You are on page 1of 59

FITRAH MANUSIA

Mengikut Kamus Dewan (1998) perkataan fitrah


berasal daripada Bahasa Arab yang membawa
erti sifat semula jadi, bakat, pembawaan atau
perasaan keagamaan

Fitrah manusia boleh diertikan sebagai sifat
insan yang mempunyai bakat atau potensi
semula jadi serta perasaan keagamaan.

Aa Gym (2005) mendefinisikan fitrah sebagai
tabiat yang suci dan asli yang dibawa manusia
sejak lahir dan belum pernah disentuh atau
diubah.
PENGERTIAN FITRAH MANUSIA
Rogers (1951) menyatakan manusia
berkeupayaan untuk menjadi positif dan baik

Ini bererti fitrah merupakan:
i Suatu pemberian atau anugerah yang
diberikan oleh Tuhan kepada manusia sama
ada dalam bentuk fizikal atau mental.
ii Suatu ketetapan Tuhan sejak manusia itu
belum dilahirkan merangkumi aspek potensi,
bakat semulajadi, keupayaan mental dan
fizikal.
PERSPEKTIF AGAMA
Menurut tokoh Islam, fitrah manusia merujuk
kepada satu ketetapan dan pemberian Tuhan
sejak lahir berlandaskan aspek-aspek seperti
bakat, mental, emosi dan fizikal.

Manusia adalah sebaik-baik kejadian yang
diciptakan oleh Allah S.W.T di muka bumi.

Akal yang dikurniakan oleh Tuhan membezakan
kejadian manusia dengan makhluk-makhluk lain
yang ada di muka bumi ini.
Ini bererti agama Islam percaya manusia yang
dijadikan di dunia ini mempunyai keperluan-
keperluan tertentu mengikut kejadiannya iaitu:

(a) Kehidupan beragama
Kehidupan beragama merupakan fitrah manusia
muka bumi ini. Ini ditegaskan Allah S.W.T
dalam Al-Quran.
Sesungguhnya agama yang diredhai di sisi Allah
S.W.T hanyalah Islam
(Surah Al Imran : 19)

Dengan mengenali pencipta Nya, manusia akan
mensyukuri keunikan kejadian manusia dan
menyebabkannya menghargai setiap bakat,
kebolehan dan keistimewaan yang telah dikurniakan
oleh Allah S.W.T kepada setiap hambanya.
ASPEK PENTING DALAM POTENSI MANUSIA
1.Perkembangan Intelek
~ dapat dilihat daripada daya pemikiran, cara
seseorang itu berfikir untuk menyelesaikan
masalah, merka cipta dan kebolehan menaakul.
2. Perkembangan Rohani
~ merujuk kepada kepercayaan beragama, nilai
dan norma masyarakat serta perlakuan peribadi
individu.
3. Perkembangan Sosial
~ hubungan individu dengan orang lain. Tingkah
laku dan budi pekerti yang baik membolehkan
individu tersebut diterima baik oleh orang lain.
4. Perkembangan Emosi
~ dapat dilihat sebagai suatu keadaan di mana
seseorang itu dapat memahami perasaan diri
sendiri dan orang lain dan berupaya mencapai
kesedaran, keinsafan, bertanggungjawab dan
boleh dipercayai.

5. Perkembangan Jasmani
~ kebolehan dan keupayaan fizikal dalam bentuk
kemahiran psikomotor dalam aktiviti
permainan dan bersukan.
FITRAH KEJADIAN MANUSIA DARI
PERSPEKTIF BIOLOGI
Manusia dilahirkan dengan mempunyai keunikkan
tersendiri dan anugerah yang tidak ternilai
daripada Allah S.A.W.
Manusia mempunyai keunikkan meliputi seluruh
bidang kehidupan (ekonomi, sosial, pendidikan
agama, budaya)
Fitrah manusia dari pespektif biologi melibatkan
aspek-aspek genetik, iaitu :
i. Baka
ii. Faktor persekitaran
ASAS-ASAS GENETIK
1. Baka
Mempengaruhi perbezaan individu daripada aspek:
i Mental tahap kecerdasan seseorang
ii Fizikal warna rambut, mata, kulit, tinggi, rendah
dan sebagainya.
iii Emosi temperamen atau kesabaran
dalam menghadapi cabaran.
2. Faktor persekitaran
Persekitaran turut menyumbang kepada
perbezaan individu dalam fitrah kejadian manusia
daripada aspek:
i Latar belakang keluarga (pengasuhan dan
pendidikan)
ii Pengaruh rakan sebaya (keperibadian positif)
iii Kebudayaan dan kepercayaan masyarakat
(pembentukan falsafah hidup)
iv Sumber teknologi (maklumat yang diperolehi)
v Guru dan sekolah (melahirkan pelajar yang
berilmu, berketrampilan, berakhlak mulia dan
bertanggunggajawab)
KONSEP PERTUMBUHAN DAN
PERKEMBANGAN





