You are on page 1of 4

7 Makanan Hebat Untuk Buang Toksin Dari Badan

Dengan Cepat
Ahad, Ogos 04, 2013 Kesihatan 4 comments
Semua orang tahu bahawa betapa pentingnya proses penyingkiran bahan-bahan tidak berguna daripada badan.
Walaubagaimanapun badan kita sebenarnya seringkali dibebankan dengan proses pencernaan bahan-bahan
makanan yang berat dan tidak berkhasiat. Ditambah lagi pertambahan toksin-toksin dalam badan yang diambil
secara langsung ataupun tidak melalui makanan, air, produk pembersihan dan kosmetik. Hakikatnya memang
ada banyak kaedah detokfikasi yang boleh dilakukan, namun kita harus sedar bahawa kaedah semulajadi jugalah
yang merupakan kaedah yang terbaik!

1) Aloe Vera
Aloe vera atau pun lebih dikenali sebagai Lidah Buaya merupakan tumbuhan yang sangat hebat dalam
menyingkirkan toksin dari badan, selain daripada membetulkan fungsi perut dan usus. Digalakkan bagi kita
untuk minum secawan jus aloe vera yang asli dan segar bagi memperbaiki sistem imunisasi dan merangsang
penghasilan sel darah putih yang digunakan untuk melawan penyakit.



2) Dandelion
Dandelion digunakan sejak dari dulu lagi untuk membersih dan menguatkan hati. Dandelion juga dipercayai
sangat berkesan dengan penyakit yang berkaitan dengan hati. Daun dandelion segar dimasukkan dalam secawan
jus salad bagi memberikan kesihatan yang terbaik!



3) Kale
Kale merupakan sayuran hijau yang bersifat alkali. Kale yang pahit ini sememangnya mendapat tempat dalam
kalangan makanan yang dicadangkan oleh ahli Ayurveda, perubatan tradisional India. Jika tak tahan dengan rasa
pahitnya, kale boleh diambil dengan campuran salad-salad lain.



4) Artichoke
Artichoke wajib dimasukkan dalam senarai makanan untuk detoksifikasi kerana kandungan cynarin dalamnya
yang membantu penyingkiran semulajadi toksin dalam badan. Artichokemembersihkan dan melindungi hati,
serta sistem pencernaan. Ia juga membantu menguraikan lemak dan merangsang penghasilan hempedu di hati.



5) Coriander
Coriander ataupun Ketumbar juga bagus dalam menyingkirkan toksin serta logam berat daripada badan. Selain
itu, kandungan pati minyak yang terdapat dalam ketumbar ini juga dapat membantu perembesan enzim dan
merangsang sistem pencernaan dengan lebih baik.



6) Halia
Halia mengandungi bahan gingerol yang membantu merangsang penyingkiran toksin dan bahan tidak berguna
dari badan. Ianya turut membantu meningkatkan tahap metabolisma badan! 30 gram halia setiap hari untuk
setiap cawan teh ataupun minuman lain untuk membantu badan berfungsi dengan lebih baik.



7) Broccoli
Adalah sangat digalakkan untuk memakan satu hidangan brokoli pada setiap hari. Sayuran ini mengandungi
sulforaphane, yang membantu badan untuk menghasilkan enzim yang bertanggungjawab menyingkirkan toksin
dalam badan.



Sayuran hijau memang terbukti baik dalam membantu badan untuk menyingkirkan toksin dengan berkesan.
Tambahkan juga kuantiti pengambilan air, bagi melancarkan lagi proses pembuangan toksin daripada badan
dengan lebih sempurna! Jom amal sekarang!

You might also like