You are on page 1of 10

pengurusan bilik darjah yang kondusif

http://berryviolet-miszaza.blogspot.com/2012/04/pengurusan-bilik-darjah-yang-kondusif.html
1.0 Pendahuluan
Persekitaran fizikal bilik darjah adalah penting bagi pembelajaran kerana ia boleh
menggalakkan atau menghalang pembelajaran. Persekitaran bilik darjah yang teratur
merupakan sebahagian daripada pengajaran yang berkesan.
Menurut Marland (1975), suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan kawan
atau musuh dalam pengajaran. Ruang bilik darjah perlu diurus bersesuaian dengan
aktiviti pengajaran. Tempat duduk perlu disusun,papan kenyataan dihias dan karel
pembelajaran dan rak-rak buku perlu dipasang. Di samping itu, pengurusan bilik darjah
juga termasuk menunjukkan sikap positif terhadap sekolah dan pembelajaran secara
umum. Seorang guru haruslah sentiasa menunjukkan contoh yang baik kepada anak
murid mereka.
Bagi memainkan peranan sebagai pengurus yang berkesan, kita perlulah
memahami kesukaran situasi bilik darjah dan mengenali faktor-faktor yang boleh
membantu untuk menghasilkan suasana pembelajaran yang sihat.






1.1 Konsep Persekitaran Bilik Darjah Yang Kondusif
Persekitaran pembelajaran yang kondusif ialah tempat murid dapat melibatkan diri,
mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam pembelajaran. Persekitaran ini
mempunyai keupayaan untuk merangsang minat dan semangat murid untuk terus
belajar. Iklim yang dapat memotivasikan murid merujuk kepada suasana atau budaya
yang dapat mewujudkan motif dalam diri murid untuk bertindak ke arah mencapai
matlamat pembelajaran. Seorang guru perlu membina keadaan bilik darjah yang
kondusif serta berkesan dalam menghadapi tingkah laku. Hal ini melibatkan pendekatan
pengajaran, corak komunikasi, kemahiran guru dalam mengurus, cara seseorang guru
mengawal murid dan aktiviti-aktiviti dalam bilik darjah serta personaliti guru itu sendiri.
Dalam persekitaran ini, murid menyedari kelebihan sikap berdikari mempunyai
perasaan bertanggungjawab dan kesepunyaan terhadap pembelajarannya.

1.1.1 Persekitaran Fizikal
Suasana fizikal bilik darjah adalah penting bagi pembelajaran kerana suasana
bilik darjah yang teratur merupakan sebahagian daripada pengajaran yang berkesan.
Menurut Marland (1975), suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan kawan atau
musuh dalam pengajaran. Persekitaran yang selesa, kemas dan ceria mampu
menyeronokkan pengalaman pembelajaran murid. Persekitaran fizikal di dalam bilik
darjah merangkumi aspek-aspek seperti susunan dan reka bentuk fizikal di dalam bilik
darjah, sumber bahan pembelajaran, ruang atau sudut pembelajaran, ruang pada
dinding, pengcahayaan, pengudaraan dan perabot serta kebersihan. Di samping itu,
pengurusan bilik darjah juga termasuk menunjukkan sikap positif terhadap sekolah dan
pembelajaran secara umum.
1.1.2 Persekitan psikososial
Psikososial merujuk kepada hubungan antara keperluan emosi individu dengan
persekitaran sosialnya. Persekitaran psikososial yang sihat di dalam bilik darjah
mempunyai ciri-ciri seperti suasana selesa dan mesra, bebas daripada ancaman dan
bahaya fizikal, suasana yang merangsang pembelajaran, menggalakkan pembelajaran
koperatif dan memberi peluang yang sama untuk semua murid. Faktor yang memberi
kesan kepada persekitaran psikososial yang sihat ialah pendekatan pengajaran, gaya
kepimpinan guru, bentuk komunikasi dan corak interaksi yang guru wujudkan di dalam
bilik darjah. Jika persekitaran psikososial ini tidak dititikberatkan oleh guru, masalah
disiplin akan berlaku dalam kalangan murid. Oleh itu, bagi menguruskan keperluan
psikososial setiap murid, guru perlulah menjadi seorang guru yang asertif. Mengikut
Model Disiplin Asertif Canter, pendekatan yang terbaik untuk menguruskan bilik darjah
adalah dengan menggunakan pendekatan asertif. Guru asertif mempunyai matlamat
yang jelas dengan pengurusan, yakin dan tegas dalam menetapkan peraturan dan
pada masa yang sama akan bersikap adil kepada semua murid. Jika seorang guru ini
konsisten bersikap asertif ini dapat membantu membina persekitaran yang tenang dan
menyokong perkembangan pembelajaran dan psikososial murid.







