You are on page 1of 4

1

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA



SEMESTER JANUARI 2014

HBEF3603

AMALAN PROFESIONAL

TUGASAN : JURNAL REFLEKSI


NAMA PELAJAR : MOHAMAD ASRI BIN A. BAKAR
NO. MATRIKULASI : 810110025001
NO. KAD PENGNEALAN : 810110-02-5001
NO. TELEFON : 0129-4638452
E-MEL : asrimaznah@gmail.com
NAMA TUTOR : PN. NURINI BINTI HJ OMAR


PUSAT PEMBELAJARAN : KEDAH LEARNING CENTERE

2

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

ASPEK : ( T1A4 ) . Refleksi Jurnal


Sebagai seorang guru, kita perlulah meningkatkan profesinalisme untuk mendapatkan
ilmu-ilmu yang baharu sesuai dengan perkembangan semasa. Kualiti pengajaran dan
pembelajaran haruslah mengalami perubahan dan sentiasa memberi keselesaan kepada pelajar
supaya dapat memberikan tumpuan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. apabila guru
menguasai pelbagai ilmu pengetahuan yang baharu, maka pelajar yang dihasilkan bukan sekadar
untuk lulus peperiksaan semata-mata malahan pelajar dapat mengamalkan serta memberi kesan
yang mendalam kepada diri pelajar dalam meneruskan survival sebagai seorang pelajar. Pelajar
yang dihasilkan melalui pelbagai kualiti dan ilmu yang baharu mampu mengaplikasikan,
mensintesis dan menilai atau menghasilkan sesuatu produk yang baharu dan terkini. Sebagai
seorang guru, kita juga perlu berusaha meningkatkan diri dalam bidang Teknologi supaya tidak
ketinggalan zaman serta cetek ilmu pengetahuan tanpa mengetahui perkembangan semasa
seluruh dunia.
Semasa melakukan tugasan ini, berbagai onak liku saya lalui. Kekangan masa bagi
melakukan tugasan ini amatlah memeningkan. Pada masa yang sama jugalah kesihatan isteri
saya berlaku. Isteri yang terpaksa berulang alik ke hospital . Saya dan isteri terpaksa berulang
alik berjumpa pakar setiap minggu kerana masalah kesihatan beliau. Bagi TIA2 saya
menghadapi pelbagai masalah. Masalah tersebut ialah kerana saya tidak mengajar kemahiran
hidup untuk tahun ini kerana kekurangan guru metematik di sekolah saya. Saya terpaksa
mengguna jadual waktu rakan dan merancang pengajaran tanda pernah mengajar murid tersebut
sebelum ini. Semasa sesi merakam video terpaksa meminta tolong dari rakan. Rakaman hanya
menggunakan telefon pintar sahaja kerana saya tidak memiliki handycam . Permasalah ini agak
mematahkan semangat saya pada mulanya kerana terpaksa berkorban masa menguruskan masa.
Semasa melakukan aktiviti pengajaran di dalam kelas murid agak takut pada mulanya
untuk member jawapan kerana saya bukanlah guru yang mengajar sebelum ini, Setelah diberi
peneguhan dan rangsangan terhadap murid ,barulah murid mula memberi jawapan pada setiap
soalan dikemukakan. Permasalah yang timbol ini secaratidak langsung menaikkan lagi semangat
3

