You are on page 1of 10

http://aesnote.blogspot.

com/2012/12/pelbagai-model-disiplin-dan-
aplikasinya.html
Pelbagai Model Disiplin Dan Aplikasinya
Model-Model Modifikasi Pengurusan Bilik Darjah
Dalam menguruskan bilik darjah, ahli-ahli teoris dan para pendidik telah
mengemukakan beberapa model pengurusan bilik darjah. Model-model ini
berlandaskan aras kawalan yang berbeza, iaitu daripada kawalan luaran sehingga
kawalan kendiri. Berikut merupakan model-model modifikasi tingkah laku yang telah
dipelopori oleh ahli-ahli teoris dalam pengurusan bilik darjah. Antaranya adalah Model
Modifikasi Tingkah Laku Skinner, Model Disiplin Asertif Canter, Model Akibat Logika
Dreikurs, Model Terapi Realiti Glasser dan Model Pengurusan Kelompok (Kounin).


Namun begitu, terdapat juga model-model lain yang berkaitan dengan Pengurusan Bilik
Darjah dan tingkah laku pelajar. Antaranya ialah Model Disiplin dengan Digniti Curwin &
Mendler, Model Melangkah Disiplin Kohn, Model Dalaman Disiplin Coloroso, Program
Organisasi Bilik Darjah & Pengurusan Everston, Model Aliran Kemahiran Goldstein &
Mc Ginnis dan Model Penyelesaiaan Konflik & Mediasi Rakan Sebaya.




1.1 Model Modifikasi Tingkah Laku Skinner

Menurut ahli Behavioris, pengukuhan adalah elemen yang sangat berkesan untuk
mengajar tingkah laku baru yang wajar serta mengubah tingkah laku semasa yang
kurang wajar. Model ini menekankan suatu pendekatan yang sistematik untuk
mengubah tingkah laku melalui aplikasi prinsip-prinsip pelaziman yang berbentuk
peneguhan positif dan peneguhan negatif.

Untuk mendapatkan tingkah laku yang baik, ia boleh dimajukan dengan menggunakan
peneguhan. Teori Tingkah laku Skinner telah mengutarakan satu konsep yang dikenali
sebagai satu pengukuhan kontigensi iaitu hubungan antara tingkah laku dan kawalan
tingkah laku secara berkesan. Dalam konteks bilik darjah, pengukuhan positif diberikan
kepada murid-murid yang melakukan tingkah laku yang diingini. Pengukuhan positif ini
boleh diberi dalam bentuk ganjaran material dan kata-kata pujian. Manakala,
pengukuhan negatif pula adalah rangsangan yang ditarik balik supaya murid-murid
menunjukkan tingkah laku yang diingini.

Secara umumnya, terdapat tiga andaian asas yang menerangkan tentang konsekuen
tingkah laku. Pertama iaitu tingkah laku yang diikuti oleh ganjaran iaitu pengukuhan
akan lebih kerap berlaku.Kedua, tingkah laku yang diikuti oleh hukuman tidak akan
berlaku dengan kerap ataupun langsung tidak akan berlaku. Ketiga, tingkah laku akan
dihapuskan atau lenyap sekiranya ianya tidak diperkukuhkan.

Dengan kata lain, tingkah laku dilazimkan oleh konsekuen yang timbul, ia akan
bertambah teguh jika pengukuhan diberikan dengan serta merta dan sebaliknya akan
menjadi lemah jika pengukuhan tidak diberikan.




1.2 Model Disiplin Asertif Canter

Model Disiplin Asertif telah dipelopori oleh Lee and Marlene Canter pada tahun 1976.
Model ini melatih murid-murid untuk menerima konsekuen bagi tindakan mereka. Model
ini mempunyai beberapa prinsip tersendiri.

Pertamanya adalah guru harus memberi pengukuhan pada tindakan yang wajar.
Kedua, tanggungjawab merupakan nadi disiplin asertif dan guru harus bersifat asertif
ketika mengawal kelas. Selain itu, guru juga haruslah merangka sistem ganjaran dan
dendaan yang boleh dijadikan rujukan murid mengenai tingkah laku yang baik dan
buruk.

