You are on page 1of 15

SOSIOLOGI MASYARAKAT DAN KETAMADUNAN

HBEF1503

FALKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER SEPTEMBER 2011(SMP AMBILAN MAC 2011)

HBEF1503
SOSIOLOGI MASYARAKAT DAN KETAMADUNAN

NO. MATRIKULASI

770516036401001

NO. KAD PENGNEALAN

770516036401

NO. TELEFON

013-2717195

E-MEL

norddin_77@oum.com.my

PUSAT PEMBELAJARAN

KELANTAN LEARNING CENTRE

SOSIOLOGI MASYARAKAT DAN KETAMADUNAN


HBEF1503

PENGENALAN
Definisi dan konsep budaya
Perkataan budaya berasal daripada cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu, iaitu
'budhi' dan 'daya'. Perkataan 'budhi' yang dipinjam daripada bahasa Sanskrit bererti
kecergasan fikiran dan akal. Perkataan 'daya' pela ialah perkataan melayu Polynesia yang
bermakna kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh. Jika dicantumkan kedua-dua perkataan
tersebut, budaya membawa maksud tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa
menggerakkan

jiwa

Dictionary

Philosophy

of

(Nik

Safiah
(1996)

Haji

memberikan

Abdul

Karim,

1963)

maksud

budaya

sebagai

"The way of life of people, including their attitudes, values, beliefs, arts, sciences, modes
of perception, and habits of thought and activity. Cultural features of forms of life are
learned but are too pervasive to be readily noticed from within"Kamus Dewan (2005)
pula mendifinisikan budaya sebagai kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir),
berkelakuan dan sebagainya. Tegasnya, budaya boleh didefinisikan sebagai suatu cara
hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan
organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.Budaya
boleh dibahagikan kepada dua: budaya kebendaaan dan budaya bukan kebendaan.
Budaya kebendaan adalah peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, kereta,
perahu, senjata dan sebagainya. Contohnya, orang melayu mempunyai rumah yang reka
bentuknya berbeza dengan orang Inggeris atau orang eskimo. Manakala budaya bukan
kebendaan ialah kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang. Setiap masyarakat
mempunyai adat istiadat tersendiri dalam menjalani kehidupan. Misalnya, dalam adat
perkahwinan masyarakat melayu, pihak lelaki memberi hantaran kepada pihak
perempuan manakala bagi masyarakat india hantaran perkahwinan diberikan oleh pehak
perempuan kepada pihak lelaki. Dalam budaya melayu, faktor agama penting kerana
agama bukan sahaja dianggap sebagai satu sistem kepercayaan semata-mata tetapi juga
sebagai suatu perlembagaan hidup yang meliputi kepercayaan dan amalan hidup. Bahasa
pula penting sebagai alat komunikasi. Adat resam juga mustahak sebagai petunjuk jalan
bagi

seseorang

dalam

mengendalikan

hidup

bermasyarakat

dan

berbudaya.

SOSIOLOGI MASYARAKAT DAN KETAMADUNAN


HBEF1503

Terdapat dua peranan utama bagi pembentukan sesuatu budaya: pertama,


membina imej negara kearah mewujudkan keperibadian serta identiti; dan kedua,
memupuk kesedaran kebangsaan dan kenegaraan bercirikan kerohanian, kemanusiaan,
spiritual dan mental. Budaya memberikan identiti kepada sesuatu kelompok dalam aspek
cara pengendalian hidup. Budaya diwarisi daripada satu keturunan kepada satu
keturunan. Oleh itu, budaya dikatakan sebagai satu himpunan kelengkapan intelektual
dan kebendaan yang dapat memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta dapat
menyesuaikannye dengan keadaan sekeliling (Mohd taib Osman,1988)
Budaya mempunyai ciri-ciri tersendiri. Antara ciri-ciri penting bagi sesuatu budaya ialah
1. Dipelajari
2. Dikongsi
3. Bersifat sejagat
4. Diwarisi
5. Berubah-ubah
6. Mempunyai unsur simbolik
7. Adanya pandangan semesta

