You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MALAYSIA BIL 1/2014

SK DIJIH, SELANGAU

Tarikh : 31 Mac 2014
Masa : 2.30 ptg 5.00 ptg
Tempat : Makmal Komputer SK Dijih
Senarai Kehadiran:
BIL NAMA JAWATAN
1
2
3
4
5
6
7

Tidak Hadir:
BIL NAMA JAWATAN SEBAB TIDAK
HADIR
1 Safarina binti Saibi Guru Pemulihan Khas CRK
2

Agenda Mesyuarat:
1. Kata-kata aluan Ketua Panitia
2. Perkara/Agenda
3. Hal-hal lain
4. Penutup









1. KATA-KATA ALUAN KETUA PANITIA
1.1 Pengerusi mesyurat iaitu Cikgu Abdul Jalil bin Buhari mengucapkan selamat petang
dan terima kasih kepada semua guru yang hadir di dalam mesyuarat Pengurusan
LINUS bil 1/2014. Mesyuarat tersebut bertujuan untuk memberi taklimat mengenai
pengurusan LINUS pada tahun 2014 sebagai persediaan untuk pemantauan dari
pihak nazir. Sehubungan itu, beliau berharap supaya semua guru dapat memberi
kerjasama dalam penyediaan fail dan penyediaan bahan dalam p & p.

Tindakan : Semua Guru LINUS

2. PERKARA/AGENDA

2.1 Pengurusan LINUS
2.1.1 Pemfailan

2.1.2 Verifikasi murid


2.1.3 PDP

Tindakan: Semua guru LINUS

2.2 Pencapaian Saringan 1 dan 2 bagi tahun 1,2 dan 3 pada 2013

( Rujuk Lampiran 1 & 2 )

Tindakan: Semua guru LINUS

2.3 Headcount LINUS

2.3.1 Semua guru LINUS diminta untuk menyediakan headcount LINUS
Pencapaian Saringan Kohort 2, 3 dan 4 berdasarkan pencapaian
terdahulu dan pencapaian perlu dipantau melalui kualiti kemahiran murid
untuk menguasai isi kandungan pelajaran.

2.3.2 Sasaran sekolah 2014

Tahun Peratus
Tahun1 95%
Tahun 2 98%
Tahun 3 100%


2.3.3 Sasaran adalah umpama Target Olimpik iaitu sasaran yang terbaik
tetapi saringan LINUS perlu dijalankan dengan berintegriti. Keputusan
saringan mestilah telus dan tepat dan elakkan bimbingan yang melampau
semasa menjalankan saringan untuk memperdanakan murid.

Tindakan: Semua guru LINUS


2.4 Pelan Strategik LINUS

Panitia Bahasa Melayu dan Matematik berperanan dalam membantu
menjayakan LINUS dengan cara mengadakan perbincangan dalam mesyuarat,
memantau pengajaran guru dan berkongsi peruntukan dalam melaksanakan
aktiviti-aktiviti yang berkaitan LINUS. Setiap panitia perlu memastikan rancangan
dan perjalanan aktiviti perancangan strategik LINUS berjalan dengan lancar dan
melihat impak program yang disediakan dan menyediakan laporan bagi setiap
aktiviti.

Tindakan: Ketua panitia Bahasa Melayu dan Matematik

2.5 Guru Pemulihan dan Guru Pemulihan LINUS

Keutamaan bagi guru pemulihan adalah mengajar murid pemulihan LINUS
terutama murid Tahap 1 berbanding murid Tahap 2.

