You are on page 1of 2

Secara umumnya, Kerajaan Negeri bergantung kepada sumber kewangan

Kerajaan Persekutuan di mana secara purata kira-kira satu per empat daripada hasil
Kerajaan Negeri datang dari pemberian Kerajaan Persekutuan. Dua jenis pemberian
yang wajib diberi oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri iaitu:
a. pemberian mengikut bilangan orang
b. pemberian mengikut kepanjangan jalan raya.

3. Menurut Perkara 110 Perlembagaan Persekutuan (Bahagian III, Jadual Kesepuluh),
sumber hasil yang diserahkan kepada Kerajaan Negeri ialah:
Perkara 110 Perlembagaan Persekutuan, menyerahkan cukai dan bayaran kepada
Negeri-negeri. adalah berkaitan
penyerahkan cukai dan fi kepada Negeri adalah tertakluk kepada Fasal (2), setiap
Negeri hendaklah menerima segala hasil daripada cukai, fi dan sumber hasil lain yang
dinyatakan dalam Bahagian III Jadual Kesepuluh setakat yang dipungut, dilevikan atau
diperdapatkan di dalam Negeri itu. iaitu dengan kelulusan undang-undang oleh
Parlimen dari semasa ke semasa.


(Jadual ke-10), sumber-sumber hasil yang diserahkan kepada Kerajaan Negeri ialah:
1. Hasil daripada kedai tuak.
2. Hasil daripada tanah, lombong dan hutan.
*3. Hasil daripada lesen-lesen selain lesen-lesen yang berkaitan dengan bekalan
dan perkhidmatan air kenderaan yang didorong secara mekanik, pepasangan
elektrik dan pendaftaran perniagaan.
4. Duti hiburan.
5. Fi di dalam mahkamah, selain mahkamah persekutuan.
6. Fi dan terimaan berkenaan dengan perkhidmatan tertentu yang diberikan
oleh jabatan-jabatan Kerajaan Negeri.
7. Hasil lembaga-lembaga bandaran, majlis-majlis bandaran, lembaga-lembaga
luar bandar, majlis-majlis tempatan dan pihak-pihak berkuasa tempatan yang
seumpamanya selain
(a) perbandaran-perbandaran yang ditubuhkan di bawah mana-mana Ordinan
Perbandaran;
(b) lembaga-lembaga bandaran, majlis-majlis bandaran, lembaga-lembaga
luar bandar, majlis-majlis tempatan dan pihak-pihak berkuasa tempatan
yang seumpamanya yang mempunyai kuasa di bawah undang-undang
bertulis untuk memegang simpan hasilnya dan mengawal perbelanjaan
hasilnya itu.
*8. Terimaan berkenaan dengan air mentah, termasuk kadar air mentah.
9. Sewa mengenai harta Negeri.
10. Bunga atas baki wang Negeri.
11. Terimaan daripada jualan tanah dan jualan harta Negeri.
12. Denda dan perlucuthakan di dalam mahkamah selain mahkamah persekutuan.
13. Zakat, Fitrah dan Baitulmal dan hasil agama Islam yang seumpamanya.
14. Harta karun.

You might also like