You are on page 1of 4

RENUNGAN MAKRIFAT: Milik siapakah perkara syurga atau neraka dan milik siapakah perkara

pahala atau dosa?. Milik siapakah perkara dunia dan akhirat?. Milik siapakah perkara awal dan akhir
dan milik siapakah perkara zahir dan batin?. Cuba tuan jawab?

Tidakkah perkara awal dan akhir, zahir dan batin, dunia dan akhirat, pahala dan dosa serta perkara
syurga dan neraka itu, tidakkah milik Allah?. Diri tuan sendiri itu, adalah juga milik Allah. Jika diri
tuan itu sendiri adalah milik dan kepunyaan Allah, apakah dosa dan pahala, syurga dan neraka itu
milik kita?. Jawapan saya kepada tuan, syurga dan neraka itu, milik Allah!. Saya dan tuan tidak
pernah mencipta neraka dan tidak pernah mencipta syurga. Jika tuan kata syurga dan neraka itu
milik tuan yang punya, saya ingin ajukan satu pertanyaan kepada tuan, bilakah masanya tuan
mencipta syurga dan bilakah masanya tuan mencipta syurga?. Cuba
jawab?.

Setahu saya, siapa yang mencipta maka dialah yanng empunya (ini adalah jawapan saya kepada
tuan).Seperkara lagi saya nak bagi tahu kepada tuan. Setelah perkara awal, akhir, zahir dan batin
itu, adalah sifat Allah, apakah Allah pernah bagi tahu tuan yang ditengah-tengah diantara perkara
awal atau akhir dan ditengah-tengah diantara perkara zahir atau batin itu, adanya diri tuan?.
Ditengah-tengah antara keduanya, adakah Allah pernah berkata adanya diri tuan atau adanya diri
kita?.......................

Adakah Allah pernah berkata yang ditengah-tengah awal dan akhir, ditengah-tengah zahir dan batin
itu, terletaknya atas diri kita???.,............. Setahu saya, Allah berkata bahawa awal akhir, zahir, batin,
syurga, neraka, pahala, dosa, dunia, akhirat, atas, bawah, tengah, tepi, dahulu, sekarang dan
selamanya itu, setahu saya letaknya, adalah hanya pada Allah. Tak tahulah jika kita pandai
mencipta syurga atau neraka sendiri. Tak tahulah saya yang dosa atau pahala itu, tidak ada didalam
catatan Allah diluhhul mahfuz. Sebelum orang buat dosa dan sebelum orang buat pahala, setahu
pengajian saya dalam bidang ilmu makrifat, Allah sudah sedia tercatat didalam kitab Luh
hulmahfuza, sebelum kejadian buruk baik itu berlaku!. Saya tidak pernah dengar yang syurga atau
neraka itu, menjadi milik peribadi kita atau milik peribadi tuan!.

Allah tidak pernah menjadikan syura atau neraka itu, untuk disewa oleh kita!. Allah tidak pernah
sewa syurga atau neraka untuk menjadi milik kita!!. Sewapun tidak, pinjamkanpun tidak, apa lagi
untuk dijadikan milik peribadi tuan!.

Dosa dan pahala, syurga dan neraka, dunia dan aklhirat, awal dan akhir, zahir dan batin itu, adalah
milik Allah!. Allah sudah sedia tahu, sedias maklum, sedia mencatat didalam kitab Luh mahfuz
sebelum berlakunya dosa, sebelum berlakunya pahala, sebelum terjadinya syurga, sebelum
terjadinya neraka, sebelun terciptanya dunia, akhirat, awal, akhir, zahir, batin, ibliis, syetan dan
malaikat. Semua itu, bukan milik kita!

Makhluk itu, adalah hanya bayangan wajah Allah. Mana mungkin bayang boleh menanggung sifat!.
Sifat yang ditanggung oleh bayang itu, adalah sifat tuan yang empunya bayang, bukan sifat kepada
bayang. Saya kira tuan tidak tahu maksud perkataan awal dan perkataan akhir dan tidak tahu
maksud perkataan zahir dan batin.

