You are on page 1of 13

1

1

MENGURUS PERSEKITARAN FIZIKAL BILIK DARJAH MESRA BUDAYA.
Menurut Ralp Linton, ( 1945 ), kebudayaan ialah segala yang dipelajari dan diulangi
dalam sesebuah masyarakat iaitu warisan social ahli- ahli dan masyarakat. Lantaran itu
mesra budaya merupakan budaya yang dipersetujui oleh semua ahli dalam satu
komuniti dan mereka mengiktiraf budaya tersebut sebagai suatu amalan murni
bersama.
Sifat sesuatu tempat banyak dipengaruhi oleh sikap individu yang berada di situ.
Persekitaran yang menarik , budaya sihat di sekolah, kepimpinan yang berkualiti serta
suasana pembelajaran yang kondusif adalah elemen penting dalam menjana
pembangunan murid- murid. Lantaran itu tugas yang sangat penting untuk membina
bilik darjah yang kondusif melalui persekitarannya yang mesra budaya adalah menjadi
tugas penting kepada seorang guru untuk merealisasikannya.
Kompenan budaya terdiri daripada bahasa, nilai dan kepercayaan, symbol atau
lambang, norma, teknologi dan kesenian. Ia seringkali dipengaruhi oleh faktor
kemiskinan, peperangan, penyakit, peluang pekerjaan, perkahwinan campur dan
perdagangan. Lantaran itu cabara guru dalam mewujudkan suasana pembelajaran
mesra budaya dengan memaami pelbagai budaya, kemahiran lisan atau laras bahasa,
bersifat adil. Merancang trategi , peggunaan ABM merentasi keperluan pelbagai kaum
dn cabaran untuk mengintegrasikan pelbagai kelompok.







2

2

PENGURUSAN PERSEKITARAN FIZIKAL
Pengurusan bilik darjah bermaksud satu proses mendapatkan penyertaan dan
kerjasama ahli untuk mencapai objektif organisasi atau kumpulan dalam sesuatu
gerakerja. Ini termasuklah proses merancang, mengelola, memimpin, mengarah dan
mengawal.








Menurut Lemlech ( 1988 ) menjelaskan bahawa pengurusan bilik darjah adalah
orchestra dalam kehidupan. Guru seharusnya memiliki gaya kepimpinan, kemahiran
merancang, kecekapan mengurus, kepelbagaian dalan pengajaran dan pembelajaran,
kebijaksanaan interpersonal, kemahiran komunikasi, kemahiran kaunseling dan mampu
mengendalikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( TMK ).





Merancang
Mengeloa
Memimpin
Mengawal
PENGURUSAN
FIZIKAL
3

3

PERANAN GURU DALAM MEWUJUDKAN SUASANA PEMBELAJARAN YANG
KONDUSIF DAN MESRA BUDAYA.



















GAYA
KEPIMPINAN
KEMAHIRAN
MERANCANG
KECEKAPAN
MENGURUS
KEPELBAGAIAN
P & P
KEMAHIRAN
MERANCANG
KECEKAPAN
MENGURUS
INTERPERSONAL
KEMAHIRAN
KOMUNIKAS
I
KEMAHIRAN
KAUNSELING
KEMAHIRAN
TMK
4

4

Marzano ( 2003 ) menyatakan tindakan guru dalam bilik darjah mempunyai impak dua
kali ganda dalam pencapaian murid berbanding dengan polisi sekolah berkenaan
kurukulum, penilaian kerjasama antara guru dan penglibatan masyarakat. Kejayaan
guru mengurus fizikal, sumber dan sausana bilik darjah yang kondusif bermakna guru
telah berjaya membentuk budaya berdisiplin, kerjasama, saying kepada keindahan
alam sekitar, mematuhi setiap arahan, kehidupan berkualiti yang melambangkan
sebahagian daripada keimanan.
Peraturan di sekolah turut membentuk suasana pembelajaran yang mesra budaya.
Melalui pekeliling dan panduan yang telah ditetapkan garis panduan untuk melahirkan
pelbagai amalan yang baik kepada murid dapat direalisasikan.
Cabaran Guru Mewujudkan Bilik Darjah Mesra Budaya.













