You are on page 1of 13

PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

HBAE 1203
770516036401001

FALKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER MEI 2012(SMP AMBILAN MAC 2011)

HBAE 1203
PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

NO. MATRIKULASI

770516036401001

NO. KAD PENGNEALAN

770516036401

NO. TELEFON

013-2717195

E-MEL

norddin_77@oum.com.my

PUSAT PEMBELAJARAN

KELANTAN LEARNING CENTRE

PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK


HBAE 1203
770516036401001

PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK


HBAE 1203
770516036401001

Isi Kandungan

PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK


HBAE 1203
770516036401001

1.0 Pengenalan kreativiti


Setiap orang mempunyai potensi untuk menjadi lebih kreatif dan produktif, tetapi
ianya bukanlah merupakan hak mutlak akan terjadi kepada semua orang. Ianya berkait
rapat dengan idea, perasaan, pemikiran, pengalaman dan keinginan seseorang.
Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu creare yang membawa maksud
membuat. Manakala daripada perkataan Greek pula creare bermaksud memenuhi.
Kamus Dewan, (2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan (kebolehan)
mencipta daya kreatif, kekreatifan manakala kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan
mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli.Kreativiti
didefinisikan sebagai kemampuan untuk mencipta sesuatu yang unik, asli, berguna,
bernilai dan ia berkait rapat dengan kemahiran membuat dan imaginasi. Untuk
menghasilkan sesuatu yang kreatif, maka ianya harus mempunyai kecerdasan kreatif.
Kecergasan kreatif mengandungi empat gaya iaitu inovatif, imaginatif, intuitif, dan ilham
bagi menghasilkan sesuatu yang baru dan berbeza terutama bagi penghasilan sesebuah
karya seni.
Kreativiti juga iaialh kebolehan atau keupayaan untuk mencipta, mewujud dan
menghasilkan sesuatu yang baru atau dalam bentuk baru melalui kemahiran imaginasi. Ia
melibatkan: Keupayaan berfikir yang dapat melahirkan idea baru yang unik dan
menarik.Keupayaan berfikir secara kritikal dan membuat penilaian secara analitikal
terhadap idea dan seterusnya mengemukakan cadangan penyelesaian.Keupayaan berfikir
secara praktikal yang dapat menterjemahkan idea dan teori kepada bentuk aplikasi.
Menurut June King McFee, kreativiti sebagai keupayaan seseorang mencipta sesuatu
yang baru/mampu mengolah idea baru/lain yang lebih bermakna. Seni tidak terhad
kepada hasil karya seni sahaja tetapi juga melibatkan pengalaman estetika.Seni ialah satu
bentuk komunikasi yang dipengaruhi oleh konteks budaya.

PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK


HBAE 1203
770516036401001

Lowenfeld (1975) pula menyatakan bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif.


Penyataan ini disokong dengan sifat semula jadi kanakkanak yang gemar meneroka, dan
perasaan ingin tahu.sentiasa ada di dalam diri mereka.Ini mendorong kanak-kanak untuk
mencuba sesuatu yang baru.
E. Paul Torrance ( 1974 ) memberikan definisi kreativiti sebagai proses yang mana
seseorang menjadi peka terhadap masalah kekurangan, jurang pengetahuan, unsur-unsur
yang hilang, ketidak harmonian dan sebagainya, mengenal pasti perkara-perkara yang
sukar, mencari penyelesaian, membuat tekaan atau membentuk hipotesis tentang
kekurangan-kekurangan itu, menguji dan mengkaji semula hipotesis-hipotesis ini dan
memungkinkan pengubahsuaian dan mengujinya semula dan akhir sekali menyalurkan
keputusannya kepada orang lain.
Menurut Helbert Read, kita tidak hanya mengajar kanak-kanak mengetahui, tetapi
juga pada masa yang sama, mengajar mereka mencipta. Untuk mengetahui fakta (otak
kiri) adalah suatu perkara dan menukarkan fakta kepada bentuk baru memerlukan
keupayaan membuat metafora (otak kanan) adalah suatu perkara lain, yang merupakan
fungsi pemikiran kreatif. Bagi mempertingkatkan daya kreativiti seseorang, pembelajaran
dan pengalaman aktiviti pendidikan seni adalah diperlukan.
Bagi Edward De Bono ( 1982), menyatakan bahawa menjadi kreatif bermaksud
mewujudkan sesuatu yang belum pernah ada iaitu sesuatu yang baru dan mempunyai
nilai. Sesuatu hasil yang kreatif sepatutnya tidaklah mudah atau merupakan sesuatu yang
biasa. Ianya mesti merupakan sesuatu yang unik dan jarang ditemui.
Kajian Fryer dalam tahun 1989 ( Fryer 1996 ) telah mendapat respons tentang
maksud kreativiti. Antara maksud yang diberi ialah kreativiti adalah sesuatu yang asli,
satu proses separa sedar, sesiapa sahaja boleh menjadi kreatif tetapi tidak semua orang
kreatif, kreativiti melibatkan pemikiran dan khayalan dan kreativiti adalah kebolehan
untuk melihat sesuatu dalam cara yang berbeza, untuk mencari kepuasan dalam membuat
atau menghasilkan sesuatu dan memerlukan ketekunan sehingga terhasilnya suatu
produk.

PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK


HBAE 1203
770516036401001

Pemikiran kreatif adalah pemikiran yang menerbitkan idea iaitu berlawanan dengan
pemikiran kritis yang membuat penilaian ke atas sesuatu idea. Idea yang diterbitkan
bersifat baru dan kadang-kadang berlawanan dengan logik. Namun, pemikiran kreatif
mestilah berasaskan manipulasi segala pengalaman dan pengetahuan yang sedia ada.
Menerusi pengalaman dan pengetahuan yang dimilikinya, seseorang itu akan berusaha
mencari pelbagai input idea dalam pelbagai perspektif dan dimensi bagi mewujudkan
idea atau hasil yang baru yang lebih baik daripada sebelumnya dalam membuat
keputusan dan menyelesaikan masalah. Keadaan ini dijelaskan oleh Rikards (1990)
sebagai, Creativity involves escaping from stuckness and opening up possibilities.
1.1 kepentingan kreativiti kepada kanak-kanak
Kreativiti perlu diterapkan ke dalam diri kanak-kanak dari awal persekolahan iaitu
di peringkat pra sekolah dan tadika.Ini penting untuk mencungkil bakat dan kebolehan
tersembunyi yang ada dalam diri kanak-kanak.Dengan cara ini, proses perkembangan
minda dan emosi kanak-kanak lebih baik dan selaras dengan hasrat kerajaan untuk
melahirkan kanak-kanak yang berilmu dan berakhlak terpuji.Di antara kepentingan
kreativiti kepada kanak-kanak ialah :
-

Menggalakkan kanak-kanak meneroka bidang baru.

Mencerna idea untuk menyelesaikan pemasalahan yang dikemukkan.

Melatih minda untuk mencari jawapan yang tidak konvensional.

Meneliti hasil kerja dan berfikir untuk menghasilkan yang lebih baik.

PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK


HBAE 1203
770516036401001

2.0 Teori Perkembangan Kreativiti Fisher


Perkembangan Kreativiti Fisher (1943) terbahagi kepada 5 tahap iaitu:
(a) Peringkat Rangsangan
Pemikiran kreatif dirangsang dengan apa, mengapa, siapa, bagaimana dan sebagainya.
Guru perlu merangsang minda pelajar dengan pelbagai soalan kritikal.
(b) Peringkat Penerokaan
Peringkat rangsangan telah berjaya merangsang murid untuk berusaha menjawab
persoalan yang dikemukakan oleh guru atau permasalahan yang timbul.
(c) Peringkat Perancangan
Peringkat ini menggalakkan pemikiran kreatif untuk merancang dan memetakan semua
aktiviti dan merekodkan segala kemungkinan. Aktiviti pada peringkat ini akan dilakukan
melalui 2 cara iaitu:
Perancangan secara verbal iaitu perancangan melalui perbincangan, pemerhatian,
interaksi dan sebagainya.
Perancangan secara visual dilakukan melalui visual, graf, imej lukisan dan sebagainya.
(d) Peringkat Aktiviti
Pemikiran kreatif bermula dengan set idea. Justeru melahirkan pemikiran kreatif melalui
tindakan setelah merencana segala aktiviti. Pada peringkat ini segala perancangan dibantu
melalui persoalanpersoalan seperti Bagaimana harus kita mengambil tindakan ke atas
cadangan tersebut?

PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK


HBAE 1203
770516036401001

(e) Kajian Semula


Peringkat ini menilai keberkesanan tindakan yang telah diambil bagi proses
penambahbaikan selain melihat pencapaian objektif kerja. Murid-murid digesa untuk
memberikan pendapat dan komen terhadap apa yang telah dilalui sebagai satu bentuk
refleksi diri. Laura H. Chapman 3 kaedah diperkenalkan :
(i) Kaedah Penjanaan Idea (Inception of Idea)
Di dalam menjana idea, pengkarya menetapkan objektif, haluan dan tujuan penghasilan
karya. guru dimestikan untuk membimbing pelajar dalam menetapkan hala tuju
penghasilan karya selain menerangkan kaedah menjana idea.
(ii) Pengolahan dan Pemurniaan (Elaboration and Refinement)
Proses pengolahan dan pemurnian idea dilakukan bagi mendapatkan kajian visual yang
lebih sistematik dan tersusun. Proses ini digunakan oleh pengkarya bagi memastikan imej
atau visual yang hendak dihasilkan atau dipilih bertepatan dengan tema dan objektif
penghasilan.
(ii) Kemahiran Menggunakan Bahan (Execution in a Medium)
Guru perlu membimbing murid melalui pengenalan terhadap bahan dan teknik
penggunaan serta penghasilan. Guru perlu menjelaskan melalui demonstrasi dan tunjuk
cara supaya pemilihan bahan oleh murid mempunyai makna dan nilai tersendiri.
Guru perlulah mengemukakan soalan yang pelbagai aras untuk meransang minda
murid serta dapat mengembangkan tahap kreativiti mereka sepanjang proses pengajaran
dan pembelajaran berjalan.Menurut Taksonomi Bloom, aras soalan yang dikemukakan
dalam pengajaran perlulah mengambil kira aspek pengetahuan dan kognitif
murid.Kaedah penyoalan yang digunakan bermula dari peringkat rendah hingga tinggi
seperti jadual di bawah :

PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK


HBAE 1203
770516036401001

Hirarki Kognitif Taksonomi Bloom

HIRARKI KOGNITIF

KATA KUNCI

1) Pengetahuan mengingat kembali, Nyatakan, terangkan, namakan, labelkan


mengenal idea, fakta asas, definisi
teori, hukum, tarikh, peristiwa dan
lain daripada pengajaran lepas.

2) Pemahaman - mengubah kefahaman Pilih, terangkan, tulis semula


daripada satu bentuk kepada bentuk
yang lain dan menyatakan idea-idea
utama

dalam

menterjemah,

ayat
memberi

sendiri,
contoh

kepada konsep, menterjemah draf.

3) Aplikasi menggunakan maklumat Selesaikan, ramalkan, cari, kesilapan, bina


dalam

situasi

baru,

termasuk alat.

menyelesaikan masalah mengguna


kan prinsip, kaedah, hukum, teori,
formula.Membina graf dari data,
dan lain-lain.
4) Analisis - Memecahkan sesuatu Beza, pasti, pilih.
yang kompleks kepada yang kecil,
membezakan

fakta

daripada

pendapat, kaitan kenal di antara


8

PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK


HBAE 1203
770516036401001

bahagian, kenali struktur organisasi.

5) Sintesis - Menyepadu, mencantum Bina , hasilkan, susun, kembangkan.


idea menjadi satu, usaha tersendiri,
menyelesaikan masalah, membuat
ramalan, membuat klasifikasi.

6) Penilaian - Membuat pertimbangan Pilih, berikan alasan, kritikan, buktikan.


termasuk memberi rasional atas
alasan

dalaman

atau

luaran,

menafsir dan mengkritik.

Kemahiran kognitif merupakan domaian taksonomi yang digunakan untuk mengukur


kemahiran intelektual bermula dari aras rendah hingga ke tahap yang tinggi.Ia
merangkumi aras pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan juga
penilaian.Benjamin S. Bloom yang memperkenalkan Taksonomi pada tahun 1956 untuk
tujuan pendidikan.