Awak kelihatan ramping dan
matang sekarang berbanding
semasa di sekolah menengah
dahulu
KONSEP PERTUMBUHAN DAN
PERKEMBANGAN

1. PERTUMBUHAN
Istilah ramping bermaksud pertumbuhan
Ianya merujuk kepada perubahan fizikal (kaki &
tangan memanjang, kepala membesar, berat
badan bertambah, pembendaharaan kata
bertambah
Dengan kata lainnya mewakili perubahan
kuantitatif atau gambaran kepada perubahan
fizikal

2. PERKEMBANGAN
Istilah matang bermaksud perkembangan
Ianya bersifat kunatitatif dan kualitatif di mana
ianya berlaku berterusan terhadap manusia dan
binatang
Perubahan yang berlaku adalah secara tertib dan
kekal untuk jangka masa yang lama. Tetapi
sekiranya berlaku perubahan penurunan berat
badan selepas diserang penyakit yang
berpanjangan, ianya bukan dianggap
perkembangan
Lima Jenis Perkembangan Manusia :
1. Perkembangan Rohani berkaitan dengan Tuhan
2. Perkenbangan Kognitif pemikiran
3. Perkembangan Sosial perhubungan antara manusia
4. Perkembangan Fizikal perubahan tubuh badan
5. Perkembangan Emosi perubahan personaliti
individu
Perkembangan kelima-lima aspek ini berlaku
tidak sama antara individu
Banyak perubahan yang berlaku semasa
perkembangan adalah hasil dari perkembangan
dan kematangan
Kematangan adalah merujuk kepada perubahan
tingkahlaku yang bebas dari pengaruh
persekitaran, perubahan ini dikawal oleh baka
iaitu berlaku secara fitrah dan bersahaja.
PRINSIP PERTUMBUHAN DAN
PERKEMBANGAN(PP)
PP dari umum kepada khusus bayi menangis
kemudiannya berfokus kepada yang khusus
seperti lapar, sakit dsb
PP berlaku berdasarkan peningkatan kerumitan
dari otot kasar ke otot halus
PP berlaku pada kadar yang berbeza
PP berlaku mengikut tertib kematangan berlaku
dari kepala mendahului tangan dan kaki
PP berlaku secara beransur-ansur
2.3 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
PERKEMBANGAN MANUSIA
2.3.1 Faktor Endogen(dalam individu)
Dibawa oleh individu sejak dlm
kandungan hingga kelahiran.
Faktor keturunan atau pembawaan
Cth: Baka Faktor Rh
darah
Pemakanan Kesan X-
Ray
Kesihatan Ibu Emosi Ibu
Dadah dan Alkohol Umur Ibu
Merokok Teratogenik
dan
Penyakit Ibu
2.3.2 Faktor Eksogen
Faktur yg datang dari luar diri individu.
Cth: Pemakanan
Keluarga
Rakan Sebaya
Sekolah
Tempat Tinggal
Media Elektronik dan Sebaran Am
Pusat Ibadat
Persekitaran Dunia
Teori Perkembangan Kematangan
Arnold Gesell
Arnold Lucius Gesell(1880-1961) ahli psikologi
perkembangan.
Perkembangan mementingkan baka(dalaman)
sebagai penggerak utama terhadap
perkembangan
Ciri-ciri tertentu akan muncul apabila tiba
peringkat kematangan yang bersesuaian
Peringkat perkembangan berbeza kerana kadar
pertumbuhan yg berlainan.
Lima tahun pertama merupakan tapak
perkembangan tingkah laku dan aspek lain yg
membawa kpd perkembangan seterusnya.
Teori Perkembangan Arnold Gesell
UMUR CIRI-CIRI
Lahir - 4 tahun Masa perkembangan yang lancar
5 - 6 tahun Masa transisi : keperluaan sekolah, rakan
sebaya dan pengubahsuaian kepada
peraturan
7 - 10 tahun Masa penyatuan dan penyesuaian
kepada alam persekolahan
11 - 14 tahun Masa transisi : konflik berhubung dengan
baligh dan keremajaan
15 - 16 tahun Masa penyatuan : persediaan untuk
menghadapi alam dewasa
Teori Tugasan Perkembangan
Robert Havighurst
Tugas perkembangan bermaksud jangkaan ibu
bapa dan masyarakat tentang tingkah laku yg
sepatutnya dikuasai oleh seseorang individu
pada peringkat umur tertentu(Atan Long,1980).
Tugas perkembangan ialah satu set kemahiran
atau kebolehan yg perlu dikuasai oleh individu utk
menambah penguasaan terhadap
persekitaran(Newman dan Newman,1999)
Individu mesti menyelesaikan tugasan pada
setiap peringkat perkembangan pada satu tahap,
jika tidak individu itu akan mengalami masalah
pada peringkat yang berikutnya.
Robert Havighurst menekankan bahawa
perkembangan kanak-kanak amat dipengaruhi
alam sekitarnya.

