You are on page 1of 9

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

1. Tahun 4 Hijau
2. Tarikh/ Masa 9.40 -11.00 pagi
3. Bilangan Murid 33 orang
4. Mata Pelajaran Bahasa Melayu.
5. Tajuk Kelapa Sawit.






6.

HPU
7.0 Membaca, menaakul dan menghayati kandungan teks yang
dibaca.

7.1 Membaca dan menerangkan maksud kandungan teks yang
tersirat dan tersurat.


ARAS
Aras 2
i. membaca bahan edaran yang diberikan.

ii. menjelaskan maksud petikan yang diberikan.


HPS
9.2 mengenal pasti maklumat dan mencatat nota daripada bahan
yang didengar atau dibaca.

10.3 membuat ringkasan daripada bahan yang didengar dan dibaca.


ARAS
Aras 2
i. mencatat nota dalam bentuk grafik.

Aras 3
i. menulis ringkasan menggunakan pengurusan grafik.


7.

OBJEKTIF
Murid akan dapat:

i. Membaca dan menerangkan maksud kandungan teks
yang tersirat dan tersurat.

ii. Menjelaskan maklumat dan mencatat nota daripada
bahan yang didengar dan dibaca

iii. Membuat ringkasan daripada bahan yang didengar dan
dibaca.


8.

KEMAHIRAN
BAHASA

MENDENGAR

MEMBACA

BERTUTUR

MENULIS



9.

SISTEM BAHASA

TATABAHASA

EJAAN

SEBUTAN & INTONASI





10.


PENGISIAN
KURIKULUM

Ilmu


Kajian Tempatan
Nilai Murni Berbakti kepada tanah
Kewarganegaraan
Peraturan
Sosio/Budaya



11.

KEMAHIRAN
MENILAI TAMBAH
Kem. berfikir

Kem. TMK
Kecerdasan Pelbagai

Kem. Konstruktivisme
Kem. Belajar Cara
Belajar
Kem. Kontekstual
Kajian Masa Depan



12.
BAHAN BANTU
MENGAJAR
Kertas mahjong, bahan edaran, borang grafik, bahan visual

13.
PENGETAHUAN
SEDIA ADA
Murid boleh mengenalpasti maklumat dan dapat menggambarkan
pokok kelapa sawit
























LANGKAH-LANGKAH


Langkah dan
Masa

Isi Kandungan

Aktiviti Pengajaran dan
Pembelajaran

Catatan


Set Induksi
( 7 minit )

1. Tayangan video
- pertanian

2. Soalan yang diajukan:

- Apakah itu
pertanian?

- Berikan contoh pokok
yang ditanam secara
ladang?

- Bagamana rupa
pokok kelapa sawit?


1. Guru mengimbas
kembali pelajaran
lepas dengan tayang
video.

2. Guru menyoal
pemahaman murid
tentang pertanian.

3. Guru menerangkan
tajuk pengajaran hari
ini.

- bahan visual

KBCB:
- teknik soalan

- Kontekstual:
menghubungkait
si pelajaran
dengan
pengalaman
sedia ada
murid.

Langkah 1
(15 minit )

1. Teks bertajuk kelapa
sawit (lampiran 1)

2. Bacaan kuat 4
orang pelajar.

3. Sebutan dan intonasi
pelajar

4. Perbincangan antara
guru dan murid
maklumat tersurat

1. Guru mengedarkan
teks dan minta murid
membaca secara
senyap.

2. Guru minta
beberapa orang
murid membaca
petikan secara kuat.

3. Guru membetulkan
sebutan dan intonasi
semasa murid
membaca.

4. Guru berbincang
dengan murid
tentang isi yang
terkandung di
dalam teks.




- Petikan teks

- Teknik bacaan:
mentalis dan
mekanis.

- Kecerdasan
pelbagai:
(a) interpersonal
(b) intrapersonal

Langkah 2
( 20 minit )

1. Tetapkan kumpulan-
5 kumpulan.

2. Borang grafik:
(lampiran 2)

3. Tayangan visual

4. Kertas mahjong-lekat
di papan hitam

1. Guru meminta murid
masuk ke dalam
kumpulan masing-
masing yang telah
ditetapkan.

2. Guru menayangkan
semula teks dalam
bentuk visual kepada
murid-murid dan
meminta murid
mencatat maklumat
penting di dalam
borang grafik yang
diedarkan.