1.1.3 Peraturan dan rutin bilik darjah
Pada umumnya, murid sekolah rendah mula berdikari namun mereka masih
memerlukan pemantauan. Pada peringkat ini, mereka suka diberi perhatian dan
menunjukkan respon yang positif apabila diberi insentif atau hadiah. Menurut Erik
Erison, kanak-kanak pada peringkat ini mula mendapat pengalaman baharu dan
berfokus kepada pembelajaran pengetahuan dan kemahiran baharu. Namun, murid
pada peringkat ini memerlukan struktur dan prosedur-prosedur kerja yang jelas agar
mereka boleh berfungsi dengan baik di dalam bilik darjah. Oleh itu, guru perlulah
membina peraturan dan prosedur untuk mentadbir aktiviti dalam bilik darjah. Peraturan
merupakan pernyataan yang menentukan perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh
dilakukan oleh murid. Contoh peraturan yang biasa ditemui ialah setiap murid perlulah
mempunyai rasa hormat, mesra dan bersifat membantu rakan-rakan mereka, murid
perlu menyiapkan tugasan mereka dan murid perlu mengangkat tangan mereka jika
mahu menjawab sebarang pertanyaan. Mengikut Model Pengurusan Kounin, asas
kepada keberkesanan pengurusan disiplin bilik darjah bergantung kepada pengawasan
dan penyeliaan yang teliti guru terhadap bilik darjah. Faktor utama dalam menguruskan
tingkah laku di dalam bilim darjah menurut Kounin adalah berkaitan dengan kebolehan
guru untuk mengawasi semua perkara yang berlaku di dalam bilik darjah. Contohnya,
dalam gerak kerja kumpulan, seorang guru berjaya mengawasi dan berinteraksi dengan
semua kumpulan kecil walaupun pada ketika itu dia sedang mengajar kumpulan yang
tertentu. Dengan kepekaan ini, seorang guru berupaya menjangka masalah yang akan
timbul dan selalunya dapat menghalang masalah daripada menjadi semakin serius.
Selain itu, guru juga akan membentuk rutin di dalam bilik darjah untuk aktiviti-
aktiviti yang dilaksanakan. Rutin ialah prosedur atau langkah-langkah yang mesti diikuti
oleh murid dalam aktiviti spesifik mereka. Rutin bertujuan melicinkan proses pengajaran
dan pembelajaran. Contoh amalan rutin ialah guru mengambil kehadiran setiap hari,
cara mengedar dan menyimpan bahan pengajaran, membentuk kumpulan dalam kelas,
menghantar buku latihan atau kerja rumah dan lain-lain. Setiap rutin yang dibentuk
hendaklah sentiasa dipantau dan diberi peneguhan sehingga prosedur-prosedur ini
menjadi satu budaya dalam kalangan murid dan seterusnya menjadi suatu budaya di
sekolah tersebut. Untuk mendapatkan hasil yang efektif lagi, guru bolehlah
mengaplikasikan Model Akibat Logikal Dreikurs di mana menekankan kepentingan guru
memberikan kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid-murid untuk bersama-
sama menjaga disiplin di dalam bilik darjah.