Tindakan: Guru Pemulihan dan Guru Pemulihan LINUS

2.6 PDP LINUS

2.6.1 Guru LINUS haruslah guru yang mempunyai opsyen Bahasa Melayu atau
Matematik atau Bahasa Inggeris yang berpengalaman.
2.6.2 Dari segi pengurusan bilik darjah, bilik darjah perlulah sentiasa ceria dan
mengandungi maklumat-maklumat berguna untuk murid.
2.6.3 Bahan Bantu Mengajar juga penting semasa menjalankan PDP supaya
dapat membantu menarik minat murid supaya murid dapat menguasai isi
pelajaran dengan baik.
2.6.4 Semasa menjalankan PDP guru haruslah membimbing dan jangan hanya
member latihan semata-mata. Murid yang lemah harus diberi peluang
untuk mengeja, membaca dan mengira secara berulang supaya murid
dapat menguasai. Guru juga jangan terlalu mengajar kepada kurikulum
iaitu mengikut sukatan.
2.6.5 Guru juga harus berusaha, berdisiplin, bersemangat dan kreatif dalam
pengajaran untuk mengubati kelemahan murid dengan menggabungkan 6
kemahiran iaitu :

i) Mendengar
ii) Bertutur
iii) Mengeja atau membaca atau mengira
iv) Menulis
v) Belajar
vi) Berfikir

Tindakan: Semua guru LINUS

2.7 LINUS PLUS 2013

2.7.1 LINUS 2.0 telah ditukar menjadi LINUS PLUS 2013. Pada tahun 2013,
hanya ada 2 saringan dijalankan iaitu pada bulan Mac dan September.
Hanya murid yang dapat menguasai 12 konstruk LINUS layak memasuki
aliran perdana. Semua murid tahap 1 iaitu Tahun 1, 2 dan 3 perlu
menduduki semua saringan yang dijalankan.
2.7.2 Pada saringan kali ini, Ujian Saringan Literasi Bahasa Inggeris juga
dijalankan.
2.7.3 Modul LINUS hanya terdapat dalam bentuk CD, guru perlu mencetak
sendiri modul tersebut.

Tindakan: Semua guru LINUS

2.8 Aktiviti LINUS 2014.

Aktiviti yang dirancang sepanjang tahun 2014 ialah:

2.8.1 Penyeliaan dan bimbingan LINUS
2.8.2 I SMART
2.8.3 Taklimat Saringan dan Program
2.8.4 Program PRS ( Pembimbing Rakan Sebaya )
2.8.5 Program Keibubapaan
2.8.6 Program Gempuru LINUS.

2.9 Fail Penyelaras LINUS
Setiap penyelaras perlu menyediakan fail fail seperti berikut:

2.9.1 Fail Induk
2.9.1.1 Jawatankuasa LINUS
2.9.1.2 Surat menyurat
2.9.1.3 Borang maklumat GURU LINUS
2.9.1.4 Instrumen Penyeliaan
2.9.1.5 Minit Mesyuarat Panitia dan Minit Curai
2.9.1.6 Pelan strategic dan Laporan
2.9.1.7 Surat Pekeliling

2.9.2 Fail Saringan
2.9.2.1 CD Saringan
2.9.2.2 Headcount LINUS
2.9.2.3 Rumusan Saringan (RS) LINUS dan cetakan keputusan saringan
daripada Portal NKRA mengikut Kohort.
2.9.2.4 Profil dan sebab murid tidak hadir dan LINUS tegar serta tindakan
sekolah.
2.9.2.5 Surat murid berkeperluan khas.

2.9.3 Setiap fail perlu menggunakan fail ring dan setiap item perlu dibuat dalam
bentuk partition. Fail literasi dan numerasi perlu digabungkan.
2.9.4 Bagi murid berkeperluan khas, pemeriksaan akan dijalankan oleh unit
pendidikan khas.
2.10 Tindakan susulan
Setiap guru perlu menyediakan Headcount LINUS dan lengkapkan Borang Maklumat
Guru LINUS yang disertakan dan kembalikan kepada Fasilinus secepat mungkin

3.0 Hal-hal lain



4.0 Penutup

Mesyuarat kali ini ditangguhkan pada pukul 5.00 petang dengan cadangan Cikgu
Wan Nurhaslinda dan disokong oleh Cikgu Suraya.


Disediakan oleh, Disahkan oleh,



(SAFARINA BINTI SAIBI) (PATRICK RUDY SELA)
Setiausaha LINUS Guru LINUS
Sekolah Kebangsaan Dijih, Selangau Sekolah Kebangsaan Dijih,
Selangau

You might also like