SEBERANG PRAI UTARA, PULAU PINANG. MINIT CURAI TAKLIMAT PELAKSANAAN KELAS PEMULIHAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 4 Talimat Pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Melayu untuk murid Tahun 4 hingga Tahun 6 SJK anjuran KPM dengan kerjasama JPN Pulau Pinang telah diberi oleh En. Kamarozaman Bin Hj.Ahmad dari Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Pulau Pinang. Tarikh : 23 Mei 2014 ( Jumaat ) Masa : 8.30 pagi 1.00 tengahari Tempat : BahagianTeknologiPendidikanNegeri, PokokSena. Perkara-perkara yang diberipenerangan :- 1. Pelaksanaan kelas ini bertujuan untuk mengurangkan bilangan murid dalam menguasai kemahiran membaca, menulis dan bertutu rdalam Bahasa Malaysia di kalangan murid-murid SJK(C) danSJK(T) menjelang tahun 2016.Satu buku panduan telah diberi kepada semua guru yang hadir untuk taklima ttersebut.Kelas ini dimulakan pada tahun 2014. 2. Kumpulan sasaran terdiri daripada murid -murid 100 % normal Tahun 4 yang tidak melepasi Ujian LINUS Saringan 2 Tahun 3 / 2013. Sekiranya terdapat murid OKU yang boleh mengikuti kelas ini, mereka dibenarkan mengikuti program pemulihan tersebut .Selain itu, murid- murid yang terlepas Saringan 2 Tahun 3 / 2013 tetapi masih menghadapi masalah dalam membaca atau bertutur serta menulis juga digalakkan mengikuti program pemulihan ini. 3. Waktu pengajaran adalah di luar waktu persekolahan dan mesti mempunyai jadual waktu yang teratur mengikut kesesuaian dan keperluan murid. Satu contoh tatatertib jadual waktu telah diberi dalam buku panduan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia ini. 4. Jumlah bilangan murid dalam satu kelas tidak melebihi lima orang. Sekiranya bilangan murid lebih daripada lima orang maka perlu di adakan penambahan bilangan kelas mengikut agihan yang betul. 5. Kelas ini perlu diajar oleh guru-guru Bahasa Malaysia dan boleh dibantu oleh guru pemulihan. Guru-guru yang mempunyai kepujian B4 dalam SPM yang bukan beropsyen Bahasa Malaysia juga boleh mengajar kelas ini. 6.Segala makluma ttentang kelas pemulihan ini mesti dibincangkan dalam mesyuarat panitia Bahasa Malaysia dan Kurikulum serta diminitkan. 7. Pelaksanaan kelas ini perlu ada kebenaran ibu bapa. 8. Pihak ibubapa dan juga PIBG terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang pelaksanaan kelas pemulihan ini dari segi sokongan moral dan kewangan . 9. Segala maklumat tentang proses pengajaran dan pembelajaran mesti dicatat dalam buku perancangan pengajaran harian iaitu RPH perlu disediakan bagi setiap sesi pengajaran dan pembelajaran. Contoh-contoh RPH telah diberi di dalam Buku Panduan .Mesti ada rekod kehadiran murid dan juga guru.Perlu menyediakan modul dan bahan bantu belajar yang bersesuaian dengan keperluan murid. PanitiaBahasa Malaysia terlibat secara langsung dalam pengendalian kelas pemulihan ini. 10. Walaupun masa kini tiada murid yang perlu mengikuti kelas pemulihan di sekolah tetapi sekiranya terdapa tmurid baru yang pindah dari sekolah lain layak mengikuti program ini, maka perlu diadakan kelas pemulihan. 11. Dinasihatkan supaya sentiasa buka mel sekolah untuk dapatkan makluma tterkini mengenai kelas pemulihan. 12. Sumber kewangan boleh diperolehi daripada PCG Panitia Bahasa Malaysia dan PIBG serta sumbangan komuniti yang lain. Boleh rujuk pekeliling kewangan. 13. Pengurusan fail yang rapi mesti ada. Perlu ada tiga jenis fail iaitu fail induk, fail guru dan fail murid. ( boleh adakan fail putih). 14. Segal amaklumat tentang pengurusan kelas seperti carta organisasi, jadualwaktu, jadua lkedatangan dan maklumat surat menyurat perlu disimpan dalam fail. 15. Pengagihan peruntukan masa untuk murid kelas pemulihan adala hseperti berikut :-
Masa Kriteria Keperluan Murid
5 jam Murid LINUS yang tidak menguasai konstruk 1-2 Murid yang Tahap Penguasaan (TP 1 & 2) dalam KSSR
4 jam Murid LINUS yang tidak menguasai konstruk 3 - 6
3 jam Murid LINUS yang tidak menguasai konstruk 7 - 10
2 jam Murid LINUS yang tidak menguasai konstruk 11 - 12
Disediakan oleh, . (VANI A/P RAMASAMY) GURU PEMULIHAN KHAS SJK(T) LADANG MAYFIELD