You are on page 1of 4

empat bersejarah di Kuala Lumpur- Kuala Lumpur, iaitu ibu negara bagi negara Malaysia

menyimpan banyak sejarah lampau. Bangunan Sultan Abdul Samad yang dibina pada
tahun 1894merupakan warisan agung sejarah. Di hadapan bangunan tersebut, pelbagai
peristiwa berlaku seperti penurunanbendera Union Jack dan digantikan dengan bendera Jalur
Gemilang pada hari kemerdekaan negara iaitu pada 31 Ogos 1957. Dengan idea Arthur Charles
Alfred Norman, seorangarkitek Inggeris antara tahun 1893-1897, bangunan ini mempunyai seni
binaan pengaruh masjid di India seperti Taj Mahal menjadikannya memiliki seni moorish.

Bangunan
Nama terdahulu Pejabat Baru Kerajaan, Sekretariat
Persekutuan
Gaya seni bina Moghul & Moor
Lokasi Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur,
Malaysia
Pembinaan
Disiapkan April 1897
Pasukan reka bentuk
Arkitek Arthur Charles Alfred Norman
Bangunan Sultan Abdul Samad menjadi mercu tanda bandar raya Kuala Lumpur, ibu
negara Malaysia. Bangunan ini mengambil nama Sultan Abdul Samad, sempena nama Sultan
Selangor pada masa ia mula dibina 1894.
Di hadapan bangunan indah ini beberapa peristiwa sejarah berlaku. Di sinilah tempat di
mana bendera Union Jackditurunkan pada 31 Ogos 1957 dan bendera Jalur Gemilang dikibarkan.
Peristiwa ini menunjukkan berlalulah satu era dijajah kepada era masyarakat yang merdeka.
Bangunan ini diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan dalam kategori Tapak Warisan pada 2007
oleh Jabatan Warisan Negara, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan
Malaysia di bawah Akta 645
http://ms.wikipedia.org/wiki/Bangunan_Sultan_Abdul_Samad

Dataran Merdeka
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Panorama Bangunan Sultan Abdul Samad yang terletak berhadapan dengan Dataran Merdeka.


Stadium Merdeka di tengah-tengah Kuala Lumpur, dimana kemerdekaan Malaya diisytiharkan oleh Tunku Abdul
Rahman dengan pekikan 7 kaliMERDEKA pada 1957.
Dataran Merdeka dahulunya dikenali sebagai Padang Kelab Selangor terletak dipusat pentadbiran
lama Kuala Lumpur. Pada asalnya ia merupakan padang kriket bagi Kelab Selangor (kini Kelab
diraja Selangor). Mengelilingi padang tersebut adalah bangunan bersejarah termasuk Bangunan
Kelab Diraja Selangor yang terletak di penjuru padang di mana orang-orang penting Kuala Lumpur
sering bertemu, Bangunan Sultan Abdul Samad, Muzium Sejarah Kebangsaan, dan Perpustakaan
Peringatan yang dibina 1909, kathedral St Mary'sAnglican, bangunan stail Gothik yang berusia lebih
seratus tahun dan kompleks Dayabumi moden yang menakjubkan.
Di sinilah, di hadapan bangunan Sultan Abdul Samad, bendera Union Jack diturunkan dan bendera
Federasi Malaya dinaikan buat pertama kali pada tengah malam 31 Ogos 1957.
[1]
Semenjak
itu, Dataran Merdekamenjadi tempat perarakan sambutan ulang tahun
kemerdekaan Malaysia setiap tahun sejak 1957. Pelbagai acara diadakan di sini. Antaranya
ialah Citrawarna dan Larian Merdeka.
Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan mercu tanda yang paling penting yang dibina oleh pihak
British, yang mengadap kearah Dataran Merdeka. Seni bina Moorish yang indah ini siap dibina pada
1897, menjadi pejabat beberapa jabatan penting semasa pentadbiran British.


Tiang bendera pada waktu malam
Tiang bendera setinggi 95-meter, antara yang tertinggi di dunia, menandakan tapak itu dengan
kepingan bulat marmar hitam. Ia terletak di bahagian selatan dataran.
[2]

Bangunan kayu separuh Tudor dibina pada 1890 dan menjadi tempat menonton perlawanan Kriket
pada petang Ahad.
Bangunan Kelab Di raja Selangor stail Tudor, yang dibina pada 1890 jauh berbeza dengan
bangunan seni bina Moorish bangunan Sultan Abdul Samad yang terletak arah bersetentangan
dataran.
Dataran Merdeka mempunyai bahagian bawah tanah yang dibangunkan pada tahun 1995. Dataran
Merdeka bolehlah dikatakan berfungsi sebagai terowong keselamatan jika terjadi peperangan
sebagaimana di Iraq.
Namun begitu pada tahun 1998, Dataran Merdeka ditenggelami air banjir kilat yang melimpah
dari Sungai Bonus . Tahun 1971 Kuala Lumnpur turut ditenggelami banjir besar.
Dataran Merdeka kini digunakan semula untuk sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-50 termasuk
Konsert Menjelang Malam Merdeka.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Dataran_Merdeka

You might also like