You are on page 1of 1

1.3.

5 Imbangan
Imbangan ialah kebolehan individu mengimbangkan badan semasa dalam keadaan statik atau dinamik.
Imbangan merupakan kesan kepada reaksi dan kebolehan untuk mengekalkan keseimbangan apabila
pusat graviti seseorang dan tapak yang menyokongnya diubah. Imbangan statik ialah imbangan badan
yang baik semasa badan individu berada dalam keadaan yang tetap seperti dalam aktiviti dirian atau
berdiri di atas tali. Imbangan ini akan menjadi tidak stabil jika badan anda berubah kedudukannya.
Imbangan statik berlaku apabila pusat graviti berada setempat. Imbangan dinamik ialah imbangan
badan anda yang tetap semasa melakukan pergerakan. Imbangan dinamik juga adalah kebolehan
mengekalkan keseimbangan ketika pusat graviti diubah. Contoh pergerakan yang memerlukan
imbangan dinamik ialah berjalan di atas alang imbang dalam gimnastik.

1.3.6 Kuasa

You might also like