Budaya bersifat universal tetapi paradoksnya pada masa yang sama terdapat perbezaan
antara budaya satu masyarakat dengan masyarakat lain. Sesuatu kebudayaan berkembang
dan terus dicipta mengikut kesanggupan masyarakatnya. Ada budaya yang dipadankan
apabila berlaku pertembungan dengan pengaruh luar sama ada untuk mengisi kekosongan
sebagai alternatif atau menokok kepada apa yang telah sedia ada. Maka boleh dikatakan
bahawa manusia itu sendiri membentuk budaya dan perkembangan budaya akan
mengikut perkembangan masayrakat itu sendiri (A. Aziz Deraman, 2001)

SOSIOLOGI MASYARAKAT DAN KETAMADUNAN


HBEF1503

Definisi dan konsep tamadun


Pelbagai terminologi yang pernah digunakan berkaitan dengan pengertian tamadun. Hal
ini boleh dilihat melalui penggunaannya dalam bahasa-bahasa berikut:
Bahasa Inggeris
Pelbagai terminologi yang pernah digunakan dalam Bahasa Inggeris berkaitan dengan
pengertian tamadun seperti culture, renaissance, enlightment dan civilization.
Bahasa Arab
Sama seperti Bahasa Inggeris, pelbagai terminologi yang pernah digunakan dalam
Bahasa Arab berkaitan dengan pengertian tamadun. Antaranya ialah al-umran, albunyan, ath-thaqafah, al-hadharah, al-madaniyyah dan at-tamaddun.

Bahasa Melayu
Antara terminologi yang pernah digunakan dalam Bahasa Melayu berkaitan dengan
pengertian tamadun ialah kebudayaan, peradaban, tamadun dan madani.
Apabila lahir terminologi al-tamaddun dalam bahasa Arab, maka lahirlah terjemahannya
dalam Bahasa Inggeris iaitu civilization. Bahasa Melayu meminjam terminologi Arab
menjadi tamadun dengan pengguguran satu d terminologi yang terakhir inilah yang
popular dan dominant penggunaannya dalam bahasa Arab, Inggeris dan Melayu pada
masa kini.
Menjelang tahun 1990-an, bahasa Melayu mula menggunakan terminologi baharu iaitu
madani sebagai tambahan kepada terminologi tamadun. Ia juga merupakan pinjaman
daripada terminologi Arab iaitu al-madaniah yang diperkenalkan oleh al-Farabi dalam

SOSIOLOGI MASYARAKAT DAN KETAMADUNAN


HBEF1503

abad ke-11 Masihi yang lalu seperti terdapat dalam kitabnya As Siyasah al-Madaniyah.

Fungsi
. Fungsi yang selalu digunakan seharian itu juga dengan mudah difahami, iaitu
melihat peranan atau kepentingan sesuatu itu dengan hubungan masyarakat atau sistem
yang lebih luas. Dalam pengajian akademik, konsep fungsi itu kemudian melahirkan satu
pendekatan tersendiri yang dipanggil fungsionalism.
Para pengkaji anthropologi berusaha memberi pengertian yang lebih mendalam
mengenai pendekatan fungsi ini, iaitu cuba menerangkan bahawa setiap unsur budaya itu
mempunyai guna, fungsi dan maknanya tersendiri dalam masyarakat. Setiap unsur itu
dapat dihubungkan dengan sesuatu tujuan atau peranan tertentu dalam masyarakat. Selain
itu, sesuatu unsur itu mempunyai makna dan pengertian tersendiri dalam budaya. Aspek
ini boleh dikaji dan dianalisis dengan lebih mendalam.
Kepelbagaian budaya
Budaya dan masyarakat itu didapati berbagai-bagai, diversiti dalam dimensi masa
dan ruang. Oleh kerana terdapat diversiti dalam budaya itu maka didapati berbagai-bagai
usaha untuk mengkelasifikasikannya; misalnya pembahagian seperti barat dan timur;
primitif dan moden; tradisi dan moden, berdasarkan sekitaran alam, kawasan budaya dan
ke dalam kulturkreise. Pembahagian itu berasaskan pada masa atau ruang. Dalam proses
mengkelasifikasikan budaya terdapat berbagai-bagai kritik, tentangan dan terdapat pula
berbagai-bagai sokongan dan ulasan.
Pengertian masyarakat
Pengertian masyarakat itu luas dan boleh dilihat dari berbagai-bagai sudut. Dalam
penggunaan harian, masyarakat difahamkan sebagai kelompok individu. Pengertian
masyarakat banyak telah diberikan oleh para pengkaji anthropologi dan sosiologi. Secara
umum, masyarakat itu dapat difahamkan sebagai satu kesatuan kelompok manusia yang
4

