You are on page 1of 1

KEK MARBLE TRIO

Bahan-Bahan
300 g mentega
280 g tepung gandum (saya guna tpg Hong Kong)
1 sudu besar susu tepung
1 sudu teh baking powder(*digaul rata dan ayak)
5 biji telur gred A
1 sudu besar ovallate
250 gm gula halus
30 g gliserin
20 ml air (disatukan) - saya gunakan 50 ml buttermilk
1 sudu teh coklat emulco (saya guna chocolate paste + beberapa titik pewarna cokelat)
1 sudu teh strawberry emulco (saya gunakan 1 sudu besar mango puree + 1 sudu besar
esen mangga + sedikit pewarna kuning)
sudu teh esen rose (saya gunakan 1 sudu teh esen vanilla)

CARA
1) Sediakan loyang berukuran 8 x 8 x 3 inci yg telah dialaskan dasarnya dgn kertas
tracing/parchment dan diolesi dgn mentega.

2) Pukul mentega hingga kembang dgn speed sederhana (kira-kira 4-5 minit). Perlahankan
speed mixer dan masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis. Selepas itu, alihkan
adunan ini ke dalam sebuah bekas.

3) Selanjutnya, pukul gula, ovalette dan telur dgn speed/kelajuan yg tinggi selama kira-kira
7-8 minit sehingga adunan naik, kembang dan pekat (seperti adunan baulu).

4) Perlahankan sedikit speed dan masukkan adunan mentega/tepung tadi sedikit demi
sedikit hingga habis. Kemudian, masukkan pula buttermilk dan kacau rata.

5) Bahagikan adunan kepada 3 bahagian - 1 bahagian dibubuh chocolate paste & pewarna
cokelat, 1 bahagian dicampur mango puree, esen mangga + pewarna kuning dan yg akhir
sekali di bubuh esen vanilla dan dibiarkan plain.

6) Tuang aduan secara berselang-seli di dalam loyang tadi. Lorekkan dengan hujung
chopstik, pastikan hujung pisau/chopstik sampai ke dasar adunan.

7) Masukkan loyang ke dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C dan bakar
selama kira-kira 50 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2. Apabila masak,
keluarkan loyang dari oven dan letak di atas redai kek sehingga ia betul2 sejuk sebelum
dipotong dan dihidangkan

You might also like