Minit Mesyuarat KHB Daerah Bil 3.2014

You might also like

You are on page 1of 6

Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Program

1. Karnival Blue Ocean Strategi KHB Kinta Selatan


2. Lawatan Penanda Aras Bengkel KHB
Daerah Kinta Selatan Kali Ketiga
Bil. 3 / 2014
Tarikh : 29 April 2014
Hari : Selasa
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SMK Kampar
Pengerusi : Tn. Hj Mat Jaafar Bin Mat Zain (Pengerusi / Pengetua SMK Kampar )
Kehadiran :
1. Tn. Hj. Md Yusuf Bin Alang Ahmad (s/u) - SMK Kampar
2. Pn. Khairunnisa Bt Azahari ( pen. s/u) - SMK Kampar
3. En. Muhammad Nizar B. Mohd Zizi ( bendahari) - SMK Kampar
4. En. Azhar B. Mohd Idin (KP Sn Pert) - SMK Kampar
5. Pn Haryani Bt Mamat (GK Tek & Vok) - SMK Kampar
6. Pn Nur Azryannie Bt Che Azemi - SMK Kampar
7. Pn Sarimah Bt Mabee - SMK Kampar
8. Cik Suriani Bt Idris - SMK Kampar
9. Ustaz Khairul Anwar B. Yusoff - SMK Kampar
10. Pn. Roslina Bt Che Raus - SMK Seri Kampar
11. En. Mohd Hashim B. Abd. Wahid - SMK Sentosa
12. Pn Noorazilawati bt Ahmad - SMK Seri Teja, Gopeng
13. Pn Siti Syakirah Bt Samsudin - SMK Sultan Yusuf Shah , Bt Gajah
14. Pn Halimatun Bt Hamid - SMK ST Bernadettes Convent
15. En Basharuddin b. Uda - SMK Yuk Kwan
16. Pn Lee Ngan Siew - SMK Pei Yuan
17. Pn Farah Izianiwati BT Khalib - SMK TIWA, Bt Gajah
18. Pn Norliza Bt Saidin - SMK Methodist (ACS) Kampar
19. Hj. Roseli B Hj. Ibrahim - SMK Methodist (ACS) Kampar
20. Pn Sukuna A/P Konchi Raman - SMK Idris Shah
21. En Mohd Sofian B Aziz - SMK Dato Bendahara C.M Yusuf
22. Pn Yusliza Bt Dollah - SMK Tronoh
23. Muhamad Firdaus B. Mat - SMK Malim Nawar
24. Nozieyatulakma Bt Abu Bakar - SMK Integrasi Gopeng

Turut Hadir:
1. En. Muslim B Ahmad (PK Pentadbiran) - SMK Kampar


Tidak Hadir:
1. En Mohd Arif Shafrail - SMK Kampar
2. Pn Chan Wai Fong - SMK Kampar

AGENDA:
1. UCAPAN PENGERUSI
2. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT LALU
3. PERKARA BERBANGKIT
4. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN LAPORAN KEWANGAN
5. LAPORAN KARNIVAL BLUE OCEAN STRATEGI KHB KINTA SELATAN
6. LAWATAN PENANDA ARAS
7. HAL-HAL LAIN

1. UCAPAN PENGERUSI

1.1 Tuan pengerusi mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada semua guru yang
hadir ke mesyuarat kali ketiga KHB daerah.
1.2 Tuan pengerusi memaklumkan Ketua Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan
telah dimaklumkan dan amat gembira dengan keputusan-keputusan program ahli
mesyuarat.
1.3 Lawatan Penanda Aras akan dilaksanakan ke SMK Abdul Rahman Talib pada 3 Mei
2014. Dimaklumkan pihak MAPIM bersetuju untuk menyumbangkan makanan tengahari
100 orang di SMART. Bas yang akan digunakan untuk ke SMART adalah dari SMK
Saint Edward, Taiping.
1.4 Ketua Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan sangat teruja dengan program
Karnival Blue Ocean Strategi KHB kerana belum pernah dilaksanakan karnival KHB di
Kinta Selatan. Beliau berharap karnival dilaksanakan dengan jayanya dan besar-besaran.
1.5 Kejayaan karnival adalah terletak di tangan guru-guru KHB Daerah dan guru-guru SMK
Kampar.
(Makluman)

2. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT LALU
Hj. Mat Yusuf B. Alang Ahmad selaku setiausaha panitia daerah membentangkan minit
mesyuarat lalu. Cadangan menerima minit mesyuarat oleh En. Mohd Sofian B Aziz dan
disokong oleh En Roseli B. Ibrahim.


