You are on page 1of 3

Bil Ucapan pengerusi majlis Cata

tan
1. Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum wbt

Yang Dialu-alukan, ______________________________________, Pengetua, Sekolah
________________________________________ berserta ahli rombongan

Yang Berbahagia Dr. Hj. Mohd Kassim Bin Tusin, Pengetua, Sekolah Menengah Kebangsaan
Agama Tun Ahmadshah

Yang Dihormati, Pn. Hajah Siti Zainab bte Bakar, Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah
Menengah Kebangsaan Agama Tun Ahmadshah

Yang Dihormati, Ust Shariful Bahri bin Rahmat, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Sekolah
Menengah Kebangsaan Agama Tun Ahmadshah

Rakan guru yang dihormati sekalian

2.
Mencari timba si anak dara
Di bawah sarang burung tempua
Salam dan sembah pembuka bicara
Selamat datang untuk semua

Ahlan Wasahlan Wamarhaban Bikkum Ila MAJLIS LAWATAN PENANDA ARAS 5S 2014



3. BACAAN DOA

Bagi memberkati majlis kita pada pagi/petang ini, majlis menjemput al-fadhil ustaz
__________________________ untuk memimpin bacaan Doa. Majlis mempersilakan.

Amin ya rabal al-amin,semoga dengan bacaan doa itu sebentar tadi, majlis kita akan lebih
diberkati dan diredhai,Insyallah


4. UCAPAN KETUA ROMBONGAN ______________________________________

Majlis seterusnya mempersilakan Ketua Rombongan Sekolah _________________________,
_________________________ untuk menyampaikan Ucapan.

Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.


5. UCAPAN PENGETUA

Seterusnya, majlis menjemput dan mempersilakan Dr. Hj Mohd Kasim Bin Tusin, Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Ahmadshah merangkap Pengerusi Jawatankuasa
5S untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.






Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Tuan Pengetua / Dr. Hj. Mohd Kassim Bin
Tusin atas ucapan alu-aluan itu sebentar tadi.

6. TAKLIMAT 5S OLEH SETIAUSAHA 5S

Tanpa melengah-lengahkan masa, marilah kita mendengar taklimat 5S yang akan disampaikan
oleh _______________________ 5S Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun
Ahmadshah, ________________________. Majlis mempersilakan.


SEKALI DENGAN SESI SOAL JAWAB.



7. MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN CENDERAHATI

Seterusnya, Majlis menjemput dan mempersilakan Dr. Hj Mohd Kasim Bin Tusin, Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Ahmadshah untuk menyampaikan cenderahati
kepada _____________________________________ sebagai tanda kenang-kenangan.

Penyampaian Balas Cenderahati.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Dr. Haji Mohd Kassim Bin Tusin atas penyampaian
cenderahati itu sebentar tadi.


8. LAWATAN KE ZON 5S

Bunga Mawar Berwarna Merah
Tumbuh di depan Rumah Cik Salmah
Ucapan Sudah Soalan Pun Sudah
Bah Ayuh Melawat Zon 5S Sekolah

Dengan itu majlis mempersilakan, Rombongan Sekolah ______________________ bersama-
sama dengan ketua-ketua zon untuk melawat Zon 5S sekolah.

Untuk pengetahuan ahli rombongan, selepas selesai sahaja aktiviti lawatan, semua tetamu
dipersilakan untuk menikmati jamuan ringan di Anjung PIBG.



9. Maka berakhirlah majlis kita pada pagi/petang ini. Akhirul Kalam


Aquulu qauli haaza waastaghfirullah al-azim lii walakum, wabillahi taufiq
walhidayah, wassalamualaikum wrt. wbt.

You might also like