2.0 Cadangan Membina Persekitaran Bilik Darjah yang Kondusif
Sepanjang menjalani latihan Pengalaman Berasakan Sekolah III, saya telah bercadang
untuk merancang kelas Tahun 1 Saidina Umar dalam membantu guru kelas tersebut
iaitu Puan Rahila Bt Sahar untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang kondusif.
Sebelum merancang, saya terlebih dahulu mengenalpasti kedudukan pintu dan tingkap.
Hal ini demikian kerana kedua-dua aspek ini adalah sumber cahaya dan udara, jadi ini
dapat membantu saya untuk merancang susun atur bilik darjah. Dalam pelan bilik
darjah yang saya bina, terdapat beberapa elemen yang boleh membawa kepada
persekitaran bilik darjah yang kondusif.










Papan hijau
Info LINUS
Carta organisasi

Teratak LINUS
Rak fail
Papan kenyataan
Papan kenyataan

Meja guru

Sudut multimedia
Sudut pembelajarran
Rak buku
tingkap
tingkap
tingkap
pintu
tingkap
pintu
tingkap
2.1 pelan bilik darjah
















2.2 Perancangan Persekitan Fizikal
2.2.1 Meja guru
Meja guru diletakkan di belakang kelas dan berada di tengah. Kedudukan seperti ini
adalah amat sesuai sekali diaplikasikan terutama pada murid Tahun Satu. meja guru
juga hendaklah menghadap meja murid bagi membantu berlakunya kontek visual
antara murid dan guru sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Kedudukan
meja guru di belakang ini juga tidak menghalang penglihatan murid pada papan putih
semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kedudukan ini juga dapat
memaksimumkan pemantauan guru terhadap setiap murid dari setiap sudut. Apabila
murid mengetahui setiap gerak gerinya diperhatikan, mereka akan dapat membuat
kerja berkumpulan atau individu dengan sebaiknya. Dengan itu, kedudukan ini dapat
mencapai keselesaan guru dan dapat merangsang semangat untuk guru mengajar
dalam emosi yang positif.

2.2.2 Kerusi dan meja murid
Perkara utama yang mesti diberi perhatian pada setiap kerusi dan meja murid ini ialah
kuantiti kerusi dan meja adalah mencukupi dan berada dalam keadaan yang baik dan
selamat. Untuk tujuan keselasaan, saiz kerusi dan meja harulah sesuai dengan
peringkat tahap umur murid. Bagi susunan pula, meja murid disusun secara
berkelompok di mana meja disusun secara berempat. Susunan ini memudahkan
pengajaran berpusatkan murid. Selain itu, susunan ini dapat menggalakkan interaksi
antara murid semasa gerak kerja kumpulan. Pada masa yang sama, murid juga masih
boleh fokus kepada kerja sendiri. Susunan kelompok membolehkan murid berbincang,
meluahkan pendapat, saling membantu dan berkongsi bahan semasa gerak kerja
berkumpulan. Walau bagaimanapun, untuk membuat susunan secara berkelompok ini,
guru hendaklah memastikan bilangan murid tidak terlalu ramai dan keluasan kelas
hendaklah luas. Guru juga hendaklah memantau ahli kelompok supaya boleh
bekerjasama dan bukan medatangkan kesan negatif kepada kumpulan. Guru juga
bolehlah menempatkan setiap murid dalam kumpulan mengikut pencapaian mereka.
Hal ini akan memudahkan guru memberikan tugasan atau latihan selaras dengan
pencapaian murid.

2.2.3 Sudut multi-media
Selain faktor udara, perabot dan ruang, persekitaran fizikal bilik darjah abad ke-21
memerlukan prasarana teknologi yang bersesuaian. Penggabungjalinan elemen-
elemen ini menjadikan bilik darjah sebagai tempat yang seronok untuk proses
pembelajaran. (Weinstein & Mignano, 2003). Bagi membina persekitaran kondusif sudut
multi-media juga perlu ada di dalam setiap bilik darjah. Di sudut ini, disediakan sebuah
komputer dengan jaringan internet untuk penggunaan murid yang disambungkan ke
plug elektrik yang berada di dinding bahagian tersebut. Sudut ini diletakkan
berhampiran meja guru bagi memudahkan murid mendapat bimbingan guru semasa
penggunaannya. Ini juga dapat memberi kelebihan kepada guru untuk memantau
murid-murid agar menggunakan multi-media secara bijak dan bermanfaat. Guru juga
perlu menyediakan peraturan penggunaan multi-media. Rasionalnya adalah supaya
semua murid dapat menikmati kemudahan ini di samping pengajaran dan pembelajaran
dapat berjalan lancar dan mengelakkan berlakunya kerosakan atau kemalangan.