Dlm kehidupan kanak-kanak sehingga dewasa
dan seterusnya tua, individu harus memenuhi
atau mencapai tugas-tugas perkembangan yg
telah ditetapkan oleh masyarakat dan budaya di
mana individu tersebut tinggal.
TUGAS-TUGAS PERKEMBANGAN HAVIGHURST
1) PERINGKAT BAYI AWAL KANAK-KANAK ( 0 2 TAHUN)

2) PERINGKAT PERTENGAHAN KANAK-KANAK ( 2 3 TAHUN)

3) PERINGKAT PRA-SEKOLAH ( 4 6 TAHUN)

4) PERINGKAT SEKOLAH RENDAH (6 12 TAHUN)

5) PERINGKAT AWAL REMAJA (12 18 TAHUN)

6) PERINGKAT AKHIR REMAJA (18 22 TAHUN)

7) PERINGKAT AWAL DEWASA (22 34 TAHUN)

8) PERINGKAT PERTENGAHAN DEWASA (34 60 TAHUN)

9) PERINGKAT AKHIR DEWASA (60 75 TAHUN)

10) PERINGKAT TUA ( 75 TAHUN KE ATAS)
PERINGKAT BAYI - AWAL KANAK-KANAK ( 0 - 2 TAHUN)
CUBA JALINKAN HUBUNGAN KASIH SAYANG DENGAN IBU BAPA,
ADIK-BERADIK DAN PENGASUHNYA. SISTEM DERIA, PERSEPSI DAN
FUNGSI MOTOR BERANSUR-ANSUR MENJADI MATANG.
BOLEH MELAKUKAN PELBAGAI PERGERAKAN
BERKOMUNIKASI DDALAM BAHASA MUDAH
BOLEH TERLIBAT DALAM PERMAINAN FANTASI
SUKA BERCAKAP DAN BERMAIN SEORANG DIRI
MEMBAYANGKAN DIRINYA BERADA DALAM SITUASI YANG
DIALAMI OLEH PERSONALITI YANG DISUKAINYA
BELAJAR MENGAWAL PERGERAKAN DIRI DAN BELAJAR
MENGAWAL EMOSI
PERINGKAT PERTENGAHAN KANAK-KANAK ( 2 3 TAHUN)
PERINGKAT PRA-SEKOLAH ( 4 6 TAHUN)
BERKAWAN DAN BERMAIN DENGAN KANAK-KANAK LAIN DI SEKITAR
RUMAHNYA
BELAJAR PERANAN IKUT JANTINA
MULA MEMBENTUK PANDANGAN TERHADAP DIRI SENDIRI TEORI
KENDIRI
MELALUI PERKEMBANGAN MORAL PERINGKAT AWAL KANAK-KANAK
BERKELAKUAN BAIK UNTUK MENGELAKKAN HUKUMAN (KOHLBERG,
1976)
PERINGKAT SEKOLAH RENDAH ( 6 12 TAHUN)
MEMASUKI SEKOLAH DAN BELAJAR BERSAHABAT
PERKEMBANGAN KOGNITIF PERINGKAT OPERASI KONKRIT
BOLEH MENILAI DIRI SENDIRI DAN ORANG LAIN
MELIBATKAN DIRI SEBAGAI AHLI PASUKAN SESUATU PERMAINAN /
PERSATUAN.
AWAL REMAJA ( 12 18 TAHUN)
MENCAPAI KEMATANGAN FIZIKAL
PERKEMBANGAN KOGNITIF PERINGKAT OPERASI FORMAL
PERKEMBANGAN EMOSI INGINKAN KEJAYAAN DAN PENGHARGAAN
SERTA LEBIH MAMPU MENGAWAL EMOSI.
MEMBENTUK KUMPULAN RAKAN SEBAYA MULA TERTARIK KEPADA