Apakah awal dan akhir itu, ada diri tuan ditengah-tengahnya atau adanyadiri tuan
(diantaranya)?............... Sebelum tuan membuat dosa, sudah sedia Allah catat di Lauh hulmahfuz
akan kejahatan tuan itu. Jika Allah tidak catat terlebih dahulu, menunjukkankan Allah itu tidak
berilmu dan tidak mengetahui. Sedangkan Allah itu, maha tahu dan maha mengetahui, itu sebabnya
Allah sudah catat dosa pahala tuan dari pada sebelum tuan beranak (sebelum tuan lahir) kedunia
lagi. Sebelum terjadinya alam ini, dosa pahala tuan sudah ada tercatat didalam simpanan kitab lauh
hul mahfuz. Jadi dosa dan pahala, syurga atau neraka itu, adalah terletaknya pada ketentuan Allah!.

Sebelum tuan bersembahyang, Allah sudah sembahyangkan tuan didalam kitabNya Lauh mahfuz.
Bermaknanya disini, sembahyangnya tuan itu, bukan perbuatan baru dan bukan pekerjaan baru
dibuat oleh tuan!. Perbuatan, kelakuan atau pekerjaan solat tuan itu, sebenarnya bukan daripada
perbuatan, kelakuan, pekerjaan atau kehendak tuan!. Tetapi milik Allah sedari azali, begitu juga
dengan perkara syurga neraka!. Segala-galanya milik Allah.

Apakah tuan sangka solat tuan itu, milik tuan?. Apakah tuan sangka puasa, zakat, haji, sedekah,
zikir dan segala ibadah yang tuan lakukan itu milik tuan?. Sebelum tuan beranak kedunia (lahir
kedunia), segala-gala perbuatan tunduk bangun solat, yang tuan kerjakan itu, sudah sedia terdahulu
Allah kerjakan diiLuh hul mahfuz (sebelum tuan kerjakan solat)!. Kenapa nak mengaku kita yang
bersolat?.

Kenapa nak mengaku syurga neraka atau beramal ibadah itu hak kita?. Bila tuan bersolat, jika tidak
Allah yang terlebih dahulu solatkan tuan di Luh hul mahfuz?. Bila tuan masuk syurga jika tidak Allah
yang terlebih dahulu masukkan tuan kedalamnya sedari azali di Luh hul mahfuz!. Cuba
jawab?..

Oleh itu, marilah kita serahkan syurga neraka, amal ibadah, baik buruk, dunia dan akhirat kepada
Allah dan marilah kita sama-sama serah diri kita kepada Allah. Serah kepada Allah itu, bukan
setakat syurga atau neraka sahaja, tetapi serahlah dengan kita-kita sekali. Bilamana segala sifat diri
kita, sudah kita serah kepada Allah, maka jadilah diri kita ini sebagai diri yang kosong. Bilamana
kosong, bererti diri kita sudah tidak lagi ada. Setelah kita sudah tidak ada, buat apa lagi syurga
neraka?. Daripada pilih syurga atau neraka, adalah terlebih baik kita pilih Allah berbanding pilih
syurga atau neraka!. Adalah lebih baik dari syurga atau neraka!.

Jika kita pilih syurga, tidakkah syurga itu makhluk, tidakkah sifat makhluk itu binasa?, makhluk pasti
suatu hari akan binasa. Sekiranya syurga binasa, kemana tuan-tuan nak bergantung duduk dan
kemana tuan-tuan nak tinggal?. Tetapi jika kita pilih Allah, Allah tidak binasa, Allah kekal bersama
kita selamanya. Saya nak tanya kepada tuan, nak syurga ke atau nak Allah?.

Jika nak Allah atau pilih Allah, mari kita sama-sama jangan adakan (jangan wujudkan) syurga atau
neraka, dosa atau pahala, tidakkah syurga, neraka, dosa atau pahala itu, makhluk (sifat makhluk
pasti binasa). Mari kita sama-sama adakan (wujudkan) Allah, berbanding wujudkan syurga atau
neraka untuk menjadi milik kita!. Yang ujud, yang wujud dan yang maujud itu, adalah hanya Allah,
Allah, Allah


RENUNGAN MAKRIFAT: HAKIKATKU....