Kompenan Budaya
Bahasa
Nilai Dan
Kepercayaan
Simbol / Lambang
Norma
Teknologi
Kesenian
5

5

PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.
Guru perlu menjadi seorang pengurus bilik darjah yang berkesan supaya objektif
pelajaran tercapai. Ia merangkumi peranan sebagai pendidik, pemudah cara, pemimpin,
pembimbing, penilai, perancang, perunding dan pendorong kea rah kecemerlangan
murid.
Sehubungan dengan itu guru perlu merancang kurikulum, sukatan, huraian sukatan,
buku teks, bahan rujukan tambahan atau maklumat tambahan daripada pelbagai
sumber. Guru juga perlu mengekalkan prinsip utama pembelajaran adalah
meningkatkan dan mengekalkan rasa kejayaan, meluaskan tahap keintelektualan,
kerohanian, kekuatan emosi, keteguhan jasmani, merangsang minat dan menghasilkan
keseronokan.
Mengikut kajian Pierce Bourdie ( 1930 ), ahli sosiologi pendidikan dari Perancis,
pencapaian persekolahan seseorang individu adalah berkait rapat dengan
latarbelakang keudayaan ibu bapanya iaitu tahap pendidikan ibu bapa. Menurut ahli
sosiologi juga, konsep kebudayaan dikatakan sebagai cara hidup yang dipelajari,
diubahsuai dan diturunkan dari satu generasi ke genarasi lain. Ini disokong dengan
pandangan ahli fungsionalisme yang melihat sekolah berfungsi sebagai Proses
Sosialisasi mendidik kana- kanak mengikut kehendak masyarakat.
Pelbagai kaedah, model, teknik dengan menggunakan kemahiran berkomunikasi,
interpersonal, bimbingan dan kaunseling dalam proses pengajaran dan pembelajaran
yang lebih kondusif. Guru berperanan sebagai penggerak kepada pembelajaran
berpusatkan murid, menjadikan pembelajaran semakin aktif, interaktif dan konstruktif
serta lebih berkesan dilaksanakan berasaskan penggunaan pendekatan koperatif dan
kolaboratif.
Pendekatan dan kaedah yang digunakan ini akan melibatkan murid dari pelbagai
kebilehan, latar belakang budaya, campuran jantina dan pelbagai etnik berkerjasama
dalam pasukan kecil untuk mencapai matlamat yang sama. Sesungguhnya pengurusan
pebelajaran yang terancang akan menjadikan murid lebih yakin, berani dan berwibawa.
6

6

Berikut adalah beberapa kaedah yang boleh dilaksanakan oleh guru.







KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MESRA BUDAYA
KAEDAH DIREKTIF
Murid belajar melalui penerangan guru dan diikuti ujian kefahaman dan latihan.
KAEDAH MEDIATIF
Guru menggunakan bahan media dalam pembelajaran.
KAEDAH GENERATIF
Guru menjana idea murid melalui interaktif atau soal jawab.
KAEDAH KONTEKSTUAL
Murid mengaitkan bahan pengajaran dan pembelajaran kepada situasi sebenar dunia
kehidupan mereka.
KAEDAH METAKOGNITIF
Ia memberi peluang kepada murid- murid memikirkan proses pembelajaran, rancangan
pembelajaran, pemantauan dan penilaian kendiri melalui tugasan yang diberi.