RAKAN DARI JANTINA BERLAINAN
AKHIR REMAJA ( 18 22 TAHUN)
CUBA MENDAPAT OTONOMI DARIPADA IBU BAPA
MEMBENTUK IDENTITI MENGIKUT JANTINA
MELALUI PERGAULAN SOSIAL MENERAP / MEMATUHI NILAI
MORAL MASYARAKAT
TAMAT BELAJAR DAN DALAM PROSES MEMILIH KERJAYA YANG
SESUAI
AWAL DEWASA (22 34 TAHUN)
MENEROKA PERSAHABATAN INTIM DENGAN RAKAN YANG BERLAINAN
JANTINA
PASANGAN YANG TELAH BERKAWIN AKAN MENGASUH DAN MENDIDIK
ANAK
MEMANTAPKAN DIRI DALAM PEKERJAAN DAN MEMBENTUK GAYA
HIDUP (LIFESTYLE)
MENJADI KETUA DALAM PEJABAT / MAHIR DALAM PEKERJAAN
INDIVIDU YANG BERJAYA BAHAGIA DALAM KELUARGA DAN DAN
KEHIDUPANNYA
MELIBATKAN DIRI DALAM KERJA-KERJA AMAL
PERTENGAHAN DEWASA (34 - 60 TAHUN)
AKHIR DEWASA ( 60 75 TAHUN)
INDIVIUD YANG BERJAYA AKAN DIHORMATI
AKAN BERPUAS HATI DAN BERSYUKUR ATAS TAKDIR TUHAN
MENGUBAH TENAGA KE ARAH LAIN BERIBADAT / KERJA-KERJA
AMAL
TUA (75 HINGGA MENINGGAL DUNIA)
TERPAKSA MENANGANI MASALAH KESIHATAN OLEH PEREDARAN
UMUR
INDIVIDU YANG BERJAYA AKAN MENGENANG ZAMAN MUDANYA
DENGAN GEMBIRA DAN BERPUAS HATI
MERASA TENANG MENANTI SAAT KEMATIAN TELAH
MENYEMPURNAKAN SEGALA TANGGUNGJAWABNYA TERHADAP
KELUARGA DAN MASYARAKAT.
Perkembangan Kanak-kanak
hingga remaja
Lahir Hingga Awal Kanak-kanak (0-6 tahun).

Pertumbuhan ketinggian 12 inci setahun.
Pertambahan berat badan 5 paun setahun.
Panjang badan masa lahir 4 kali ganda
panjang muka.
Permulaan tahap ini kanak-kanak mempunyai
semua gigi susu.
Belajar makan makanan pepejal, berjalan,
bercakap, membuang najis dan
pengubahsuaian emosi
Berajar perbezaab jentina
Membentuk konsep betul salah
Havighurst berpendapat:
Kanak-Kanak (6-12 tahun)
Belajar kemahiran fizikal untuk bermain
Membentuk konsep diri yang sihat
Menguasai kemahiran membaca, menulis dan
mengira

Awal Remaja dan Remaja (12 18 tahun)
Menggunakkan fungsi badan dan deria dengan
berkesan
Belajar tanpa bantuan
Boleh mengurus kewangan peribadi
2.5.2 Teori Perkembangan Kognitif
Jean Piaget
Dua proses utk membina kefahaman:
i) Organisasi
ii) Adaptasi
iii) Equilibrasi