saya walaupun pada mulanya saya hampir mengalah. Di sini saya ingin mengucapkan jutaan
terima kasih saya pada Pn. Norini kerana menberi saya peluang untk menyiapkan kerja kursus
ini.
Kini saya mulai sedar peranan guru dalam membentuk pelajar menjadi manusia yang
berguna. Selain itu, saya merasakan tidak seorang pelajar pun harus di pinggirkan dan
ketinggalan dalam mendapat ilmu pengetahuan. Selain itu, penceramah juga meminta guru
membuat kajian tindakan bagi mengenalpasti kelemahan dan kekuatan yang ada pada pelajar.
Dengan cara ini guru dapat mencipta satu kaedah yang terbaik bagi membantu pelajar yang
bermasalah. Saya merasakan kajian tindakan merupakan satu cara terbaik bagi mengenalpasti
kelemahan pelajar. Setelah membuat kajian tindakan yang disyaratkan oleh pihak OUM barulah
saya ketahui bahawa pentingnya kajian tindakan dalam mengenalpasti kelemahan pelajar.
Setelah itu, penggunaan kaedah yang terbaik digunakan dalam mengatasi kelemahan pelajar
yang bermasalah. Dengan cara ini dapat mengatasi masalah pembelajaran dan meningkatkan
penguasaan pelajar dalam bidang pelajaran. Sebagai seorang guru kita hendaklah sentiasa
meningkatkan kualiti diri seiring dengan perubahan dan kehendak Kementerian Pendidikan
Malaysia demi kejayaan anak bangsa untuk masa hadapan. Sesungguhnya perjalanan yang akan
ditempuhi masih lagi jauh dalam melahirkan pelajar yang berdaya saing serta berkualiti dalam
membantu membangunkan Ekononi Negara. Sememangnya guru-guru perlu bersedia untuk
melanjutkan pelajaran supaya tidak ketinggalan di dalam ilmu pendidikan untuk disampaikan
kepada pelajar. Ini disebabkan oleh inovasi dalam pengetahuan, teknik, kemahiran dan idea-idea
baharu seiring dengan perubahan semasa. Selain dapat menambahkan ilmu pengetahuan sumber
pendapatan guru juga akan bertambah. Dengan mengikuti program Pensiswazahan guru, selain
memperolehi ilmu baharu gaji dan kenaikkan pangkat guru juga akan berubah menjadi lebih baik
seterusnya dapat memberi motivasi kepad guru-guru supaya belajar dengan bersungguh-
sungguh. Guru juga boleh menjadi model kepada pelajar untuk dicontohi. Pelajar tentunya lebih
bersemangat untuk belajar apabila melihat gurunya sendiri terus menuntut ilmu walaupun telah
mempunyai keluarga dan berpendapatan tetap. Golongan guru menyedari bahawa peningkatan
akademik yang diperolehi akan meletakkan diri guru ketempat yang lebih baik dari yang
dahulunya terutama dari segi kenaikkan pangkat guru seperti Guru Cemerlang, Guru pakar,
Guru Besar Cemerlang dan beberapa laluan lagi. Oleh itu, laluan kerjaya guru selepas berjaya
memperolehi ijazah amat luas dan tidak terbatas. Sebelum mendengar ceramah motivasi ini, saya
4

beranggapan laluan untuk kerjaya guru tetap sama dan sukar untuk proses kenaikkan pangkat.
Tetapi kini saya berasa bersemangat untuk memberikan khidmat yang cebih cemerlang demi
peningkatan potensi diri dan juga kepada para pelajar. Saya juga merasakan guru mempunyai
akaumtabiliti terhadap profesionnya.
Kesimpulannya, guru perlu bertanggungjawab meningkatkan imej profesion perguruan
dengan memberi perkhidmatan yang bermutu tinggi seperti mengajar pelajar dengan cekap.
Dengan cara melanjtkan pelajar ke peringkat lebih tinggi akan membantu guru supaya dapat
menjalankan tugas dengan cekap dan sempurna kerana kemahiran yang diperolehi di Open
Universiti Malaysia semakin bertambah. Ini merupakan salah satu usaha untuk menepati
akauntabilitinya terhadap profesion keguruan. Ilmu yang saya perolehi semasa belajar di Open
Universiti Malaysia akan saya manfaatkan untuk pelajar-pelajar saya di sekolah. Pendidikan guru
tidak seharusnya tamat sebaik sahaja tamat Program Pensiswazahan Guru. Kejayaan serta
kelestarian seseorang guru dalam kerjayanya bergantung kepada kesediaan guru untuk terus
memajukan diri. Peningkatan kualiti dalam diri guru dengan cara melanjutkan pelajaran akan
memberi nafas baharu kepada dunia pendidikan moden. Perubahan dunia pendidikan
memerlukan guru sentiasa bersedia dan berusaha untuk memajukan diri serta menambahkan ilmu
pengetahuan dalam meningkatkan meningkatkan imej profesion pendidikan.

You might also like