SOSIOLOGI MASYARAKAT DAN KETAMADUNAN


HBEF1503

mempunyai interaksi dalam sistem hidup yang tertentu. Adat resam juga digunakan
dalam menentukan cara hidup masyarakat. Jadi, budaya adalah sebagai ikatan kepada
wujudnya masyarakat. Budaya dan masyarakat adalah sesuatu hubungan yang tidak dapat
dipisahkan.
Pengertian masyarakat adalah sangat luas yang meliputi berbagai-bagai ciri
meliputi unit-unit sosial dan institusi-institusi sosial yang lebih luas. Kelompokkelompok interaksi sosial yang kecil itu merupakan unit sosial yang tersendiri
sehinggalah kepada unit sosial yang lebih besar. Unit sosial itu wujud atas minat dan
kepentingan tertentu dengan sistem interaksi yang tersendiri. Masing-masing individu itu
berinteraksi bersandar atas kepentingan tersendiri.
Unit sosial ini kemudian dapat dipisahkan kepada kategori sosial yang lebih besar
iaitu golongan sosial. Golongan bermaksud kelompok sosial yang lebih besar dan
selalunya interaksi anggota-anggota itu tidak seerat unit sosial. Golongan sosial ini
bergantung kepada asas mana yang dijadikan ukuran atau pembahagiannya. Dalam
sesuatu golongan sosial itu terdapat ciri-ciri tertentu yang berasaskan kepada ciri-ciri
yang digunakan untuk kategori itu.
Kolektif: Berasaskan kepada ciri-ciri tertentu berdasarkan sistem norma di kalangan
anggota-anggota masyarakat.
Kelompok sosial (social group): Pembentukan kumpulan secara kolektif itu juga
melahirkan kelompok seperti kumpulan ras (racial group), kumpulan budaya (cultural
group) dan kumpulan ethnik (ethnic group).
Komuniti: Berasaskan kepada hidup setempat ikatan yang rapat dalam kelompok kecil
dan unit sosial yang lebih besar.

