You are on page 1of 10

1

SCIENCE AND LIVING THINGS FOR YOUNG CHILDREN GED 3083


ASSIGNMENT

1. PENGENALAN
Pendidikan prasekolah adalah pendidikan asas yang penting bagi kanak-kanak
sebelum memasuki sekolah. Pendidikan prasekolah merupakan pendidikan awal dalam
perkembangan hidup seseorang individu selepas pendidikan di rumah. Ia merupakan
pendidikan awal yang dapat menarik minat dan dapat menyemai bibit cintakan ilmu
pengetahuan dan sukakan sekolah terhadap kanak-kanak. Oleh sebab itu guru
prasekolah perlu mempunyai pengetahuan yang luas mengenai pendidikan prasekolah
yang merangkumi aspek-aspek perkembangan kanak-kanak, strategi pengajaran dan
pembelajaran, pentadbiran pusat prasekolah dan aspek-aspek lain yang berkaitan
dengan pendidikan prasekolah.


2. DEFINISI PENGAJARAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH DAN SAINS DI
PRASEKOLAH

Pendidikan prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman
pembelajaran kepada kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun dalam jangka masa satu
tahun atau lebih sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal. Pembelajaran tadika
bukan merupakan pembelajaran wajib dalam Pendidikan Malaysia. Namun begitu
penubuhan tadika oleh pihak swasta amat digalakkan oleh pihak kerajaan. Konsep
yang digunakan ialah "Belajar Sambil Bermain" dengan menekankan "Pembelajaran
Bertema". Kaedah pembelajaran ialah meliputi aktiviti kelas, aktiviti kumpulan dan
aktiviti individu. Keunikan prasekolah yang dianjurkan Kementerian Pelajaran Malaysia
ialah aktiviti kumpulan yang berupaya meningkatkan kualiti kawalan emosi dan
intelektual. Pendedahan terhadap aktiviti ini adalah bagi menyediakan asas yang kukuh
bagi pembelajaran berkonsepkan sekolah bestari.
2



Pada peringkat prasekolah, pendedahan awal kanak-kanak kepada sains
penting bagi perkembangan intelek yang lain. Pendidikan sains awal ini perlulah
dipupuk dari peringkat awal lagi. Matlamat pendidikan sains untuk kanak-kanak dapat
dilihat daripada aspek kemahiran dan pengetahuan. Aspek pengetahuan ditentukan
oleh guru dengan mengenalpasti perkara-perkara yang perlu dan penting diketahui
bagi kanak-kanak berfungsi dalam persekitarannya dan yang menarik perhatian
mereka.


Pada peringkat prasekolah, pendidikan sains adalah cara kanak-kanak
menerokai dunianya. Sains bagi kanak-kanak adalah ramalan (saya fikir), pemerhatian
(saya lihat), dan kesimpulan (saya tahu atau pelajari). Kanak-kanak di peringkat ini
belajar dengan melakukan aktiviti dan berfikir dengan apa aktiviti yang dilakukan.
Mereka perlulah melakukan aktiviti ini sendiri supaya dapat melihat sendiri kesan dan
akibat daripada manipulasi yang dilakukan dalam pelbagai keadaan.



3.0 KAEDAH ATAU CORAK PENGAJARAN GURU-GURU PRASEKOLAH


Gaya dan kaedah pengajaran di dalam kelas amat penting dalam memastikan
perancangan program yang lebih berkesan untuk perkembangan kanak-kanak secara
menyeluruh. Selain itu juga, gaya dan kaedah pengajaran seseorang guru yang sesuai
dan betul akan dapat memastikan setiap pelajar-pelajar mencapai objektif yang telah
ditetapkan. Bagaimanapun apa jua perancangan yang dibuat, aktiviti itu haruslah
selaras dengan falsafah, matlamat dan objektif pengalaman yang sesuai (Rohaty,
2003). Selain itu juga, Kaedah pembelajaran ialah meliputi aktiviti kelas, aktiviti
kumpulan dan aktiviti individu yang akan dapat memperkembangkan minda kanak-
3

kanak dalam semua aspek pembelajaran. Hal ini kerana, pendidikan prasekolah
bertujuan untuk menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek
perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai
persediaan untuk masuk ke sekolah rendah. Pelbagai gaya dan kaedah pengajaran
dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) sains awal di peringkat prasekolah
yang memerlukan guru berperanan dalam merangsang pemikiran aktif dan kreatif
kanak-kanak.