Bukan hidupku hakikatnya Hayatullah
Bukan ilmuku hakikatnya Ilmullah
Bukan kehendakku hakikatnya Irodhatullah
Bukan kuasaku hakikatnya Qudratullah
Bukan pendengaranku hakikatnya Sama allah
Bukan penglihatanku hakikatnya Basyarullah
Bukan ucapanku hakikatnya Kalamullah

Inilah perkara pokok bagi kefahaman ilmu hakikat bagi insan yang menuju maqom fana dan akan
naik ke maqom baqobillah.

Aku yang datang dariNya atau dari Zat Yang Maha Agung merupakan salah satu rahsiaNya.

Kenapa ianya terjadi begitu? Nah!!! Inilah yang perlu kita fahami akan asal-usul atau asal dibalik
asal kejadian Aku dan inilah Rahsia Tajalli Tuhan pada menyatakan kebesaranNya, maka dengan
alasan inilah saya mengatakan setiap yang bergerak, berkata-kata atau apapun semuanya itu
adalah yang terbit dari Sifat KamalatNya bagi menyatakan ke-akuanNya.

WAMA ROMAITA IZ ROMAITA WALA KINNALLAHA ROMA
(tidaklah aku yang melontar sebenarnya DIA lah(Allah) lah yang melontar)

Jasad terhubung kepada roh melalui nafas, roh terhubung kepada Allah melalui sirr atau rahsia,
rahsia pula terkumpul didalam rasa...

Perhatikan kepada turun naiknya nafas kita, ianya bergerak sendiri tanpa boleh dikawal oleh kita,

Nafas kita adalah pekerjaan roh, roh sentiasa berhubung dengan jasad melalui nafas, bila terputus
hubungan roh dengan jasad, nafas sudah tidak ada lagi, Apabila seseorang manusia sudah mati
(bercerai roh dari jasad - roh tidak lagi berhubung dengan jasad), nafas sudah terhenti, manusia
tidak lagi bernafas...

Adanya jasad, berkuasanya jasad, berkehendaknya jasad, tahunya jasad, hidupnya jasad,
melihatnya jasad, mendengarnya jasad, berkata-katanya jasad kerana adanya, berkuasanya,
berkehendaknya, tahunya, hidupnya, melihatnya, mendengarnya dan berkata-katanya roh...

Adanya roh, berkuasanya roh, berkehendaknya roh,, tahunya roh, hidupnya roh, melihatnya roh,,
mendengarnya roh, berkata-katanya roh kerana ada,nya, berkuasanya, berkehendaknya, tahunya,
hidupnya, melihatnya, mendengarnya dan berkata-katanya Allah...

Didalam praktikal untuk menghapuskan jasad kepada roh dan seterusnya menghapuskan roh
kepada Allah, peranan nafas amatlah penting...

Kita telah tahu bahawa bergeraknya jasad kerana digerakkan oleh roh, bergeraknya roh kerana
digerakkan oleh Allah, (Ini hanya berada didalam pengetahuan kita)..

Bagaimana kita nak merasai sendiri sepertimana yang kita sudah tahu..

Kita tahu Allah yang menggerakkan roh, roh menggerakkan jasad, membawa makna Allah yang
menggerakkan roh dan juga jasad..

Cuba kita rasa sendiri apabila sesuatu pergerakkan terjadi kepada jasad kita, (didalam kesedaran
kita) kita rasa siapa yang bergerak sebenarnya, adakah kita rasa kita yang bergerak atau kita rasa
Allah yang sedang bergerak.. ?..

Jika kita rasa kita sendiri yang bergerak, bagaimanakah kita nak menerapkan rasa Allah yang
sedang bergerak dan menggerakkan pergerakkan yang berlaku pada badan kita itu... ?

You might also like