2.2.4 Sudut bacaan
Di satu sudut di bahagian belakang kelas dikhaskan sebagai sudut bacaan. Di sudut ini,
dihamparkan permaidani dan diletakkan beberapa bantal untuk keselesaan murid-
murid. Ruang ini lebih bersifat mesra kepada murid-murid dan memberi suasana
seolah-olah mereka berada dirumah. Beberapa rak yang memuatkan buku, kamus,
peta, surat khabar, majalah turut disusun di sudut ini untuk bacaan umum dan rujukan
murid. Bahan-bahan bacaan ini diperolehi daripada sumbangan murid dan guru. Oleh
itu, murid-murid akan berasa lebih bertanggungjawab untuk menjaganya kerana
merasakan mereka turut memberi sumbangan bahan bacaan. Peraturan penggunaan
ruangan ini turut dibina seperti bahan bacaan tidak boleh dikeluarkan daripada kelas,
bahan bacaan perlu disusun kembali di atas rak selepas digunakan, buku yang rosak
harus diganti dan sebagainya. Peraturan sebegini boleh mengelakkan berlakunya
kerosakan dan kehilangan bahan bacaan ini. Untuk mendapatkan hasil yang efektif lagi,
guru bolehlah mengaplikasikan Model Akibat Logikal Dreikurs di mana menekankan
kepentingan guru memberikan kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid-murid
untuk bersama-sama menjaga disiplin di dalam bilik darjah.

2.2.5 Pencahayaan dan pengudaraan
Pencahayaan dan pengudaraan yang cukup amatlah penting untuk keselesaan murid
dan guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Tingkap dan lampu
yang mencukupi boleh memberi pencahayaan yang mencukupi. Guru haruslah
memastikan alat elektrik ini berfungsi dan melaporkan kepada pihak bertanggungjawab
jika terdapat kerosakan. Susun atur perabot dalam bilik darjah juga hendaklah disusun
dengan baik supaya tidak menghalang tingkap untuk mengelakkan berlakunya
halangan pencahayaan dan pengudaraan. Oleh itu, guru hendaklah sentiasa membuka
pintu dan tingkap untuk pengudaraan.

2.2.6 Meja bulat
Meja bulat diletakkan di sudut kiri atau berdekatan dengan pintu di bahagian belakang
kelas. Ini adalah bagi membolehkan murid berehat atau berbincang mengenai aktiviti-
aktiviti atau tugasan-tugasan tertentu.

2.2.7 Tempat simpanan bekal makanan
Selain itu, untuk membina persekitaran yang kondusif juga, guru bolehlah menyediakan
tempat simpanan bekalan makanan. Satu peraturan mewajibkan semua murid
dikehendaki menyimpan bekal makanan masing-masing di tempat ini perlu
dilaksanakan. Hal ini kerana sekiranya terdapat murid yang membawa bekal makanan
dan diletakkan di meja murid, andainya makanan itu tertumpah, ruang meja murid akan
kotor dan mungkin juga akan mengotorkan buku-buku murid. Selain daripada itu, bekal
makanan itu juga boleh menarik perhatian murid sehingga mengganggu tumpuanmurid
semasa belajar. Dengan adanya tempat simpanan bekal murid ini, masalah-masalah ini
tidak wujud dan kelas kelihatan lebih kondusif.