Menurut Kamarudin & Siti Hajar (2004), seseorang guru seharusnya dapat
menentukan jenis dan bentuk bahan atau media yang akan digunakan. Ia juga harus
menentukan bahan-bahan itu sesuai dengan minat, pengetahuan dan keupayaan
murid. Oleh itu, untuk merangsang pemikiran sedemikian, guru-guru perlulah merangka
persekitaran pembelajaran dan memahami tahap kebolehan kanak-kanak supaya ia
bersesuaian dengan topik dan aktiviti sains yang akan diperkenalkan kepada mereka.
Antaranya adalah pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan penggunaan alat
bantu mengajar (ABM) yang berasaskan kepada teknologi komputer. Alat bantu
mengajar ini memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran
dan ia juga turut berfungsi untuk menambahkan kelancaran perhubungan antara guru
dengan murud, murid dengan guru, dan murid dengan murid. Hal ini kerana,
pembelajaran berasakan komputer seperti penggunaan alat bantu mengajar slide show
atau grafik, membolehkan kanak-kanak ini lebih berpluang untuk bertanya. Selain itu
juga, penggunaan komputer juga dapat mewujudkan situasi sebenar tentang apa yang
ingin disampaikan, misalkan penggunaan video dan audio dapat memberi gambaran
sebenar dan seterusnya dapat membina imiginasi kanak-kanak tersebut.


Tambahan pula menurut Rio Sumarni Shariffudin et al, proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) Sains di peringkat prasekolah memerlukan guru yang berperanan
merangsang pemikiran aktif dan kreatif kanak-kanak. Untuk merangsang pemikiran
sedemikian, guru-guru perlu merangka persekitaran pembelajaran dan memahami
4

tahap kebolehan kanak-kanak supaya sesuai dengan topik dan aktiviti sains. Sains di
peringkat prasekolah adalah dunia sebenar dan pengalaman harian. Ini secara tidak
langsung kanak-kanak dapat menghubungkaitkan sains yang dipelajari dengan
pengalaman harian mereka. Melalui penggunaan PBK, guru-guru dapat menarik minat
kanak-kanak yang secara semulajadinya sukakan benda-benda yang menarik. Perisian
PBK yang dilengkapi dengan arahan-arahan secara teks dan audio yang jelas dan
mudah difahami oleh kanak-kanak. Ia juga mempunyai objektif yang jelas, sesuai
dengan tahap dan kemahiran kanak-kanak, interaktif, dan mempunyai grafik-grafik yang
menarik dan pelbagai.


Selain itu, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang paling berkesan bagi
pendidikan prasekolah adalah melalui teknik belajar dalam bermain. Main atau bermain
secara amnya boleh di definisikan sebagai satu aktiviti yang memberikan kegembiraan
atau kepuasan kepada kanak-kanak tampa menimbangkan hasil daripada aktiviti itu.
Dengan kata lain, kanak-kanak bermain bukan kerana ingin akan sesuatu atau ingin
mencapai tujuan tetentu. Bermain juga di anggap satu pekerjaan bagi kanak-kanak,
tetapi bukanlah pekerjaan yang memerlukan hasil akhirnya atau tujuan tetentu. Bermain
juga bukanlah aktiviti yang di paksa, malah ia merupakan keinginan semulajadi kanak-
kanak ( Kraus, 1990 ). Pendekatan belajar sambil bermain ini adalah memerlukan satu
pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid untuk
belajar dalam suasana yang mengembirakan dan dapat merangsang pemikiran kanak-
kanak.


Dari aspek psikoanalisis Freud, bermain memberi peluang kepada kanak-kanak
untuk memperoleh perasaan dapat mengawal keadaan yang dikatakan dapat
membantu kanak-kanak untuk berurusan dengan realiti yang sebenar (Kraus, 1990).
Carr, dalam teorinya menyatakan, bermain adalah penting kepada kanak-kanak kerana
bermain dapat menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan pendapat
masing-masing (Kraus, 1990). Dalam konteks prasekolah di Malaysia, khususnya dari
5

perspektif kurikulum, main atau bermain itu bukanlah bermain bebas tanpa
perancangan tetapi bermain yang mempunyai unsur seperti main terancang, fleksibel,
bersruktur serta main yang memenuhi keperluan kognitif, psikomotor dan afektif.

Seterusnya, gaya pengajaran guru prasekolah yang berkesan ialah melalui
pengajaran dan pembelajaran secara kreatif. Kreativiti adalah keupayaan untuk
memikirkan sesuatu dalam keadaan-keadaan luar biasa dan bersedia untuk
menyelesaikan masalah secara unik. Contohnya guru boleh mempelbagaikan cara
meningkatkan minat murid untuk menulis. Dengan menyediakan di sudut tulisan
dengan tray pasir atau tanah liat, kanak-kanak boleh berlatih menulis menggunakan
hujung jari di atas pasir atau menggunakan lidi di atad doh atau tanih liat. Kaedah ini
bukan sahaja dapat menarik minat kanak-kanak untuk menulis, ia juga akan turut
membina pemikiran kreatif mereka bagi menghasilkan sesuatu yang menarik dengan
menggunakan cara mereka sendiri. Oleh itu, dengan adanya aktiviti seperti ini kanak-
kanak akan lebih berminat untuk belajar menulis.