KAEDAH DIREKTIF
KAEDAH MEDIATIF
KAEDAH GENERATIF
KAEDAH KONTEKSTUAL
KAEDAH METAKOGNITIF
KAEDAH KAJIAN LUAR
KONTEKS LUAR
KAJIAN MASA DEPAN
KAEDAH KOOPERATIF
KAEDAH KOLABORATIF
KAEDAH
7

7

KAEDAH KAJIAN LUAR / KONTEKS LUAR
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilakukan oleh guru di luar bilik darjah.
KAJIAN MASA DEPAN
Murid- murid mengambil bahagian dalam penciptaan masa depan.
KAEDAH KOOPERATIF
Diaplikasikan dalam kelas yang mengandungi murid- murid dari pelbagai budaya
supaya mereka dapat belajar secara berkumpulan dalam keadaan yang harmonis.
KAEDAH KOLABORATIF
Kerjasama erat antara dua pihak atau lebih. Murid berusaha untuk mencapai matlamat
pembelajaran.












8

8

PERSEKITARAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA.
Pengurusan Persekitaran Fizikal Bilik Darjah Mesra BUdaya
Persekitaran bilik darjah bukan sekadar melibatkan unsur- unsur fizikal yang dapat
dilihat dengan mata semata- mata sebaliknya ianya melibatkan unsur- unsur emosi dan
hubungan kemanisiaan.Menurut Woolfolk ( 2001 ), persekitaran bilik darjah yang
melibatkan ruang, susun atur bilik darjah dan dimensi social akan mempengaruhi
pembinaan budaya sesebuah bilik darjah.
Untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang kondusif dan mesra budaya guru
perlu memahami ekologinya yang tersendiri.Ianya mempunyai perkaitan dan pertautan
antara persekitaran fizikalnya dengan benda- benda bernyawa iaitu guru dan murid.
Bagi mengekalkan persekitaran pembelajaran yang posotif dan bermakna kepada
murid maka perkara- perkara berikut perlu diperhatian oleh guru.












Pelan
Lantai
Kebersihan, Pencahayaan
Dan Pengudaraan
Susunan Kerusi dan
Meja Murid
Susunan Perabot
Dan Peralatan
Hiasan Bilik Darjah
Sudut Dan Ruang
Bacaan
Ruang Dan Sudut
Multimedia
FIZIKAL BILIK DARJAH
MESRA BUDAYA
9

9

Pelan Lantai
Guru perlu menyediakan pelan lantai dan memaksimumkan ruang bilik darjah. Ia
mencakupi keluasaan bilik darjah dan susun atur perabot yang sesuai berdasarkan
kepada tahap pembelajaran murid samada tahap satu atau tahap 2.
Tahap Satu
Ruang pembelajaran yang berbeza- beza mencakupi beberapa ruang yang sesuai
mengikut tahap umur murid.
Tahap Dua
Ruang disediakan perlu mengambilkira unsur- unsur social dan pemupukan nilai- nilai
perpaduan dan persefahaman antara kaum.

Kebersihan, Pencahayaan Dan Pengudaraan.
Kebersihan
Kebersihan adalah antara nilai utama dalam kehidupan mansia. Guru perlu memahami
bahawa kebersihan mental dan jiwa turut dipengaruhi oleh suasana kelas tersebut.
Guru perlu memastikan ruang dan persekitaran kelas yang bersih menimbulkan
kedamaian dan keselesaan kerana ia mendorong keharmonian hidup manusia.Oleh
yang demikian beberapa langkah perlu diambil perhatian iaitu;
1. Memupuk amalan kebersihan kepada murid.
2. Memupuk cara hidup gotong- royong untuk menjadi rutin kepada murid.
3. Menyediakan jadual tugas harian di dalam kelas.
4. Mengadakan pertandingan bilik darjah terbersih pada setiap minggu.