Canter juga memberi pandangan beliau terhadap guru asertif. Menurut Canter, guru
asertif menggangap murid mereka sebagai pesalah. Dalam model ini, jika guru ingin
mengawal kelas tersebut dan mengajar dengan berkesan, maka guru hendaklh
sentiasa bersifat tegas. Perbuatan mereka ini mungkin memberi rasa tidak selesa
kepada murid-murid di dalam kelas yang diajar oleh mereka tetapi masalah tingkah laku
akan dapat diselesaikan. Menurut Model Disiplin Asertif Canter juga, guru berkuasa
menetapkan peraturan bilik darjah bagi mengawal tingkah laku murid-murid.

Ciri-ciri guru asertif yang ditekankan dalam Model Disiplin Asertif Canter adalah seperti
guru asertif percaya kawalan guru yang tegas dalam sesebuah bilik darjah adalah yang
terbaik untuk murid-murid mereka. Di samping itu, dengan adanya disiplin asertif,
komunikasi di antara guru dengan murid adalah positif dan saling menghormati apabila
tindakan diambil terhadap tingkah laku yang sesuai dalm bilik darjah. Pandangan guru
asertif terhadap murid adalah bukan musuh, dan tidak menggunakan cara kasar,
menyindir, ataupun bermusuhan dalam megawal kelas. Justeru, guru asertif mendengar
secara teliti dan hormat penjelasan murid, bercakap dengan hormatnya kepada mereka
dan melayani setiap individu secara adil.

Antara cara untuk mengaplikasikan model Disiplin Asertif Canter adalah jangan layan
sebab yang ingin diterima untuk tingkah laku yang tidak diingini. Seterusnya, tentukan
peraturan yang guru hendak melaksanankannya dalam bilik darjah. Selain itu, tentukan
akibat negatif kerana tidak mematuhi peraturan bilik darjah. Di samping itu,jangan
teruskan menghukum jika teknik perbincangan boleh mengurangkan situasi
ketegangan. Tentukan akibat positif untuk tingkah laku yang sesuai, misalnya
peneguhan positif atau ganjaran kumpulan pun boleh dipertimbangkan.


2.0 MODEL DISIPLIN SKINNER

Burrhus Frederic Skinner (1904-1990) memperoleh Ijazah Kedoktoran dari Universiti
Harvard pada tahun 1931 dalam bidang Psikologi dan banyak menerbitkan artikel dan
buku berdasarkan kajian-kajian beliau terhadap tingkah laku manusia. Beliau
berpendapat tingkah laku manusia banyak dipengaruhi oleh apa sahaja tingkah lakau
yang berlaku sebaik sahaja ditunjukkan. Beliau tidak mengkaji secara langsung tentang
tingkah laku murid di dalam bilik darjah tetapi pengikut-pengikutnya telah
mengaplikasikan konsep modifikasi tingkah laku ke dalam pengajaran di dalam bilik
darjah, perkembangan kanak-kanak dan hubungan sosial antara individu.

Model Tingkah Laku ini menggunakan prinsip peneguhan yang menjurus kepada
elemen-elemen luaran bagi mempengaruhi tingkah laku murid iaitu peneguhan yang
menjadi rangsangan untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini. Terdapat dua jenis
peneguhan, iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif. Peneguhan positif berlaku
apabila rangsangan diberikan seperti hadiah, pujian, dan sebagainya yang bertujuan
untuk meningkatkan tingkah laku murid yang diingini. Manakala peneguhan negatif
berlaku apabila rangsangan seperti majalah, komik dikeluarkan supaya murid-murid
kembali menunjukkan tingkah laku yang diingini.

Sebagai contoh, murid akan diberikan ganjaran yang positif seperti mendapat hadiah
dan pujian jika murid tersebut yang menunjukkan tingkah laku yang baik seperti tidak
berbuat bising, melakukan kerja rumah dengan baik dan menyiapkan tugasan tepat
masanya. Untuk peneguhan negatif pula, guru memberikan hukuman atau dendaan jika
murid-murid melanggar peraturan seperti membaca komik semasa guru sedang
mengajar dan guru merampas komik tersebut dengan harapan supaya murid kembali
menumpukan perhatian kepada pengajaran guru. Komik tersebut bertindak sebagai
rangsangan yang tidak diingini. Guru melakukan peneguhan negatif apabila murid-
murid melakukan rangsangan yang tidak diingini. Apabila rangsangan dikeluarkan, guru
dapat meningkatkan kembali tingkah laku murid yang diingini, iaitu memberikan
perhatian semasa guru sedang mengajar.