2.2.8 Papan kenyataan
Pada papan kenyataan ini hendaklah dimuatkan jadual tugasan murid, hasil kerja
murid, dan gambar aktiviti murid pada papan kenyataan untuk rujukan dan hiburan.
Dalam jadual tugasan ini, murid-murid dibahagikan mengikut turutan hari dan tugas
membersihkan kelas. Ini dapat melatih sifat bertaggungjawab dan kelas akan kelihatan
bersih sepanjang hari. Dengan menampal hasil kerja pula, guru dapat melahirkan rasa
bangga murid-murid apabila mereka melihat hasil kerja mereka dipamerkan dan secara
tidak langsung mencetuskan minat mereka untuk belajar. Dalam hasil kerja murid pula
dapat memberi input yang bermanfaat kepada semua murid

2.2.9 Bakul sampah
Dengan adanya bakul sampah, kebersihan bilik darjah dapat dijaga kerana murid-murid
perlu membuang sampah ke dalam bakul sampah.


2.2.10 Peti pertolongan cemas
Peti pertolongan cemas ini diletakkan di hadapan kelas. Penggunaan peti pertolongan
cemas ini perlu mendapat keizinan guru. Setiap kelas perlu mempunyai peti
pertolongan cemas kerana kita tidak dapat menjangka bila berlakunya kemalangan.
Dengan adanya peti ini, rawatan kecemasan dapat diberikan dengan segera apabila
berlakunya kemalangan.

2.2.11 Jam dan Kalendar
Jam perlu diletakkan di hadapan kelas untuk melatih murid menghargai masa. Kalendar
pula digunakan untuk rujukan tarikh. Dalam kalendar turut dicatatkan beberapa hari dan
peristiwa penting seperti Hari Kebangsaan. Ini dapat melatih murid supaya peka
dengan peristiwa-peristiwa penting sebegini.


2.2.12 Rak guru
Rak guru diletakkan di sebelah meja guru bagi kemudahan guru untuk menyimpan
bahan bantu mengajar, fail-fail, termasuk untuk kegunaan murid.




RUMUSAN

Semasa menguruskan bilik darjah, guru memainkan pelbagai peranan penting.
Bilik darjah merupakan sebuah komuniti kecil dan menjadi tempat di mana seorang
guru dan sekumpulan pelajar saling berinteraksi. Oleh itu, menjadi tanggungjawab
seorang guru untuk menguruskan bilik darjah dengan bantuan murid-murid. Dalam
usaha ke arah menyediakan persekitaran yang kondusif, guru perlulah mengambil kira
ciri fizikal sesebuah bilik darjah, faktor emosi dan sosial serta peraturan dan rutin yang
dilaksanakan. Melalui persekitaran bilik darjah yang kondusif ini, guru dapat melahirkan
pelajar yang lebih berdisiplin dan suasana harmoni dalam bilik darjah dapat
diwujudkan. Selain itu pembentukan suasana bilik darjah yang ceria dan
menyeronokkan secara tidak langsung dapat mengurangkan gejala ponteng
sekolah. Pengurusan bilik darjah yang berkesan mampu meningkatkan kualiti pelajar
yang akan dilahirkan oleh institusi pendidikan, sekaligus dapat mengurangkan masalah
sosial yang semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini.

BIBLOGRAFI/RUJUKAN

Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel.2009. Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkah
Laku. Shah Alam, Selangor : Oxford Fajar.
Amir Hasan Dawi. 2006. Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan, Edisi Ketiga.
KualaTanjung Malim: Quantum Books.
Chris Watkins. 2005. Classrooms as Learning Communities: Whats in it for schools?.
Routledge Taylor & Francis Group.
Frazer, E. Home. 1989. Environment and The School . London: London
UniversityPress.
Pengurusan Bilik Darjah yang Cekap Mewujudkan Suasana Pembelajaran yang
Harmoni. http://pengurusanbilikdarjah.smkberangan.com/index_files/script.js (akses 25
Februari 2012)
Corak Pengurusa Bilik Darjah yang
Kondusif.http://notapismpks.blogspot.com/2011/12/pbdt-nota-topik-8-perancangan.html
Developing Classroom
Expectationshttp://www.projectidealonline.org/classMgt_ClassroomExpectations.php (a
kses pada 13 Mac 2012)



Posted by Jija at 11:56 PM
This page
is safe
Bitdefender Total Security 2012

You might also like