Masyarakat dan Budaya

SOSIOLOGI MASYARAKAT DAN KETAMADUNAN


HBEF1503

Dinamik Sosial: dalam proses ini kita perlu memahami sosialisasi, enkulturasi,
evolusi, inovasi, difusi, assimilasi dan akulturasi. Dalam penyelidikan sosio-budaya
persoalan ini hendaklah dilihat dalam konteks perubahannya.
Proses sosialisasi: meliputi seluruh proses penyesuaian individu dalam
budayanya secara mempelajari, baik secara formal mahupun tidak formal bagi
memahami masyarakat sekitarnya. Seorang itu mengalami proses sosialisasi sejak lahir
sehingga seorang itu meninggal dunia. Seorang itu mempelajari norma, nilai dan
peraturan-peraturan hidup dalam masyarakatnya. Proses pembudayaan yang disebut
enkulturasi, ialah penyesuaian dengan kehendak-kehendak budaya sendiri. Konflik sosial
selalu terdapat dalam proses sosialisasi itu, sehingga adakalanya melahirkan individu
yang menyeleweng (deviants). Aspek penyelewengan dalam budaya ini adalah suatu
fenomenon yang terdapat dalam semua budaya.
Proses perubahan masyarakat dan budaya
Perubahan berlaku kerana budaya itu dinamis, iaitu berlaku perubahan dari masa
ke masa. Perubahan itu adakala terjadi dalam jangka masa yang lama dan adakala
berbentuk reformasi atau revolusi.
Evolusi budaya ialah suatu proses perubahan masyarakat dan budaya yang
mengambil masa yang lama. Perubahan yang berlaku itu lebih berupa secara
bersendirian, iaitu tidak ada tekanan dari luar. Konsep perubahan budaya pula merupakan
perubahan yang terjadi dalam jangka masa yang lebih pendek dan mungkin hasil dari
pertembungan dengan luar atau lebih bersifat tekanan dari luar. Perubahan budaya itu
terjadi secara asimilasi dan akultrasi.
Proses evolusi yang mengambil masa lama itu dalam anthropologi dikatakan directional
processes yang dilihat dari jauh. Proses evolusi secara berulang-ulang itu dipanggil
proses recurrent.

SOSIOLOGI MASYARAKAT DAN KETAMADUNAN


HBEF1503

Inovasi ialah proses perubahan budaya yang besar tetapi terjadi dalam jangka
masa yang tidak begitu lama. Penemuan baru disebarkan kepada masyarakat, dan budaya
itu diterima serta dipelajari dan akhirnya menjadi kebiasaan dalam masyarakat.

Difusi
Difusi bermakna proses penyebaran unsur-unsur budaya daripada seorang individu
kepada seorang individu lain, atau dari satu masyarakat kepada satu masyarakat lain.
Proses penyebaran unsur-unsur budaya dalam masyarkat yang sama disebut difusi dalam
masyarakat yang sama (intra-society diffusion) dan proses difusi antara masyarakat itu
ialah inter-society diffusion. Intra-society diffusion selalunya merupakan penyebaran
dan peresapan unsur-unsur budaya baru yang ditemui dari proses inovasi dan penciptaan.
Dalam anthropologi proses difusi budaya itu dimaksudkan penyebaran dan peresapan
unsur-unsur budaya daripada satu masyarakat kepada satu masyarakat lain. Proses ini
berlaku mungkin secara dibawa oleh orang-orang yang berpindah, iaitu proses migrasi,
terutama dalam zaman pra-sejarah yang kerapkali berlaku migrasi kelompok-kelompok
tertentu. Difusi budaya boleh berlaku kerana kedatangan individu-individu dari luar,
seperti pengembara, pedagang, pelaut dan sebagainya. Misalnya, dalam perkembangan
unsur-unsur budaya Hindu ke kawasan ini.
Unsur-unsur budaya selalu bergerak, tersebar atau meresap dari satu budaya
kepada satu budaya lain dengan berbagai-bagai cara dan jalinan difusi itu merupakan satu
kompleks yang tersendiri. Perpindahan budaya itu menjadi satu gabungan atau kompleks
yang agak sukar untuk dipisahkan.
Asimilasi
Proses ini berlaku dalam kelompok-kelompok yang budaya berbeza, mereka
saling bergaul antara satu sama lain, dalam masa yang lama sehingga budaya-budaya dari
kelompok-kelompok itu berubah saing menyesuaikan menjadi satu. Dalam komuniti Cina
7