Peneguhan berbentuk positif atau negatif digunakan untuk meneguhkan atau
meningkatkan tingkah laku yang diingini. Peneguhan adalah berbeza dengan dendaan.
Peneguhan merupakan tindakan untuk menghukum tingkah laku yang salah atau tidak
diingini manakala dendaan pula merupakan tindakan yang diambil untuk mengurangkan
tingkah laku yang diingini. Tingkah laku individu banyak dipengaruhi atau dibentuk oleh
peneguhan yang diterima sebaik sahaja tingkah laku tersebut ditunjukkan. Menurut
Skinner, untuk mendapat tingkah laku yang diingini, peneguhan atau ganjaran perlu
diberi selepas seseorang menunjukkan tingkah laku tersebut. Rangsangan peneguhan
ini diperoleh di dalam bilik darjah dalam bentuk kejayaan yang diraih selepas berusaha,
penyetujuan atau penerimaan rakan sebaya, hadiah, senyuman, anggukan atau pujian
yang diperoleh daripada guru.

Perubahan tingkah laku merujuk kepada tingkah laku yang digunakan oleh guru untuk
membentuk tingkah laku yang diingini melalui peneguhan yang berkala. Tingkah laku
yang seterusnya pula dipengaruhi dengan cara peneguhan itu diberikan. Melalui
peneguhan yang tetap yang diberi setiap kali seseorang murid menunjukkan tingkah
laku yang diingini, hal ini akan membantu membentuk tingkah laku baharu yang diingini.
Sebagai contoh, guru boleh melibatkan murid-murid yang pemalu dalam setiap aktiviti
bilik darjah. Guru perlu menggunakan peneguhan yang tetap dan berkala seperti
memberikan pujian apabila setiap kali murid tersebut mengangkat tangan atau dapat
menjawab dengan betul. Dengan peneguhan ini, murid-murid yang pemalu akan mula
berani untuk mengangkat tangan dan melibatkan diri kerana diteguhkan, mendapat
bimbingan atau mendapat ganjaran selepas dia menunjukkan tingkah laku tersebut.
Apabila tingkah laku yang diingini telah ditunjukkan, guru mungkin akan mengurangkan
peneguhan dan memberikan peneguhan tersebut apabila diperlukan sahaja, iaitu
sebagai pengekalan kepada tingkah laku yang ditunjukkan. Apabila murid sudah berani
melibatkan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) seperti mengangkat
tangan apabila soalan diberikan, guru tidak lagi perlu untuk memberikan pujian setiap
kali murid melakukan perkara tersebut tetapu hanya meneguhkan pada waktu-waktu
tertentu sahaja sekadar utnuk mengekalkan tingkah laku tersebut. Tingkah laku ini juga
boleh hilang atau pupus sekiranya guru tidak memberikan peneguhan dalam jangka
masa yang panjang. Sebagai contoh, murid yang mengangkat tangan tetapi tidak
dipanggil oleh gurunya, lama-kelamaan murid akan berhenti daripada mengangkat
tangan dan melibatkan diri dalam aktiviti bilik darjah.




3.0 MODEL DISIPLIIN ASERTIF CANTER

Model Disiplin Asertif Canter merupakan model disiplin yang berasaskan peneguhan
terhadap tingkah laku yang diingini serta penerimaan murid terhadap akibat daripada
tingkah laku yang ditunjukkan. Canter berpendapat guru mempunyai hak untuk
menentukan peraturan-peraturan di dalam bilik darjah serta memastikan murid
mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Model disiplin ini dilihat lebih
menyerupai Model Modifikasi Tingkah Laku Skinner, namun model ini lebih
menekankan penetapan dan penguatkuasaan peraturan serta memastikan murid-murid
mematuhi peraturan tersebut dengan tegas . Model ini juga melibatkan ganjaran dan
dendaan akibat daripada peraturan yang ditetapkan.