Dua cara proses adaptasi:
i) Proses asimilasi-menambah maklumat
baru
ii) Proses akomodasi-mengubahsuai skemata
sedia ada utk memahami maklumat baru.
iii) Bila berlaku ketidakseimbangan kena buat
organisasi atau adaptasi semula pada
skemata utk mendapat keseimbangan.
Umur Peringkat Cara Berfikir
0-2
tahun
Deria motor Mengguna deria motor dan
deria yg lain meninjau dan
memahami persekitaran
2-7
tahun
Praoperasi Berfikir secara simbolik utk
menyelesaikan masalah tetapi
pemikiran masih tidak logik
dan mudah diperdaya oleh
persepsi yg berlainan.
Peringkat Perkembangan Kognitif
Mengikut Jean Piaget
7-11
tahun
Operasi
konkrit
Berfikir secara logik dan
konkrit. Boleh selesai
masalah secara cuba-jaya
12 tahun
ke atas
Operasi
formal
Berfikir secara abstrak
konsep hipotetikal dan
akibat jangka panjang
sesuatu aksi.
sambungan..
Teori Perkembangan Psikososial
Erikson
Teori yang dikemukakan oleh Erikson adalah
berdasarkan lima prinsip,iaitu :

Manusia mempunyai keperluan asas yang
sama.
Perkembangan individu bergantung kepada
tindak balas terhadap keperluan-keperluan
asas.
Perkembangan manusia mengikut tahap-
tahap yang tertentu.
sambunganErikson
Setiap tahap mempunyai konflik dan
konflik ini mesti diatasi sebelum individu
dapat berfungsi dengan jayanya pada tahap
berikutnya.
Kegagalan mengatasi konflik pada sesuatu
tahap akan menjejaskan perkembangan
tahap berikutnya.
Tahap Perkembangan Manusia
Berdasarkan Teori Erikson
Tahap Peringkat
Umur
Konflik
Pertama 0-18 bulan
Pembentukan perasaan percaya lawan tidak percaya
- Bayi mesti menjalinkan hubungan kasih sayang serta
kepercayaan dengan pengasuhnya atau dia tidak percaya
kepada pengasuhnya

Kedua 18 bulan-3
tahun
Tahap autonomi lawan rasa malu atau sangsi
- Tenaga kanak-kanak disalurkan bagi perkembangan
fizikal seperti berjalan, menggenggam dsb tetapi mungkin
membentuk perasaan malu / sangsi sekiranya tidak diurus
dengan baik
Ketiga 3 tahun-6
tahun
Tahap inisiatif lawan rasa bersalah
- Kanak-kanak berinisaitif melakukan sesuatu ,
kemungkinan juga diselubungi perasaan bersalah
Keempat 6 tahun-12
tahun
Tahap ketekunan/industri lawan rasa rendah diri
- Kanak-kanak tekun melakukan sesuatu kemahiran baru
sekiranya menghadapi risiko maka menjadikan perasaan
rendah diri, kegagalan dan tidak cekap
sambungan..Erikson
Kelima 12 tahun-18
tahun
Tahap indentiti lawan kekeliruan peranan
- Mereka mesti berjaya mencari identiti dalam
semua aspek kehidupan sekiranya tidak berjaya
akan berlaku kekeliruan identiti
Keenam 18 tahun-35
tahun
Tahap Kerapatan/intimasi lawan pengasingan diri
- Biasanya pada tahap ini mereka dapat membina
hubungan yang rapar sesama rakan sekiranya tidak
meraka akan merasa terasing
Ketujuh 35 tahun-60
tahun
Tahap generativiti lawan stagnasi
- Tahap ini mereka mencari jalan untuk
memeuaskan hati diri sendiri dan memberi
sokongan dan galakan kepada generasi akan
datang
Kelapan 60 tahun ke
atas
Tahap intergriti ego lawan putus asa
- Pada tahap ini mereka berkehendakkan dirinya
diterima dalam masyarakat dan mereka akan
merasa puas sekiranya tidak mereka akan merasa
putus asa.
Teori Penaakulan Moral Kohlberg
Kanak-kanak kecil percaya peraturan mesti diikuti
dan dipatuhi.
Kita dapat lihat di mana masalah disiplin banyak
berlaku di sekolah menengah berbanding di
sekolah rendah. Kenapa ?
Jawapannya kanak-kanak akan patuh kepada
peraturan sekiranya mereka melanggarnya akan
menerima hukuman.
Berdasarkan situasi inilah lahirnya teori ini.
2. LAWRENCE KOHLBERG

