You are on page 1of 4

Laman Web DBPLaman PRPMAktiviti TerkiniPeraduanPanduanPerkhidmatanJudul Terbaru

AduanAduan Maklum balasMaklum balas


Dewan Bahasa & Pustaka Display virtual keyboard interface Carian
Spesifik

PRPM Laman Web DBP www
Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Kary
awan ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Jurnal ; Universiti Awam ;
Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ;

Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
SEGI EMPAT TEPAT
Segi empat tepat ialah rajah bersisi empat
satah yang mempunyai empat sudut tepat.
Misalnya, papan hitam ialah segi empat tepat.
Segi empat tepat ialah segi empat selari yang
bersudut tepat. Kedua-dua sisinya yang
bertentangan adalah selari dan sama. Jika
keempat-empat sisinya sama, maka segi empat itu
ialah segi empat sama.
UMUM
SEGI EMPAT SAMA
Segi empat sama ialah rajah satah dalam
geometri, yang mempunyai empat sisi yang lurus
dan empat sudut tegak (90o) yang sama.
Jika setiap sisi pada sesuatu segi empat sama
berukuran empat sentimeter panjang, maka segi
empat sama tersebut boleh dipotong menjadi
4 x 4, atau 16 segi empat sama yang lebih kecil
yang mempunyai sisi satu sentimeter panjang.
Luas segi empat sama tersebut bersamaan 16
sentimeter persegi (lihat Ukuran persegi ). Dalam
aritmetik dan algebra, kuasa dua bagi sesuatu
kuantiti ialah hasil kuantiti itu sendiri. Contohnya,
16 ialah kuasa dua 4, kerana 4 x 4 = 16. Jika b
mewakili sebarang kuantiti, maka kuasa dua bagi
b , atau b+ b, ditulis sebagai b2 . Angka 2 kecil
yang ditulis di sebelah kanan dan atas huruf b
dikenali sebagai eksponen . Eksponen 2 tersebut
menunjukkan bahawa kuantiti b hendaklah
diambil dua kali sebagai satu faktor.
Lihat juga Kuasa; Punca kuasa dua; Sisi empat.
UMUM
SEGI TIGA BERMUDA
Segi Tiga Bermuda, juga dikenali sebagai
Segi Tiga Syaitan, ialah kawasan laut di pantai
tenggara Florida, Amerika Syarikat. Banyak kapal
dan kapal terbang yang hilang di sini. Setiap hari
kapal perdagangan dan tentera melalui kawasan
ini dengan selamat. Namun sejak tahun 1854,
lebih daripada 50 buah kapal dan kapal terbang
telah hilang di dalam atau di sekitar kawasan ini.
UMUM
SEGI TIGA
Segi tiga dalam geometri satah ialah rajah
tertutup yang mempunyai tiga sisi. Sisinya
bertemu pada tiga titik yang dinamakan bucu ,
dan setiap bucu membentuk sudut dengan dua
daripada sisinya. Jumlah tiga sudut segi tiga ialah
180o. Segi tiga ialah sejenis poligon (lihat Poligon ).
UMUM
SISI EMPAT
Sisi empat ialah rajah yang mempunyai empat
sisi lurus, iaitu poligon empat sisi. Sisi empat
yang sisi berlawanan adalah selari dikenali segi
empat selari. Sisi dan sudut berlawanan dalam
segi empat selari adalah sama. Jika kesemua
sudut dalam segi empat selari adalah bersudut
tepat, ia dikenali segi empat tepat. Kalau kesemua
empat sisi adalah sama, ia dikenali rombus. Segi
empat selari yang mempunyai empat sisi sama
dan empat sudut tepat dikenali segi empat sama.
Keluasan L satu segi empat selari dengan tapak d
dan ketinggian t dikira dengan formula L = dt.
Ketinggian ialah garis tegak antara dasar dan sisi
berlawanan dengannya.
UMUM
SOLAT
Solat dari segi bahasa bermaksud doa. Manakala
dari segi syarak pula adalah percakapan, perbuatan
yang dimulai dengan takbir dan disudahi dengan
salam. Ia satu ibadah yang diketahui tentang rukun,
sujud, berdiri dan membaca ayat-ayat yang mudah
daripada al-Quran.
UMUM
ASIA
Asia ialah benua yang terbesar dari segi keluasan
dan jumlah penduduk. Ia meliputi satu per tiga
keluasan muka bumi dunia dan kira-kira tiga per
lima dari segi penduduk dunia. Asia menganjur dari
Afrika dan Eropah di sebelah barat hingga ke Lautan
Pasifik di sebelah timur. Bahagian paling utara
benua ini terletak dalam kawasan Artik yang beku.
Tetapi selatan hujung Asia terletak di kawasan
tropika panas berhampiran garisan Khatulistiwa.
UMUM
AMERIKA SYARIKAT
Amerika Syarikat ialah negara yang ketiga