Dalam model Disiplin Asertif, guru perlu mengendalikan bilik darjah dengan berinteraksi
secara tenang, serius dan konsisten dengan murid. Canter menyatakan bahawa murid-
murid berhak untuk mendapatkan suasana pembelajaran yang tenang dan teratur
manakala guru pula berhak untuk mengajar tanpa gangguan. Canter berpendapat pihak
pentadbir sekolah dan ibu bapa murid-murid perlu memberikan sokongan terhadap
sistem pengurusan guru di dalam bilik darjah.

Menurut Canter, murid-murid memilih untuk bertingkah laku . Oleh yang demikian,
guru perlu menyediakan persekitaran pembelajaran yang dapat membantu murid
memilih tingkah laku yang sesuai dan bermanfaat. Untuk mencapai persekitaran yang
kondusif, keperluan-keperluan guru dan murid perlu dipenuhi melalui pengurusan bilik
darjah yang asertif. Hal ini boleh dilakukan dengan mengadakan peraturan tingkah laku
yang jelas di dalam bilik darjah. Apabila murid-murid mematuhi peraturan-peraturan
yang telah ditetapkan, guru memberikan peneguhan seperti penghargaan dan pujian.
Sebaliknya apabila murid melanggar peraturan, guru mengenakan peneguhan negatif
yang berstruktur, iaitu murid-murid sedaya upaya akan mengelak daripada akibat
dengan mematuhi peraturan.

Dalam Model Asertif ini, guru-guru diberikan cadangan mengenai cara-cara untuk
membimbing murid-murid supaya murid-murid dapat menunjukkan tingkah laku yang
diingini. Perhatian yang positif perlu sentiasa diberikan kepada murid-murid,
berinteraksi dengan murid-murid serta mewujudkan hubungan saling mempercayai dan
menghormati antara satu sama lain.

Konsep utama dalam Model Disiplin Asertif Canter, ialah guru mempunyai hak untuk
mengajar secara professional dan tanpa gangguan. Murid-murid pula mempunyai hak
untuk belajar dalam keadaan yang selamat dan tenang. Hak-hak ini boleh dilaksanakan
sekiranya guru bertanggungjawab memastikan tiada perkara atau tindakan yang boleh
menghalang murid-murid daripada mendapatkan hak mereka. Model Asertif Disiplin
menggariskan tiga jenis guru iaitu guru yang agresif, guru yang tidak asertif dan guru
yang asertif.

a) Guru yang agresif

Jenis guru yang agresif merupakan kalangan guru yang garang , kasar, tidak mesra,
tidak bertimbang rasa dan sering menganggap murid sebagai musuh. Guru yang
bersifat agresif ini berpendapat, untuk mengekalkan dan menguruskan aktiviti bilik
darjah, mereka sebagai guru mesti menunjukkan kuasa dengan menetapkan peraturan
dan tidak perlu bertolak ansur dengan murid. Mereka hanya memberikan arahan dan
murid-murid perlu mengikut arahan tanpa bantahan. Ekspresi muka mereka sentiasa
serius dan tegas. Guru-guru ini selalu menggunakan arahan-arahan yang keras dan
tegas seperti Duduk, Diam, Dengar sini!..Arahan-arahan sebegini tidak menunjukkan
kemesraan dan membuatkan murid berasa terancam dan menjadikan murid-murid
hilang minat untuk belajar.