6/28/2014 40
Tahap Prakonvensional
Peringkat 1: Orientasi dendaan dan kepatuhan.
Peringkat 2: Orientasi instrumental relativis.
Tahap Konvensional
Peringkat 3: Orientasi persetujuan antara
individu atau good boy-nice girl.
Peringkat 4: Orientasi undang-undang dan
peraturan.
Tahap Poskonvensional
Peringkat 5: Orientasi contract-legalistic.
Peringkat 6: Orientasi prinsip etika sejagat.
1. TEORI PERKEMBANGAN MORAL
LAWRANCE KOLHBERG
- Prof di Universiti Havard sekitar 1970-an
- Teorinya banyak bergantung pemikiran
Jean Piaget & John Dewey
- Mengkaji perkembangan kanak-kanak
dari segi kognitif dan moral selama
20 tahun
Tahap 1 : Orientasi kepatuhan dan
hukuman
Pemikiran moral berorientasikan egosentrik
untuk diri sendiri
Hedonisme pelakuan yang baik akan
mendatangkan kebaikan.
Situasi melanggar atau mematuhi peraturan.
Kesan melanggar peraturan akan dikenakan
hukuman atau dendaan.Terdapat juga unsur
ganjaran sekiranya mereka patuh pada
undang-undang
Tahap 2 : Orientasi individu dan
keseimbangan
Dikenali juga dengan orientasi asas dan saluran.
Sesuatu tindakan yang baik adalah saluran untuk
memuaskan kehendak diri dan orang yang
disayangi.
Kanak-kanak juga menyedari bahawa orang lain
juga mempunyai kehendak dan kemahuan sama
dengannya.
Tahap 3 : Orientasi persetujuan antara
individu

Kanak-kanak melakukan perbuatan yang baik
dan bermoral semata-mata memenuhi harapan
orang yang disayangi.

Tahap 4 : Orientasi arahan dan
undang-undang
Melihat orang lain sebahagian dari order sosial.
Individu merujuk dan patuh secara muktamat
kepada norma-norma masyarakat, peraturan dan
undang-undang.
TAHAP 5 : ORIENTASI KONTRAK
SOSIAL
Mempertahankan hak-hak asasi, nilai-nilai dan
sebarang kontrak sosial yang telah dipersetujui
dalam masyarakat.
Manusia mempunyai pendapat berbeza perlu ada
persetujuan @ konsensus yang adil.
Peraturan yang digubal adalah fleksibel sekiranya
tidak bertentangan dengan masyarakat.
TAHAP 6 : ORIENTASI PRINSIP
ETIKA SEJAGAT.
Peringkat tertinggi dalam pemikiran moral
kerana melibatkan soal falsafah.
Peringkat ini individu sering
mempertikaikan nilai dan norma & prinsip
dan norma.
Yang dianggap betul ialah satu prinsip
pilihan sendiri yang sesuai dan di terima
masyarakat tanpa mengira masa dan
keadaan. Contohnya prinsip keadilan,
kebajikan,persamaan hak,tidak
menggunakan orang lain untuk
kepentingan diri dan menghormati maruah
individu.
Teori-Teori Perkembangan
Manusia
Teori Psikoanalisis Sigmund Freud
Tiga alam kesedaran:
i) Alam sedar--pemikiran, perasaan dan
ingatan.
ii) Alam pra-sedar--pengalaman, ingatan
persepsi dan perasaan.
iii) Alam tidak sedar--bahagian terbesar dan
pendorong asas kpd tingkah laku.
Mengandungi
semua naluri serta keinginan manusia.
Tiga elemen perkembangan personaliti
manusia;
i) Id - mementingkan keseronokan, diwarisi,
gejala bawah sedar, tenaga primitif, tidak
rasional dan berkehendakkan kepuasan.
ii) Ego - mengutamakan pemikiran logik,
berkembang secara berperingkat, elemen
tahap sedar, penuh dgn persepsi, inginkan
kemajuan dan boleh menyesuaikan diri.
iii) Superego - menyerupai hati nurani, kawal
ego dan id, bermoral, berkembang kerana
pengaruh persekitaran, mengawal tingkah
laku mengikut peraturan masyarakat,ada
ganjaran dan hukuman.
Umur Peringkat
0-18 bulan Oral
2-4 tahun Anal
4-6 tahun Falik
6-12 tahun Latensi
12 tahun ke atas Genital
Peringkat Perkembangan
Mengikut Sigmund Freud
Teori Perkembangan
Behaviorisme dan Sosial Kognitif
Teori Behaviorisme menekankan tingkah laku
yg dapat dilihat dan diukur.
Perubahan berlaku kerana pengalaman
Benda yg wujud boleh dilihat dan diperhatikan
Pemikiran tidak dapat dilihat tetapi
pemerhatian boleh dibuat terhadap perlakuan
yg dizahirkan.