Selain itu juga, kanak-kanak akan mudah menjadi bosan dan tertekan sekiranya
guru mengajar kanak-kanak menulis dan membaca. Keadaan tersebut berlaku kerana
cara tersebut telah menyebabkan kanak-kanak merasakan mereka kurang mendapat
peluang untuk menggunakan pengetahuan sedia ada yang telah terbentuk dengan cara
yang bermakna. Selain itu juga, tidak di nafikan bahawa, sikap kanak-kanak itu sendiri
yang cepat bosan keadaan sekeliling lebih-lebih lagi kepada aktiviti yang sedia
membosankan. Mereka lebih berjiwa lembut dan mahu dihargai, oleh itu, dengan cara
ini sedikit sebanyak akan dapat menarik minat mereka.


Guru-guru prasekolah juga boleh merangka aktiviti secara berkumpulan atau
belajar secara berkumpulan. Proses yang melibatkan pembelajaran secara kumpulan
kecil bekerjasama menyiapkan tugasan dan dalam kumpulan ( pembelajaran koperatif
). Teknik pembelajaran dengan cara ini harus di praktikal bagi kanak-kanak prasekolah.
Hal ini kerana, cara ini dapat memupuk minat mereka untuk belajar bersama-sama
6

disamping dapat mewujudkan hubungan yang baik antara mereka. Selain itu juga,
berbagai-bagai kegiatan dapat dijalankan untuk membangkitkan minat kanak-kanak
terhadap pembelajaran. Aktiviti kumpulan ini lazimnya meliputi berbagai-bagai kegiatan
yang berjalan serentak. Oleh itu guru-guru yang mengendalikan kelas perlu fokus dan
berusaha mendapatkan perhatian kanak-kanak dalam satu jangka masa yang agak
lama. Selain itu, guru-guru juga seharusnya peka kepada kanak-kanak yang
perangainya bukan sahaja berubah-ubah tetapi juga berbagai-bagai (Rohaty & Abu
Bakar Nordin, 2004). Jadi, aktiviti kumpulan yang besar lebih sesuai dilakukan dalam
masa sependek yang boleh.

Pada peringkat prasekolah juga, guru-guru juga perlu memahami aras pemikiran
kanak-kanak. Pemikiran kanak-kanak didapati masih belum berkembang seperti orang
dewasa (Rohaty & Abu Bakar Nordin, 1989). Pada peringkat ini terdapat beberapa
perkara pokok menjadi perbezaan besar di antara pemikiran orang dewasa dengan
kanak-kanak. Jadi, apabila guru memberikan penerangan atau berbincang dengan
kanak-kanak, jangan menganggap mereka itu orang-orang dewasa yang kecil. Oleh
itu, guru-guru seharusnya perlu menggunakan bahasa yang jelas, suara yang lembut
dan menimbulkan suasana yang menarik semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Apabila memberikan penerangan kepada kanak-kanak, guru-guru
seharusnya mengeluarkan buah fikiran yang dapat diberikan contoh-contoh yang
konkrit.

4.0 KAJIAN BERKAITAN PENGAJARAN GURU PRASEKOLAH

Seperti yang kita ketahui pendidikan prasekolah merupakan pengalaman yang penting
dalam dunia persekolahan kanak- kanak. Pengalaman persekolahan dan pembelajaran
yang menarik, berkesan dan bermakna dapat mengembangkan kemahiran tertentu
dalam diri kanak - kanak. Kemahiran seperti peningkatan keyakinan diri dan sikap yang
positif akan menjadi satu persediaan yang baik bagi diri kanak- kanak untuk memasuki
alam persekolahan yang lebih formal. Sehubungan dengan itu, sebagai seorang guru
yang efektif, mereka perlulah mengambil kira gaya pembelajaran yang sesuai dengan
7

kanak - kanak pada peringkat prasekolah. Terdapat banyak teori dan kajian tentang
gaya pembelajaran kanak - kanak. Menurut teori Pembelajaran Sosial (Bandura,1977),
salah satu pembelajaran yang amat berkesan ialah melalui model atau teladan yang
sesuai, jelas dan menarik. Model percontohan dan permodelan adalah amat baik untuk
kanak-kanak pada peringkat ini dalam mencapai matlamat yang abstrak..