2.1 Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan seni visual.


9

PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK


HBAE 1203
770516036401001

FASA

CADANGAN AKTIVITI

CATATAN

Fasa Persediaan
pemerhatian
analisis

Guru memaparkan model kereta dalam bentuk Lampiran 1


gambar atau bahan maujud kepada murid.
Murid memerhati objek atau gambar tersebutdan Bahan maujud:
menjalankan aktiviti sumbang saran.
Gambar-gambar
kereta dan model
Contoh soalan untuk sumbang saran:
kereta
Apakah yang kamu lihat?
Pernahkah kamu melihat kereta ini?
Antara jenis kereta, mana satu yangkamu suka?
Mengapa kamu suka?

Fasa Imaginasi
penjanaan idea
sintesis idea

1. Guru memaparkan seni kata lagu pada papan


hitam.
2. Murid diminta menyebut seni kata lagu tersebut
dengan bimbingan guru.
3. Murid diminta menyebut semula seni kata lagu
tersebut secara individu, kumpulan dan kelas
sambil menggayakannya.
4. Murid diminta menyanyikan lagu tersebu
tmengikut lagu yang diperdengarkan melalui pita
rakaman.
5. Murid diminta menyanyikan lagu tersebut sekali
lagi sambil melakukan gerak laku yang
bersesuaian dengan seni kata dan irama lagu
tersebut.
6. Murid diminta bercerita tentang bentuk dan
warna model kereta yang ingin dihasilkan.

Fasa
Perkembangan
Penambahbaikan
penilaian

1. Murid diminta menamakan bahan-bahanyang


diperlukan untuk membuat model kereta.
2. Murid dibahagikan kepada kumpulan dan
ditugaskan melukis, mewarna model kereta serta
menghasilkan model kereta.
3. Setiap kumpulan diberi sehelai kertas, doh(untuk
membentuk model kereta ), cat air dan diminta
melukis dan mewarna model kereta serta
membentuk model kereta menggunakan doh
10

Lampiran 2
Seni kata lagu:
Bapaku pulang dari
kota,
Bapaku beli kan
kereta,
Kereta kecil warna
merah,
Bolehku bawa ke
sekolah,
Pom..pom..pom.
pom..pom..pom..
pom..pom,
Marilah adik mari
naik,
Bolehku bawa
jumpa nenek

PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK


HBAE 1203
770516036401001

mengikut kreativiti sendiri.

Fasa Tindakan
Pelaksanaan
Amalanberterusan

Pentaksiran

1. Setiap kumpulan diminta mempamerkan hasil

Nama model kereta yang dihasilkan


Kelebihan kereta tersebut.
Sebab memilih warna untuk model kereta.

1. Setiap kumpulan menamakan model kereta yang


dihasilkan dan tuliskan kelebihan model tersebut.
2. Guru menilai tahap kretiviti murid dalam
penghasilan nama model kereta serta kelebihan
yang dinyatakan.

Lampiran 1

11

PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK


HBAE 1203
770516036401001

Lampiran 2
BAPAKU PULANG DARI KOTA
Bapaku pulang dari kota,
bapaku belikan kereta,
kereta kecil warna merah,
bolehku bawa ke sekolah.
Pom...pom...pom...pom...pom
kereta kecilku berbunyi,
marilah adik mari naik,
bolehku bawa jumpa nenek

3.0 Analisis setiap peringkat perkembangan Teori Kreativiti Fisher.


i.Peringkat rangsangan
Dalam pengajaran dan pembelajaran yang saya laksanakan, saya telah memilih tajuk
melukis, mewarna dan menghasil model kereta mengikut kreativiti murid-murid itu
sendiri.Pada peringkat ini, set induksi yang saya gunakan untuk menarik minat murid
ialah dengan cara merangsang pemikiran mereka melalui gambar-gambar jenis kereta dan
bahan maujud iaitu model kereta.Bentuk penyoalan diajukan kepada murid untuk
mengembangkan tahap kreatif mereka dengan pelbagai jenis soalan.Antaranya ialah :
-

Apakah nama kereta yang ditunjukkan dalam gambar ?

Mengapakah kereta mempunyai empat tayar ?

12

You might also like