri Keusahawanan
5. MEMILIKI DORONGAN
DALAMAN
Dorongan dalaman : desakan yang terbit dari
dalam diri usahawan untuk mencapai kejayaan

Usahawan yang mempunyai dorongan
dalaman yang kuat dapat membuktikan
kemampuan dirinya

Dorongan dalaman meliputi keyakinan diri
untuk melakukan sesuatu tugas serta
menghadapi cabaran dengan jayanya.
Unit 3 Ciri-Ciri Keusahawanan
6. TIDAK MUDAH PUTUS ASA
Bermaksud: cekal menghadapi pelbagai
halangan dan cabaran

Usahawan yang berjaya tidak mudah putus
asa apabila menghadapi kegagalan, berusaha
berulang kali untuk mengatasi cabaran yang
menghalang pencapaian matlamat

Apabila gagal dia akan terus mencuba kerana
setiap kegagalan akan memberi pengajaran
yang sangat berguna

Unit 3 Ciri-Ciri Keusahawanan
PROFIL USAHAWAN YANG
BERJAYA
Profil usahawan yang berjaya adalah satu
gambaran yang menerangkan tentang latar
belakang dan faktor yang membawa
seseorang usahawan kepada kejayaan

Usahawan yang berjaya boleh ditakrifkan
sebagai seorang usahawan yang telah
berjaya mendirikan dan memperluaskan
perniagaannya
Unit 3 Ciri-Ciri Keusahawanan
PROFIL USAHAWAN YANG
BERJAYA
LATAR BELAKANG
FAKTOR DORONGAN
KEGAGALAN DAN HALANGAN
CARA MENGATASI KEGAGALAN DAN
HALANGAN
KEJAYAAN
PRINSIP HIDUP
Unit 3 Ciri-Ciri Keusahawanan
LATAR BELAKANG
Usahawan yang berjaya mempunyai faktor
latar belakang yang berbeza

Antaranya: latar belakang keluarga sama
ada dari segi keluarga perniagaan atau
makan gaji, kedudukan di dalam keluarga
sama ada anak sulung atau tidak,
pengalaman kepimpinan dan pengurusan,
kemahiran teknikal dan kemahiran
hubungan manusia (interpersonal)
Unit 3 Ciri-Ciri Keusahawanan
FAKTOR DORONGAN
Dorongan: rangsangan dalaman dan luaran
yang diperlukan oleh usahawan untuk
mencapai kejayaan yang cemerlang

Dorongan dalaman menjadi pemangkin untuk
berusaha bersungguh-sungguh desakan dari
dalam diri sendiri

Dorongan luaran adalah daripada ahli keluarga,
masyarakat, kerajaan, dewan-dewan
perniagaan dan tokoh korporat yang berjaya
Unit 3 Ciri-Ciri Keusahawanan
KEGAGALAN DAN HALANGAN
Terdapat 2 jenis halangan iaitu halangan
dalaman ( kelemahan diri sendiri) dan
luaran (faktor persekitaran, undang-undang
dan kebudayaan)

Faktor yang menyebabkan kegagalan :
pengurusan kewangan yang tidak cekap,
tidak peka kepada maklumat sekeliling,
ketidakcekapan dalam pengeluaran dan
produk yang tidak kompetitif

Unit 3 Ciri-Ciri Keusahawanan
Sambungan

Usahawan perlu menjadikan kegagalan
sebagai pengajaran, perlu memperbaiki
kesilapan dan mengelakkan dari melakukan
kesilapan yang serupa di masa hadapan

Unit 3 Ciri-Ciri Keusahawanan
CARA MENGATASI KEGAGALAN
DAN HALANGAN
Mengatur strategi perniagaan yang lebih mantap

Melengkapkan diri dan sumber-sumber kawalannya
seperti tenaga kerja, teknologi pengeluaran, mesin,
peralatan dan bahan mentah

Contoh: kegagalan menyiapkan projek perumahan
pada tempoh masa yang ditetapkan boleh diatasi
dengan perancangan yang rapi

Unit 3 Ciri-Ciri Keusahawanan
KEJAYAAN
Bermaksud: suatu kemajuan ke arah
pencapaian matlamat cemerlang

Setiap individu mempunyai takrif kejayaan
yang tersendiri

Seseorang usahawan akan sentiasa
berusaha untuk mencapai matlamat yang
telah ditetapkan
Unit 3 Ciri-Ciri Keusahawanan
PRINSIP HIDUP
Bermaksud: asas pegangan yang dijadikan
sebagai panduan dalam hidup seseorang

Usahawan berjaya biasanya mempunyai
prinsip hidup sebagai pegangan mereka

Contoh: jujur dalam urusniaga, amanah,
cekap, sederhana, telus mengendalikan
perniagaan dan lain-lain
Unit 3 Ciri-Ciri Keusahawanan

You might also like