terbesar di dunia dari segi jumlah penduduk dan

yang keempat terbesar dari segi luas kawasan.

Hanya China dan India mempunyai jumlah

penduduk yang lebih ramai daripada Amerika

Syarikat. Hanya Rusia, Kanada dan China mempunyai

kawasan yang lebih luas daripada Amerika Syarikat.

Amerika Syarikat meliputi keseluruhan bahagian

tengah Amerika Utara. Negara ini bermula dari

Lautan Atlantik di timur hingga ke Lautan Pasifik di

barat. Amerika Syarikat termasuklah Alaska yang

terletak di barat laut Amerika Utara, dan Hawaii yang

terletak jauh di Lautan Pasifik. Dalam bahasa

Inggeris, Amerika Syarikat sering dikenali sebagai

U.S ., U.S.A ., atau America .
UMUM
TEOREM PYTHAGORAS
Teorem Pythagoras , dalam geometri,
menyatakan bahawa dalam segi tiga bersudut
tegak, kuasa dua hipotenus adalah bersamaan
dengan jumlah kuasa dua bagi dua sisi yang lain.
Segi tiga bersudut tegak mempunyai satu sudut
yang bersamaan dengan 90 . Hipotenus ialah sisi
yang bertentangan dengan sudut tegak. Formula
teorem Pythagoras ditulis sebagai:
c2= a2 + b 2
UMUM
KUBUS
Kubus dalam geometri, ialah bongkah yang mempunyai

enam segi sama, seperti bongkah abjad

kanak-kanak. Kesemua segi yang membentuk panjang,

lebar, dan dalam kubus yang sama ukurannya.
UMUM
12345678910Selepas >
Tesaurus

segi (kata nama)
1. Bersinonim dengan tepi: sisi, sanding, penjuru, sudut, bucu, hujung, juring,
birai,
2. Bersinonim dengan sudut pandangan: aspek, dasar pandangan,
3. Bersinonim dengan lajur: kolum, jurai, petak, pias, garis lebar, ruang panjan
g,
Kata Terbitan : bersegi,
Puisi

Belah buluh bersegi-segi,
Buat mari serampang ikan;
Kuasa Allah berbagai-bagai,
Lebih laut dari daratan.
Lihat selanjutnya...
Peribahasa
363
Manners maketh man
Budi bahasa yang ada pada seseorang sangat penting dan itulah yang dipandang ora
ng.
Yang merah saga, yang kurik kundi; yang indah bahasa, yang baik budi
Remember that manners maketh man. You'll be judged on how to behave, not on what
you like, whe you come from,or how much money you make in a year.
Ingat yang merah saga, yang kurik kundi; yang indah bahasa, yang baik budi. Kita
akan dinilai dari segi tingkah laku, buka rupa, asal usul, atau jumlah pendapat
an kita.
Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya...
Gerbang Kata Gerbang Kata E-Tesis
?Hak Cipta Terpelihara 2008 - 2014 Dewan Bahasa dan Pustaka.
Paparan terbaik Internet Explorer 5.5 ke atas, dengan resolusi skrin 1280x1024.
PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang keh
ilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh dar
i laman ini.

You might also like