b) Guru yang tidak asertif

Jenis guru yang kedua pula ialah merupakan guru yang menggunakan pendekatan
yang pasif terhadap murid. Guru jenis ini gagal membantu murid-murid untuk membuat
jangkaan tingkah laku yang diingini dan tidak konsisten dalam menangani tingkah laku
murid. Kadangkala guru yang tidak asertif ini membenarkan suatu tingkah laku yang
ditunjukkan di dalam bilik darjah tetapi pada masa yang lain mereka memarahi murid
yang melakukan tingkah laku terssebut. Mereka selalu menggunakan frasa-frasa
seperti Tolonglah berkelakuan elok sikit atau Berapa kali cikgu cakap, tolong
diam!. Mereka kelihatan kelam-kabut, tidak konsisten, tidak tegas dan sampai
ketikanya murid-murid tidak akan lagi menghormati guru jenis ini. Kadangkala guru jenis
ini akan menjadi putus asa dan tiba-tiba menjadi terlampau garang dengan murid-
murid, tindakan guru yang tidak konsisten ini akan menyebabkan murid keliru dengan
jangkaan dan tindakan guru. Hal ini menyebabkan aktiviti P&P gagal dan tidak
mencapai objektif yang disasarkan.

c) Guru yang asertif

Seterusnya, jenis guru yang asertif pula merupakan guru yang Jelas, yakin dan
menyatakan jangkaan dan arahan yang konsisten dengan tegas. Guru yang asertif
sering membina hubungan saling mempercayai dengan murid-murid dan membimbing
murid-murid cara untuk menunjukkan tingkah laku yang menggalakkan kerjasama
antara gur dengan murid-murid. Canter berpendapat pendekatan yang terbaik untuk
menguruskan disiplin bilik darjah adalah dengan menggunkan pendekatan asertif. Guru
yang mengamalkan pendekatan asertif ini tahu perkara yang diingini daripada murid-
muridnya. Mereka akan menyatakan dengan jelas kemahuan mereka terhadap tingkah
laku murid dan menyokong tindakan-tindakan mereka dengan perlakuan yang boleh
diterima oleh murid. Sebagai contoh, rutin dan perturan bilik darjah ditetapkan dengan
jelas dan diterangkan kepada murid-murid tentang kepentingan rutin dan peraturan
tersebut. Murid-murid juga diberitahu perasaan guru sekiranya mereka mematuhi atau
melanggar peraturan tersebut. Murid-murid diterangkan akibat-akibat yang munasabah
sekiranya mereka melanggar peraturan. Penjelasan guru diterangkan secara
perbincangan dengan murid-murid dan bukannya berbentuk ancaman.

Murid-murid juga sedar dan jelas sebab peraturan tersebut diadakan dan tahu akan
kesan apabila peraturan tersebut tidak dipatuhi. Guru yang asertif akan membantu
murid-muridnya untuk memahami bentuk tingkah laku yang dapat membawa kejayaan
dan tingkah laku yang menyusahkan dan ke arah kegagalan. Guru asertif tidak
membawa imej yang garang, kasar atau terlampau tegas. Mereka dapat mengenal pasti
peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh murid-murid dan pada masa yang sama
mengambil berat dan berlaku adil terhadap semua murid. Mereka memberikan arahan
dengan jelas dan tegas. Contohnya,Peraturan kelas kita ialah angkat tangan untuk
menjawab soalan atau Angkat tangan dan tunggu dengan senyap, cikgu akan panggil
awak.

Setiap jenis guru ini akan memberikan kesan kepada pengurusan disiplin di dalam bilik
darjah. Guru yang agresif akan menjadikan bilik darjah suram dan tidak menyeronokkan
dan murid berasa takut dan terancam dengan perwatakan guru dan sering berasa tidak
selesa. Hal ini akan menjadi penghalang kepada hubungan baik antara guru dengan
murid. Hasilnya murid akan memberontak dan menunjukkan kelakuan negatif terhadap
pembelajaran dan guru.

Guru yang tidak asertif pula akan menjadikan murid berasa kurang selamat dan
berputus asa di dalam bilik darjah. Guru dalam kategori ini tidak dapat memenuhi
keperluan murid dan seterusnya akan memberikan tekanan kepada kedua-dua belah
pihak. Kadangkala jenis guru tidak asertif ini suka bertindak dengan tegas dan
kadangkala hanya membiarkan sahaja tingkah laku tersebut berlaku di dalam bilik
darjah. Hal ini akan menyebabkan murid berasa keliru dan akan membuatkan hilang
rasa hormat murid terhadap guru.