3. Guru meminta murid
berbincang tentang
kegunaan kelapa
sawit dan
bahagiannya
berdasarkan bahan
visual yang
ditayangkan di dalam
kumpulan murid
catat hasil
perbincangan
dalam borang grafik
yang diedarkan.

4. Guru mengadakan
pertandingan antara
kumpulan untuk
menyenaraikan hasil
perbincangan pada
kertas mahjong di
papan hitam.


- Kemahiran
berfikir

- Kaedah latih
tubi tulisan


- Borang grafik

- Bahan visual:
tayangan video

- Kertas mahjong

Langkah 3
( 10 minit )

1. Lampiran 3

1. Guru minta murid
menyalin semula
maklumat pada
kertas mahjong di
papan hitam ke
dalam buku latihan.






- Teknik latih tubi
tulisan

- Kemahiran soal
jawab





















2. Guru edar helaian
soalan tatabahasa
dan bincang bersama
dengan murid
sebagai pengukuhan
pengajaran hari ini.


Langkah 4
( 5 minit )

1. Beri rumusan
peribadi- pilih
beberapa orang
pelajar.

2. Rumusan daripada
guru



1. Guru meminta
murid membuat
rumusan
berdasarkan
maklumat pada
bahan grafik
sebelum guru
memberikan
rumusannya .





- Kemahiran
berfikir

- Kertas mahjong

Penutup
( 3 minit )

1. Nilai-nilai murni yang
boleh didapati:
-berbudi kepada
tanah.


1. Guru bincang nilai
murni bersama-sama
murid dengan ber
beberapa contoh
aktiviti yang
melibatkan nilai murni
yang dibincangkan.





-



Pengayaan : Baca petikan berkaitan tanaman lain di pusat sumber dan sumber
bacaan seperti majalah, surat khabar dan sebagainya

Pemulihan : -


Refleksi :










Ulasan guru pembimbing:










Ulasan pensyarah pembimbing :





















LAMPIRAN 1

KELAPA SAWIT

Kelapa sawit ialah sejenis tumbuhan yang banyak kegunaannya. Buah, tandan,
batang, pelepah dan daunnya dapat digunakan untuk menghasilkan pelbagai barangan.

Minyak isirung kelapa sawit dapat digunakan untuk membuat pelbagai jenis makanan
, misalnya marjerin. Marjerin mengandungi pelbagai vitamin yang diperlukan untuk
kesihatan. Makanan lain yang dapat dihasilkan dengan menggunakan isirung kelapa sawit
ialah aiskrim dan lemak makanan.

Minyak isirung kelapa sawit juga dapat digunakan untuk membuat pelbagai barangan
bukan makanan seperti sabun, asid lemak dan minyak yang menggerakkan enjin. Selain
minyak isirung, tandan kelapa sawit pula diproses untuk dijadikan makanan haiwan, bahan
api, baja, dan bahan semaian untuk cendawan.

Bahagian pelepah dan daun pokok kelapa sawit diproses untuk dijadikan sebagai
makanan untuk haiwan ternakan seperti kambing, lembu dan sebagainya.

Batang pokok kelapa sawit pula dapat dijadikan perabot. Pokok yang tua dan tidak
mengeluarkan buah ditebang, dihancurkan dan kemudian dijadikan papan yang bermutu.
Papan tersebut digunakan untuk menghasilkan perabot yang unik. Batang kelapa sawit yang
telah reput amat sesuai dijadikan baja organik.

Ternyata bahawa kelapa sawit banyak memberikan manfaat kepada kita. Oleh itu,
pelaksanaan projek penanaman kelapa sawit secara besar-besaran di negara kita
merupakan tindakan yang amat bijak.






LAMPIRAN 2
KEGUNAAN KELAPA SAWIT DAN BAHAGIANNYA

BUAH

















DAUN DAN PELEPAH BATANG















LAMPIRAN 3


SOALAN PENGUKUHAN




1. Apakah produk yang dapat dihasilkan daripada minyak isirung kelapa sawit?



__________________________________________________________________________________



2. Mengapakah pokok kelapa sawit dikatakan mempunyai banyak kegunaan?



__________________________________________________________________________________


3. Sebelum perabot dihasilkan, batang kelapa sawit diproses sebagai apa?



__________________________________________________________________________________


4. Apakah tindakan yang diambil setelah mengetahui kelapa sawit memberikan banyak
manfaat kepada kita semua?



__________________________________________________________________________________

You might also like