Aktiviti pembelajaran dan bahan yang digunakan dalam pembelajaran perlu
terdiri daripada bahan konkrit, bahan sebenar dan relevan kepada kehidupan kanak-
kanak. Kanak-kanak perlu bermain dengan bahan sebenar dan mengalami peristiwa
sebenar sebelum mereka boleh memahami makna simbol seperti abjad dan nombor
(Almy, 1975; Evans, 1984; Forman & Kuschner, 1983; Piaget, 1972; Weber, 1984;
Schickedanz, 1986). Oleh itu, penggunaan buku kerja, lembaran kerja, buku warna dan
model yang dibina oleh orang dewasa untuk disalin oleh kanak-kanak adalah tidak
sesuai untuk kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun. Pada peringkat
umur ini, kanak-kanak menunjukkan kebolehan dan keinginan belajar yang tinggi
melalui latihan lisan, lukisan dan membuat persembahan lain-lain aktiviti seperti yang
diarahkan oleh orang dewasa. Kanak-kanak belajar melalui pengalaman membuat
sendiri. Piaget (1950, 1972), Montessori (1964), Erikson (1950), Elkine (1986).


Namun begitu, kajian-kajian yang di jalankan di peringkat prasekolah banyak
menumpu kepada kanak-kanak dan tidak kepada amalan dan pelaksanaan pengajaran
guru. Sebagaimana Khatijah Rohani (1992) mendapati pusat-pusat pendidikan
prasekolah banyak menyediakan program yang bersifat akedemik yang membuatkan
kanak-kanak tertekan dan hilang minat dalam pembelajaran. Walaubagaimanapun,
mengikut Halim (1989), kanak-kanak yang telah mengikuti pendidikan prasekolah lebih
bersedia untuk mengikuti pendidikan formal di sekolah rendah dan menunjukkan
pencapaian akademik yang lebih baik semasa di Tahun 1 persekolahan.



8



5.0 PENGAJARAN SAINS OLEH GURU PRASEKOLAH


Bagi pengajaran sains awal, guru perlulah merancang proses pengajaran dan
pembelajaran dengan teliti. Melalui perancangan yang teliti, guru dapat menerapkan
kemahiran- kemahiran proses sains dalam pengajaran di kelas. Hal ini kerana,
kemahiran proses sains amat perlu bagi kanak-kanak prasekolah untuk mempelajari
dan memahami mata pelajaran sains diperingkat awal.

.
6.0 PENUTUP

Pendidikan prasekolah adalah tahun-tahun kritis dan asas kepada peringkat
pendidikan selanjutnya serta menentukan kejayaan hidup seseorang individu. Kajian
mengenai kesan prasekolah membuktikan bahawa pendidikan prasekolah dapat
meningkatkan perkembangan kognitif, sosial dan personaliti kanak-kanak dan
mempunyai dua kesan positif, iaitu jangka panjang dan jangka pendek. Oleh itu,
pendidikan prasekolah penting bagi kanak-kanak untuk mengikutinya kerana banyak
kelebihan yang akan mereka perolehi. Selain itu juga, pendidikan prasekolah adalah
satu pendidikan yang bertujuan untuk mempersiapkan diri kanak-kanak sebelum
mereka masuk ke alam persekolahan.

Pendidikan sains awal di peringkat prasekolah adalah penting bagi
menggalakkan kanak-kanak meneroka alam sekeliling meraka. Penerokaan adalah
penting dalam proses saintifik. Menurut Johnston, 1996, melalui penerokaan, kanak-
kanak mengembangkan kemahiran seperti membuat pencerapan, mengelas, dan
membina soalan. Oeh itu, Interaksi mereka dengan alam sekitar membantu mereka
dalam membina kefahaman konseptual saintifik disamping membentuk sikap dan minat
dalam sains antaranya seperti keinginan ingin tahu, tabah, ikram, dan jujur.
9


RUJUKAN


1. Pendidikan Awal Kanak-kanak: KAJIAN-KAJIAN LEPAS ...
wendegreeinmajorandminor.blogspot.com/.../kajian-k.


2. Diperoleh dari http://sarjana.tripod.com/pra1. Kertas Kerja Kajian Sistem
Pendidikan Kebangsaan. Pendidikan Prasekolah.


3. Halim (1989), Pelaksanaan Ativiti Belajar Melalui Bermain
www.ipislam.edu.my/uploaded/ file/saayah.pdf.


4. Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan Kementerian Pelajaran
Malaysia (2003), http:// ms. Wilkepedia.org./wiki/prasekolah


5. Johnston dalam Zurida Ismail, 2003. Pendidikan Sains Prasekolah. PTS
Publications & Distributors Sdn.Bhd. , Kuala Lumpur.




6. Kraus .(1990).Kepentingan Bermain dalam Pendidikan Prasekolah.Diperoleh
pada 13 Februari pada http://www.scribd.com/doc/4007899/Kepentingan
-Bermain-Dalam-Pendidikan-Prasekolah

7.DALAM PENGAJARAN SAINS AWAL - USM Research and ...
eprints.usm.my/.../Sikap_Dan_Keyakinan_Guru-Guru..




10

You might also like