Guru yang asertif pula akan memberikan manfaat kepada kedua-dua belah pihak guru
dan murid. Guru asertif memberikan peluang kepada guru dan murid untuk memenuhi
keperluan masing-masing. Mereka menggalakkan kerjasama dan membantu murid-
murid mengaplikasikan tingkah laku yang diingini. Guru boleh diharapkan untuk
memberikan jangkaan yang sesuai kepada tingkah laku dan kebolehan mereka. Guru
asertif bersifat konsisten, adil dan boleh memenuhi kehendak murid. Hal ini dapat
membantu membina persekitaran pembelajaran yang tenang dan menyokong
perkembangan pembelajaran murid.

Cara pengurusan disiplin asertif dapat dirumuskan melalui konsep yang telah
dibincangkan. Canter mencadangkan guru-guru perlu membuat perancangan disiplin
secara bertulis dan formal yang menyatakan dengan jelas peraturan dan rutin,
pengiktirafan dan akibat daripada salah laku. Peraturan dinyatakan dengan jelas
tentang tingkah laku yang diingini daripada murid, iaitu tingkah laku ini boleh
diperhatikan dengan jelas oleh guru dan tidak berbentuk akademik seperti meminta
murid menghantar latihan yang sudah siap kepada guru dan mengambil latihan
pengayaan bagi memenuhi masa yang ada.

Menurut Canter, pengiktirafan perlu digunakan selalu bagi meningkatkan konsep kendiri
dan keyakinan diri murid. Pengiktirafan dilihat merujuk kepada perhatian khusus yang
diberikan oleh guru apabila murid menunjukkan tingkah laku yang diingini. Dengan cara
ini, guru dilihat sebagai penggalak kepada tingkah laku yang diingini dan boleh
membina persekitaran pembelajaran yang positif. Cara yang boleh digunakan untuk
memberikan pengiktirafan kepada murid termasuklah memberikan galakan,
menghargai tingkah laku murid, memberikan komen positif dan memaklumkan tingkah
laku murid yang baik kepada ibu bapa.

Akibat atau tindakan pembetulan boleh dikenakan kepada murid-murid yang
mengganggu hak murid-murid lain untuk belajar dengan selesa. Tindakan pembetulan
bukanlah bertujuan untuk mendera murid secara fizikal atau psikologi walaupun
kadangkala tindakan pembetulan akan menimbulkan rasa kurang selesa murid. Canter
menegaskan matlamat tindakan pembetulan dapat memberikan keadilan kepada
semua dan tindakan itu perlu konsisten. Apabila tindakan pembetulan hendak
dikenakan kepada murid, murid tersebut perlu diberitahu bahawa disebabkan tingkah
laku yang ditunjukkan oleh mereka bercanggah dengan peraturan yang telah
ditetapkan, maka tindakan pembetulan ini perlu dilaksanakan. Guru perlu merancang
dan melaksanakan pelan-pelan pengurusan disiplin bagi menjelaskan peraturan-
peraturam yang dilaksanakan.

Guru-guru boleh menggunakan langkah-langkah bagi menerangkan pelan-pelan
pengurusan disiplin kepada murid-murid. Pertamanya, guru perlu menerangkan kepada
murid-murid mengapa peraturan-peraturan tersebut diperlukan. Hal ini bertujuan
memberikan pemahaman kepada murid-murid mengenai kehendak guru terhadap
murid-murid. Seterusnya, guru perlulah menerangkan kepada murid-murid bagaimana
peraturan yang telah dibuat itu perlu dilaksanakan supaya murid-murid faham dan jelas
akan tanggungjawab yang perlu dibuat berdasarkan peraturan tersebut. Guru perlu
menyemak kefahaman murid terhadap peraturan yang telah diterangkan. Guru perlu
menerangkan ganjaran yang akan diperoleh oleh murid-murid jika mengikut peraturan
ataupun melanggar peraturan. Seterusnya, tindakan pembetulan perlu dikenakan
kepada sesiapa yang melanggar peraturan dan guru harus menerangkan dan
menunjukkan mengapa pembetulan perlu dikenakan. Seterusnya, guru perlu
menyemak semula kefahaman murid sama ada murid lebih memahami atau sebaliknya
dan tindakan susulan perlu dilakukan sekiranya murid masih tidak memahami.

You might also like