10

10

Pengcahayaan Dan Pengudaraan Kelas
Guru perlu memastikan sistem pencahayaan yang sesuai kerana cuaca yang terang
atau terlalu suram akan menimbulkan ketidakselesaan pengajaran dan pembelajaran
melemahkan minat murid untuk belajar. Disamping itu, Pengudaraan kelas perlu diberi
perhatian untuk mendapatkan udara bersih dan segar. Kelas yang tidak berhawa dingin
memerlukan tingkpnya dibuka untuk memastikan udara dari luar dapat memasuki bilik
darjah..
Susun atur Kerusi dan Meja murid
Kerusi dan meja yang akan diduduki oleh murid perlu dapat dilihat oleh guru agar murid
dapat mengikuti pembelajaran dengan baik. Begitu juga susunan kerusi hendaklah
mudah diubah dan disusun mengikut pengajaran dan pembelajaran yang akan
dilaksanakan. Begitu juga kerusi juga perlu disesuaikan khususnya aktiviti kerja
berkumpulan yang mendorong budaya pembelajaran yang lebih kondusif.
Susunan Perabot dan Peralatan.
Susunan perabot dan peralatan pengajaran dan pembelajaran perlu dissuaikan dengan
aktiviti pengajaran. Perabot yang disediakan hendaklah disusun atur dengan baik agar
tidak menyempitkan ruang kelas. Guru perlu mematikan sudut- sudut bacaan dengan
meletakkan rak atau almari untuk menyimpan buku. Disamping itu kemudahan
peralatan TMK (ICT ) yang disediakan didalam bilik darjah perlu diletak di sudut yang
sesuai dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Hiasan Bilik Darjah
Guru perlu diberikan kebebasan menghias bilik darjah dengan nasihat dan pandangan
daripada guru. Untuk itu guru perlu memujuk rasa tanggungjawab dikalangan murid
khususnya keadaan dan suasana bilik darjah. Berikut adalah beberapa elemen- elemen
yang penting untuk menerapkan unsur budaya dalam pembelajaran iaitu;
a. Menggalakan murid menyediakan sendiri jadual bertugas.
b. Menghias meja guru dengan jambangan bunga.
11

11

c. Mengecat bilik darjah.
d. Mengalas meja setiap murid
e. Mengantung langsit yang sesuai dengan suasana bilik darjah sebagai ruang
pembelajaran.
f. Menghias dinding atau papan kenyataan dengan mural, poster, keratin akhbar
atau alat- alat visual yang mengandungi unsur- unsur pendidikan dan
pengetahuan am.
g. Menyediakan sudut artifak- artifak budaya seperti pakaian tradisional, foto- foto
pemimpin Negara dan bahan- bahan sejarah yang dapat menerapkan nilai
patriotism di kalangan murid- murid.
h. Menghias bilik darjah dengan tumbuhan hiasan seperti bunga- bunga atau
tumbuhan hijau yang dijaga dan disusun sendiri oleh murd kerana ia akan dapat
memupuk semangat cintakan alam sekitar disamping mengalakkan pengudaraan
( peredaraan oksigen ).











12

12

SUDUT DAN RUANG BACAAN
Morrow dan Weinstein ( 1982 ) menyatakan bahawa bilik darjah sepatutnya menjadi
tepmpat berlakunya galakan budaya membaca di kalangan murid. Guru perlu
menyediaka pusat literasi di dalam bilik darjah bagi membolehkan murid mendapatkan
maklumat dan menambah pengetahuan melalui aktiviti bacaan.Lantaran itu guru perlu
menitikberatkan perkara- perkara berikut untuk penyediaan sudut dan ruang bacaan.
















13

13

Budaya Pembelajaran Dalam Bilik Darjah Akan Menggalakan Untuk;

PERSPEKTIF MURID

Murid Berfikir mengenai hubungan etnik di malaysia dari segi sejarah,
latarbelakang ekonomi dan politik serta aspek yang lain.
Murid dapat mengenal pasti bahawa kewujudan kepelbagaian dalam masyarakat
Malaysia khususnya dalam kelompok etnik atau dalam bentuk lain seperti
agama, kedudukan politik, ekonomi dan social.


PERSPEKTIF GURU

Guru memilih tajuk pembelajaran yang berkaitan dengan kepelbagaian budaya
dalam masyarakat.
Setiap etnik diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam aktiviti
pembelajaran.
Aktiviti dan program dirancang tidak menyentuh isu- isu sensitive serta mampu
mengguris perasaan mana- mana pihak.

You might also like