SOSIOLOGI MASYARAKAT DAN KETAMADUNAN


HBEF1503

dan Siam di Kelantan mengalami proses asimilasi dengan budaya orang Melayu. Proses
ini berlaku apabila terdapat pergaulan secara intensif dan luas dalam jangka masa yang
lama. Kelompok-kelompok itu mesti mempunyai sikap tolenrasi dan simpati antara satu
sama lain. Antara penghalang dalam proses ini ialah bila terdapat perasaan superioriti
pada individu dalam budaya tertentu terhadap budaya yang dihadapinya, dan sifat takut
kepada kekuatan budaya lain.
Akulturasi
Proses akulturasi berlaku bila budaya tempatan bertembung dengan budaya asing, dan
kemudian berlaku proses penerimaan budaya asing sesuai dengan kehendak-kehendak
tempatan sehingga tidak menghilangkan identiti budaya sendiri. Proses ini berlaku
kepada budaya Melayu sejak dulu kala, melampaui batas-batas tempatan. Proses ini
berlaku oleh kerana adanya migrasi, pertembungan secara individu dengan budaya asing.
Penerimaan unsur-unsur budaya asing itu tidak pula bertentangan dengan kehendakkehendak budaya sendiri. Proses ini amat pesat berlaku apabila berlaku campur tangan
kolonial Barat di negara-negara yang mundur. Bersama dengan penyebaran agama-agama
besar di dunia ini juga bermakna penyebaran budaya melalui proses akulturasi ini berlaku
secara leluasa. Pertembungan budaya-budaya Afrika, Asia, Oceania, Amerika Utara
dengan Ero-Amerika menjadikan proses akulturasi itu pesat sekali berlaku dalam abad
ke-20.
Dalam pengajian anthropologi budaya, tumpuan kepada penyelidikan proses
akulturasi ini semakin diminati dan berkembang luas. Berbagai-bagai method dan
pendekatan penyelidikan tentang ini telah dilakukan oleh sarjana-sarjana. Dalam
penyelidikan ini memerlukan pengetahuan yang luas kerana ia melibatkan usaha
perbandingan antara satu budaya dengan satu budaya lain.
Unsur-unsur budaya yang sukar diganti ialah unsur-unsur budaya yang sudah
meluas dalam masyarakat dan diamalkan secara turun temurun, seperti sistem
kekerabatan. Kedua, unsur-unsur budaya yang dialami dalam proses sosialisasi pada
peringkat awal juga sukar digantikan, seperti makanan. Makanan itu adalah sukar diubah.
8

SOSIOLOGI MASYARAKAT DAN KETAMADUNAN


HBEF1503

Ketiga, unsur yang melibatkan agama dan kepercayaan juga adalah sukar diganti dan
diubah.
Individu yang dikatakan moden, maju dan progresif lebih mudah menerima
unsur-unsur budaya asing berbanding dengan individu kolot atau kampungan. Proses
urbanisasi juga memainkan peranan penting dalam menentukan pesatnya proses
penerimaan. Pendidikan juga menjadi ukuran dalam menentukan mudah atau tidak
seorang individu itu menerima unsur-unsur budaya asing. Lagi satu faktor ialah umur,
iaitu antara golongan tua dan golongan muda.
Konflik dan ketegangan sosial kesan dari akulturasi
Konflik sosial muncul dan perdebatan atau ketegangan sosial ini kerap berlaku
dalam masyarakat. Golongan-golongan itu menentukan dasar dan prinsip masing-masing.
Antaranya golongan tua dengan golongan muda; golongan berpelajaran dengan golongan
kurang pelajaran; nasionalisme dengan liberalisme; golongan maju, moden dengan
golongan kolot; golongan urban dengan golongan kampung.Konflik dan ketegangan
sosial ini jelas sekali apabila berlaku tekanan budaya dengan pesatnya penerimaan unsurunsur budaya asing. Dengan ini juga menyebabkan timbul golongan-golongan penentang.
Golongan

yang

selalu

terlibat

ialah

pertubuhan

keagamaan

yang

berusaha

mempertahankan tradisi.
Ethnologi
Bidang ethnologi menjadi persoalan etnografi yang memberikan huraian tentang sesuatu
budaya dalam konteks masyarakatnya. Pendekatan dalam bidang ini ialah melihat kepada
segala aspek yang menjadi unsur budaya universal. Ini termasuklah unsur-unsur:

Budaya Kebendaan dan Teknologi

Sistem Ekonomi

Sistem Sosial
9

SOSIOLOGI MASYARAKAT DAN KETAMADUNAN


HBEF1503

Bahasa

Kesenian

Sistem Pengetahuan

Sistem Kepercayaan

Sistem ekonomi
Eknomi sara diri termasuk teknik dan alat-alat yang terdapat dalam masyarakat peringkat
ini, terutama dalam masyarakat primitif. Sebenarnya usaha menghubungkan sistem
ekonomi secara sederhana itu telah lama dilakukan, malah dapat dikesan sejak abad ke-4
lagi.
Sistem sosial
Pada peringkat permulaan, usaha pengkaji menggunakan teori evolusi dalam
menerangkan perubahan sistem sosial. Antara yang terkenal ialah Morgan, L.H. yang
mengkaji sistem kinship dalam berbagai-bagai budaya dan menerangkan proses evolusi
dalam sistem ini. Beliau tertarik dengan terminologi yang digunakan dalam sistem ini
antara berbagai-bagai budaya yang menjadi tumpuannya.
CONTOH BUDAYA DALAM MASYARAKAT MALAYSIA.
Masyarakat Malaysia ialah suatu masyarakat yang bersifat majmuk dan pelbagai.
Ia juga disebut sebagai masyarakat Jawi iaitu masyarakat yang bercampur dari pelbagai
latar belakang. Kerana masyarakat Malaysia itu masyarakat Jawi, iaitu yang pelbagai
latar belakangnya, maka setiap bangsa atau ras didalam sistem sosial Malaysia pastinya

10

SOSIOLOGI MASYARAKAT DAN KETAMADUNAN


HBEF1503

berbeza satu sama lain dari segi latar belakangnya. Tidak terkecuali berbeza dari segi adat
dan budaya.Masyarakat Melayu ialah masyarakat asal di Tanah Melayu.
Budaya-budaya Melayu yang bercirikan Islam merangkumi adat ketika seseorang
dilahirkan, seseorang meningkat remaja, dewasa, adat dalam kehidupan sehari-hari dan
adat ketika seseorang itu meninggal dunia. Adat-adat yang diamalkan ini sebenarnya
merupakan apa yang disebut sebagai perkara sunat didalam ajaran Islam.Sebagai
petunjuk kepada pengaruh Islam didalam adat Melayu ialah adat ketika seseorang itu
baru dilahirkan. Antaranya ialah adat bercukur, melaungkan azan dan iqamat ke telinga
bayi dan adat membelah mulut. Bercukur ialah perbuatan mencukur rambut asal bayi
sehingga botak, ianya biasa diadakan pada hari-hari ganjil seperti hari ketiga, ketujuh,
kesembilan dan seterusnya. Bercukur bertujuan membuang rambut asal bayi yang
dianggap kotor dan tidak akan tumbuh dengan baik. Ia sesuai dengan ajaran Islam yang
mementingkan aspek kebersihan dan kesihatan.
Masyarakat Cina di Malaysia juga seperti masyarakat-masyarakat lain yang
mempunyai adat dan cara hidupnya sendiri. Secara teorinya, dapat kita katakan bahawa
adat kaum Cina di Malaysia ialah warisan daripada negara China. Ini memandangkan
berlaku proses kemasukan besar-besaran kaum Cina ke Tanah Melayu pada awal abad ke
19 dahulu, kemasukan kaum Cina ke Tanah Melayu ketika itu secara tidak langsung telah
membawa sekali segala adat istiadat mereka.Kelahiran anak mengikut adat dan pantang
larang Cina ialah sangat penting. Justeru kesihatan si ibu dan kandunganya adalah amat
dititik beratkan. Si ibu digalakkan tidur dan makan dengan baik, membaca buku yang
baik dan melihat benda-benda yang cantik. Apabila anak itu dilahirkan, anak itu
dibersihkan dan akan dibedung. Pada hari ke 29 kelahiran, rambut si anak dicukur dan
rambutnya dibungkus dengan kain merah. Rambut itu akan digantung berdekatan
bantalnya selama 100 hari dan kemudian rambut itu dibuang ke sungai. Anak itu diharap
akan menjadi berani pada masa hayatnya. Setelah sebulan kelahiran anak itu, upacara
Bulan Penuh akan diadakan dengan meriah. Ulang tahun kelahiran seseorang kaun Cina
tidak akan diperingati, kecuali diperingati oleh anaknya apabila seseorang itu sudah tua
dan ianya akan diadakan secara besar-besaran.

