You are on page 1of 11

PENDIDIDKAN SENI

TINGKATAN 1

1. RUPA
2. PRINSIP REKAAN
DISEDIAKAN OLEH :
PUAN RUHAIZAH BINTI RAHMAN
1.RUPA
DEFINISI:
RUPA ialah hasil daripada pertemuan hujung
garisan dengan permulaannya. Rupa boleh
dihasilkan daripada garisan, warna dan jalinan.
JENIS RUPA
1.RUPA GEOMETRI
Rupa Geometri ialah rupa yang mempunyai sudut
seperti bulatan, tiga segi, empat segi dan lain-lain
rupa yang bersudut. Dicipta dengan menggunakan
alatan khas iaitu pembaris, set geometri dengan
ukuran-ukuran tertentu.


2. RUPA ORGANIK
Rupa organic merujuk kepada rupa bebas yang tidak dapat
diukur sudutnya seperti rupa daun, rupa orang, rupa ikan
dan sebagainya. Dihasilkan secara spontan.

NILAI RUPA

1.RUPA POSITIF
Rupa positif ialah rupa sesuatu objek yang
terletak di dalam satu kawasan tertentu.


2.RUPA NEGATIF
Rupa negatif ialah ruang di sekeliling
rupa objek tersebut.
RUPA VS LAMBANG:
Lambang adalah kaedah untuk berkomunikasi dan menyampaikan maklumat
tanpa menggunakan bahasa. Ia telah digubah tetapi masih boleh dikenali
dan difahami maksudnya.
Ianya berbeza dengan logo, lencana dan jata kerana ianya tidak dikaitkan
dengan sebarang entiti, identiti atau tanda pengenalan.
Lambang dibahagikan kepada beberapa fungsi seprti:
Lambang maklumat
Lambang amaran
Lambang sukan
Dsb



RUPA DAN MUKA TAIP
Muka taip ialah jenis-jenis rupa berbentuk huruf.
Rupa muka taip boleh menghasilkan pelbagai gaya.
Rupa muka taip boleh terdiri daripada muka taip serif ( berekor ) dan
san serif( tidak berekor ).


2. ASAS SENI REKA PRINSIP REKAAN


TERDAPAT 7 PRINSIP REKAAN:

Harmoni
Kontra
Penegasan
Irama dan pergerakan
Imbangan
Kepelbagaian
Kesatuan


1. HARMONI
Dalam istilah bahasa harmoni
membawa maksud aman dan damai
Dalam istilah seni harmoni merupakan
hasil ulangan dan rentak unsur seni
yang sesuai dan seimbang
Harmoni wujud dalam penggunaan
garisan dan warna
Harmoni tidak akan wujud jika ada
unsur-unsur yang bercanggah





Contoh Harmoni
dalam garisan

2. KONTRA






Kontra wujud jika ada unsur-unsur seni
yang bertentangan atau bercanggah
dalam sesuatu gubahan
Fungsi kontra ialah untuk menarik
perhatian, memberi fokus,
mengelakkan kebosanan dan kesan
pergerakan
Kontra dapat dihasilkan melalui
penggunaan unsur seni, teknik dan
bahan yang berlainan





Contoh Kontra dalam
bentuk
3. PENEGASAN
Penegasan wujud apabila terdapat
sesuatu unsur yang menonjol, kontra
atau ganjil dalam sesuatu gubahan
Fungsi penegasan ialah untuk menarik
perhatian, memberi fokus, dan
mengelakkan kebosanan
Penegasan dapat dihasilkan melalui
penggunaan unsur seni yang kontra
atau asingkan objek yang hendak
ditegaskan


4. IRAMA DAN PERGERAKAN
Pergerakan ialah keadaan yang
bergetar, bergoyang, berayun,
berpancar, bersinar dsb
Fungsi irama dan pergerakan ialah
untuk memberi kesan lebih hidup dan
realistic terhadap sesuatu gubahan
Pergerakan dapat dilihat melalui kesan
angin, air, ombak, taufan dsb



5. IMBANGAN

bermaksud kesamaan dan kesepadanan dari segi berat, tarikan dan tumpuan
Terdapat 2 jenis imbangan iaitu:
a. Imbangan simetri unsur seni yang sama antara kiri dan kanan atau atas dan bawah
(garisan axis dilukis di tengah-tengah pembahagian tersebut)

b. Imbangan tidak simetri unsur seni tidak sama di kedua-dua bahagian tetapi
mempunyai cirri-ciri yang menimbulkan kesan keseimbangan













6. KEPELBAGAIAN
Kepelbagaian wujud hasil
penggunaan pelbagai gaya, nilai, dan
idea yang berbeza dalam sesuatu
gubahan
Kepelbagaian dapat memberi gaya,
variasi, tenaga, dan daya tarikan
dalam sesuatu gubahan
Kepelbagaian dapat dihasilkan
melalui penggunaan unsur seni
seperti garisan, rupa dan warna yang
pelbagai dalam sesuatu gubahan

7. KESATUAN
Kesatuan bermaksud satu tema atau
satu idea bagi semua unsur dalam
sesuatu gubahan
Kesatuan dapat menimbulkan
suasana yang tenteram, teratur dan
selesa









Contoh Kesatuan tema

You might also like