Tiga versi utama pendekatan behaviorisme
ialah Teori Pelaziman Klasik Pavlov, Teori
Operan Skinner dan Teori Sosial Kognitif
Bandura
(b) Teori Pelaziman Operan
Skinner
B.F. Skinner(1904-1990) menyatakan
perlakuan harus diperhati dlm jangka masa yg
panjang.
Membentuk perlakuan yg kompleks drp
perlakuan yg mudah.
Menjalankan kajian menggunakan tikus dan
burung merpati.
Menghasilkan Skinner Box.
Skinner(1953) berpendapat gerak balas boleh
dikuatkan(diulang) atau dihapuskan(tidak
diulang) jika diberikan peneguhan sebaik
sahaja gerak balas itu ditunjukkan.
Faktor ganjaran(peneguhan positif) dan
dendaan(peneguhan negatif) boleh
membentuk perkembangan individu

(c) Teori Pembelajaran Sosial:
Bandura(1977)
Merupakan teori kognitif sosial(Bandura,
1986) yg menyatakan bahawa kelakuan
manusia saling bertindak antara kognitif,
kelakuan dan ajen penentu persekitaran.
Teori pembelajaran ini menekankan peranan
kognitif dan persekitaran dlm perkembangan.
Kebanyakan kelakuan manusia dipelajari
melalui pemerhatian terhadap permodelan
Empat langkah proses peniruan oleh
Bandura:
(i) Tumpuan kpd tingkah laku model (attention).
(ii) Penyimpanan iaitu mengenkod peristiwa itu
dlm sistem ingatan (retention).
(iii) Mengingat atau menghasilkan apa yg
disimpan dlm bentuk tingkah laku
(reproduction).
(iv) Motivasi (motivation) yg secukupnya utk
menghasilkan tingkah laku, cth pemberian
peneguhan.
2.5.5 Teori Ethologi Lorenz
Mengkaji tingkah laku manusia dan binatang
dlm keadaan semula jadi.
Evolusi dan faktur biologi berperanan penting
dlm perkembangan manusia dan pengalaman
awal individu adalah penting.
Lorenz(1965) memerhati tingkah laku
sekumpulan anak angsa.
Kesimpulannya kita tidak akan memahami
perkembangan kanak-kanak sekiranya kita
tidak memerhati tingkah laku dlm persekitaran
semula jadi mereka.
sambungan.
John Bowlby(1969,1989) mengaplikasikan teori
ethologi dlm teori perapatan (Theory of
Attachment) menyatakan semua haiwan
termasuk manusia dilahirkan dgn program biologi
yg boleh menghasilkan isyarat yg membawa kpd
perkembangan tingkah laku sosial spt perapatan.
Perapatan bermaksud kasih sayang yg kuat yg
mengikat seseorang kpd seorang yg lain.
Hubungan perapatan yg kuat semasa kecil akan
memberi kesan sepanjang kehidupan individu.

Teori Perkembangan Ekologikal
Menekankan pengaruh persekitaran ke atas
perkembangan organisma.
Dikemukakan oleh Bronfenbrenner(1979) yg
melihat persekitaran ekologikal manusia
berdasakan hubungannya dgn konteks di mana
individu itu berinteraksi.
Lima sistem persekitaran ekologikal ialah:
(a) Sistem Mikro (d) Sistem Makro
(b) Sistem Meso (e) Sistem Krono
(c) Sistem Ekso
(a) Sistem Mikro ialah persekitaran yg paling
hampir dgn individu, cth rumah dan bilik
darjah.
(b) Sistem Meso merujuk kpd hubungan
individu dgn individu lain dlm persekitaran
di mana individu itu berkembang, cth
rumah, sekolah dan jiran.
(c) Sistem Ekso merujuk kpd keadaan yg tidak
melibatkan individu secara langsung, tetapi
mempengaruhi sistem individu dan
keluarga, cth tempat kerja ibu bapa.
(d) Sistem Makro ialah persekitaran yg
abstraks, merangkumi sistem kepercayaan
dan ideologi.
(e) Sistem Krono merujuk kpd peristiwa dan
transisi yg berlaku dlm persekitaran individu
sepanjang hayatnya.

Sekian, terima kasih.

You might also like