11

SOSIOLOGI MASYARAKAT DAN KETAMADUNAN


HBEF1503

Seperti juga kaum Cina, kaum India juga bukanlah penduduk asal Malaysia.
Kemasukan masyarakat India ke Tanah Melayu sudah berlaku sejak sekian lama. Kaum
India juga mengamalkan adat bertegur sapa sesama sendiri. Mereka menyapa dengan
sebutan vanakam dan sentiasa bertanyakan tentang kesihatan, kerja, perniagaan atau
sebagainya antara rakan dan sanak saudara mereka. Apabila tetamu bertandang ke rumah
mereka, tetamu sentiasa dijamu dengan minuman atau makanan dan tetamu mesti sudi
menerima hidangan dengan baik sebagai tanda hormat kepada tuan rumah. Seorang
suami pula didalam masyarakat India adalah Tuhan bagi isterinya dan mesti sentiasa
dihormati. Oleh kerana itu, proses perkahwinan India mesti ditentukan oleh seorang ketua
agama yang membuat tilikan masa bertuah serta keserasian pasangan yang akan
berkahwin. Masa perkahwinan yang dianggap bertuah amatlah penting bagi menjalankan
segala acara dan upacara untuk mengelakkan berlakunya malapetaka ataupun nasib
buruk. Untuk mengelakkan dari keadaan buruk, maka biasanya perkahwinan dilakukan
pada waktu tengah malam atau waktu matahari akan naik. Upacara perkahwinan
dilakukan di rumah pengantin perempuan ataupun di kuil oleh seorang ketua agama. Pada
satu kawasan empat segi di kuil itu, sami akan menyalakan api dan menyembah Tuhan
untuk menyaksikan perkahwinan itu.

RUMUSAN
Budaya menjurus ke arah cara hidup manusia. Ia merupakan proses perkembangan akal
dan sahsiah serta usaha manusia dalam sesuatu kelompok. Dapat ditafsirkan, budaya
boleh dijelaskan sebagai olahan dan bukti kehidupan

masyarakat manusia dalam

pelbagai bentuk sama ada yang dapat dilihat atau tidak. Konsep budaya merupakan satu
konsep yang penting untuk membandingkan perbezaan antara suatu masyarakat dengan
suatu masyarakat yang lain.Budaya yang berbeza bukan penghalang untuk kita semua
hidup dalam suasana aman dan damai.Masyarakat Malaysia yang majmuk dan kaya
dengan adat sopan serta hidup bertolenrasi dapat menjamin kesejahteraan yang
berkekalan untuk selamanya.

12

SOSIOLOGI MASYARAKAT DAN KETAMADUNAN


HBEF1503

RUJUKAN

E. E. Evans-Pritchard: Social Anthropology. Glencoe: Free Press


1951.
Clifford Geertz: The Uses of Diversity. Dalam Assessing Cultural
Anthropology, suntingan Robert Borofsky. New York: McGraw-Hill
1994.
Adam Kuper: Anthropology and Anthropologists: The Modern
Bristish School. London: Routledge & Kegan Paul 1983.

13

SOSIOLOGI MASYARAKAT DAN KETAMADUNAN


HBEF1503

14

You might also like