You are on page 1of 4

1) Menyimpan Susu Ibu:

Botol susu kecil amat sesuai digunakan.


Bekas kedap udara daripada gelas atau plastik yang keras dan tahan dalam peti
sejukbeku termasuklah bekas dadih.
Bag sejuk beku khas untuk susu ibu juga boleh digunakan, terdapat jenama
Medela, Avent, Gerber, Playtex.
Jangan menggunakan plastik aiskrim kerana ia tidak bersih dan boleh
merosakkan susu.
2) Membersihkan Bekas Penyimpanan:

Basuh bekas menyimpan susu dalam air panas bersabun dan bilas dengan air
panas.
Biarkan bekas kering di tempat yang bersih.
Anda juga boleh mensteril bekas dengan menggunakan tablet sterile yang dijual
di kedai bayi atau farmasi.
3) Panduan Menyimpan Susu Ibu:
Sejukkan susu dalam masa 1 jam selepas diperah.
{mosimage}Labelkan bekas dengan tarikh dan masa perahan.
Simpan susu dalam kuantiti kecil (2-4 oz) dalam setiap bekas untuk
mengelakkan pembaziran.
Sejukkan susu yang baru diperah dahulu sebelum mencampurkannya dengan
susu yang sudah sedia sejuk.
Jangan isi susu terlalu penuh di dalam bekasnya, tinggalkan 1 inci untuk susu
mengembang semasa proses sejukbeku.
*Jika bayi anda tidak cukup bulan atau ditahan di wad, minta nasihat
jururawat tentang cara yang sepatutnya anda gunakan untuk menyimpan
susu dan membersihkan bekas menyimpan susu.

4) Ketahanan susu ibu bergantung kepada cara bagaimana ia disimpan:


Suhu bilik, atas 25C: 4-6 jam
Bekas penyejuk (Cooler, icepack): 12-24 jam
Peti sejuk 1 pintu:
-bahagian fridge 4C: 7 hari
-bahagian freezer -15C: 2 minggu
Peti sejuk 2 pintu
-bahagian fridge, 4C: 5 hari
-bahagian freezer, -18C hingga -20C: 3-6 bulan
Deep freezer -20C: 6 bulan
Penting!
Susu ibu hendaklah disejukkan jika ia tidak digunakan dalam masa 4-6 jam
selepas diperah.
Tempatkan bekas susu di bahagian paling sejuk peti ais (jauh daripada pintu).
Jika telah melampaui masa simpanan, jangan sayang untuk membuangnya.
5) Menyahbeku Susu Ibu:
{mosimage}Susu ibu yang asalnya beku dan telah dicairkan, boleh digunakan
dalam masa 24 jam jika disimpan di dalam peti ais.
Susu ini tidak boleh dibekukan semula selepas dicairkan.
Semak tarikh pada bekas penyimpanan. Gunakan susu yang lama dahulu.
Nyahbekukan susu beku dengan meletakkannya di bahagian fridge selama 4 jam
atau
Lalukan bekas susu yang beku tadi di bawah air paip yang sejuk. Setelah ia mula
cair, lalukan atau rendam dalam air suam pula untuk terus mencairkannya.
Jangan cairkan pada suhu bilik. Suamkan susu tadi dengan merendamkannya di
dalam mangkuk yang berisi air panas.
Jangan mencairkan atau memanaskan susu di dalam ketuhar gelombang mikro,
oven atau di atas api.
6) Panduan Memberi Susu Ibu:
Goncang perlahan susu yang telah suam dan rasa kepanasannya dengan tangan
anda sebelum menggunakannya.
Pegang bayi semasa memberinya susu perahan.
Jadikan penyusuan menyeronokkan; bercakap dan senyum dengan bayi.
Sendawakan bayi selepas memberi susu perahan.
Gunakan susu ini dalam masa 1 jam. Buang selebihnya.
Sumber:http://nursayangummi.blogspot.com

Anda boleh amalkan doa di bawah yer semasa sesi mengepam... Sambil berusaha
membuat stok susu sambil berdoa untuk yang terbaik bagi anak kita. Sebagai umat
islam doa adalah senjata untuk memberi kita lebih kekuatan & semangat terus berjuang.
InsyaAllah...





Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

You might also like