3. PERKARA BERBANGKIT
Tiada perkara berbangkit.

4. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN LAPORAN KEWANGAN
4.1 Encik Muhammad Nizar selaku bendahari panitia daerah membentangkan laporan
kewangan semasa. Cadangan menerima laporan oleh Puan Lee Ngan Siew dan
disokong oleh En. Basharudin B. Uda.
4.2 Bendahari memaklumkan terdapat 5 buah sekolah lagi yang belum selesai membayar
yuran panitia daerah.
(Makluman)

5. LAPORAN KARNIVAL BLUE OCEAN STRATEGI KHB KINTA SELATAN
5.1 Hj. Md Yusuf, setiausaha daerah membentangkan AJK Program Karnival Blue
Ocean Strategic KHB Daerah Kinta Selatan:
Tarikh: 21 Jun 2014
Masa: 8.30 hingga 3.00 petang
Tempat: SMK Kampar
5.2 Lampiran AJK diedarkan dan dilampirkan di dalam minit.
5.3 Fokus bagi jawatankuasa KHB Daerah adalah di muka surat 4.
5.4 AJK pengurusan pertandingan dibenarkan untuk menukar pertandingan yang
dicadangkan dengan pertandingan yang lain jika ada yang pakar dalam pertandingan
tertentu.
5.5 Guru yang bertanggungjawab perlu berbincang berkenaan syarat, format dan
kehakiman pertandingan.
(Tindakan: AJK Pertandingan)

5.6 Pengerusi mengalu-alukan jika ada saudara mara yang terlibat dengan jualan
langsung untuk membuka booth bagi memeriahkan karnival ini.
(Semua Panitia KHB)

5.7 Encik Muslim memohon karnival diadakan pada hari persekolahan untuk
memudahkan pihak sekolah mengumpul pelajar dan guru. Pengerusi memaklumkan
tarikh karnival sudah semakin hampir dan tidak sempat untuk membuat apa-apa
perubahan. Tambahan tuan PPD sangat teruja dengan karnival ini sehingga pernah
mencadangkan untuk menarik pasar pagi ke SMK Kampar.
(Makluman)

5.8 Encik Muslim meminta agar AJK Pertandingan mendokumentasikan syarat
pertandingan dan diedarkan kepada semua sekolah dengan telus supaya tidak timbul
isu apabila pemenang diumumkan.
(Tindakan:AJK Pertandingan)

5.9 Encik Muslim mencadangkan pengisian aktiviti ditambah dengan permainan
paintball. Program ini telah dilaksanakan oleh SMK Seri Ampang dan sambutannya
amat menggalakkan walaupun bayaran dikenakan sebanyak RM5.00.
(Makluman)

5.10 Karnival ini akan disekalikan dengan Hari Koperasi. Semua koperasi sekolah yang
berdekatan akan dilibatkan dengan membuka booth masing-masing di SMK Kampar.
(Tindakan: Koperasi SMK Kampar dan PPD KS)

5.11 Pengerusi amat mengharapkan ramai yang akan datang terutamanya dari sekolah-
sekolah berdekatan seperti SMK Sentosa, SMK Methodist (ACS) Kampar dan SMK
Seri Kampar. Kehadiran mereka ini di atas tanggungan mereka sendiri.
(Makluman)

5.12 Mesyuarat seterusnya akan dilaksanakan pada 21 Mei 2014 untuk melengkapkan
dan mencerahkan syarat-syarat penyertaan.
5.13 Diharapkan semua AJK pertandingan boleh memberi maklumbalas berkenaan syarat
pertandingan kepada setiausaha daerah untuk dimuatnaik ke portal PPD dan dicapai
oleh semua sekolah di Kinta Selatan. Tarikh akhir 9 Mei 2014.
(Tindakan: AJK Pertandingan)
5.14 Tetamu Kehormat yang dicadangkan untuk merasmikan karnival akan diserahkan
kepada PPD Kinta Selatan. Walaubagaimanapun, terdapat usaha untuk menjemput
Menteri Besar Perak untuk merasmikan karnival ini.
(Makluman)

5.15 Bagi melancarkan semua program karnival ini, mesyuarat telah memutuskan setiap
sekolah perlu membayar sebanyak RM300.00 dari wang panitia KHB untuk semua
pertandingan. Bayaran ini adalah untuk menjayakan lima pertandingan, hadiah,
makan dan khemah. Jumlah bayaran ini telah dipersetujui dengan sebulat suara.
(Tindakan: Semua Panitia KHB Daerah Kinta Selatan)

5.16 Guru-guru KHB diminta untuk mencari sponser untuk dicetak dibelakang buku
cenderamata karnival ini.
(Tindakan: Semua Panitia KHB Daerah Kinta Selatan)

6. LAWATAN PENANDA ARAS KE BENGKEL KHB TERPILIH
6.1 Pakaian bagi Lawatan Penanda Aras ialah pakaian batik rasmi.
6.2 Surat lawatan telah difax ke SMART. Lawatan akan bermula pada jam 10.00 pagi.
6.3 Tn Hj. Mat Jaafar memohon maaf dan berkemungkinan tidak dapat hadir ke SMART
kerana perlu menghadiri majlis perkahwinan anak saudara di Kuala Lumpur.
6.4 Tn. Hj. Mat Jaafar meminta Penolong Kanan Pentadbiran menggantikan beliau ke
SMART.
(Makluman)

7. HAL-HAL LAIN
Guru-guru AJK pertandingan dibenarkan memulakan perbincangan syarat pertandingan
di bilik mesyuarat ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang.


Disediakan oleh,

.
Hj Md Yusuf B. Alang Ahmad


Disah oleh,


Hj Mat Jaafar B. Mat Zain

You might also like